Sunday, April 10, 2011

I Just Can’t Get Enough

Boy I think about it every night and day
I'm addicted wanna jump inside your love
I wouldn't wanna have it any other way
I'm addicted and I just can't get enough

hah okeh, entri ni takde kena mengena pon dengan lagu Black Eye Peas – Just Can’t Get Enough tu..hehehe. tapi ni entri untuk nak bagi korang mengidam, meleleh air liur, menjilat jari kaki, dan terus rasa nak gemuk! hahaha.

siapa suka kek? oh yea, siapa suka Secret Recipe? *saya saya!* hahaha. biasalah aku ni orang kampung, pasal tu la suka makan kek. boleh camtu? haha. so tadi belek-belek gamba dalam handset, tengok mana yang belom transfer dalam hard disk.  then aku jumpa gambar-gambar yang membuatkan aku lapar-mengidam-sampai-air liur meleleh leleh..haha. meh aku tunjuk korang gambar-gambar tu. ni semua hasil aku bajet kaya habiskan duit kat Secret Recipe sepanjang bulan 3 yang lepas. heheh

1

oh yeah, ni all time favourite kot! Strawberry Marshmallow Cheesecake :)

2

ni pon feberet jugak. Durian Cheese. rasa durian dy kuat doe…

3

New York Cheese untuk manusia gila cheese mcm aku ni ha..haha

4

Raspberry Cheese. hah, sape yang xberapa nak masuk dengan cheese bole amek ni..rasa cheese dy kurang sikit.

5

hah yang ni siriyes ak xrecomend kat korang. Hazelnut Cheese. rasa hazelnut ada, tapi aku taktau tang mana hilang cheesenya..haha

hurmm bulan lepas aku rasa memang dah over budget gila da kot. tiap-tiap hari bajet ko tu macam anak dato’ asyik nak makan sedap jek. hahaha. so untuk bulan-bulan akhir ni, telan air liur jela eh? kih3…

p/s: weh final makin dekat! takpe takpe, ‘ALL IS WELL!” insyaAllah!!!

Saturday, April 9, 2011

feeling macam kat padang lalang Australia di Broga Hill!

Assalamualaikum. Seriously malas nak menaip, otak stuck tengah fikir jadual final exam aku yang agak good good..no gap for four papers! Instrumental Analysis, Microbial Physiology, Virology & Economy sekaligus sederet takde gap langsung oke. owh lupa, takpe la, aku kan memang pandai. ahaha. dah hiraukan semua tu kejap.

so awal-awal nak bagitau ni cerita basi. dah seminggu dah basi. haha. tapi nak cerita jugak pasal program kelab aku yang last sebelum final nih, Eksplorasi Alam Khazanah Negara Siri 3: Broga Hill. aah, memang kelab ni rajin buat program pelik pelik. Takde lagi aku pernah dengar lawatan 40 orang naik bas pergi Broga Hill. and the most interesting thing is bertolak pergi sana pukul 3 pagi! oohaiii..haha..sebabnya? haha, pasal nak experience panjat bukit pagi-pagi buta and nak tengok sunrise! Indahnya ciptaan Allah..

dengan berpandukan GPS aku yang tak berapa nak GPS tu (guna isteri aku), sampai la jugak kat broga tu lebih kurang sejam lagi sebelum subuh (korang kira la sendiri pukul berapa kitorang sampai..ehe). okay now let the pictures tell us the story!

1

nampak tu, gelap gelita lagi beb! sejuuukk pulak tuh..

2

separuh kanak-kanak ribena yang berjaya sampai ke puncak!

3 

oh yeah its Broga Hill!

lepas penat-lelah-peluh-masam kitorang pergi berendam kat Sungai Tekala, dan ya, kena bayar sehengget. aih mandi tak guna paip pun still kena bayar tau sekarang ni. well, money is not everything, but everything need money kan? nasib baik sungai dia best. lagi best pasal ada kanak-kanak yang cukup sporting ni! love them :)

4

lepas lega berendam dalam air, masuk bas and semua zzzzzz….yeah including me. hahaha. terima kasih kepada kanak-kanak yang rajin pulak snap gambar aku tido. heh ‘terima kasih’ sangat. haha. then bila bangun je sedar-sedar dah ada kat Ulu Bendul. damn, kejap je dah sampai Kuala Pilah balik. makan-makan jap then pergi singgah tepi jalan Terachi untuk melantak durian. oww mann, lama dah mengidam kot! haha.

5 

hasilnya, RM180 burn. owh lupa nak bagitau kami makan durian 100% ditanggung kelab. abang jual durian tu pakat main tetak je durian tu banyak-banyak sedar-sedar dia cas 180 da. pandai marketing strategy abang durian ni. haha. nasib baik semua sedap. (sebijik je pahit..yucks!)

lastly, terima kasih sangat-sangat untuk semua kanak-kanak serta remaja muda mudi yang sudi ikut trip ni. korang rock! ahaha..new way to bind up the bonds. hope the bonds will last forever! aku assume semua puas la ye dengan trip ni. *korang bayar soploh hengget je kot..haha…

ok then, bye! wassalam Open-mouthed smile

*all pictures by coutersy of Mista Firdaus Ahmad.
p/s: saya mau DSLR!

Friday, April 1, 2011

Katy Perry–E.T. | Lagi Lagi Illuminati #3

Assalamualaikum. Okay malas nak membebel panjang, semua dah tengok music video terbaru Katy Perry, E.T.? aah, E.T. tu tajuk lagu dia la..ala, yang cite alien tuh ha..sapa belom tengok boleh pi tengok. Hari ni world premiere music video tu. haha. kan aku dah kata, semenjak dua menjak ni aku macam takde keje nak sebok kecoh tengok music video baru time world premiere. yeah, konon nak jadi antara orang yang terawal yang tengok kat Malaysia ni la..haha..

dan ya, seperti aku jangkakan, music video ni pun banyak jugak unsur-unsur illuminati weh! alah, korang tengok lirik dia pun dah semacam laa..(sape rajin + xde keje macam aku dok kaji benda-benda illuminati freemason ni mesti tau punya lah!). hurmm tak caya? korang pi tengok kat bawah ni. aiyyaa, ada macam iras-iras video Born This Way – Lady Gaga kot. ada manusia separuh kambing (baphomet), one eye tak yah cakap la, then unsur-unsur kelahiran semula, robotik (mind-control)..aiyyoo..lepas tu sama jugak macam lagu Hold It Against Me – Britney Spears & Born This Way – Lady Gaga pasal tiga-tiga video clip ni tunjuk asal dorang dari outer space. yang penting sume video ni pelik =.=”

okay ni hah, korang nilai sendiri la ye! sama-samalah kita memperkukuhkan iman kita, dunia makin jauh tersimpang dari landasannya ni..astaghfirullah..

 

*content from KatyPerryVEVO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails