Friday, September 20, 2013

after a while (lah sangat)

ひさしぶり! (hisashiburi: long time no see)

Setelah almost setahun, err 11 bulan to be exact, I'm back to this blogging scene. Tiba-tiba kan? 
Sebenarnya aku ter'inspired' nak kembali berblogging lepas aku baca blog aku sendiri (setelah sekian lama tak menjenguk. haha), then aku rasa macam "oh aku boleh menulis macam ni dulu?", bukanlah kata tulisan aku bagus, tapi rasa macam kagum dengan diri sendiri yang lama, kenapa dulu aku boleh tulis panjang-panjang macam tu, idea dari langit ke apa? Padahalnya sekarang ni jangan kata buat karangan, nak buat satu dua ayat pun dah tergaru-garu kepala. Umur dah bertambah kan? Sindrom penuaan mungkin. MUNGKIN. haha. 

Then tadi aku try jugak nak jenguk balik blog kawan-kawan bloggers macam kak ila (Honeybunny), miss fyqa (hitammanis), but unfortunately semua pakat 'this blog is open for invited readers only'. Usha jugak lagi beberapa bloggers punya blog, pun sama. Hampa kejap. Same goes to some of my female friends, most of them dah privatekan. Kalau yang kawan laki lagi brutal, 'this blog have been removed'. TERUS. haha. Betapa lamanya kan aku tak bukak blog sampai macam-macam dah berubah. Nasib baik, bila aku try bukak Faris (one of my juniors in my campus dulu) punya blog, still ada. Tak private nor removed. haha. Faris ni istiqamah jugak berblogging and some of his post pun bagus-bagus and inspiring as well. Kalau ada masa, jenguklah blog dia :)

One more thing, korang pernah tengok drama Jepun, 1 Litre of Tears? Cerita zaman bila ntah, cerita lama pun, aku je yang baru habis tengok. Lama dah ada dalam hard disk, kawan aku suruh tengok, tapi degil tak nak tengok pasal aku ingatkan tu drama cintan-cintun jiwang segala. haha. Sekali bila dah tengok, episod satu dah sebak. Eceh guna perkataan sebak pasal taknak cakap nangis. haha. Seriously cerita tu inspiring gila, siap bagi kat せんせい (sensei: teacher) aku lagi suruh dia tengok. Haish dia yang orang jepun pun tak pernah tengok =.= haha. Kebelakangan ni memang aku perlukan banyak semangat, kena baca, tengok banyak benda yang inspiring pasal banyak sangat dugaan sekarang ni. Tapi bila tengok cerita ni, try to immerse myself in it, stret rasa kuat (walaupun kejap). haha. Orang yang sakit, takde upaya, bersungguh-sungguh nak berjaya, jalani hidup dengan baik. Kita yang Allah bagi nikmat sihat walaafiat? Merungut. Leka. Tak bersyukur. hmm~so siapa tak pernah tengok, sila tengok :)

heroin dia pun comel jugak, so inspiration lebih sikit =.="

Oh dah tiga perenggan. haha. Walaupun cikgu BM dulu ajar buat karangan kena 5 perenggan (pendahuluan, 3 isi, penutup. haha), tapi maaf cikgu, saya dah habis cerita. eheh. Esok ada benda penting nak buat, kena tidur awal (padahalnya dah pukul 12 lebih). ok bye, assalamualaikum!


2 comments:

miss Fyqa said...

Singgah sini. Lama tak singgah kan?
Masing2 busy kononnya. Kak Ila pun tak tau pegi mana... rindu nak blogging. Haha.

friv yepi said...

I added this site to my favorite's menu bar as I plan to share this with my sister later. You've made it easy to understand as well as intelligent. I enjoyed reading through this article. gazo

yepi

friv 2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails