Sunday, November 13, 2011

true value of a friendship

Assalamualaikum. awh happy sunday :)

Seronoknya harini sampai ntah pukul berapa bangun tadi pun tak ingat. haha. dah lama tak bangun lewat. hehe. selalu paling lewat pun pukul 8 dah bangun, harini errrr…lajak sikit. haha tu nikmat tu ;p

Semalam penat gila, bukan penat apa pun sebenarnya, just penat menunggu. haha. Actually semalam sekolah adik-adik aku ni ada Graduasi Tahun 6 & Majlis Anugerah Kecemerlangan. Biasalah kan, nak akhir-akhir tahun ni buat anugerah-anugerah bagai. Hebat adik aku ni, darjah 6 dah merasa grad. haha. aku dulu 1st time ada Majlis Graduasi pun time form 5 dulu kat Hotel Equatorial Melaka. awh miss that time.

Sekolah adik aku ni nak gempak, so majlis ni ada dua sidang. Satu sidang pagi untuk graduasi tahun 6 dan pra-sekolah, sidang petang pulak untuk majlis kecemerlangan. Dah macam istiadat konvokesyen universiti pulak ada banyak sidang sidang. haha. So adik aku yang 3 orang ni semua dapat anugerah-anugerah ni. *banggabangga* haha. Bangga bangga lah jugak, tapi masalahnya aku and parents aku kenalah berkampung kat sekolah tu dari pagi sampailah lewat petang pasal kitorang terlibat dengan dua-dua sidang. fuhhh masak aku. haha. nasib baik hujan, sejuk sikit. hehe.

paling tak boleh blah siap ada Eksporia kat sekolah tu, dah macam Convest kat universiti da. siap pulak ada flower booth jual bunga-bunga and bear yang orang selalu bagi time convo tu. haha.

ok dah, semua cerita kat atas ni kira mukaddimah je, takde kena mengena dengan tajuk entry pun. haha. ni baru nak start topik ;p

Alhamdulillah adik-adik aku yang sekolah kat sini semua dapat anugerah. Yang darjah 4 tu dapat Anugerah Akademik & Tokoh Kokurikulum, darjah 5 dapat Tokoh Kokurikulum and yang darjah 6 tu dapat Anugerah Akademik, Tokoh Kokurikulum & Tokoh Murid. phewwitt..congats!

So yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal kawan adik aku ni yang darjah 6 ni. dua-dua laki ye. Kawan adik aku ni sebenarnya tak dapat apa-apa anugerah pun, tapi dia datang jugak sekolah dari pagi sampai ke petang untuk teman adik aku. Kalau aku takde masanya nak datang. haha. Then time penyampaian hadiah untuk tokoh murid petang tu, pengacara tu adalah baca macam biodata adik aku untuk perkenalkan tokoh murid, family aku just terkejut jelah pasal adik aku tak bagitau pape pun pasal benda ni, tapi bila aku tengok kawan adik aku ni yang duduk kat tepi dewan tu dah sebak air mata mengalir macam kena pukul. Pelik gak aku “budak ni dah kenapa?”. Then bila adik and parents aku dah turun pentas barulah aku tau rupanya dia nangis terharu dengan pencapaian adik aku. perghh sweet gila lah aku cakap kalau kau ada kawan camni time darjah 6!

Makcik yang duduk sebelah kerusi mak aku pun tak pasal-pasal jadi terharu jugak bila tengok kawan adik aku tu menangis. Serious best gila ada kawan camtu. Commonlah, budak darjah 6 pun tau ‘the true value of a friendship’ kot. Then maybe nangis jugak pasal lepas ni dah kurang or maybe tak jumpa dah kot, yelah nak masuk sekolah menengah dah kan? hmmm..

Bila tengok peristiwa camtu, teringat pulak time-time aku sekolah menengah dulu. yelah, 5 tahun kot duduk hidup dengan kawan-kawan kat asrama! Jangan nak main belit-belit dengan akulah pasal ‘friendship’ ni, dah masak dah sepanjang lebih 5 tahun ‘hidup berkawan’. hehh =.=

Eh aku nak sorang kawan macam kawan adik aku tu boleh? haha. I miss my hostel life yang mengajar aku pahit manis hidup berkawan. See ya!

*duhh lame nya lah entry takde gambar. sorry handphone rosak, tak boleh letak gambar. ramai-ramai doa cepat aku dapat system camera sebijik :)

호비 추티 스믖틀르

Assalamualaikum :)

hamek tu ha tajuk comeback entry aku lepas dah lama tak blogging. haha. ada paham? kau pergilah copy paste kat google translate berpuluh-puluh kali pun, sure kau tak dapat tau makna dia punya. confirm! haha. jangan tertipu, atas ni nampak macam bahasa korea, tapi sebenarnya bukan. muahaha. actually atas ni bahasa melayu yang aku eja guna huruf Hangeul. alah, samalah macam kau buat tulisan jawi, tapi guna bahasa melayu ;p

okay meh aku translatekan tajuk title entry ni: ‘Hobi Cuti Semester’. haha. bapak lame gila title entry. cuti sem kali ni aku cuti penuh, kalau sebelum ni asal cuti sem je mesti kena balik kampus awal dalam seminggu or dua minggu. kadang-kadang ada kursus lah, jadi fasi lah, so bila dah nak masuk sem 6 ni, takpelah, aku nak bersara awal. nak ‘merasa’ macam mana cuti full pulak.

at first mula ingat nak buat part time job, dapat kerja kat GSC Signature The Gardens & Sogo KL, tapi last-last malas lah pulak. haha. tapi dalam malas-malas tu rajinlah jugak aku ‘study’ time cuti-cuti ni. haha study apa? study bahasa korea ni lah ;p sumpah macam orang takde kerja dah. It’s good what? seronok kot belajar bahasa-bahasa asing ni. mula-mula ingat nak belajar mandarin, tapi macam susah je, so takpe, study korean dulu. haha.

kalau kau suruh aku speaking korean sekarang, memang taklah kan. aku belajar online je kot. kalau takat nak cakap basic-basic tu boleh la. hehe. tapi kalau membaca sekarang dah ok sikit. tapi tau baca jelah, tak paham pun. haha.

so sekarang dah tau kenapa aku tak selalu kat fb, twitter? tak selalu (berkurun dah pun) tak update blog? haha. ni antara sebabnya lah. tapi bukan sebab utama pun. tapi kira penyumbang lah ;p okay so sape nak belajar hangeul dengan aku boleh register sekarang. aku charge RM10 bagi setiap huruf yang aku ajar. muahaha~

setelah sekian lama

Assalamualaikum readers! awh, ada lagi ke orang yang bukak blog yang berkurun tak update ni? heheh. jangan lah camtu, thepotpetking are still here. siap ada yang kata aku dah berhenti berblogging. eh mana ada macam tuuu..ngeheheh~

urmm..how’s life? apa khabar? sihat? haha soalan macam 10 tahun tak jumpa kan. hehe. actually kebelakangan ni aku memang dah kurang lepak-lepak kat social site macam facebook, twitter, blog, tumblr tu semua. tapi aku ni ada je 24 hours selalu kat depan laptop ni, sekarang addict baca-baca artikel menarik and addicted to online shopping. durh, tu yang paling teruk sekali. haha. duduk rumah goyang kaki tapi duit jalaaaaannnn je. haha. teruk betul =.=

isyy tangan ni bila dah lama tak buat entry jadi cramp la pulak. otak pun ikut cramp sekali. haha. nak tulis ayat pun tak terfikir dah. aaaa takpelah, anggap je lah ni macam teaser comeback aku ke dunia blogging balik. hahaha. I’ll update more later okay :D see ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails