Thursday, April 3, 2014

Bali Solo Travel : Intro

Its almost a week lepas aku balik dari Bali trip aku haritu, dan sekarang baru ada masa nak share pasal trip tu kat sini. Kalau ikut hati, lepas je touchdown kat KL tu terus rasa macam nak bukak laptop update terus pasal trip ni. Ok over. Yelah, time tu semua info, cerita segala still fresh dalam otak untuk nak share. Sekarang ni dah almost seminggu, hurmmm takpe, inshaallah aku try refresh balik lah apa boleh refresh. Haha.

Bukan apa, niat aku saja nak berkongsi pengalaman, pasal aku tau sekarang ni ramai yang bila nak travel mana-mana je mostly mesti terus tanya En. Google untuk cari info. Kalau macam aku ni semangat siap beli travel book bagai, tapi last sekali, haha sama je, buku aku belek-belek camtu je, last sekali google jugak main source aku. Banyak jugaklah blog aku baca as preparation trip aku ni, thanks to them, banyak info aku dapat kutip. So hopefully entri ni pun dapatlah tolong korang untuk plan trip masing-masing ya!

ok ni gambar teaser je, entri intro mana boleh reveal banyak-banyak. hahaha

Sebenarnya Bali tak masuk pun dalam list tempat yang aku nak pergi, memang tak. Yelah, Bali ni kan tempat romantik katanya, aku ni travel sorang, so tang mananya aku perlukan romantik tu? haha. Tapi pasal time Air Asia buat promosi free seats dia tu, aku main tekan-tekan macam-macam destination nak tengok mana murah (memang hobi aku tu :p), then aku dapat tiket return ke Bali ni dengan RM139 je siap campur tax. Kalau tolak tax dengan fuel surcharge tu, tiket dia RM1 je sehala. So dengan menggunakan konsep book dan redah, aku pun proceed jelah. Tapi serious aku cakap, memang tak menyesal pergi Bali ni walaupun aku balik KL muka dah macam orang minyak =.="

Tapi yang tak bestnya kan, bila kau cakap kau pergi Bali sorang je, orang mesti macam "Bali? Pergi seorang? Tak bosan ke?". Even orang Bali sendiri pun cakap "Sendirian ya ke sini mas? Mana pacarnya? Teman nggak ikut?". Oh ni soalan paling common time aku kat sana. Then aku jawab je "Belum dinikah, kali ini datang sendirian survey lokasi untuk honeymoon lepas nikah nanti". Fuhh sila bagi A+ untuk jawapan aku. Haha. Tapi bagi aku, walaupun aku honeymoon dengan diri sendiri je, aku still seronok. Korang tak payah percaya lah orang cakap Bali ni tak selamat lah, banyak hantu lah (ape merepek -.-), kena tipu, kena ini. Ingat yang penting, keep calm, trust yourself and go :)

Ok, pasal entri ni just untuk intro je, korang tunggu next entri aku pasal trip ni ya. Takut nanti aku compress 5 hari punya cerita dalam satu entri, jadi panjang berjela-jela pulak, muntah pelangi orang nak membacanya. Haha. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails