Tuesday, February 11, 2014

Food Trail : Petaling Street

This would be my very first post for 2014, so hi y'all! Tahun lepas menjadi tahun paling gemilang untuk blog ni dengan hanya satu entri, ya, SATU ENTRI sahajaaa! Oh yeah *tepuktepuk*. Last entri tahun lepas tu katanya nak kembali menulis, katanya lah, tapi tak kembali kembali pun. LOL. By the way 2013 boleh kata my hectic year, macam-macam yang jadi sampai memang tak sempat-sempat nak update pun benda alah ni (ya, itu alasan. eh biasalah. haha).

Panjang kemain intro aku. Haih. 

Haritu aku pergilah UTC kat Pudu Sentral tu nak renew passport aku memandangkan pak menteri kata sapa tak sokong kerajaan boleh pindah negara lain (eh?), so paham-pahamlah bila nak berurusan dengan pejabat kerajaan ni macam mana azab nak menunggunya walaupun aku dah terpacak kat imigresen tu since 7 pagi. Fuhh~

So lepas je pejabat imigresen bukak, dah dapat nombor giliran, aku pun lari laju-laju keluar dari pejabat tu. Tipulah aku lari, aku jalan je =.= Yelah, kau nak buat apa terpacak kat office tu lama-lama kalau dah nombor kau yang datang pukul 7 tu pun dah 1149 kan? So sila beredar, lagi baik aku pergi merayau-rayau. Haha.

Sebelum ni aku ada banyak baca/tengok kawan-kawan aku asyik cerita pasal street food and makanan yang best-best dorang makan kat Petaling Street tapi malangnya kebanyakannya non-halal memandangkan mostly kawan-kawan aku yang bercerita tu is Chinese. hehe. Tapi oleh kerana aku ada banyak sangat masa sementara nak menunggu giliran aku kat imigresen tu, so aku pergilah explore sendiri dalam Petaling Street tu tengok-tengok apa yang ada dan yeay! aku jumpa beberapa stall yang menarik kat situ yang aku boleh makan (maknanya halal lah ye :) 

First kalau korang pergi sini, aku highly recommend singgah kat stall jual air soya dan taufufa ni kat tengah-tengah junction Petaling Street, Kim Soya Bean nama dia. Soya uncle ni memang famous, siap ada artikel kata taufufa ni pilihan Tun Mahathir lagi kat stall dia tu. Aku tak beli air soya, pasal aku nak try taufufa dia tu, well, pilihan Dr. M katanya. haha. Satu mangkuk polisterin tu RM 1.50 je, sangat berpatutan pasal rasa dia memang lain sangat dengan taufufa yang biasa kau beli kat pasar malam tu. Taufufa tu lembut sangat dalam masa yang sama kental macam jeli sikit, tambah pulak rasa gula merah yang ada rasa halia-halia sikit sedap weh! No wonder lah soya uncle ni famous, memang tak putus-putus orang dok beli kat stall ni pasal taufufa dia memang superb! So jangan lupa try kalau datang sini ok :)


Uncle ni peramah, good customer service betul!

Taufufa yang nampak biasa tapi seriously luar biasa.


Then tepi je sikit dari stall Kim Soya Bean tadi ada stall Mua Chee Madam Tang, jangan cari signboard nama tu pasal korang memang takkan jumpa as stall dia takde papan tanda pun. Senang je nak detect stall ni, tengok ada aunty ni kat stall dia ada pasang speaker dok repeat "lai lai lai..(cakap cina aku tak tau. haha)..", then ada banyak artikel tampal kat situ, hah tu la dia. Mua chee ni ala-ala mochi jepun tu or lebih kurang macam tekstur buah melaka pasal ia diperbuat daripada tepung pulut, just beza dia mua chee ni takde inti, tapi ada banyak perisa macam sesame, mangga, laici, ribena then dia gaulkan dengan kacang tumbuk. Madam Tang ni dah berniaga mua chee ni lebih 50 tahun dah and quite famouslah, tengok artikel-artikel kat gerai tu pun dah tau dah, tapi satu artikel dari majalah Wanita je yang aku faham, yang lain semua dalam Mandarin. Satu kotak polisterin tu dia dah campurkan semua flavour, RM 5. Bagi aku, kalau korang ada duit lebih nak buat kunyah-kunyah boleh lah, tapi lagi elok RM 5 tu korang pegi beli nasi ayam buat lunch lagi kenyang. 


Mix flavour mua chee

Ni la Madam Tang, datang mood dia ok, ok lah. Ramai cakap camtu. haha

See, 50 tahun dah Madam Tang jual mua chee kat Petaling Street ni.


Last sekali kalau time panas terik KL tu, elok sangatlah korang beli Air Mata Kucing Mou Tak Ding ni, dekat-dekat jugak dengan Kim Soya Bean tu, memang semua kat junction tu je. Yang ni memang tak payah kenalkan pun takpe kot pasal memang famous, siap ada franchise dekat shopping mall lagi. Make sure mintak kurang atau tak payah letak ais, kalau tak nanti biasalah, lama-lama air korang jadi tawar so tak sedaplah. So secawan RM 1.80, kalau takde ais RM 2.30, kaw-kaw punya naik harga pasal aku rasa dulu macam murah je. Rasanyalah. But then still berbaloi korang beli air longan ni daripada dok beli air-air kordial yang makcik-makcik jual tepi kotaraya tu.



Air Mata Kucing Mou Tak Ding.


Part paling bestnya, puas aku dok berjalan sana-sini siap breakfast, lepas tu siap lunch, pergi balik kat pejabat imigresen tengok-tengok nombor giliran baru 1094. Haih nasib baiklah dah penuhkan perut, bahagia sikit hati :D

2 comments:

a10 games said...

This article is definitely praise-worthy. It's well researched information with excellent grammar. It's easy to become involved in this content and hard to take a break from reading it. I am looking forward to more. y8

friv yepi

juegos friv

minecraft said...

Posts shared useful information and meaningful life, I'm glad to be reading this article and hope to soon learn the next article. thank you
g9g, a10, yepi, hopy, kizi, friv, huz 10, 4223 games

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails