Friday, September 30, 2011

my cutie tumblr

Assalamualaikum :)

Sekarang ni musim final exam student diploma UiTM and yeah it is a very hectic, stressful and challenging week. Biasalah musim exam, time ni lah masing-masing dapat hormone imbalance, study separuh mati then mulalah masing-masing jugak emosi tak stabil. biasalah tu, its like semua orang pun jadi macam tu kot. Lagi-lagi bila study time last-last minute tu tambah pulak paper esok tu pagi, memang tak panda lah mata ni time nak jawab exam pagi tu. haha. waktu tidur tak terurus, makan minum ntah kemana, semua pasal final exam. salahkan dia. haha. padahal diri sendiri yang tak amek berat pasal diri sendiri ;p

Alhamdulillah, 5 paper dah lepas. jangan tanya apa-apa pasal paper-paper yang dah lepas tu ye, no comment. so far, I can say Medical Microbiology paper is the hardest paper compared to the others. terus tak jadi berangan nak jadi doktor, baru medical microbe dah hegeh-hegeh nak jawab haritu. haha. apa-apa pun I hope I will get better result for this sem. tak aim tinggi-tinggi pun, yeah I’m not a scorer, and I know the path that I have taken.

ok tajuk entri lain, mukadimah bukan main panjang. haha biasalah kan ;p okay actually just nak promote bagitau kat korang semua aku dah ada tumblr! ok lame gila, orang lain dah berzaman ada, aku baru hegeh-hegeh nak buat. ntah lah, tiba-tiba minat pulak. padahal yang blog ni pun sepuluh tahun sekali baru update, nak buat micro-blogging guna tumblr pulak. no problem lah, boleh punya handle :)

Capture

my tumblr!

so for those yang berminat, silalah melawat ke tumblr. saya ya! http://ryeoqidz.tumblr.com
kalau nak follow, follow lah ye! terima kasih bye! wassalam~

Friday, September 23, 2011

fast service

Assalamualaikum. haha.

pergh gila ke apa bagi salam tiba-tiba nak gelak. haha suka hatilah. harini seronok lepak-lepak perasan macam dah habis final exam sedangkan baru satu paper je yang lepas. Fundamentals of Entrepreneurship. ouh commonlah, tak kisah lah fundamentals ke, basic ke ape, when it come to business-related-subject memang aku lemah sikit. oh too be exact, lemah sangat. pasal aku tak suka. tapi duit aku suka. haha. so bila dah lepas satu paper yang berbaur bisnes tu, I feel so relieved. haha. tapi ada lagi satu paper berbaur bisnes, Basics of Economy. hah, this one lagi lah..err susah nak cakap although it just a ‘basic’ subject. damn. sangat tak sebati dengan diri aku. brrrr~

okay dah, taknak bebel pasal exam panjang-panjang. siapa pun tak suka dengar pasal exam kan? haha. actually tadi baru balik dari Pejabat JPJ, nak buat lesen CDL. cehh dah berzaman-zaman P aku expired, harini baru ada peluang nak renew. maknanya almost 5 bulan lebih dah la aku bawak kereta secara haram. ngeheheh. siap time raya haritu drive balik Singapore lagi. nasib baik tak pernah kena tahan dengan polis walaupun kat highway haritu bersepah-sepah je polis. haha nasib je tu.

like seriously, Pejabat JPJ Kuala Pilah ni is the best lah. tadi berurusan dengan dorang just less than 5 minutes kot! haha kira pencapaian terbaiklah untuk sebuah urusan dengan pejabat kerajaan. haha. masuk, ambil nombor then stret kena panggil, bayar, terus chow. nak usha pejabat tu pun tak sempat. serious sepantas kilat. cayalah!

uh oh, sebenarnya aku nak post pasal benda lain kat entri ni, tapi pasal excited sangat dangan JPJ tadi, stret lupa main point sebenar nak post entri ni. ahh baru nak masuk 20 dah lupa-lupa bagai. haha. takpelah, anggap je lah ni entry untuk kredit kepada JPJ Kuala Pilah. haha syabas syabas ;p kalau semua pejabat kerajaan macam ni lagi best :) hehehe.

 

Thursday, September 22, 2011

samalah kita!

Assalamualaikum semua!

Tadi sambil tengah belek-belek facebook yang makin lama makin pelik tapi semua orang still suka tu, aku terbaca satu status ni. simple dan kelakar tapi makna serious makan dalam hoi bagi orang yang terlibat.

 

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.
LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.


.……………………………………………………………………………………………………


tiba-tiba kedengaran laungan azan....
LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.
LEMBU: sama jelah kita :D

moral of the story: solat lima waktu tu wajib bagi kita, khalifah muka bumi ni :) pesanan untuk diri sendiri jugak yang kadang-kadang lalai asyik solat time waktu nak habis ==”

renung-renungkan dan selamat beramal!

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday | Ms. Polaroid

Assalamualaikum :)

okay, sekian lama asyik dok tengok orang punya entri Wordless Wednesday (WW), fine harini aku nak join lah. hehe. bukan apa, dah berapa kali dah nak buat WW ni tapi bila aku taip je entri tu mesti panjang taknak macam nak buat novel lah pulak kan. so tak jadi lah ‘wordless’ tuh. haha.

Polaroid-One-Step

Polaroid One-Step

Polaroid-P

Polaroid-P

semalam orang lain dok sibuk study untuk exam, aku dok sibuk google harga benda ni kat internet. ehehe. ntah lah, tetiba je terminat polaroid ni. macam best :) tengoklah macam mana ye, kalau ada rezeki nanti, you’ll be mine yeah dear Ms. Polaroid!

Saturday, September 17, 2011

Cheerful Malaysia | Malaysia Day Celebration 2011

Assalamualaikum peeps!

Here are some picture of peoples on Malaysia Day Celebration 2011 at Dataran Merdeka yesterday Smile

 

16092011119-116092011123-116092011125-116092011149-116092011163-116092011169-116092011197-11609201120016092011201-116092011202-1

Friday, September 16, 2011

Sambutan Hari Malaysia 2011

Assalamualaikum :)

Hari ni 16 September, Hari Malaysia. Tahun ni aku excited semangat patriotik berkobar-kobar nak sambut Hari Malaysia pasal ni baru first time dia gabungkan sekali dengan Hari Kemerdekaan. So pagi tadi dengan semangat waja lepas subuh je stret pergi menapak pergi Dataran Merdeka.

waahhh best sangat, semua orang kibar bendera bagai, then paling best boleh jalan tengah-tengah jalan raya pasal jalan tutup ;p Pagi tu beli breakfast kat McD dulu then bungkus bawak dekat Dataran Merdeka tu. Time budak-budak sekolah tengah dok syok menari-nari aku breakfast lah dulu. haha perut dah berkeroncong.

seronok tengok semua bangsa ada berkumpul sama-sama nak sambut Hari Malaysia ni. aaa then dapat tengok Tuanku Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah! I adore her very much, queen yang pandai berfesyen :) and luckily jugak cuaca harini tak panas, tak sejuk, tak hujan. kalau hujan lah tadi, tak tau lah aku apa jadinya. huhu.

jealous tengok orang lain dapat topi, stiker kereta, payung, kipas semua, aku dapat bendera je. tulah, melencong pegi McD lagi, melepaslah nak dapat semua tu. hehe. then aku rasa harini hari paling banyak kali aku nyanyi lagu Negaraku kot. hehe. mana taknya, setiap TYT or Sultan yang datang kena nyanyi Negaraku and lagu negeri masing-masing. then time SPB Yang Dipetuan Agong datang pulak adalah dalam 3 kali lagi pulak kena nyanyi lagu Negaraku. haha patriotik tak? teeheee~~

 

 

 

16092011106-1

helikopter ATM & PDRM

 

16092011129-1

kereta berhias Akta Keselamatan apa ntah..hehe

 

16092011130-1

Kementerian Pelajaran Malaysia

 

16092011134-1

yang warna hijau tu eco-car UiTM

 

16092011137-1

1 AZAM

 

 

 

16092011142-1

Terminal Bersepadu Selatan pun ada..

 

16092011144-1

kereta berhias sektor-sektor swasta

 

16092011145-1

suka tengok makcik ni..hehe

 

16092011152-1

kereta siri pahlawan Proton~

 

16092011157-1

errr ni band apa ea? taktau ;p

 

16092011158-1

unit beruniform sekolah

 

16092011165-1

TLDM

 

16092011174-1

Tentera Darat & Tentera Laut

 

16092011180-1

Polis Pelancongan

 

16092011182-1

abang askar gagah perkasa :)

 

16092011187-1

PDRM FRU

gambar banyak lagi sebenarnya, tapi taknaklah upload semua kat sini, macam semak je. huhu. takpe, tunggu part 2 kepada entry ni ya :)

to all Malaysians, HAPPY MALAYSIA DAY!!

Night Of Secret Garden Dinner @ PWTC

Assalamualaikum.

Haritu dah cerita pasal Pre-Graduation Dinner kat Klana Resort Seremban kan, this time nak story mory pasal Annual Grand Dinner Badan Peer Kaunselor (PEERs) pulak. hah, ‘annual’ lah sangat, ni baru first time buat pun semenjak dah dua tahun kelab ni wujud ;p

so untuk dinner ni aku yang jadi Project Manager as aku gatal sangat nak buat dinner. haha. so aku pun tangkaplah Mai sekali jadi Assistant Program Manager untuk dinner ni pasal nampak macam hardworking semacam je kan. haha.

actually plan nak buat dinner ni just main cakap-cakap macam tu je, berangan nak buat grand-grand. haha. at first nak buat dekat Restoran Warisan Kuala Pilah tu je, tapi nak dijadikan cerita restoran tu tutup time tarikh kitorang nak buat dinner tu. punyalah lama restoran tu tutup untuk cuti raya, aku pun tak paham..adess ==”

time tu dah pening dah nak cari venue sesuai tapi yang penting aku dah bagitau awal-awal aku tolak kalau sape-sape cadangkan nak buat kat Melang Inn or Royal Bintang Hotel Seremban. ntah lah, rasa macam dah common sangat. lagi-lagi Melang Inn tu, tak macam semua persatuan pulak nak buat dinner kat situ. haha. then ntah macam mana ntah, tetiba kat otak ni terfikir nak buat dinner kat PWTC. ok sumpah demand, Penasihat 1 kelab kitorang pun mula-mula terkejut dengar cadangan tu. haha. Mai punya cadanganlah ni.

Seriously, aku first time kot jadi Project Manager untuk dinner, selama ni mana pernah aku buat dinner pekejadah ni. Jamuan kelas ada lah time sekolah dulu. haha. dah lah takde pengalaman, tiba-tiba ada hati nak buat kat PWTC. haha kesahlah pulak aku? redah jelah..my first dinner ever kot, confirmlah nak something grand. lantaklah sama bajet kecik ke apa, pandai-pandailah besarkan. ngeheheh.

11092011039-1

Alhamdulillah, 11 September haritu Night Of Secret Garden Dinner berlangsung dengan jayanya kat PWTC. weee~suka gila. siapa tak suka weh, sebelum dinner tu macam-macam benda nak kena tempuh. Malam tu kitorang pilih tema ‘Secret Garden’ pasal nampak macam grand & exclusive sikit tema tu. eh yeke? yelah kot.haha.

11092011065-1

view dari belakang dewan~

SONY DSC

senyum semua..senyummmm..heheh

SONY DSC

Ungku the pianist with akak photographer volunteer..tenkiu akak :)

SONY DSC

with the coolest VIP ever! Cik Hanim, Cik Zana, Pn. Fa (Penasihat 1), Pn. Dalila (Timbalan Rektor) & Cik Fara (Penasihat 2)

SONY DSC

the dinner committees

aku suka gila malam tu especially bila tetamu VIP sangat impress bila masuk dalam hall tu. alhamdulillah, everything is going well. budak-budak yang datang pun nampak puas hati dengan yuran yang dorang bayar tu. then suka tengok semua cantik handsome malam tu. wahahhh! Then kelakar jugak pasal time slot ucapan pengarah program, aku dengan selamba badak takde teks bagai membebel apa ntah atas tu. haha.

papepun terima kasih kat semuaaaaa committee yang terlibat dalam menjayakan dinner ni. Sorry kalau aku ada tekan korang lebih-lebih ke, marah ke, caci ke haha..korang semua dah buat sehabis baik dah :D TERIMA KASIH SEMUA.

Tuesday, September 13, 2011

Pre-Graduation Dinner @ Klana Resort Seremban

Assalamualaikum peeps!

haih minggu ni banyak betul dinner. memang parents aku hantar masuk universiti untuk attend dinner je. haha. itupun nasib baik aku tak join Microbiology Masquerade Dinner khamis lepas. aku suka pergi dinner pasal boleh tengok orang pakai cantik-cantik, then makan sedap-sedap. haha

okay so Jumaat lepas Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEA) ada anjurkan Pre-Graduation Dinner untuk student 5th semester Diploma in Microbiology & Diploma in Food Technology kat Klana Resort Seremban. aku rasa ni dinner paling murah lah kot yang aku pergi around RM15 kot. see? murah sangat sampai aku lupa berapa aku bayar haritu. haha. yang lain UiTM bayarkan. heee~

Dinner ni tema formal, so aku pakai macam hari Isnin je lah. yang perempuan je lah boleh melaram sakan as ‘formal’ dorang tu ada macam-macam jenis. hehe. yang bestnya aku boleh lupa tarikh pre-grad dinner ni. hari khamis tu baru ingat, tu pun pasal ada orang cakap pasal transport nak pegi sana. haha.

09092011007-1

my classmates

09092011011-1

with diana~tempat luah perasaan ;p

09092011012-1

with Biha ~ PA setia..haha

09092011017-1

the girls – with Miss Rashidah (Head of Program)

overall dinner ni best, masing-masing nangis bagai, yelah ala-ala farewell party lah kan, masing-masing nak grad dah lepas almost 3 tahun terperap kat sini. hihi. makanan kat sini pun sedap :) licin aku makan. haha. puding roti dia pun best, apa dia letak ntah. haha.

buat kawan-kawan microbe and food tech, nanti bila dah grad jangan lupa semua memori kita ye. cewahh. hope dapat contact-contact lagi di masa akan datang.

Raya @ Universal Studio Singapore

Assalamualaikum semua ;)

Dulu selalu berangan nak pergi theme park besar-besar macam Disneyland, Universal Studio tak pun Gold Coast tapi apakan daya tak mampu. haha ayat sedih. semua jauh-jauh, dekat Los Angeles, Australia, Hong Kong bagai. sapa lah nak sponsor kan? hehe. Tapi sekarang ni dream come true bila Universal Studio dah bukak kat kampung aku, Singapore! hihi. cehh orang lain semua dah pergi kot, aku je baru hegeh-hegeh nak pergi sana ;p

Raya ketiga haritu kitorang 3 family pergi Universal Studio Singapore (USS) ni. kat Singapore kebanyakannya cuti raya time 1st raya je, then raya kedua dah kerja. So raya ketiga tu kalau nak pergi beraya rumah makcik-makcik pun dorang kerja kan? so baiklah kita berjimba :) Sepupu and pakcik aku siap semangat nak join kitorang pergi sana siap amek cuti. haha.

Overall tempat ni best lah, kira kenalah dengan harga tiket yang kita bayar. haha. ouh kalau korang nak murah kan, beli tiket online guna Mastercard, dapat 20% off macam kitorang. Aku suka Shrek 4D Cinema, Waterworld and Light, Camera, Action : Steven Spielberg. Show semua gempak habis hoii meletup-letup terbakar bagai. haha.

haa lagi satu aku recommend gila korang naik roller-coaster kat tempat The Ancient Egypt tu, serious terbaik weh! kalau tak naik rugi kot duit tiket korang tu. kalau siapa yang takut roller-coaster pun, percayalah korang mesti kata best. aku takut jugak tapi aku naik ;p kira berbaloi la beratur almost sejam, lepas tu tempat tu macam tak psiko la pulak mummy bersepah-sepah, gelap, ada muzik apa ntah then setiap berapa meter ada papan tanda psiko.

01092011598-1

Roller-coaster yang Egypt tu dia indoor. kat situ memang gelap gila, korang takkan nampak pun rail roller coaster tu. then time naik tu ada macam-macam efek macam terbakar lah, dinding pecah lah, berasap semua. best gila! ntah macam mana la dorang buat semua tu. rasa macam nak naik lagi, tapi kena beratur lagi sejam..urmm takpelah. haha.

01092011537-1

with my dearest cousins :)

 

01092011590-1

firaun mana ntah ni. haha..

 

01092011607-1

ok yang ni sumpah aku tak naik..haha

01092011645-1

Far Far Away Castle – Shrek

010920111379-1

The Ancient Egypt. macam kat mesir dah ;p

Lupa nak bagitau kat USS ni takde surau, so kalau nak solat, tanya je kat staff dia nanti dorang tunjuk ada ruang yang selalu orang buat solat. then yang bawak beg besar-besar tu, korang sumbatlah segala makanan dan air dalam tu. kalau ikutkan memang tak boleh bawak makanan luar tapi selalu dia tak check beg, kalau check nasiblah. tapi air mineral penting weh, bawaklah bebanyak :D melainkan korang sanggup nak beli air S$10 sebotol, takpelah. 10 dollar tau, bukan ringgit. huhu.

kitorang balik time gate USS ni dah tutup sebelah. haha punyalah taknak keluar kan ;p so siapa nak pergi bolehlah kumpul-kumpul duit ye. dah cukup duit nanti ajak aku sekali. hehe.

Monday, September 12, 2011

My Aidilfitri Story

Assalamualaikum semua :D

Tajuk entri ada macam tajuk karangan English sekolah rendah tak? haha..kan selalu time sekolah dulu lepas cuti panjang je teacher mesti suruh buat karangan ‘My Holiday’. haha. eh teacher korang ada penah suruh buat camtu tak? ke aku sorang je? tak kisahlah, yang penting sekolah aku ada buat. haha. by the way, aku memang suka nak cerita pasal raya time raya dah nak habis pun. haha.

Alhamdulillah raya tahun ni sangat-sangat best walaupun dalam keadaan bersederhana je. yelah saya bukan anak lord. Tahun ni raya kat kampung belah mak kat Singapore. yeay sangat suka pasal boleh jumpa nenek-nenek sedara (tu main point tau! heheh), makcik-makcik and sepupu-sepupu. dulu selalu pergi balik Singapore dengan arwah nenek aku, yelah cucu manja lah konon, so sekarang ni balik sana jumpa adik-beradik nenek aku pun jadilah, semua muka lebih kurang sama so dapatlah lepas rindu kat arwah nenek aku. urmm rindu sangat kat arwah, I think she’s the only one person yang boleh paham, tolong aku walau dalam apa pun keadaan aku. The ONLY ONE tau!

30082011514-1

Babah De shashuka (dia ala-ala Lasagne)

31082011524-1

Babah Yah special menu..macam-macam ada..hehe

owh ya, ‘Babah’ tu maknanya nenek tau. pasal family aku belah mak ni ada keturunan-keturunan arab so semua panggilan-panggilan pun arab. saja nak bagitau, kang korang ingat aku mencarut apa pulak kat caption gambar tu. Memang best pasal semua adik beradik nenek aku sangat suka memasak sedap-sedap. hehe. aaaa rindu arwah nenek aku lagi Crying face

hmmm..what else to say? SELAMAT HARI RAYA semuaaaa..haha. nampak sangat lah tu takde idea nak tulis apa lagi ;p okbye!

 

Thursday, September 8, 2011

Cukai Prepaid Topup & SIM Pack 6% bermula 15 September

Assalamualaikum.

Okay akhirnya khabar angin pasal cukai perkhidmatan (service tax) ke atas prepaid reload & SIM pack terjawab jugak harini. Mulai 15 September 2011 ni, semua prepaid topup / reload dan SIM pack akan dikenakan cukai perkhidmatan 6% oleh kerajaan. So kiranya kalau topup RM10 tu jadilah RM10.60. Tapi tak tau lah sama ada harga topup tu akan naik 6% or dia akan tolak 6% dari setiap reload kita.

woohh 6% percent banyak la wey. hebat tak hebat. amek sepuluh sen dua ok la jugak. hehe. 60sen tu kalau topup RM10, kalau RM100? RM6 weh kena service tax..pheww~

tapi nak buat macam mana lah kan, benda ni dah lulus dah pun. Maybe kerajaan ada sebab dia buat macam ni. maybe la..hehe. aku tak berani nak ulas banyak-banyak. haha. so siapa taknak rugi 6% tu boleh la topup sebelum 15 September ye! haha.

*memang tak dinafikan Singapore lagi hebat tax dia weh, kononnya kalau kita call orang, orang yang kita call tu pun akan kena caj jugak tau..hebat tak? haha. kalau kat Malaysia buat macam tu jugak, aku tak angkat call orang da la kot agaknya. haha ;p

Wednesday, September 7, 2011

nota untuk da’ie

“Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..”

okay quotes kat atas tu di’copy-paste’ sebijik dari blog seorang ‘Cik’. haha. rasa seronok nak reblog balik quotes ni pasal dia best. hehe. I mean it is really meaningful to me. rasa macam setepek kena kat muka pun ada. renung-renungkan dan selamat beramal :)

*tajuk entri pun sebijik aku copy paste ;p haha

Singgah Sahur

Assalamualikum peeps!

Selamat hari raya semua! haha baru nak wish ;p Okay sekarang dah masuk raya ke berapa ntah tapi aku baru nak sibuk cerita pasal bulan puasa. lantaklah dah basi ke apa, nak cerita jugak..haha

SINGGAH SAHUR

560

say cheese ^_^v!

572

with my dearest timbalan exco ;p

591

thanks Rumah Anak Yatim Tunas Harapan Payung Sejahtera :)

aaaa..sangat suka program ni. hehe. Singgah Sahur ni kitorang buat dekat Rumah Anak Yatim Tunas Harapan Payung Sejahtera, Kuala Pilah. Ni kira second time lah aku buat program dengan rumah ni. Time puasa last year buat program Senyuman Ramadhan tapi tu kitorang ajak dorang datang kampus but for this time kitorang pulak yang datang rumah anak yatim tu. And lagi intersting pasal kitorang datang time sahur and makan KFC. rasa terharu pun ada jugak bila sampai-sampai je rumah tu budak-budak tu panggil nama aku. ouh~~tak sangka dorang ingat lagi aku walaupun rambut dah lain ;p lagi terharu bila mak yang jaga dorang pun still ingat jugak..sobs~~seronok bila tengok adik-adik tu seronok. sayang semuaaaa :)

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA UiTM NEGERI SEMBILAN

urmm program ni pun best jugak. buat dekat kampus aku tiga hari lepas program Singgah Sahur tu. lagi best bila aku baru start buat buku program untuk majlis ni sejam sebelum majlis tu start. haha. alhamdulillah sempat lah siap :)  daripada buat buku program, tetibe dengan pakai baju kemeja je (orang lain pakai baju melayu kott) stret rushing pegi kat venue majlis tu untuk bagi buku program tu kat VIP. sumpah aku selekeh gila time tuu..woo malu.

Then jumpa lagi dengan adik-adik Rumah Anak Yatim Tunas Harapan. yeaa suka. dari jauh dah panggil-panggil, padahal aku tengah dok risau pasal buku program tuh. haha. kelakar betul budak-budak ni ;p ntah lah, bila dengan dorang kan, aku rasa seronok je, semua masalah hilang kejap :) 

sambil-sambil borak-borak dengan budak-budak tu sementara tunggu waktu berbuka tiba-tiba ada dua orang budak tegur dari meja belakang. mula-mula aku tak kenal, rupanya student SMK Juasseh, aku penah jadi fasi dorang waktu Kem Kepimpinan Pengawas last year. haha aku ni memang susah nak cam orang sikit. hehe. terharu jugak pasal dorang ingat aku lagi. haha. #perasanlahkau~~haha

okay tu je..cerita raya nanti eh, tunggu raya haji nanti aku buat entry..haha..sekarang manyak busy maaa~adios bye!

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails