Sunday, February 19, 2012

pandai dan bodoh

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Kalau diberi pilihan untuk jadi seorang yang pandai atau seorang yang bodoh, siapa-siapa pun mesti pilih untuk jadi seorang yang pandai kan? *apa kau gila nak jadi bodoh? haha* Tapi bila cakap pasal istilah ‘pandai’ dan ‘bodoh’ orang selalunya akan terus link kan term ni dengan akademik, siapa yang tinggi akademiknya, ya dialah ‘pandai’ dan siapa yang lemah akademiknya dialah ‘bodoh’. As for me, siapa yang cakap macam tu, dialah totally bodoh.

chooseanalog

credit to Google Image

Cuba korang tengok kat sekeliling, takpun tengok diri sendiri. Kebanyakannya (aku tak kata semua), orang yang so-called ‘pandai akademik’ ni, selalunya dia pandai akademik sahaja, tapi dalam aspek lain serba serbi bodoh tapi malangnya mereka selalu rasa mereka terlalu pandai and terlalu asyik cakap orang bodoh, damn =.= ni lah manusia yang ‘belajar bertingkat-tingkat, bodoh pun melantun-lantun’.

No aku bukan nak condemnkan ataupun dengki dengan orang yang so-called pandai ni tapi I’m trying to widen up your mind pasal benda ni. Listen, pandai akademik tak bermakna pandai segalanya! Shame on you kalau siapa yang kata macam tu. As for me, aku tak kisah kalau aku tak berapa nak pandai dalam akademik (tapi bukanlah sampai tahap jadi dungu) asalkan benda lain aku PANDAI. Tak pandai akademik tak mati pun, selagi anda PANDAI agama, pandai jaga hati orang lain, pandai hormat menghormati, pandai bertoleransi, pandai survive dalam hidup, benda-benda ni semua lagi penting. My parents bukanlah orang yang cerdik pandai bijak bestari pun, but alhamdulillah, thanks Allah mereka dapat survive besarkan aku sampai sekarang dan didik aku dengan berasakan agama Islam. Tapi cuba tengok, ada yang mak ayah dua-dua doktor tapi keluarga pecah belah, rosak dan hancur. need to say more? tak payah lah.

Takde gunanya pointer tinggi-tinggi kalau hormat-menghormati orang lain pun tak pandai, tak guna segala anugerah pencapaian akademik yang kau dapat kalau sekadar untuk riak, tak guna dapat anugerah dekan every sem kalau masalah besar kuman pun tak reti nak settle, takde gunanya belajar tinggi-tinggi kalau setakat relation sesama manusia pun tak pandai nak jaga, apatah lagi relation dengan yang maha pencipta. Think about it.

Maaf, motif aku tulis entri ni bukanlah nak kata “hey buat apa jadi pandai akademik? lek ah, bodoh pun boleh hidup”, but what I’m trying to say is academic is not everything. Please, no need to discriminate orang yang kurang pandai, as kamu yang ‘pandai’ tu tak nampak pandai pun bila buat macam tu. Contohilah ilmuan-ilmuan Islam terdahulu, PANDAI dalam segala aspek, kagum betul. Please, remember, academic is important, tapi ada banyak lagi benda ‘important’ yang kena berjalan sekali seiring dengan akademik tu, barulah PANDAI!

feel free to comment, aku sedia menerima, but please pandai-pandaikan diri anda untuk komen dengan berhemah :) guna akal bukan lutut.

 

5 comments:

krunch2sa said...

sometimes org yg kite sangka stupid tu mungkin akan membantu kite in d future....who knows aite?

ZWAN SABRI said...

For me, kat dunia ni, semua orang pandai.. mungkin x pandai kat akademik tp dia pandai dlm bidang lain.. klaw nk cakap pasai bodoh pulak, semua orang bodoh.. mungkin dia pandai dlm akademik tp dia bodoh dlm bidang lain.. xde yg sempurna.. :)

CIK IMAKASIHDANI said...

pandai pe leh masuk u XD ahaha.. selama aku kawan ngn kau, aku rasa kau pandai je ;) aku xnampak dimana bodoh nya itu. honestly teringat kesedihan ko dulu, bila ada "org2 PANDAI, mengata2 org y knon nya xpandai" hehe. anyway pedulikan mereka2 y "pandai" tu.

gud luck dear fren :)

ILA HonEyBuNNy said...

setuju entry neh...

setiap org ada kelebihannya...itu la..kadang2 org pndai xsemuanya dia pandai..ehhehe

Anonymous said...

btol tu...aku ske sgt entry ko..
finally aku dah dpt ayt ape yg aku nk dscribe kan ttg org 'pndai' nih..
thnks a lot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails