Monday, January 16, 2012

Kalendar Puasa Sunat 2012

Assalamualaikum readers.

Untuk entri ni aku nak kongsi benda yang menarik dan bermanfaat yang aku jumpa time aku dok berfacebook tadi. hehe. Benda ni nama dia ‘Kalendar Puasa Sunat 2012’, its good untuk menggalakkan kita semua berpuasa sunat. Kalendar ni sangat convenient pasal kita boleh tengok siap-siap bila hari yang sunat untuk kita puasa, bila hari yang haram nak puasa and puasa Ramadhan. Still don’t get the idea? Nah tengok gambar ni :)

398530_10150719443674572_331481044571_12159881_224544183_n

haa..jangan risau, sekali pandang memang nampak macam complicated tapi bila dah imbas berkali-kali tu senang je nak gunanya. at least lepas ni orang-orang yang jenis suka lupa tarikh macam aku ni takdelah jadi macam ‘eh harini hari Asyura? laaa..baru ingat nak puasa sunat’. haha. Korang semua boleh download kalendar ni dalam PDF file kat link kat bawah ni, baru gambar dia clear sikit.

CLICK TO DOWNLOAD

kalendar ni bukan aku yang buat dan semua kredit adalah kepada hamba Allah yang buat ni. Thank you, ada jugak orang yang rajin buat benda-benda ni untuk kebaikan bersama. Kalau korang rasa benda ni worth to share, sebar-sebarkan lah ya :)

Tuesday, January 3, 2012

A Day Before 2012

Snowflake Taiwanese Dessert

01012012130-1

Shimino Japanese Crepe

31122011074-1

Soup in Bread @ espresSOUP

31122011080-1

Creamy Carbonara @ espresSOUP

31122011083-1

Semua ni benda yang berjaya disumbat dalam perut aku before 2012 or to be exact, 31 December 2011. hehe. Time ni keluar sorang before mid sem break habis untuk treat diri sendiri :) Seronok keluar sorang-sorang so that kau boleh berjalan tak payah kesah kawan kau penat ke tak, bosan ke tak, and paling penting tak payah buang masa dua tiga jam fikir “kau nak makan kat mana?” and akan dijawab dengan “aku ikut je kau nak makan kat mana” dan semua akan ikut kawan yang paling banyak pengaruh and time makan tu akan ada yang buat muka pasal sebenarnya dia nak makan kat tempat lain. haha. comel betul, tapi selalu sangat kan jadi macam ni? kan kan kan ;p okay aku tak tuju kat sapa-sapa pun, pasal aku pun kadang-kadang macam tu, orang Melayu kan kuat jaga hati orang sampai hati sendiri sakit. hehehe.

Apa motif entri ni aku pun tak tau tapi tiba-tiba rasa nak update pasal ada gambar :) boleh tak macam tu? hahahaha….

Wassalam :)

Sunday, January 1, 2012

2011 Time Flies

Assalamualaikum readers :D

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T at last kita dah berada di akhir tahun 2011 and yeah 2012 akan bermula. Wah rasa macam kejap je masa berlalu. Rasa je macam kejap, padahal lama gila sebenarnya. Bila aku bukak balik album-album gambar sepanjang 2011 kat hard disk aku ni stret rasa macam “eh, benda ni pun buat tahun 2011 ke? Rasa macam dah lama dah..”. haha see? kita rasa masa berlalu dengan cepat tapi sebenarnya tak pun ;)

Bila tengok balik semua gambar sepanjang tahun baru aku nampak apa yang aku buat sepanjang tahun, selain daripada online-tidur-makan-borak. haha.

1. Eksplorasi Alam Khazanah Negara Sr. 2 – Pahang

381

Okay, yang ni trip kedua Kelab Pelancongan ke Pahang, pergi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan & Deer Land. Although nama dia Kelab Pelancongan, tapi semua trip dia nak berunsurkan alam memanjang, nasiblah, sape suruh lantik aku jadi presiden kan, kenalah ikut otak aku. haha *evil laugh*. Yang ni day trip je tapi dapat banyak gila pengalaman; naik gajah, bagi rusa & ostrich makan+main-main sekali, pegang beruang matahari and macam-macam lagilah :)

2. Eksplorasi Alam Khazanah Negara Sr. 3 – Broga Hill

IMG_5014

Still ada unsur alam, this one Eksplorasi Alam 3rd Series pulak. Day trip jugak, kitorang bertolak dari kampus pukul 3 pagi semata-mata nak tengok sunrise dekat Broga Hill ni. Then mandi kat Sungai Tekala, pastu makan durian ramai-ramai dekat Terachi. Best!

3. Backpack Travel – Melaka

IMG_5722

Yang ni pulak trip 3 hari 2 malam pegi bandar Melaka tapi guna konsep ‘backpack traveller’ so sepanjang trip ni dari awal pagi ke tengah malam kitorang just jalan kaki and naik public transport je. Alhamdulillah, trip ni pun berjaya :)

4. RevoFiesta 2011

IMG_5878

Ni program paling menekan minda pasal kitorang diarahkan buat program yang ‘mega’ tapi dengan bajet yang limited gila. ouh =.= Alhamdulillah, pusing punya pusing, program seminggu ni berjalan dengan ok. hehe. Untuk RevoFiesta 2011 ni aku jadi Ketua Teras Akademik.

5. Unveiling The Secrets Behind Conspiracy Theory: Dajjal Revealed

Ceramah Dajjal

Ceramah ni aku buat sebenarnya ikut self-interest aku pasal aku minat benda-benda macam ni tapi tak sangka ramai gila datang ceramah ni termasuklah student Non-Resident. Ceramah ni adalah sub-program dalam RevoFiesta 2011, jemputannya pulak penulis buku ‘Membongkar Rahsia Dajjal’ dan ‘Kepimpinan Al-Fattah’.

6. Kursus Motivasi SK Amar Penghulu

19022011548

Kursus motivasi ni untuk calon UPSR sekolah ni. Aku jadi fasi and bertanggungjawab untuk buat ‘mass’. Seronok pasal budak-budak dia sporting and beyond my expectation. haha. yang mencabarnya tentang program ni is sepanjang program tu parents budak-budak ni semua ada kat belakang dewan =.= terketar-ketar lutut aku buat ‘mass’. haha

7. Imtiyyaz Camp 2011

AFQ_1213

Imtiyyaz Camp 2011 ni pulak anjuran SMeXIIUM (Sultan Muhammad Ex-Student IIUM) and aku jadi fasi lagi, hehe berbakti untuk sekolah lama. Seronok jumpa junior-junior sekolah yang bakal amek SPM and best jugak dapat jumpa kawan-kawan lama dan senior!

8. Night Of Secret Garden Dinner

DSC00461

yeaa..dinner ni paling tak boleh lupa. walaupun simple je tapi aku puas hati pasal tercapai jugak buat kat venue first class. Dinner ni buat kat PWTC, time ni aku jadi Program Manager and terima kasih sangat kat semua krew-krew dinner ni yang sangat-sangat-sangat membantu. Bajet dinner ni around RM10,000, mau tak gila lah kitorang nak cari and bahagi-bahagikan. hehe.

9. Singgah Sahur

560

Program ni sebenarnya sub-program dalam Minggu Istiqamah Merdeka (MIM) sempena sambut Ramadhan & Merdeka and time ni aku kena lead Singgah Sahur ni so ikut tekak aku, kita sahur KFC :) Ah lupa, program ni kitorang buat sahur kat rumah anak-anak yatim ^.^ aku dah pernah post pasal program ni, boleh KLIK SINI.

10. 1 Student, 1 Message for 1 Malaysia

194

ni program bajet gempak yang tak jadi. haha. Mula-mula nak kumpul cop tangan warga UiTM ni sampai penuh kain 1km. tapi tak sempat nak kumpul semua sebelum 31 Ogos, so yang sempat siap 60m je. hehh dengar macam pendek tapi tu pun dah panjang berjela tau!

Fuhhh dah dah..puas nak mengenang benda-benda sepanjang 2011 ni. hehe. Aku baca dalam buku ‘This Book Is Awesome’ dia kata salah satu cara untuk menunjukkan kepada diri sendiri yang kita mampu buat macam-macam adalah dengan list kan semua kejayaan or benda ‘hebat’ yang kita pernah buat selama ni walaupun hanya satu kejayaan kecil pasal melalui tu kita dapat tengok sebelum ni berapa banyak kejayaan yang dah kita capai sebenarnya. ehh paham ke apa benda aku meraban ni? haha lantaklah ;p

Happy New Year 2012 semua! Moga tahun baru ni lebih baik daripada yang lepas :) Inshaallah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails