Wednesday, October 3, 2012

Kuasa Nasihat

Assalamualaikum.

“Kau tak payah nak lorat nasihat orang, kau sendiri tu pun tak betul, ada hati nak betulkan orang ke brader? Think about yourself before the others bro!”

Ayat ni kira ayat paling cliché, paling biasa kita dengar kalau sesorang tu try bagi nasihat. This is bad, benda ni perlu diubah, sangat perlu diubah. Islam sangat galakkan kita untuk saling nasihat-menasihati, highly recommended katanya pasal Islam adalah agama yang harmoni. Its not all about ‘aku aku, engkau engkau’.

Actually for me, semua orang, ya, semua orang ada hak untuk bagi nasihat. Tak kisahlah sebaik mana or seburuk mana orang tu. Tau kenapa? Pasal aku percaya ada satu kuasa disebalik ‘kegiatan’ nasihat menasihati ni. Certain orang akan cakap, “aku ni tak layak nak bagi nasihat, aku pun tak betul, mana orang nak dengar nasihat aku”. Salah tu salah. Tak semestinya kena jadi orang yang 100% perfect sempurna untuk bagi nasihat. Tak percaya?

Okay macam ni, bila seseorang yang ‘kurang baik’ ni bagi nasihat kat orang lain, sebenarnya dalam masa yang sama dia meningkatkan motivasi dalam diri dia tanpa disedari. This is based from my observation and experience. Aku selalu jadi fasiltator untuk kecemerlangan dekat sekolah-sekolah, tak kisahlah sekolah menengah or rendah. Then time jadi fasi, of course kita akan motivate dorang, nasihat dorang untuk buat itu ini, rajin belajar, hormat parents, study and ajar segala yang positive walhal yang sebenarnya yang fasi ni sendiri pun bukanlah orang yang hebat, belajar pun malas, kelas pun kadang-kadang ponteng (haha kantoi).

AFQ_1180

Imtiyyaz 2011 @ SMKA Sultan Muhammad

Tapi budak-budak tu bukan tau, and they will do just as you said. Then nanti kita yang tukang bagi nasihat ni pulak akan terfikir, “isyy..aku yang dok suruh budak-budak ni jadi rajin, apa segala, tapi aku sendiri pemalas, macam mana ni?”. See benda tu reflect kat kita yang kurang baik ni. dan mungkin sikit demi sikit kita akan ikut ‘nasihat’ kita sendiri yang kita bagi kat orang tu. Nampak tak kuasanya kat situ? Budak yang yang kita bagi nasihat tu dapat input, and kita yang tukang menasihat ni pun terasa seolah-olah macam perli diri sendiri pulak, dan sikit-sikit ikut nasihat sendiri tu. haha nampak kelakar tapi its real.

Samalah jugak contohnya kalau kita ni kira orang yang solat lah, tapi kadang-kadang tu terleka, adelah tertinggal sekali-sekala, tapi cuba nak nasihat kawan kita ni yang hampeh langsung tak solat. Then dalam kita ajak dia tu, lama-lama takkan kita sikit pun tak fikir, “aku ye ye ajak dia ni solat, padahal solat aku ni pun kadang-kadang tinggal jugak”. So from there maybe kita akan sikit-sikit improve solat kita and sampai tahap ta-da! Sempurna terus. ahah :)

So who say only perfect peoples can give advices? Yang kat atas ni just contoh yang simple untuk nak bagi korang paham apa aku try sampaikan even actually I’m not really sure if u guys can get the idea of what I’m trying to say. haha. Tapi harapnya anda fahamlah :p

Senang ceritanya, everyone deserve to give advice, semua boleh saling nasihat-menasihati, because I believe, bila kita yang kurang sempurna ni try bagi nasihat kat orang, ia seolah-olah macam kita perli balik diri kita sendiri, dan dari situ kita akan terikut nasihat kita sendiri and try to improve ourselves. Lets together be a better muslim ^_^v

 

Tuesday, October 2, 2012

Personalities by Blood Type

Assalamualaikum, salam sejahtera, 안녕하세요!

Sementara idea untuk menulis tengah mencurah-curah, baik terus update blog ni sekarang. (yelah dah almost 3 bulan tak berblogging katanya. haha)

Okay, this time kita belajar pasal darah, ye pasal blood type kita. Alamak, nak ajar biologi ke? Eh taklah, nothing serious, regang-regangkan urat leher korang yang selalu menegang pasal gigih sangat study or bekerja tu. haha. Selalunya dulu time muda-mudi (eh sekarang dah tua ke?) kita rajin dok tengok dekat ruangan zodiak yang selalu ade kat surat khabar or majalah-majalah tu, yang nanti ada tulis ‘Lelaki Leo adalah lelaki yang gagah lagi berani, pandai mengurus kewangan, sifat romantisnya membuatkan anda terpesona. Lelaki Leo sangat padan dengan gadis Gemini’ (rekaan aku je ni. haha), then teruslah perempuan yang zodiak Gemini hegeh-hegeh nak cari lelaki Leo. haha karut sangat =.=” ada yang terlalu obses sampai guna zodiak jadi macam tilik nasib pulak. aigoo~

blood-type-comic

Bro, tittle post pasal blood type, yang membebel pasal zodiak ni kenapa? eh sabarlah, mukaddimah tu penting paham. haha. Ok tau tak kita boleh kenal or tau personaliti orang hanya dengan tau dengan blood type dia je? Ya, type A, type B, type AB and type O. Ahah, jangan salah paham ini bukan tilik nasib, haha. Dia lebih kurang macam yang zodiak tu, tapi taklah mengarut sampai boleh cakap orang yang zodiak ni nanti dia kaya, yang zodiak ni kahwin cepat tapi anak satu (eh tetiba takde kene mengena. haha).

Mula-mula time baru tau benda ni stret macam “hehh apa kaitan blood type dengan personaliti pulak?”. Tapi bila tengok lama-lama “eh seronok benda ni!” haha. Actually benda ni start dekat Jepun (dan popular jugak kat Korea dan Taiwan), orang kat sana sangat obses dengan blood type ni, even dalam anime or drama pun selalu dorang akan statekan blood type watak tu. Sometimes dorang akan pelik kalau dorang tanya blood type korang, and korang tak tau. haha nampak tak influence dia kat situ? So sekarang jom selidik satu persatu jenis darah ni~

Type A

blood-type-a-overview-01

Type A ni dikatan orang yang bersabar, konservatif, pendengar yang baik, selalu nampak tenang (tapi dalam hati dia jelah yang tau. haha). Selalunya jugak type A ni seorang yang sangat teliti, pendengar yang baik dan sensitif. Then most of type A’s ni pemalu, setia dan penyayang. Tapi type A jugak seorang yang sikit degil, tak banyak tunjuk perasaan (secretive). Type A ni boleh kata type yang baiklah. haha

Type B

blood-type-b-overview-01

Type B ni selalu kena refer as ‘bad type’. Kesian. Kalau ikutkan type B ni fleksibel, kreatif, optimistik, easygoing, original dan bagus dalam imaginasi. Selalunya type B tak ambil kisah sangat pasal orang lain as dorang ni quite selfish, self-centered, suka buat kerja sendiri, tak suka benda remeh, malas dan cakap lepas. Walaupun macam tu, type B dikatakan orang yang goal-oriented, means kalau ade benda yang dia nak, dia akan buat sampai dapat.

Type AB

blood-type-ab-overview-01

Hah type AB dia gabungan A dan B and that’s why type yang ni dia unik sikit. haha. Type AB quite cool, suka cakap pasal diri sendiri, suka buat ‘cara sendiri’, tegas, rasional dan unpredictable. Tak banyak sangat pasal AB, pasal dia rare, yang penting split personality antara A dengan B. haha

Type O

blood-type-o-overview-01

Type O mempunyai kegigihan yang kuat, berfikiran jauh dan suka cabaran. Type O ada keyakinan diri yang tinggi, tak malu, suka dimanjakan. Walaupun suka dimanjakan, tapi type A selalunya ego, degil, suka tunjuk kuat walaupun hati rapuh sebenarnya.

Fuhh habis pun. Ingat, ini just ikut majoriti, and mengikut apa yang aku baca-baca dari artikel-artikel kat internet. Tak semestinya orang darah ni, kene macam ni, orang darah tu kene macam tu. tak tak. Jangan percaya 100%, khurafat nanti. So senang kata just for fun. haha. Nak tau macam-macam lagi korang boleh google sendiri :p

Kalau dekat Korea, ada realiti TV pasal blood type ni, boleh try tengok ‘U-Kiss Vampire’, or movie ‘My Boyfriend Is Type B’. Time tengok tu korang mesti macam “eh aah lah! macam aku lah!” (or aku je yang macam tu?) haha.

So apa blood type korang? Kene tak dengan personaliti kat atas tu? hahaha.

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails