Friday, February 17, 2012

people expectations

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

424425_298273420235021_219494334779597_826513_375050236_n

Hey, kadang-kadang (atau mungkin selalu) orang akan fikirkan kita macam ‘something-something’ yang pada hakikatnya kita bukanlah seperti ‘something-something’ yang difikirkan tu. err paham tak? macam ni lah, aku bagi contoh diri aku sendiri, hehe:

Orang fikir saya seorang yang kreatif
Hakikatnya aku main ikut je apa yang ada dalam kepala otak aku, kalau dah tandus idea, cedok je idea orang lain. haha. kan senang ;p

Orang fikir saya pandai hal berkaitan dengan graphic designing & computer thingy
Hakikatnya aku tak belajar pun benda-benda alah tu, paling-paling pun ada lah tengok sikit tutorial dekat blog-blog pasal designing, tu pun baru harini tengok tutorial, esok dah lupa. Nasib aku baik bila main tekan-tekan photoshop or Adobe Premiere tu tiba-tiba cak! siap dah design or video aku. haha. that’s why aku malu kalau orang mintak tolong aku ajar dorang ilmu design mendesign ni, bukan aku kedekut ilmu tapi aku pun tak tau nak ajar camne as aku pun pakat hentam tekan je (walaupun dah buat macam-macam punya design dah..haha).

Orang fikir saya student microbe, so saya sentiasa aware dengan segala kuman virus bagai ni.
Hakikatnya roti kulat pun aku boleh ngap. erkk? okay tipu. haha. tapi makcik-makcik bila dengar “belajar microbiologi?”, dangan segera tanya aku segala benda kuman mana dia jumpa yang sebenarnya aku sendiri pun tak tau. haha. Or akan ada yang expect, “urmm dia ni budak microbe, mesti hygenic gila ni” yang pada hakikatnya aku biasa-biasa je. heheh

Orang fikir saya sombong.
Hakikatnya aku malu, segan dan rasa awkward gila nak tegur-tegur orang especially kalau aku baru kenal or langsung tak pernah kenal orang tu. I prefer untuk orang approach aku dulu and make me feel comfortable with them. Bukan jual mahal tapi sebenarnya I’m sucks in starting something, tapi once you start knowing me, jangan menyesal pulak pasal I’m good on continuing something you have start! hoyeah!

Orang fikir saya suka kanak-kanak.
Okay yang this one actually saya sangat suka segala benda yang comel. So aku selalu suka main dengan budak-budak yang comel tak kisahlah jumpa tepi jalan ke, dalam bas ke anak siapa pun aku main sentuh je. So bila orang tengok, nampak macam saya sangat menyukai kanak-kanak padahal hakikatnya aku suka budak-budak comel je dan sangat anti dengan budak yang takde respect dengan orang tua, kurang ajar, tak reti jaga mulut, busuk (yucks) and yang annoying. Okay nampak macam aku kejam lah pulak. haha.

Orang fikir saya anti-perempuan.
Gila ke apa? Orang fikir macam ni pasal first dulu aku budak sekolah agama, kedua aku budak sekolah lelaki, ketiga aku tak berapa nak berlembut dengan perempuan, keempat aku selalu sound direct kat perempuan especially pasal aurat and yang gedik (pantang betul =.=). Tapi hakikatnya kalau ikut purata, dalam 10 kawan aku, 8 daripada tu adalah kawan perempuan. haha.

Orang fikir saya sentiasa happy tanpa masalah pasal tengok tiap-tiap hari aku macam bahagia je.
Hakikatnya aku ada banyaaaaaakkkkkk masalah, tension tekanan semua ada, tapi tak zahirkan je. Aku sakit ke apa biar aku jelah yang tanggung. So people always see me as a happy person yang sebenarnya errr…tak berapa nak happy pon ;p muahaha…

haha sometimes kelakar kan bila tengok apa expectation orang terhadap diri kita sendiri, sometimes orang letak high expectation kat kita and sometime low expectation yang sebenarnya kita bukanlah seperti yang de’expect’kan tu pun. haha. So ingat, always expect the unexpected, segalanya adalah mungkin :)

Yang paling baik sekali, selalulah bersangka baik kat orang pasal tulah yang dianjurkan dalam agama Islam ^_^

1 comment:

krunch2sa said...

"I’m good on continuing something you have start" seriously gotta love this statement!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails