Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday | hujan panas

20022012264-1_副本

nampak je macam sejuk tenang lagi aman, tapi panas gila sebenarnya =.= brrr~

Tuesday, February 21, 2012

matured enough?

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Bila aku baca balik entri-entri zaman aku mula-mula nak berblogging dulu, sumpah aku tergelak sorang-sorang. Ntah apa benda lah aku post time tu, dangan carut-marut hape ntah, dengan luahan rasa tak menentu pasal, okay itu semua entri zaman aku belasan tahun. Yeah, budak-budak sangat.

It’s funny when you read back your own blog entry tapi dari situ lah aku dapat tengok perbezaan dan perkembangan diri sendiri dari ‘belasan tahun’ sampai dah ‘puluh’ dah ha. erkk okay rasa macam dah tua sangat lah pulak. haha. Kadang rasa malu pun ada tengok entri blog sendiri yang lama-lama tu, rasa macam “erkk aku ke yang tulis ni?” haha. Dengan ayat tunggang terbalik (macamlah ayat aku sekarang ni power kan? haha), tulis entri macam orang gila je aku rasa. Damn malu lah nak cerita lebih-lebih. kekeke. Pernah jugak berkali-kali rasa macam nak delete entri yang lama-lama tu, but then bila fikir balik, that is myself, so buat apa nak malu kan? So kalau sapa rasa nak baca entri lama-lama tu pergilah, tapi aku nasihatkan baik tak payah lah weh, segan segan~haha

 

Sunday, February 19, 2012

pandai dan bodoh

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Kalau diberi pilihan untuk jadi seorang yang pandai atau seorang yang bodoh, siapa-siapa pun mesti pilih untuk jadi seorang yang pandai kan? *apa kau gila nak jadi bodoh? haha* Tapi bila cakap pasal istilah ‘pandai’ dan ‘bodoh’ orang selalunya akan terus link kan term ni dengan akademik, siapa yang tinggi akademiknya, ya dialah ‘pandai’ dan siapa yang lemah akademiknya dialah ‘bodoh’. As for me, siapa yang cakap macam tu, dialah totally bodoh.

chooseanalog

credit to Google Image

Cuba korang tengok kat sekeliling, takpun tengok diri sendiri. Kebanyakannya (aku tak kata semua), orang yang so-called ‘pandai akademik’ ni, selalunya dia pandai akademik sahaja, tapi dalam aspek lain serba serbi bodoh tapi malangnya mereka selalu rasa mereka terlalu pandai and terlalu asyik cakap orang bodoh, damn =.= ni lah manusia yang ‘belajar bertingkat-tingkat, bodoh pun melantun-lantun’.

No aku bukan nak condemnkan ataupun dengki dengan orang yang so-called pandai ni tapi I’m trying to widen up your mind pasal benda ni. Listen, pandai akademik tak bermakna pandai segalanya! Shame on you kalau siapa yang kata macam tu. As for me, aku tak kisah kalau aku tak berapa nak pandai dalam akademik (tapi bukanlah sampai tahap jadi dungu) asalkan benda lain aku PANDAI. Tak pandai akademik tak mati pun, selagi anda PANDAI agama, pandai jaga hati orang lain, pandai hormat menghormati, pandai bertoleransi, pandai survive dalam hidup, benda-benda ni semua lagi penting. My parents bukanlah orang yang cerdik pandai bijak bestari pun, but alhamdulillah, thanks Allah mereka dapat survive besarkan aku sampai sekarang dan didik aku dengan berasakan agama Islam. Tapi cuba tengok, ada yang mak ayah dua-dua doktor tapi keluarga pecah belah, rosak dan hancur. need to say more? tak payah lah.

Takde gunanya pointer tinggi-tinggi kalau hormat-menghormati orang lain pun tak pandai, tak guna segala anugerah pencapaian akademik yang kau dapat kalau sekadar untuk riak, tak guna dapat anugerah dekan every sem kalau masalah besar kuman pun tak reti nak settle, takde gunanya belajar tinggi-tinggi kalau setakat relation sesama manusia pun tak pandai nak jaga, apatah lagi relation dengan yang maha pencipta. Think about it.

Maaf, motif aku tulis entri ni bukanlah nak kata “hey buat apa jadi pandai akademik? lek ah, bodoh pun boleh hidup”, but what I’m trying to say is academic is not everything. Please, no need to discriminate orang yang kurang pandai, as kamu yang ‘pandai’ tu tak nampak pandai pun bila buat macam tu. Contohilah ilmuan-ilmuan Islam terdahulu, PANDAI dalam segala aspek, kagum betul. Please, remember, academic is important, tapi ada banyak lagi benda ‘important’ yang kena berjalan sekali seiring dengan akademik tu, barulah PANDAI!

feel free to comment, aku sedia menerima, but please pandai-pandaikan diri anda untuk komen dengan berhemah :) guna akal bukan lutut.

 

Wordless Sunday.. eh ada ke?

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

okay aku nak buat wordless sunday pasal tak tau nak letak tajuk entri apa sebenarnya. muahaha dasar pemalas, sekian ;p

18022012263_副本_副本

 

yeah ni gambar lepas habis pementasan teater ‘Penunggu Pusaka’ oleh student HKB112. okay for sure lah korang tak tau kepejadahnya HKB112 tu, ya tu adalah satu kod untuk aktiviti kokurikulum teater. So 1 kredit dikira masuk dalam final, tak payah pening-pening korang tak payah tau pun. haha. Pementasan teater tadi sangatlah awesome, tak rugi datang walaupun at first aku kena paksa pergi sebenarnya. haha. Hebat jugak student part 2 ni buat pementasan ni, bagus bagus, it’s a good start nanti akan datang boleh buat program yang lagi gempak, fighting!

Sebenarnya apa motif gambar kat atas? Yeah motif gambar ni adalah untuk aku bajet tinggi (walaupun pendek sebenarnya~haha). okay just joking, haha. Actually yang sebelah aku tu is my junior, tapi lain course lah and dia terlibat jugak dengan pementasan teater tu and (berapa banyak and aku ni?) dia jugak seorang blogger yang selalu visit, baca and komen-komen kat blog aku ni. Nama je sekampus, tapi baru kenal harini. Harap-harap esok lusa kalau bertembung aku kenal lagi lah (well umur makin meningkat kan, cepat lupa ;p). Orang panggil dia ‘Krunch’, jangan tanya aku kenapa pasal aku pun tak sempat nak tanya..hahah. Thanks Krunch pasal selalu kunjung mengunjung ziarah menziarahi blog ni. hehe.

So sekarang moh la ramai-ramai pergi jenguk-jenguk blog Krunch ni http://krunch2sa.blogspot.com . Jenguk jangan tak jenguk, tapi jangan sampai tak menjenguk blog aku sudah. haha. Aku promote blog orang mengalahkan aku punya blog dah cukup hebat lah pulak. hahaha.

okay dah bye ;p and sekali lagi, thanks to Krunch! *terharu*

potpetpotpet: hodoh gila muka aku dalam gambar atas tu =.=” tapi pasal ni je satu gambar yang aku ada, upload je lah. haha

Friday, February 17, 2012

people expectations

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

424425_298273420235021_219494334779597_826513_375050236_n

Hey, kadang-kadang (atau mungkin selalu) orang akan fikirkan kita macam ‘something-something’ yang pada hakikatnya kita bukanlah seperti ‘something-something’ yang difikirkan tu. err paham tak? macam ni lah, aku bagi contoh diri aku sendiri, hehe:

Orang fikir saya seorang yang kreatif
Hakikatnya aku main ikut je apa yang ada dalam kepala otak aku, kalau dah tandus idea, cedok je idea orang lain. haha. kan senang ;p

Orang fikir saya pandai hal berkaitan dengan graphic designing & computer thingy
Hakikatnya aku tak belajar pun benda-benda alah tu, paling-paling pun ada lah tengok sikit tutorial dekat blog-blog pasal designing, tu pun baru harini tengok tutorial, esok dah lupa. Nasib aku baik bila main tekan-tekan photoshop or Adobe Premiere tu tiba-tiba cak! siap dah design or video aku. haha. that’s why aku malu kalau orang mintak tolong aku ajar dorang ilmu design mendesign ni, bukan aku kedekut ilmu tapi aku pun tak tau nak ajar camne as aku pun pakat hentam tekan je (walaupun dah buat macam-macam punya design dah..haha).

Orang fikir saya student microbe, so saya sentiasa aware dengan segala kuman virus bagai ni.
Hakikatnya roti kulat pun aku boleh ngap. erkk? okay tipu. haha. tapi makcik-makcik bila dengar “belajar microbiologi?”, dangan segera tanya aku segala benda kuman mana dia jumpa yang sebenarnya aku sendiri pun tak tau. haha. Or akan ada yang expect, “urmm dia ni budak microbe, mesti hygenic gila ni” yang pada hakikatnya aku biasa-biasa je. heheh

Orang fikir saya sombong.
Hakikatnya aku malu, segan dan rasa awkward gila nak tegur-tegur orang especially kalau aku baru kenal or langsung tak pernah kenal orang tu. I prefer untuk orang approach aku dulu and make me feel comfortable with them. Bukan jual mahal tapi sebenarnya I’m sucks in starting something, tapi once you start knowing me, jangan menyesal pulak pasal I’m good on continuing something you have start! hoyeah!

Orang fikir saya suka kanak-kanak.
Okay yang this one actually saya sangat suka segala benda yang comel. So aku selalu suka main dengan budak-budak yang comel tak kisahlah jumpa tepi jalan ke, dalam bas ke anak siapa pun aku main sentuh je. So bila orang tengok, nampak macam saya sangat menyukai kanak-kanak padahal hakikatnya aku suka budak-budak comel je dan sangat anti dengan budak yang takde respect dengan orang tua, kurang ajar, tak reti jaga mulut, busuk (yucks) and yang annoying. Okay nampak macam aku kejam lah pulak. haha.

Orang fikir saya anti-perempuan.
Gila ke apa? Orang fikir macam ni pasal first dulu aku budak sekolah agama, kedua aku budak sekolah lelaki, ketiga aku tak berapa nak berlembut dengan perempuan, keempat aku selalu sound direct kat perempuan especially pasal aurat and yang gedik (pantang betul =.=). Tapi hakikatnya kalau ikut purata, dalam 10 kawan aku, 8 daripada tu adalah kawan perempuan. haha.

Orang fikir saya sentiasa happy tanpa masalah pasal tengok tiap-tiap hari aku macam bahagia je.
Hakikatnya aku ada banyaaaaaakkkkkk masalah, tension tekanan semua ada, tapi tak zahirkan je. Aku sakit ke apa biar aku jelah yang tanggung. So people always see me as a happy person yang sebenarnya errr…tak berapa nak happy pon ;p muahaha…

haha sometimes kelakar kan bila tengok apa expectation orang terhadap diri kita sendiri, sometimes orang letak high expectation kat kita and sometime low expectation yang sebenarnya kita bukanlah seperti yang de’expect’kan tu pun. haha. So ingat, always expect the unexpected, segalanya adalah mungkin :)

Yang paling baik sekali, selalulah bersangka baik kat orang pasal tulah yang dianjurkan dalam agama Islam ^_^

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday

419949_2275540667946_1831615409_1461001_1595717271_n

I miss this boy so much! haha :’)

Tuesday, February 14, 2012

a monster with two hobbits in KL

Assalamualalikum.

Benda ni dah lama dah, tapi baru nak update kat blog boleh? Ya mestilah boleh pasal ni blog aku. haha. Okay time cuti Maulidur Rasul and Thaipusam haritu kawan aku, Syamim ada mintak tolong aku bawak kawan dia from Germany untuk jalan-jalan round KL. yeay aku excited gila pasal aku suka jumpa and entertain tourist.

Actually dua-dua orang ni study kat Beijing amek course Bahasa Mandarin. Tapi Chris ni dah kerja dah pun. So sekarang dorang tengah cuti sem and that’s why kerja nak merayap je. hehe. Nasib baik aku pun cuti time tu so boleh la bawak kanak-kanak ni jalan-jalan :) Tapi mula-mula aku rasa awkward pasal Chris si kawan Syamim ni lagi tua dari aku. Well, aku sentiasa rasa segan, malu dan perasan yang pelik-pelik bila jumpa orang lagi berumur dari aku (walaupun beza sikit). haha. that’s why aku lagi selesa dengan kanak-kanak, yeay!

Alhamdulillah, everything going well, tapi Chris nampak penat sikit maybe pasal dia sampai KL pukul 7 pagi something stret kitorang bawak dia jalan-jalan. So mula-mula plan nak jalan sampai malam tapi dipendekkan sampai petang je. Tambah-tambah pulak yang ‘tourist guide’ ni pun tiba-tiba penat gila tak tau kenapa. haha.

05022012231_副本

this is Syamim and Chris :)

05022012243_副本

Chris and me, dah macam bapak dengan anak dah =.=

owh kenapa tittle entri ni macam tu? pasal si Chris ni cakap kitorang dua orang ni lagi pendek dari dia, macam Hobbit dalam cerita Lord Of The Ring tu. cehh =.= so we called him monster. haha standard lah orang Europe tinggi-tinggi. nasib lah orang Asia..haha

so thanks Syamim pasal bawak kawan dia datang Malaysia, annyeonghaseyo! eh selamat datang ;p haha. Harap-harap dorang enjoy lah haritu, heheh. and hope Chris tu paham apa yang aku cakap haritu, dengan Manglish aku yang ntah pape. haha tibai jelah~

 

Monday, February 13, 2012

me and the kids

*entri ni ada lambakan gambar, siapa yang internet connection slow tu sorry la ye ;p heheh

Assalamualaikum people!

Lama tak update blog, tangan menggigil jap nak tulis entri. Otak pun cramp nak buat ayat. haha. Tapi dalam menggigil-gigil pun, sila lihat kat atas, cak! yeay brand new header yaww! hekeleh, hampeh punya header pun nak hebah sekampung :p hahaha.

oh my, kawan-kawan aku yang praktikal sem ni semua dah sihat sejahtera duduk rumah, tapi aku pulak ‘sihat sejahtera’ terperuk lagi kat Kuala Pilah ni. this is not good. Alhamdulillah, harini aku pun dah dapat surat jawapan untuk penempatan praktikal kat Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK). Kalau sem ni takde aral melintang tunggang terbalik, inshaallah praktikal lah aku kat sana bulan Mei ni :)

okay, kebelakangan ni aku dapat satu penyakit baru, tapi penyakit ni bukan klinikal. haha. penyakit apa? ya, penyakit RINDU (cehh gedik =.=). haha. Rindu kat sapa? Girlfriend? Damn, takde maknanya, takde calon lagi, sapa nak boleh isi application form eh. haha just joking ;p

Actually lately asyik teringat muka budak-budak yang pernah aku buat program dengan dorang sepanjang aku kat Kuala Pilah ni. ya mereka sangat comel! haha. yela, dulu kan cita-cita nak jadi English teacher, nak mengajar budak sekolah, tapi tak pasal-pasal masuk course Microbiology pulak kan, so whenever ada peluang jadi fasi or apa-apa program yang melibatkan budak sekolah, yeah I’m in!

I miss those kids! :
*klik kat nama program kalau nak baca entri pasal program tu ^_^

Kem Kepimpinan SMK Juasseh (2010)

28696_1191426485769_1831615409_382825_2235303_n_副本

time ni 1st time jadi fasilitator, nervous + excited yang melampau. haha. this is my group, group Penguin.

Setitis Ilmu Selaut Kasih SK Ampang Tinggi (2010)

17072010331_副本

17072010321_副本

sekolah ni pun best, tapi semua dah lost contact =.=” gambar yang bawah tu group aku, group Pocoyo.

Senyuman Ramadhan – Rumah Tunas Harapan Payung Sri Sejahtera (2010)

22082010749_副本

okay time ni first time jadi ketua fasi, although program dengan rumah anak yatim ni simple je tapi best!

Kursus Motivasi UPSR SK Amar Peghulu (2011)

19022011551_副本

time ni aku malang sikit pasal dapat group yang sangat pasif. adehh..gambar atas ni budak group aku..

Imtiyyaz 2011 Camp SMKA Sultan Muhammad (2011)

AFQ_1180_副本

yeah kem ni buat kat sekolah lama aku and group aku semua junior-junior aku dulu. haha. terbaik!

Singgah Sahur – Rumah Tunas Harapan Payung Sri Sejahtera (2011)

591_副本

yang ni kitorang datang rumah anak yatim untuk sahur KFC sekali and time ni aku ketua program :)

Program Sekolah Angkat UiTM – SK Serting Ilir (2012)

29012012198_副本

31012012210_副本

okay ni sekolah paling best kot. haha tak tau lah kenapa. time ni aku takde group pasal aku ketua fasi, so semua budak-budak ni kira group aku je lah..haha ;p

31012012226_副本

dua orang ni pulak adik angkat aku dari program Sekolah Angkat UiTM – SK Serting Ilir, Zahirul and Syamir. kawan baik dua orang ni (kot). haha.

haaa..nampak betapa rindu tak rindu tu? habis semua program aku listkan. hehe. so far alhamdulillah, ramai yang still contact-contact and hopefully akan terus berkekalan :)

aisyy lepas ni aku dah takde kat UiTM Negeri Sembilan ni, susah nak jumpa budak-budak ni kan? okay jom nangis, sobs sobs~~heheh poyo nangis, dah dah, wassalam, bye!

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails