Tuesday, October 2, 2012

Personalities by Blood Type

Assalamualaikum, salam sejahtera, 안녕하세요!

Sementara idea untuk menulis tengah mencurah-curah, baik terus update blog ni sekarang. (yelah dah almost 3 bulan tak berblogging katanya. haha)

Okay, this time kita belajar pasal darah, ye pasal blood type kita. Alamak, nak ajar biologi ke? Eh taklah, nothing serious, regang-regangkan urat leher korang yang selalu menegang pasal gigih sangat study or bekerja tu. haha. Selalunya dulu time muda-mudi (eh sekarang dah tua ke?) kita rajin dok tengok dekat ruangan zodiak yang selalu ade kat surat khabar or majalah-majalah tu, yang nanti ada tulis ‘Lelaki Leo adalah lelaki yang gagah lagi berani, pandai mengurus kewangan, sifat romantisnya membuatkan anda terpesona. Lelaki Leo sangat padan dengan gadis Gemini’ (rekaan aku je ni. haha), then teruslah perempuan yang zodiak Gemini hegeh-hegeh nak cari lelaki Leo. haha karut sangat =.=” ada yang terlalu obses sampai guna zodiak jadi macam tilik nasib pulak. aigoo~

blood-type-comic

Bro, tittle post pasal blood type, yang membebel pasal zodiak ni kenapa? eh sabarlah, mukaddimah tu penting paham. haha. Ok tau tak kita boleh kenal or tau personaliti orang hanya dengan tau dengan blood type dia je? Ya, type A, type B, type AB and type O. Ahah, jangan salah paham ini bukan tilik nasib, haha. Dia lebih kurang macam yang zodiak tu, tapi taklah mengarut sampai boleh cakap orang yang zodiak ni nanti dia kaya, yang zodiak ni kahwin cepat tapi anak satu (eh tetiba takde kene mengena. haha).

Mula-mula time baru tau benda ni stret macam “hehh apa kaitan blood type dengan personaliti pulak?”. Tapi bila tengok lama-lama “eh seronok benda ni!” haha. Actually benda ni start dekat Jepun (dan popular jugak kat Korea dan Taiwan), orang kat sana sangat obses dengan blood type ni, even dalam anime or drama pun selalu dorang akan statekan blood type watak tu. Sometimes dorang akan pelik kalau dorang tanya blood type korang, and korang tak tau. haha nampak tak influence dia kat situ? So sekarang jom selidik satu persatu jenis darah ni~

Type A

blood-type-a-overview-01

Type A ni dikatan orang yang bersabar, konservatif, pendengar yang baik, selalu nampak tenang (tapi dalam hati dia jelah yang tau. haha). Selalunya jugak type A ni seorang yang sangat teliti, pendengar yang baik dan sensitif. Then most of type A’s ni pemalu, setia dan penyayang. Tapi type A jugak seorang yang sikit degil, tak banyak tunjuk perasaan (secretive). Type A ni boleh kata type yang baiklah. haha

Type B

blood-type-b-overview-01

Type B ni selalu kena refer as ‘bad type’. Kesian. Kalau ikutkan type B ni fleksibel, kreatif, optimistik, easygoing, original dan bagus dalam imaginasi. Selalunya type B tak ambil kisah sangat pasal orang lain as dorang ni quite selfish, self-centered, suka buat kerja sendiri, tak suka benda remeh, malas dan cakap lepas. Walaupun macam tu, type B dikatakan orang yang goal-oriented, means kalau ade benda yang dia nak, dia akan buat sampai dapat.

Type AB

blood-type-ab-overview-01

Hah type AB dia gabungan A dan B and that’s why type yang ni dia unik sikit. haha. Type AB quite cool, suka cakap pasal diri sendiri, suka buat ‘cara sendiri’, tegas, rasional dan unpredictable. Tak banyak sangat pasal AB, pasal dia rare, yang penting split personality antara A dengan B. haha

Type O

blood-type-o-overview-01

Type O mempunyai kegigihan yang kuat, berfikiran jauh dan suka cabaran. Type O ada keyakinan diri yang tinggi, tak malu, suka dimanjakan. Walaupun suka dimanjakan, tapi type A selalunya ego, degil, suka tunjuk kuat walaupun hati rapuh sebenarnya.

Fuhh habis pun. Ingat, ini just ikut majoriti, and mengikut apa yang aku baca-baca dari artikel-artikel kat internet. Tak semestinya orang darah ni, kene macam ni, orang darah tu kene macam tu. tak tak. Jangan percaya 100%, khurafat nanti. So senang kata just for fun. haha. Nak tau macam-macam lagi korang boleh google sendiri :p

Kalau dekat Korea, ada realiti TV pasal blood type ni, boleh try tengok ‘U-Kiss Vampire’, or movie ‘My Boyfriend Is Type B’. Time tengok tu korang mesti macam “eh aah lah! macam aku lah!” (or aku je yang macam tu?) haha.

So apa blood type korang? Kene tak dengan personaliti kat atas tu? hahaha.

 

4 comments:

krunch2sa said...

i'm type B....agak similar jgak ler....tp yg sifat goal-oriented still blom appear lg...LOL!!

chae chun said...

Me type O huhuhu... Bila tengok post awak ni teringat U-KISS VAMPIRE cite pasal u-kiss n blood type dorang hahaha...best daebak!!

Opie. said...

nice info :)

nfrhana said...

"type b ni quite selfish, tak suka benda remeh, malas dan cakap lepas". kejamnya ayat :( heh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails