Thursday, July 28, 2011

Imtiyyaz 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah last week settle jugak Kem Imtiyyaz 2011 ni kat SMKA Sultan Muhammad. woohoo sekolah lama aku beb! seriously, bila jejak je sekolah tu stret terimbau balik semua kenangan-kenangan lama time sekolah menengah dulu. wuuuu~rindu gila. banyak dah berubah kat sekolah ni, tak kisah la landskap ke, bangunan, papan tanda…everything have been changed! lagi-lagi bila masuk-masuk je tengok kat padang dah ada gelanggang futsal. wootwot! kampus aku pun xde weh! haha.

okay, actually Kem Imtiyyaz 2011 ni dianjurkan oleh Sultan Muhammad Ex-Student Association IIUM (SMexIIUM), tapi pasal dorang kekurangan tenaga fasilitator, so dorang jemput jugak ex-student daripada universiti yang lain, macam aku ni lah! hehe. takpelah, korbankan sikit cuti mid-sem aku 4 hari untuk kem ni. berbaloi-baloi untuk join kem ni pasal peserta kem ni junior aku time aku form 5 dulu. hehe. mana boleh lepaskan. teehee ;p

overall kem ni best sangat-sangat walaupun ada sikit-sikit cacat-cela (biasalah program kan). and thanks to SMexIIUM bagi peluang and kepercayaan kat aku untuk join benda ni and thanks jugak bagi aku slot untuk promote Fakulti Sains Gunaan UiTM dalam kem ni. hehe. thanks bebanyak-banyak jugak kat Asrama SMKA Sultan Muhammad untuk penempatan yang 5 star! rumah tamu asrama tu memang terbaek! kalah rumah tamu kampus aku. siap dengan washing machine, tv, microwave, tilam+bantal2 yang lembut-lembut. untunglah budak-budak sultam muhammad yang duduk blok baru tu :)

rasa terharu pun ada bila semua cikgu-cikgu still ingat nama walaupun dorang ada berlambak-lambak lagi nama student yang dorang kene ingat. ada certain juniors yang still ingat nama penuh and ada yang still ingat dengan nama ayah skali tuuu~like banyak-banyaklah!

walaupun kem ni 2 hari 2 malam je, tapi memang kasi impak habislah kat aku (impact kat budak-budak tu xtau la kan..harap ok la jugak ;p). tidur kat asrama, makan kat dewan makan, jumpa juniors, cikgu-cikgu, bekerja balik dengan ex-students. wahhh sangat bermakna :) untuk calon-calon SPM tahun ni and tahun depan, do your best, abang tau korang boleh buat, harumkan nama sekolah, make us proud of you ok! ayat dah fasi habis da tu. haha.

ok bye, assalamualaikum :)

 

Thursday, July 21, 2011

Q&A: Diploma in Microbiolgy (UiTM)

28092010188-1

 

Assalamualaikum Smile

sebenarnya nak tergelak ni, kalau ikutkan blog aku ni can be categorized as ‘personal blog’ yelah, blog bebel sorang-sorang ntah sape nak baca kann. haha. tapi lately, or to be exact tiap-tiap kali time musim pengambilan pelajar baru untuk ke IPTA, blog ni akan jadi macam ‘academic blog’. bapak skema. tapi tu realiti dia la kot pasal tadi saje check rank blog kat Alexa.com then bila tengok ‘most peoples search on your site’ semua perkataan berunsur akademik, macam ‘diploma’, ‘subjek’, ‘mikrobiologi’ bla bla bla lah banyak..hoho~

so bila dah jadi macam tu, kalau korang belek-belek kat entri Diploma in Microbiology (AS114) ni or entri UiTM Negeri Sembilan ni, banyaklah soalan-soalan daripada bakal-bakal student yang curious tanya macam-macam soalan pasal Diploma in Microbiology ni. yelah course yang aku dok hadap ni la. heheh. kalau ikutkan I’m not the one yang paling layak untuk cerita pasal benda-benda akademik ni pasal nak kata hebat tak pun. tapi takpelah kongsi-kongsi informasi apa salahnya kan? sharing is caring ;)

dalam entri ni I will try to answer all the questions from the shoutbox, and from those comments in the entries that I’ve stated above. hambek kau stret speaking. haha. gurau je ;p

Q: Mikrobiologi ni apa sebenarnya? 
A: okay, ni soalan standard lah ni, time aku mula-mula nak apply course ni pun ternganga jugak dok fikir ape benda mikrobiologi ni. Mikrobiologi ni sebenarnya study pasal microorganisms, which is benda yang kita tak nampak dengan mata kasar macam bakteria, virus, fungus dan macam-macam lah. Microorganism semua ada 7 jenis, nanti korang belajar lah time semester 2 nanti. haha. so bila amek course ni korang akan belajar pasal benda-benda ni lah, study cara hidup dia, kelebihan, keburukan, teknik lab dan macam-macam lagi lah ye..

Q: Apa syarat nak masuk course ni?
A: OK, kalau ikut website UiTM, ni syarat yang paling latest:


Memenuhi  SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat
kepujian dalam mata pelajaran:
    • Matematik/Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Biologi / Sains / Sains Pertanian/ Pengajian
       Agroteknologi / Sains Tambahan
DAN
    • Lulus Bahasa Inggeris

Q: Saya lemah math, add math lagi la hampeh. boleh ke apply course ni? saya takut lah.
A: jangan risau, saya sendiri orang yang lemah math, add math semua ni or to be exact ‘number-allergic’. haha. Course ni just ada subjek Pre-Calculus time semester 1 je. Sem lain semua dah takde subjek Calculus dah. tapi kena sentiasa ingat kalau dalam subjek Chemistry and certain-certain Microbe subject tu adalah sikit-sikit basic math. subjek lain-lain lebih banyak faham & hafal.

Q: Kalau proceed dengan Diploma Mikrobiologi ni nanti bidang kerja dia apa?
A: kalau nak tau bidang mikrobiologi amatlah luas. kalau ikutkan anything sekeliling kita ada kena mengena dengan mikroorganisma. antaranya Food Microbiology, Medical Microbiology, Industrial Microbiology, Environmental Microbiology, Agricultural Microbiology, Cosmetic Microbiology, Soil Microbiology, Dentistry Microbiology dan Water Microbiology. banyak tak? ni baru antara bidang je tau..banyakkkk lagi sebenarnya, penat la nak list kan. heheh. so don’t worry pasal pasaran kerja, nanti dah grad boleh la selit-selit kat mana-mana bidang kat atas tu. hehe.

Q: Kalau saya ambil Diploma Mikrobiologi ni boleh tak sambung Degree Medic or Dentistry?
A: ahah, soalan ni yang paling-paling famous sekali. well, semua nak jadi doktor kan. haha. jawapan dia ya! yeay..jangan risau, memang dalam syarat untuk ke degree medic and dentistry dah ada tulis “lepasan diploma mikrobiologi boleh apply” (macam tu la lebih kurang ayat dia..haha). okay ni syarat nak masuk degree medic daripada website UiTM:

Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan
MBBS220 / EM00
10 Semester
3.50 CGPA untuk lepasan
Diploma Sains/ Diploma
Mikrobiologi/ Diploma Teknologi
Makmal Perubatan/ Diploma Farmasi
DAN
MUET Band 3

Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
DS220 /ED00
10 Semester
3.50 CGPA untuk lepasan
Diploma Sains / Diploma Mikrobiologi
/ Diploma Teknologi Makmal
Perubatan/ Diploma Farmasi
DAN
MUET Band 3

Q: berapa yuran untuk course ni?
A: sama je yuran untuk semua course kat UiTM pasal kerajaan dah subsidikan yuran kita :)

Q: ada tak apa-apa biasiswa untuk course ni?
A: yang pun sama macam soalan kat atas, sama je macam course lain. boleh apply MARA, JPA or mana-mana organisasi yang lain.

Q: Diploma Mikrobiologi ni ditawarkan kat kampus mana?
A: Bermula daripada pengambilan Sesi Julai 2009, kursus ni hanya ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah sahaja. kat Kampus Induk Shah Alam semua dah takde dah..

Q: Ada tak any degree yang related dengan microbe kat UiTM.
A: dengar ceritanya starting from pengambilan September 2011 ni akan ada beberapa course berkaitan microbe ditawarkan di peringkat degree. maybe Food Microbiology, Medical Microbiology dan Environmental Microbiology. tapi macam mana pun still takde statement rasmi from UiTM pasal benda ni. so nanti kalau dah keluar statement rasmi akan diupdate balik ye :)

Q: Apa subjek-subjek yang kita akan belajar dalam course ni?
A: boleh rujuk entri ni ya – Diploma in Microbiology (Revised Syllabus)

Q: Subjek-subjek dalam course ni semua macam yang kita belajar time form 4 & 5 tu je ke?
A: oh mestilah makin mendalam. dan bila dah semester 2 ke atas tu, semua subjek-subjek akan lebih menjurus kepada bidang mikrobiologi.

Q: Fuyoo banyaknye soalan!
A: hah tu lah, tau takpe, penat den nak menjawabnye =.=” hahaha

so macam mana? terjawab tak persoalan-persoalan dalam benak otak korang semua? haha. semoga Q&A ni dapat membantu anda-anda semua lebih faham mengenai course ni.

kalau siapa-siapa still ada soalan tu boleh la tanya kat comment yeee Winking smile

*kalau nak check syarat kemasukan untuk program-program lain kat UiTM boleh check kat http://esyarat.uitm.edu.my

Diploma in Microbiology (UiTM) : Revised Syllabus

Assalamualikum.

okay, sebenarnya dah lama nak update pasal silibus baru subjek-subjek dalam Diploma Mikrobiologi kat UiTM ni tapi asyik-asyik lupa (malas sebenarnya). haha. tapi pasal kesian kat korang-korang yang tengok silibus lama kat entri Diploma in Microbiology (AS114) ni, so aku post la update terbaru pasal course ni.

so for your information, starting from Sesi Julai 2010, silibus lama tu dah tak digunapakai dan digantikan dengan yang baru ni. tak banyak yang yang berubah, tapi kod kursus yang banyak berubah. take a look Smile

SEMESTER 1
-Consolidating Language Skills
-Basic Chemistry
-Computer & Information Processing
-Fundamentals Of Islam
-National Kesatria 1
-Pre Calculus
-Cell Biology

SEMESTER 2
-Biochemistry 1
-Preparotary Course For MUET
-Organic Chemistry
-Physical Chemistry
-Islamic Thought And Civilization
-Co-curricular subject
-General Microbiology (Theory)
-General Microbiology (Practical)

SEMESTER 3
-Biochemistry 2
-Laboratory Methods in Biochemistry
-English For Academic Purposes
-Basic Analytical Chemistry
-Science And Technology In Islam
-Co-curricular subject
-Genetics
-Systematic Bacteriology

SEMESTER 4
-Basic Instrumental Analysis
-Principles Of Economics
-Mycology
-Virology
-Basic Food Microbiology
-Microbial Physiology

SEMESTER 5
-Fundamentals Of Entrepreneurship
-Basic Food Microbiology
-Basic Industrial Microbiology
-Basic Environmental Microbiology
-Practical Molecular Biology
-Fundamentals of Agricultural Microbiology
-Medical Microbiology and Immunology

SEMESTER 6
-Industrial Training (Practical)

Wednesday, July 20, 2011

on ‘her’ special day :)

Date: 19th July 2011
Venue: The Gardens, Mid Valley City
Participants: 3 persons

ah ok da macam nak buat karangan format laporan da bila dok tulis benda-benda kat atas tu. haha. cikgu BM aku kata dulu kalau buat karangan jenis format tapi lupa format nanti kena tolak 3 markah. haha ok intro nak merepek ;p

Assalamualaikum readers!

sekarang ni semua student diploma UiTM tengah seronok-senang-lenang cuti mid-sem tapi erkkk..aku tak rasa macam tu la pulak. cuti serupa tak cuti je pun =.=”  haha okay, tak mintak simpati pun. heheh. last weekend baru balik dari trip PM kat Cameron Highlands & Lost World Of Tambun. okay 3 hari cuti dah burn, sekian. aaaa nanti kalau aku rajin adalah post pasal trip PM tu ya. such a great trip, bukan pasal tempat trip dia, tapi pasal orang-orang yang ikut trip tu. teeheee :)  and yeah, khamis ni dah kena pergi Melaka pulak, jadi fasilitator kat SMKA Sultan Muhammad. woohh sekolah lama beb~sumpah excited. yang pasti, 3 hari lagi cuti aku dah burn :’(

haha panjang mukaddimah aku pulak kan? okay semalam berjaya meng’free’kan diri, untuk celebrate birthday ‘you-know-who’ (walaupun korang tak tau sape..haha) dengan Amira Halim kat The Gardens. *perghh bukan main pengaruh cerita Harry Potter lagi kann..haha. kalau tahun lepas tak dapat celebrate tapi dapat ‘hadiah besar’ so tahun ni pasal dah masuk umur ‘puluhan’ kan, wajiblah sambut! haha!

 IMAG0179-1

sampai-sampai je mid stret pegi tengok Harry Potter 7 3D (HP7), sampai 15 minit lambat, cesss terlepas scene-scene awal tuh, nasib baik dah reserve tiket online. pheww~ni semua pasal komuter-lembab-sengal yang keje tau nak mendelay train je. aih..HP7 ni best weh! walaupun aku bukan fanatik HP pun, tapi memang best lah! as long aku tak tertido time tengok movie tu makna dia best la kot..haha. but 3D dia biasa-biasa je, nothing much. tapi its worth untuk tengok 3D pasal gambar lagi clear :)

lepas movie stret laju-laju pergi The Gardens, hoih perut dah buat konsert! haha. singgah Baskin Robbins kejap, beli ice cream cake untuk birthday girl, then terus pegi Food Garden. hoyeahh makan makan makan~hilang kempunan nak nasi goreng nanas ;p

IMAG0148-1

happy ice cream cake to you! suka tak suka tak? hahah

IMAG0146-1

makan time! mau tak lapar dok terperuk tengok Harry Potter berjam-jam..haha

IMAG0152-1

ni je mampu bagi, dah pokai nak bagi hadiah besar2 ;p boleh macam tu? haha

IMAG0160-1

till the world ends, inshaallah..amiiiinnn :)

IMAG0173-1

thanks adik for joining us! boleh la guna camera Desire Z lagi ye..*jealous gilaaaaaa

IMAG0165-1

okay cerita dry ice ni kelakar..haha. kan kalau beli kek kat BR dia bagi free dry ice, then aku letak la ice tu kat dulang Food Garden, lebih kurang 20 minit tiba-tiba tengok dulang tu dah melengkung dah. haha. cehh nama je scince student, tapi gatal letak benda tu atas plastik. haha. then bila nasi goreng nanas aku dah habis letak pulak dry ice ni dalam mangkuk nanas tu, haha habis berasap-asap macam ada ritual apa ntah. bila bangla cleaner tu kutip pinggan n mangkuk nanas tu muka sumpah pelik. haha mesti ingat kitorang letak benda2 pelik dalam tu..kah3..

 

Happy 20th Birthday ‘you-know-who’, semoga panjang umur, murah rezeki, makin sihat, makin kurus haha..hope you enjoy clebration-yang-tak-seberapa from me ni ya :)

notabirthday: motiffff gambar separuh?? eh suka hati aku lah! hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails