Wednesday, June 29, 2011

time to getting better

Assalamualaikum peeps!

macam biasa, title je bahasa omputih, isi entry haruslah bahasa malaysia. well, bahasa jiwa bangsa la kononnya kann..hehe.

harini hari Israk Mikraj, 27 Rejab, hari Nabi Muhammad S.A.W. diangkat ke langit ketujuh, hari diperintahkan solat. Tapi rasanya berapa ramai antara kita yang still ingat mengenai hari Israk Mikraj ni? Rasanya kalau ada yang ingat pun mesti pasal harini cuti umum so semua akan ingat “eh hari Rabu ni cuti Israk Mikraj”, so tau lah kan Rabu ni Israk Mikraj tapi apekebende Israk Mikraj tu kurang tau or mungkin tak tau langsung. semua fikir pasal cuti tu je and so am I. astaghfirullah.

susah jugak hidup zaman moden ni, guna kalendar Gregorian, yela, kalendar masihi yang kita guna sekarang ni la, sampai habis semua tarikh-tarikh Hijriah dah lupa. tahun ni tahun keberapa Hijrah pun aku sendiri lupa. belek-belek Google baru tau. daifnya diri ni. tau-tau je “eh dah Israk Mikraj?, ooo nak puasa dah”. padahal lepas Rejab tu Syaaban tapi yang ada dalam kalendar Masihi just ada tulis “Cuti Israk Mikraj”, then “Cuti Awal Ramadhan”, so orang tau bila lepas Israk Mikraj tu kira dah nak dekat bulan puasa lah tu. astaghfirullah..

Rejab dah nak habis dah, tapi rejab tahun ni terbazir macam tu je. astaghfirullahalazim. banyak sangat sibuk fikir dunia kan. now is the time untuk muhasabah diri balik. make sure Syaaban ni tak terbazir macam tu je. rugi beb! rugi! teringat time duduk hostel dulu kalau time bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan memang macam-macam amal ibadah sempat buat. no, bukan niat nak berlagak nak kata aku buat ibadah bagai nak rak time hostel, tapi rasa hina pasal sekarang ni aku tak mampu teruskan amalan yang pernah jadi ‘rutin’ satu masa dulu. walaupun time hostel dulu banyak aktiviti-aktiviti kerohanian yang aku pergi secara ‘paksa rela’ alhamdulillah lama-lama jadi biasa. Awal-awal time duduk hostel dulu pergi Halaqah al-Quran, Usrah, Taklim, Ceramah, Solat Sunat Rawatib, Qiamullail, Tadarrus, semua ‘pergi-kerana-takut-ustaz-marah’, tapi bila tengah ongoing tu secara automatik dia akan tukar kepada ‘lillahitaa’la’ (kerana Allah Taala) pasal time tu dah mula rasa satu ‘ummpphh’ buat benda-benda tu. it’s proven peeps! tak caya try cuba. paksa diri and then bila dah lama-lama korang akan rasa kemanisannya.

Tapi malangnya tu cerita time hostel, kat universiti ni tersasar ntah kemana tak tau. astaghfirullah. solat wajib pun kadang-kadang ada je yang tersasar, solat sunat apatah lagi, Quran pegang pun ntah bila, baca? aihh~muhasabah diri. muhasabah diri. walaupun dulu time duduk hostel aku memang bukan budak baik, tapi pengisian rohani time dulu sangat beza berbanding dengan sekarang, walaupun sesetengah daripadanya ‘dipaksa’.

harini hari Allah perintahkan solat lima waktu kepada hambanya, jom kita cuba untuk terus memperbaik dan memperhebat ibadah solat kita. Insyaallah kita cuba perbaik diri kita dan kawan-kawan yang lain. Entry ni bukanlah ‘entri-aku-nak-bajet-Islamik’ tapi rasanya ni tanggungjawab untuk kita sama saling nasihat menasihati. pantang betul kalau dengar ‘biarlah dia nak buat apa-apa pun, selagi tak susahkan orang lain’, ‘dosa aku, kau susah pehal?’, ‘kubur lain-lain, so kau tak payah sibuk’. ya, kalau nak tau memang orang lain akan susah bila kau buat dosa, memang orang lain susah bila kau buat maksiat (walaupun secara fizikalnya tak kacau orang lain pun) pasal dalam Islam, semua orang ada tanggungjawab untuk tegur-menegur, nasihat menasihati lagi-lagi kalau orang tu berilmu dalam hal berkenaan. so baik-baiklah bila nak keluarkan satu-satu statement tu. Islam is differ than other religion, kita semua saudara, kita ada tanggungjawab sosial kita walaupun diri kita tak sempurna. tapi kita kena ingat, Allah dah berfirman dalam Surah at-Tin bahawa manusia adalah ciptaannya yang paling sempurna dan jagalah kesempurnaan tu :)

sama-sama kita jadi hamba Allah yang lebih baik, insyaallah. aku bukanlah ustaz, bukan jugak orang baik, bukan orang yang sempurna, bukan orang yang 0% dosa tapi kalau kita sama-sama muhasabah diri kita, insyaallah Allah akan jadikan kita orang yang hebat disisinya. Amiiin~

Salam Israk Mikraj!

 

Saturday, June 25, 2011

balik bandar :)

Assalamualaikum peeps ;)

berkulat da blog aku. gile ah. biasalah kan, orang busy. pfffttt~banyaklah kau punya busy padahal memang malas nak update pun. hehh =.=”

24062011282-12

tiba-tiba rasa macam pelancong asing pulak dok hebah nak snap gambar sana sini ;p

okay dah, tadi semangat nak update blog tapi tiba-tiba otak blank tak tau nak taip apa dah. urghh sengal gila~tapi takpe, motif entry ni nak tepek gambar yang aku ada snap tadi time pergi Central Market je. hehe. sempat pulak menyinggah situ kannn..punyalah lama dah tak jejak kat sana, sampai tetiba dah muncul Kasturi Walk lah, ape benda ntah lagi, nampak beno aku ketinggalan, yelah, lama tak jejak la katakan…pergi CM ni tadi pun pasal de 2 misi nak settlekan and alhamdulillah, both mission have been completed. mission lah sangat kan. teehee~

eh by the way aku suka Kasturi Walk tu, pintu gerbang dia ada wau besi besar gedabak, nak amek gambar pun susah. aih apedaa..dia takde pape sangat pun sebenarnya, tapi pehal aku suka ntah. maybe dia ala-ala Jonker Walk moden kot. (sebenarnya suka pasal aku dapat lepas kempunan minum mango juice kat situ ;p).

24062011284-1

ni hah Kasturi Walk tuh..nampak wau gedabak tu? tapi yang dekat gerbang dia lagi gedabak+cantik, tapi malas nak snap pasal kena lintas jalan. haha. yelah tu dia tulis ‘cultural village’. takde maknanya, bukan kemain moden lagi barang dia jual kat sini. tshirt sume stok-stok tulis omputih semua. haha.

 

24062011282-1

aaaaa..ni aku suka. nampak kat gelas tu ada macam pemegang plastik tu? haha jakon gila, tak pernah jumpa ;p macam comel je tau dia serve benda ni. fuhh hilang kempunan nak jus mangga. so tau la mana satu tangan aku kan dalam gambar tu kan? yang pegang air mangga tu lah, takkan yang tangan yang jelas-jelas dia pakai baju kurung tuh? haha memang tak lah. yang hijau tu air kedondong. eh murah tau fresh juice kat Kasturi Walk ni! buah dia lagi banyak daripada air ^__^  kalau kat Pilahdelphia (Kuala Pilah to be exact..haha) harapan laaa nak dapat..kat menu je tulis ada, tapi apa pun takde.

okay dah, penatlah menaip (padahal baru berapa patah je pun..haha), esok ada 2 mission lagi nak disettlekan. pegi lantak sama kau punya mission. haha. bye, adios :)

Thursday, June 23, 2011

The Brand New Puduraya Terminal

Assalamualaikum..

oke dah, biar title post ni je yang bahasa omputih..haha. aku ni mane la reti nak omputih omputih semenjak dah berzaman tinggal subjek English ni =.=”

urmm korang ingat lagi tak Terminal Puduraya? ke dah ada yang lupa semenjak dah ada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni kann? heheh…kalau nak tau Terminal Puduraya dah diupgradekan ye dan dah sepenuhnya beroperasi start April 2011 haritu kalau tak silap..(eh ke Jun 2011? ntah, lebih kurang tu laa..). okay just nak bagitau awal-awal entry ni ada banyak gambar so kalau yang internet connection slow tuuu..bebanyaklah sorry ye :)

First time aku jejak Terminal Puduraya ni straight macam “cool seyh”. yela,tak expect la kan Terminal Puduraya ni mampu di’renovate’ jadi cantik macam sekarang ni. serious lain beb! Dulu tak payah kata la kan, dengan asap bas, panas pulak tuh, kotor and bla bla bla (korang fikir sendiri..hahaa). Tapi sekarang ni bila masuk rasa sejuk sikit, then boleh la kalau rasa nak feeling-feeling macam kat TBS sikit pasal design dia lebih kurang.

Okay, meh aku nak listkan apa penambahan yang menarik kat Terminal Puduraya yang baru ni:
-sekarang ni dah ada air-cond..so sejuk..hehe
-ruang menunggu 2 tingkat & lebih banyak tempat duduk
-surau dah besar & bersih (yela, baru lagi kannn)
-kaunter tiket kat tingkat 3 (kalau tak silap), so takdelah semua nak bersesak kat 1st floor macam dulu
-ruang-ruang berniaga semua kena pindah kat dalam ruang menunggu
-pintu masuk utama terminal ni dah bertukar (menghadap hotel)
-setiap tangga nak turun ke platform bawah ditutup dengan cermin (so asap tak naik atas)
-design yang lebih cool (of course)
-food court dipindah ke tingkat 5 (kalau tak silap jugak)
-escalator di sesetengah terminal
-kauter informasi ada kat setiap aras

apa lagi ek? lupa la. tu jela kot features baru yang aku ingat. maybe pasal terkesima sangat dengan design baru ni stret lupa facilities dia ;p oke, malas nak taip banyak-banyak, sila layan gambar-gambar ni~

out

pandangan luar

out2

Main Gate

depart

Departure Board

escalator

Escalator ke platform

menunggu

Waiting Area

menunggu b

Waiting Area B

menunggu d

Ruang Menunggu & Ruang Niaga

menunggu c

selesa kan ruang menunggu baru ni?

food court

Food Court Entrance

food court2

Food Court

food court3

design food court tak serabut macam dulu dah..

kaunter info

Information Counter

platform 2

Platform

platform

Platform

tiket

Ticket Counter Entrance

tiket 2

Ticket Counter

surau

Surau

amacam? tak percaya? haha..tapi haritu dok leka tengok design je lupa pulak nak tengok terminal ni dia conduct bas laluan mana..so yang tu korang check la sendiri ye. tak dapek den nak menolong..teheee..

okay sampai situ jela dulu kot..owh sapa nak baca review Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) sila KLIK SINI ye Winking smile

notapuduraya: punya berkurun perap entry ni akhirnya post jugak ;p

 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails