Friday, April 6, 2012

Ibadah Sebagai Tujuan

Assalamualikum, salam sejahtera :)

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”
(az-Zariyat:56)

Salam Jumaat. Mashaallah, potongan ayat al-Quran kat atas ni aku dapat kat buku ‘Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains’. Buku ni antara buku-buku yang aku dah ntah bila dah beli, tapi tak sempat-sempat nak baca. Ada lebih kurang 8 lagi buku yang dapat nasib yang sama, heheh I’ll read them later, semua tebal-tebal meyh~asal nampak menarik stret beli, then tak tau bila nak baca. haha perangai sangat~

ok back to ayat kat atas, bila aku baca ayat kat atas tu, automatically aku rasa satu makna yang mendalam, and that’s why I think it would be worth to share with my blog readers. Nak tau kenapa, cuba hayati ayat Surah az-Zariyat ayat 58 ni, Allah menciptakan kita untuk beribadah kepada-Nya, but bila aku buat refleksi diri sendiri, aku rasa tujuan hidup aku, tujuan penciptaan aku macam dah jauh menyimpang. Allah menjadikan kita, menciptakan kita untuk beribadah kepadanya, taat kepadanya, but what we’ve done now? Lebih ramai yang menjadikan ‘mencari kebahagian dunia’ sebagai tujuan hidup, leka dengan hiburan, leka dengan kekayaan, leka dengan percintaan, leka dengan akademik. Eh leka dengan akademik salah? Oh tak salah, tapi kalau tekun sangat belajar, buat revision, pergi kuliah, sampai solat pun tinggal, tawakkal pun takda, riak pulak, tak guna jugak kan? At last dari benda tu baik, terus jadi kurang baik as matlamat utama penciptaan kita sebagai manusia tak dilaksanakan.

(Source: KITA Production)

This advice is actually for myself but I think it’ll be good kalau nasihat ni aku share ramai-ramai, just untuk peringatan kita sebagai hamba Allah S.W.T ni. Renung-renungkan dan selamat beramal :) Maaf kalau ada salah kata, mohon diperbetulkan, peace (^_^)v

Wassalam.

 

1 comment:

krunch2sa said...

saya sedang merenung post ini dgn penuh konsentrasi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails