Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 | Apa langkah seterusnya?

Assalamualikum semua Smile

Akhirnya hari yang ditnggu-tunggu oleh calon-calon SPM telah tiba. 23 Mac 2011 menjadi detik keramat bagi semua calon SPM 2010. Bunyi tempikan sorakan kegembiraan (banyaknya imbuhan ‘-an’ aku) dapat didengari di seluruh pelosok sekolah menengah di Malaysia. Namun dalam kegembiraan, masih ada yang hanya mampu tunduk kaku melihat keputusan masing-masing.

hah sudah kau nak buat karangan kat sini. hahaha. Pendahuluan aku atas ni boleh bagi berapa markah ek agak-agak? haha ok abaikan. Harini, 23 Mac 2011 dengan rasminya keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2010 dikeluarkan. Dengar-dengar keputusan SPM kali ni adalah antara yang terbaik! Dengar-dengar la kan..hehe. Anyway tahniah bagi semua calon yang mendapat result yang gempak cantik menarik tertarik kau memang da bomb! yeah congrats! Teruskan usaha anda untuk terus maju kehadapan. Oh ya, bagi yang dapat result ala-ala ‘kureng’ sikit pun jangan risau, tak bermakna gagal sekali korang akan gagal selamanya. Bukan kali ni bukan rezeki kita, ataupun usaha tak berapa so amek iktibar dan terus pandang kedepan! semua orang pun boleh berjaya mehh…

okay, so lepas dah dapat result SPM, apa nak kena buat? gerenti mesti ramai lagi yang blur pasal ni. biasalah, baru habis sekolah dan ke alam baru kan..aku pun camtu dulu. heheh..

“err..nak sambung course apa ea lepas ni?”

“dengan result aku ni, aku boleh pegi mana?”

“alamak, kat mana nak isi borang permohonan ni?”

“banyaknye no ID kena beli, mana satu nih?”

haha. tu mungkin antara persoalan-persoalan yang tengah ada dalam minda korang la kot. ngeh3…takpe, jangan risau, gerak perlahan-lahan, tapi biar agresif la sikit ye! so dalam entri ni aku akan letakkan beberapa link-link yang mungkin penting untung korang rujuk.

Laman Web Rasmi Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA
http://upu.mohe.gov.my/

Sistem Semakan Kelayakan Program Ke IPTA
http://imascu.upu.mohe.gov.my

Sistem Permohonan Kemasukan Ke UiTM
http://online.uitm.edu.my/

Permohonan Dalam Talian Kursus Perguruan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSM)
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm

Portal Pengambilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)
http://pengambilan.uitm.edu.my/

Sistem e-Syarat Universiti Teknologi MARA (UiTM)
http://esyaratjulai.uitm.edu.my/

e-Panduan Kemasukan Ke IPTA
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan

Senarai Program Pra-Diploma, Diploma dan Asasi UiTM
http://pengambilan.uitm.edu.my/images/pdf/DIPLOMA.pdf

Permohonan Online Pusat Perubatan Universiti Malaya
http://spp.ummc.edu.my/

Sistem Semakan Kelayakan Program Ke UiTM
http://www.selangkah.uitm.edu.my

Pemohonan Online Kemasukan Program Pengajian Politeknik
http://www.politeknik.edu.my/WebBAP/index.aspx

okay tu dia. aku bagi 11 link la dulu ea. bukak satu-satu. tapi selalunya kalau time-time result baru keluar ni semua website-website kat atas ni mesti busy. bila busy macam biasalah kan, server down la, network error, lambat load. so korang banyak-banyak la bersabar kalau kena refresh berpuluh-puluh kali untuk bukak websites kat atas.

kat sini aku just mampu bagi link yang penting je kat korang. so kalau nak tau bila tarikh buka permohonan ke apa, sila-silalah rajin tengok berita, baca surat khabar or paling malas pun GOOGLE! hehe. Good luck kepada semua! Semoga anda dapat memilih pilhan yang paling tepat!

Wassalam.

*semua link yang diberikan berfungsi ketika entri ini ditaip. thepotpetking tidak bertanggungjawab atas segala kesilapan ke atas link-link yang diberikan.


 

Tuesday, March 22, 2011

Tsunami Jepun | Masih Lama Lagikah Kiamat?

Assalamualaikum readers! Rasanya macam semua orang yang kat bumi ni pun tau kan pasal gempa bumi plus tsunami dekat Jepun tu. ya, dahsyat..amat dahsyat. then tadi tengah dok amek angin kat facebook (heh fesbuk ada angin la pulaakk..haha), terbaca ada satu notes ni, pasal tsunami kat Jepun and hari kiamat. meh baca sama-sama:

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

 

sumber:

 http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350

 

hah da habis baca? any comments? tak payah fikir panjang-panjang la..sila tengok dari nombor 1-16, antara tanda-tanda kecil kiamat tu, ada ke yang belum berlaku lagi? semua dah kan? siap berlambak-lambak lagi. kalau takat kata rasuah, maksiat, zina, homoseks, bencana alam tu dah macam rempah ratus dunia sekarang dah. Cuba usha-usha pulak dunia politik dan hiburan yang da semakin ntah apa-apa, harap dok illuminati freemason sana sini.

so ada sape-sape lagi yang boleh kata kiamat tu lama lagi? hiraukan kiamat? permainkan hari kiamat? ya, memang hari kiamat tu hanya Allah S.W.T yang tau, tapi DIA telah menunjukkan petanda-petanda supaya kita still alert dan tak terus hanyut kat dunia ni ;D

Renung-renungkanlah ye..wassalam Smile

Monday, March 21, 2011

makin kongsi makin banyak

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah, salam 1Malaysia (dan suka hati korang lah kalau nak buat salam apa lagi pun..haha)!. oke sebelum kita start aku nak bagi korang 1 teka-teki dulu. heh bile masa pulak blog aku ni jadi blog teka teki bagai ni. haha. oke tolong seriyes. macam ni bunyi teka teki tu:

apa yang kita makin kongsi, kita dapat makin banyak?

fikir jangan tak fikir. makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak. *tak perlu pun susah payah copy paste benda ni banyak-banyak kali sebenarnya..haha*

weh korang, dah tau ke belum ape yang makin kongsi makin banyak tu? *saja nak mention lagi*
tau? tak tau? tak tau? tau? hahaha..jom sama-sama kita tengok jawapannya…

drumroll please….

*dah banyak la ko punye drumroll! tengok je terus bawah ni ha! haha

jawapannya adalah…

ILMU!

ya, ilmu kawan-kawan! ingat ye, ILMU bukan ELMO. haha. sebenarnya memang saja nak buat teka teki ni pasal mau cakap pasal spesis manusia yang KEDEKUT ILMU. haha sape yang spesis ni tak payah nak buat muka terkejut beruk bila baca entri ni pulak. takut kang ada yang mata bernanah berdarah pulak bila tengok ada orang post entri pasal spesis ni. heheh. aku mintak maap awal-awal ashaari.

okay aku tau, kat mana-mana pun spesis ni memang ada. tak kisahlah dari tadika, ke sekolah, universiti (lagi ramai!), kampung-kampung mahupun tempat kerja dan kadang-kadang dalam keluarga sendiri! So kawan-kawan, adakah anda salah seorang daripada spesis manusia ini? aku nasihatkan baik korang belajar untuk jadi ‘lebih pemurah’ untuk share ilmu. no, bukan aku saja nak sebok jaga tepi kain korang, tapi meh sini tengok sebab-sebab di bawah..layan~

PERTAMA

kawan-kawan, percayalah, kalau korang kedekut ilmu dengan orang lain, memang korang tak kan kemana pun la. hard work macam mana pun, tapi kedekut ilmu, kejayaan hakiki tu tak kan dapat kat orang kedekut ilmu tu. tapi semua ni kuasa Allah la kan. cuba korang tengok, ada tak kawan-kawan korang yang jenis suka sorok-sorok lecture notes yang lecturer bagi ke, atau saja tak inform kat orang lain kalau ada kelas ganti ke, tapi at the end result final dia lebih kurang macam korang jugak or maybe lagi rendah? hehe. ada jugak yang tiap-tiap sem dia dapat macam-macam hint dari lecturer tapi bila orang tanya dibalasnya “tak tau” dan akhirnya result tak la kemana sangat pun. dapat idea tak apa aku cuba sampaikan? fikir-fikirkan lah ye Smile

KEDUA

anda semua kena tau, ILMU ni bukan lah benda yang makin kita guna, dia jadi luak ataupun berkurangan. kalau makanan, kalau kita kongsi ramai-ramai cepat habis, tapi kalau ilmu, lagi ramai kita kongsi, makin berkembang! so tak ada sebarang bukti yang kata “kau kongsi ilmu, ilmu kau berkurangan, dan lama-lama habis”, oke, seriously tak wujud. Sedangkan dalam Islam sendiri pun ada sebuah hadis yang mengatakan:


”Apabila matinya anak Adam maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:
-sedekah amal jariah yang digunakan berterusan
-ILMU YANG BERGUNA DAN TERUS DIAMALKAN
-doa daripada anak yang soleh”

okay sila highlightkan kat bab ILMU tu. so untungkah kalau kita kedekut ilmu? kita sampaikan ilmu yang baik kat orang ain, dan orang tu amalkan, pahala kita still go on walaupun lepas mati tau!

KETIGA

sebenarnya bila kita berkongsi ilmu atau mengajarkan ilmu yang kita ada kat orang lain, secara automatik kita dapat mempertingkatkan penguasaan kita dalam ilmu tersebut. contohnya ada member ni mintak tolong terangkan kat dia topik yang dia tak paham. so bila kita nak ajar member kita tuh, kita akan ingat balik ilmu yang telah dipelajari.

KEEMPAT, KELIMA, KEENAM dan seterusnya….

korang pikir la sendiri..heheh..semua pun pandai kan =p

jadi amacam? tak bagus kan kedekut ilmu? ilmu untuk disebar bukan untuk disimpan, diperap dan dipendam. cewahh! so ayuhlah kita sama-sama jadi manusia yang suka berkongsi ilmu yang baik walaupun sedikit untuk memastikan ilmu tu terus berkembang!

peace, wassalam ;D

let the photos speak #4 | pilah night mist

Assalamualaikum! hah sudahlah, rasanya dah bengkak-bengkak jari aku dok post entri kat blog ni cakap pasal kampus aku indah, kampus aku unik, kampus aku bla bla bla..dan aku nak cepat-cepat keluar dari sini..haha..tak cukup dengan tu, cuba pergi usha blog budak-budak UiTM Negeri Sembilan yang lain. heh, paling kurang pun mesti adela satu entri khas pasal kampus ni. haha. oke sila jangan cop student UiTM Negeri Sembilan sebagai warga kampus riak pasal asyik nak post pasal keunikan kampus kitorang kat blog. haha. sebenarnya tu je antara cara nak zahirkan kesyukuran kami duduk kampus ni. ye saya tau kecik je, tapi unik. *haha..saje nak mention lagi..kah2..

okay semalam semua orang nak heboh-heboh pasal supermoon yang aku sendiri pun tak pasti apebende ntah benda tu. yang aku tau orang kata semalam bulan nampak amat cantik. urmm sorry la aku tak amek course astronomi la pulak. hehe. tapi kalau tak ‘supermoon’ pun selama ni macam la bulan tak cantik kan? oke maybe semalam ‘lebih’ cantik! semua orang macam excited la pulak nak update status pasal supermoon kat facebook sampai ada yang post status ‘supersun’ pulak pagi esoknya. aih mimpi tengok supermoon sampai keluar supersun. eh korang paham ke tak aku dok bebel pasal supermoon supersun sume ni? sila jangan tanya aku ea, siriyes tak tau. alternatif: sila google!
*macam tak biasa la pulak kan..hehe

dan ya, aku nak riak tunjuk kongsi lagi gambar kampus aku…dalam keadaan berkabus..eh, aku dah pernah buat entri pasal kabus pilah la dulu. lupa? ni ha –> PILAH IN THE MORNING


ok, yang tu kabus pagi, ni nak tunjuk kabus malam pulak..jeng jeng jeng..tapi tak yah nak expect gambar nak superb sangatlah kan, aku ni snap gambar guna isteri aku je. so kalau sapa rasa aku layak untuk memiliki sebijik DSLR, boleh la sumbangkan untuk aku kan..mana tau, boleh pergi jauh? *poyo sangat dah tu..haha

1

2

3

 

nasihat untuk anda semua, rasanya tak payah nak scan-scan sangatlah kot gambar-gambar kat atas ni tau. kang takut tak pasal-pasal nampak benda lain. sapa susah? hahaha. saja kasi feeling-feeling misteri nusantara sikit. heh =.=”. tapi rasanya aku dah scan berkali-kali da, nampak macam takde pape kot..walaupun gambar ni dicapture elok je pukul 12 tengah malam.

urmm kabus ni ada kena mengena dengan ‘supermoon’ tu ke? korang kaji-kaji la ye. then nanti boleh share-share kat komen. tenkiu tenkiu..yang penting malam ni sejuuukkk..grrrr..adios, wassalam!

*untuk tengok entri dalam segmen ‘let the photos speak’ yang lain, sila tekan link di bawah --->

SEGMEN ‘LET THE PHOTOS SPEAK’

terima kasih daun keladi ;D

Sunday, March 20, 2011

all the way from Shah Alam to Kuala Pilah

Assalamualaikum, hello peeps! hah kan dah kata, kalau nafsu blogging aku dah naik, mula la kalau boleh macam spoloh minit sekali nak update blog. oke tipu..haha. aku memang suka post entry pagi-pagi buta camni, bajet dapat idea feel lebih la kan. sambil dengar bunyi dengkuran manusia-manusia yang enak diulit mimpi basah. oke minta maaf. haha. kadang-kadang aku rasa aku ni macam orang kene insomnia pun ada, tapi masalahnya orang yang kene insomnia bukannya saja-saja taknak tidur malam tapi memang susah nak tidur malam. perit tau! so aku cadang orang yang menghidap insomnia, sila buat blog then post entry pagi-pagi buta macam aku ni ha. nanti time on the way nak post entry tu mesti dah tertido pasal ketandussan idea.
*huh meraban ape aku ni? nampak tak ketandusan idea di situ? haha

jap jap jap..nak bagitau lagi ni. semua semua sila tengok screen capture kat bawah ni..

Capture

see? nampak tak? Dato’ VC pun sama-sama amek port online pepagi camni. so moral of the story, sila lah online sampai awal pagi, then mungkin boleh terus qiamullail ke kan? hurmm ade jugak faedah..bagus bagus ^_^

oh ya, kalau anda student UiTM Negeri Sembilan, sila angkat tangan siapa yang balik minggu ni? ya anda rugi pasal dah terlepas untuk tengok Konvoi Motorsikal sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Unit Non-Resident UiTM Shah Alam. terlepas lah anda untuk tengok abang-abang gagah, akak-akak cun yang berkonvoi naik motorsikal dari UiTM Shah Alam ke UiTM Negeri Sembilan. abang-abang polis daripada Bukit Aman pun ada tau. oh nak bagitau UiTM Negeri Sembilan is the first stop untuk konvoi ni ye. then baru dorang gerak ke UiTM Melaka. rajin dorang ni berkonvoi tinggalkan assignment, lab report, presentation semua demi berkempen untuk keselamatn jalan raya. kalau korang sanggup? haha..selagi tak kata “kupon aktiviti disediakan” memang masing-masing la tak nak turun kan? haih mentaliti masing-masing..huhu

1

2

3

dan sila tabik spring kat akak-akak (or maybe adik =p) yang semangat berkonvoi pakai skuter masing-masing. ye sila paham-paham la kan jalan nak masuk UiTM Negeri Sembilan ni macam mana kan..mau tak semput skuter tu? heheh.

mesti korang tanya-tanya kan kenapa aku menyemak dekat konvoi ni? haha. laa kami kami ni yang JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej) kena jadi usher untuk VIP and peserta konvoi ni. ok usher je..makan je lebih..haha.

5

ni antara JPK yang sempat bergambar time tengah buat kerja =p

okay setakat tu je dulu ea. see ya! wassalam..

*all pictures are from courtesy of Mista Firdaus Ahmad (pasal tu la gambar dia takde..haha..lumrah photographer).

Saturday, March 19, 2011

yeay, at last we unite as a community!

Assalamualaikum. hah, tu dia nafsu dah naik..muahaha! nafsu apa? der, jangan fikir kotor-kotor nafsu serakah bagai boleh tak? boleh? hah terima kasih. aih, nafsu update blog la. ntah apehal ntah kebelakangan ni rajin belek-belek blog orang je, tu pon jadi silent reader jek. padahal selama ni rajin je dok komen bagai. hehe. malangnya blog sendiri terabai tanpa entri. salah siapa? aku rasa salah header pasal lepas aku tukar header je stret malas nak update blog. haha boleh camtu? ok tak rasional langsung. so alasan sebenarnya is ‘nafsu-update-blog’ tu hilang kejap. mana dia pegi ntah. boleh lak main hilang-hilang =.='”. oke dah dah, cukup-cukupla tu merepek, sekian =)

Actually macam excited pasal sekarang Blogger UiTM Negeri Sembilan dah ada community blogger dia sendiri =)  Ceh, rupa-rupanya ramai budak student yang aku kenal ada blog. hebat-hebat pulak tuh. congrats and thanks kepada sapa yang createkan group tu. arigato! tapi dalam ramai-ramai tu macam adela berape kerat sangatlah student part 4. yang lain semua adik-adik, I mean junior la..hehe. macam comel pulak kan ;D

Bagus-bagus jugakla community ni. tapi tetibe rasa cuak pon ada. Duh! Apasal nak cuak pulak ada community blogger ni? eh bukan cuak tapi segan+risau. *ah kau gedik =p* well, blog korang cantik comel cute miut penuh dengan cerita menarik serta penuh informasi kot! aku punya blog ni tak hot pon (apatah lagi tuannya kan..langsung tak +.+). lepas tu kan, nanti ntah apa aku karut marut ngumpat gossip bagai kat blog ni kang bersepah-sepah budak kampus aku tau..haaha..oke oke gurau je. peace!

orite, dah tu je. sapa rase minat-minat nak masuk community ‘KAMI BLOGGER UiTM NEGERI SEMBILAN’ sila klik link ye! aku rasa ni closed group kot. *ceh nak secret2 la pulak korang ni..haha. tapi takpela, boleh je request untuk masuk, takpun kalau rajin aku pon boleh masukkan ;D

okay sampai sini je, wassalam!

Wednesday, March 9, 2011

woot woot brand new header yaww!

Assalamualaikum semua! huh sekarang dah nak dekat pukul 1 pagi, tapi tak tidur lagi. kenapa? ya, baru balik daripada post-mortem RevoFiesta. alaa, karnival kat kampus aku last 2 weeks tu la. eh? rilek r dulu, baru pukul 1 kot? dulu bukan selalu kau paling awal tidur pukul 2? eh, haha kantoi la pulak. oh tidak, sekarang aku dah ubah jadual oke. kalau boleh paling lambat pukul 1. urghh so harini dah langgar pantang ibu megandung. aih =.=”. 

siapa nak buatkan assignment statistics aku ni? kena hantar esok dah ni. haha mana la tau kan ada sapa-sapa baik hati suci murni tulus ikhlas nak buatkan kan, boleh dropkan kat komen. hehe. ala, lagi 3 soalan je. isy kena buat nih, kalau tak esok mau kena marah dengan Datin Nabihah. err datin? oh no no..dia bukan isteri Dato’. siriyes siriyes, pakwe dia bukan dato’..hahaha..ni partner assignment aku ler..haih~apalah nasib aku pelajar Mikrobiologi tak semena-mena kena angkut subjek ni.

thepotpetking

oh ok dah dua perenggan tapi tajuk utama tak masuk lagi. hehe. sorila, cikgu BM aku ajar dulu pendahuluan buat 2 perenggan. hehe. oke tipu. hah, korang dah baca kan tajuk entri tuh? so dah perasan tak header baru aku tuh? aah, hilang dah gambar budak rongak kat atas tuh dulu. erkk..which one better? yang dulu or sekarang? aku ni kes pasal boring-boring je (pasal banyak sangat kerja tapi tak tau nak buat mana satu, last skali semua tak buat =p). haha. asyik bukak blog aku je header tuh, aih bosan pulak. saja try tukar taste =). tadi ada main-main nak tukar template, yela, nak bagi laju sikit loading blog aku ni. tapi ala, tetiba sayang pulak kat template yang aku pakai ni. huhu. pada aku cantik, pada korang ntah la kan. haha.

thepotpet 2

okeh tu je nak habaq dalam entri ni. nak pergi menangis buat assignment statistics jap. haha. bye wassalam semua! 

 

Friday, March 4, 2011

Born This Way | Lagi Lagi Illuminati #2

Assalamualaikum. pergh semalam baru cerita pasal video clip pelik lagi takde kena mengena Hold It Against Me, harini meh tengok lagi satu lagu baru, tapi yang ni lagu Lady Gaga. lagi pelik, simbol illuminati full loaded punya takde nak berselindung-selindung banyak dah, lirik semacam, dan video clip yang penuh dengan unsur lucah. yucks sumpah geli. so siapa yang 18 tahun kebawah, sila baca entri yang lain, tak payah la susah payah tengok video ni, buat rosak minda jek.

aku rasa untuk video clip ni aku tak payah ulas panjang-panjang pun korang dah boleh paham kot. semua dah dewasa kot kan, xkan lah still tak paham. gila argh, music video satanic abes. kalau rajin pergilah baca komen-komen youtubers lain kat video Born This Way ni, ramai tengah dok mempersoalkan motif simbol-simbol dan aksi-aksi pelik dalam lagu ni. haih~

so camne? apa kata korang lepas tengok video clip ni? astaghfirullah..mereka dah berani tunjuk diri mereka secara terang-terangan sekarang ni. so kita yang beragama Islam hendaklah sentiasa berwaspada dengan benda-benda ni. Insyaallah..

wallahualam. wassalam =)

cinta arjuna, pun boleh

assalamualaikum. ntah kenapa, lepas aku dengar lagu Cinta Arjuna time persembahan Malam Ekspresi Siswa kat kampus aku last week, lagu tu jadi melekat pulak kat aku. ceh =.=”. kesian Farid tuh nyanyi bukan main feeling tapi tak menag. haih. skali sekala syok kat lagu sopan lagi perlahan ni takpe kot. kan? siriyes siriyes, macam tak sah kot kalau sehari tak dengar lagu ni. *oke, tp takde la mengalahkan macam zikir dengan selawat kan..* bajet aku orang dalam lagu ni ke? heh perasan, lirik dia ‘puteriku’, aku ni putera kot..heheh..

aku sendiri pon tak tau ni lagu lama ke, baru ke, aku tau dia sedap dan menenangkan minda. pheww~

dah jom layan sama-sama..aku paksa ni. haha..

 

Cinta Arjuna – Aliff Aziz

Kupeluk indah manisnya cinta,
Semuanya terasa indah,
Bagai di alam cerita cinta,
Hadir bahagia selama-lama

Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal ’tuk selamanya
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri

Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal ’tuk selamanya
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Ooooh… Percayalah bidadari…..

Cinta Arjuna ni sebenarnya diambil daripada lagu berbahasa Mandarin, Tong Hua (betol ke tak ntah aku eja tu). nak dengar korang taip jela kat youtube tu eh =)

bye2 wassalam!

Thursday, March 3, 2011

gadis-gadis, sila cair sekarang. Sam Tsui in da house!

Assalamualaikum. okay aku tau ramai perempuan akan klik entri ni bajet konon aku nak cerita pasal mamat-mamat korea korang. oh tak tak jauh sekali. so untuk die-hard-fan mamat korea, entri ini adalah pasal Sam Tsui dan yang penting bukan orang korea. bukan Nickhun, bukan Kim Hyun Joong. ouh maaf. tapi rasanya kalau korang tengok  mamat ni boleh la jugak cair kot. yela mix american-chinese. untungla kan..haha.

 

Sam-Tsui-Nick-Pitera-on-For-Good-from-Wicked

ouh siapa Sam Tsui? terus terangla, aku pun baru kenal mamat ni last month since dia buat cover untuk lagu Hold It Against Me. tapi yang dia punya ni takde la simbol-simbol Illuminati bagai macam Britney Spears punya Hold It Against Me. haha. siriyes suara dia sedap weh, rasa macam lagi best daripada lagu Britney yang asal la pulak. meh usha meh.

Sam Tsui ni sebenarnya kira macam selebriti YouTube la pasal dia banyak buat cover lagu-lagu yang top macam lagu Michael Jackson, Grenade (Bruno Mars) & Teenage Dream (Katy Perry) dan dibantu dengan kawan-kawan dia yang sedap jugakla main muzik. tapi dalam banyak-banyak cover, cover lagu Hold It Against Me ni la yang aku suka. uww 100x like!

okay nak usha Sam Tsui ni lagi ke? meh aku kasikan korang..

FB Sam Tsui: http://www.facebook.com/SamTsuiMusic?v=wall

Channel YouTube: http://www.youtube.com/user/KurtHugoSchneider

Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Sam_Tsui

cukup la tu kot..nak lebey cari sendiri..haha..adios!

Hold It Against Me | Illuminati Lagi #1

Assalamualaikum semua! hah korang da dengar lagu baru Britney Spears, Hold It Against Me (HIAM)? ok sapa tak suka boleh skip perenggan nih stret pergi perenggan penutup. haha. aku ni bukan la die-hard-fan makcik ni tapi boleh tahan la kan pasal aku suka lagu-lagu dia dari dulu sampai sekarang dan lagu dia yang baru ni pada aku best! hoyeh! aku antara orang-takde-kerja pergi tunggu kat YouTube (BritneySpearsVEVO) sampai malam buta pasal nak tengok Video Premiere lagu ni. bajet nak jadi antara yang terawal tengok la..piiraahh..pe keje tak pekdah la aku ni..huhu

tapi..tapi..sambil-sambil dok tunggu Video Premiere tuh, aku adela research-research sikit pasal video clip ni and the result is soo soooo huh! guess what, sape director video ni? Jonas Ã…kerlund. sentap beb! pasal apa? pasal mamat ni la yang direct video clip Telephone (Lady Gaga & Beyonce), Madonna, Rihanna dan ramai lagi. tengok jela video clip Telephone tu. mau tak pelik? takde kena mengena pon dengan lagu pulak tuh. yang mamat ni tau dia dok selit-selitkan banyak mesej-mesej Illuminati dalam video yang dia buat. dan kalau ikut apa yang aku gugel-gugel, dia ni memang ahli/penyokong kuat freemason pon. urgh meluat laa..okeh sebelum cerita panjang-lebar-sampai-esok-tak-habis, baik tengok dulu video ni. gempak weh! malangnya sarat dengan mesej Illuminati. haih =.=”

dah tengok? banyak scene yang tak berapa nak kena mengena dengan lagu kan? aihh..*tapi aku suka part yang last skali..haha* aku tengok sekali je macam-macam aku perasan. buat tak sedap hati betul la. sapa nak tau lagi lanjut pergi baca kat SINI. link aku bagi tu bukan page orang Islam tau, Kristian  punya tuh tapi still cerita pasal Illuminati dalam video tuh. hey, Christians also hate Illuminati and the Antichrist maa..

okay pape pon lagu ni still best and yeah, apela nak jadi dengan dunia ni..semua benda nak di’piramid’kan, nak mata satu, ceh. aku bukanlah obses, tapi jenis cepat alert pasal benda-benda ni. hehe. okay bagi yang Islam, sentiasalah lindung diri kita daripada fitnah dajjal, kuatkan benteng iman. Ingat! Jangan sesekali takut dengan dajjal kerana kita hanya patut takut kepada Allah s.w.t. Yang patut kita lakukan adalah ‘berjaga-jaga’ dengan fitnah dajjal. Nauzubillahiminzalik. Wassalam.

*thanks sangat-sangat kepada semua yang datang ke ceramah Unveiling The Secrets Behind Conspiracy Theory: Dajjal Revealed pada RevoFiesta yang lepas. siyes aku terharu..haha

Ceramah Dajjal

nota hold it against me: cantik kan britney time dia pakai gaun putih tuh? haha..ceh gatal!

no tittle

Assalamualaikum. hi korang!! *sambil buat muka tak bersalah 3 minggu tak hupdate blog* –dasar mintak pelempang..haha. ala, tak pe la kan, kalau la aku update 10 entri sehari pon macamla pulak ada orang baca kan? sebulan 1 entri pon tak tentu orang singgah, komen apatah lagi. ok ayat dah start sentap. sob3~ ala ok je, private blog kot, kalau ada trafik good la, kalau ada orang singgah alhamdulillah. wah tawadduk pulak aku ni. amiinn..

okay, semua tau pasal isteri aku sakit tu kan? dan aku sebagai suami yang kejam, terus biarkan dia sakit. huh, sebenarnya aku lupa hantar dia pergi buat rawatan. kesian kat dia, tapi in fact kesian lagi kat aku. terseksa terkapai-kapai pasal dalam enset tu banyak benda penting woo..

time RevoFiesta kat kampus aku haritu, rasa macam tiap-tiap hari dak cerita pasal fiesta tu. masa takde? eh tak lah, aku ni bab bab online ni celah mana pun aku boleh cari. haha. tapi yelah kan, aku ni selalu nak cerita mesti ada gambar, tapi dah isteri aku tu buat hal. haih =.=” *padahal aku yang jatuhkan dia..kah3..fon tu la sumber gambar aku taw. nak beli DSLR ntah aku dah anak dua nanti baru mampu nak beli kot. haha.

hah bagus tak aku ni? membebel-bebel dah 4 perenggan taw *ceh tak boleh bla ‘perenggan’*. cikgu BM aku ajar dulu karangan kena 5 perenggan; 1 pendahuluan + 3 isi + 1 penutup, kompem A! oh ya, jangan lupa letak peribahasa..ahaha..

orite bagus ni perenggan kelima, maknanya? penutup la. aishh..sebenarnya ni entri-takde-pape-nak-cerita-tapi-nak-post-jugak. haha..boleh? kalau korang kata tak boleh pun aku dah post la..oh lupa, peribahasa belum letak. jap jap. kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi; kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi! *woi tu pantun la bukan peribahasa!* eh suka hati aku la, letak pantun markah lebih kot..haha..ok bye semua! wassalam~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails