Wednesday, February 16, 2011

kenapa mereka suka tengok isteri saya sakit?

dah berapa hari dah aku berkabung. berkabung daripada tulis blog. bukan apa, sebenarnya isteri kesayangan aku sakit..(eh ada isteri yang bukan kesayangan pulak ke? haha). seriously aku sedih. yela weh sape tak sedih kalau isteri sakit kan? takkan buat pesta kot kalau isteri sakit? so aku pun macam tu la, isteri sakit, nak tak nak aku kena sedih..boleh camtu? haha..eh salah, haha tu untuk suka, kalau sedih, “huhu”..eheh..

tapi siriyes isteri aku ni malang. yang lain kalau sakit, mesti semua orang nak care kat dia kan? tapi isteri aku ni tak, time dia sakit, ramai-ramai pakat pegi ‘LIKE’..tak caya? tengok ni..

 

vivaz

kan? nampak tak tu? hawau punya korang! ye ye, vivaz tu la isteri aku, kale biru, HD lagi tu..hoho..suka pulak ye korang klik-klik button like. haha..tersinggung hati aku..kah kah..*poyo =p adeke patut status aku pasal handset aku pecah boleh pakat ramai-ramai suka (like)? haha..aku rasa facebook boleh start letak button ‘sad’, ‘happy’ dan sebagainya..heheh

eh apa aku cakap ni betol apa..aku pernah tengok status de sorang kawan aku ni dulu, dia tulis kat status FB dia “harini muntah-muntah, tak larat nak buat kerja”. then bila tengok bawah, ‘15 peoples like this’. ceh, tak ke rasa macam ada kurang asam tu? kih kih kih..sekali tafsir macam 15 orang yang tengah suka dia tengah sakit..owhh.. so relevan tak kalau ada button selain ‘LIKE’? relevan kan kan?

okeh okeh back to the topic, eleh isteriku vivaz tu bukan la sakit parah bebeno pon..ade orang siap cakap “ala, ko kan tauke handphone, just buy a new one la”. hek kau banyak duit aku..haha..padahal handset aku tu pecah cover je pon..nanti la tukar..hehe..

eh by the way, lupa pulak nak bagitau, siapa nak beli or order headphone, earphone or handphone boleh la klik banner kat bawah ni ye =) *perniagaan mesti diteruskan..haha..and untuk student UiTM Negeri Sembila, nanti singgah-singgah la booth Ryeoqidz Phone Boutique ye time RevoFiesta nanti! good!

February Promotions

*click on the banner for more details

Sunday, February 13, 2011

Semarak RevoFiesta | Blogger UiTM Negeri Sembilan, sila join!

assalamualaikum. okay mula-mula jom renung, tatap dan baca poster ni dulu..

semarak revofiesta

okay dah baca eh? ok so siapa berkenaan sila ambil tindakan! I mean, siapa yang rasa dia adalah pelajar UiTM Negeri Sembilan dan ada blog pulak tu, sila ambil bahagian untuk RevoFiesta ni! ehehe..memaksa pulak ek? eh mestila program aku kot. well pasal aku tengok budak-budak kat sini macam ramai sangat yang ada blog so then I come out with the idea untuk buat pertandingan khas untuk blogger-blogger UiTM Negeri Sembilan ni and yea, here it is! Selain tu Semarak RevoFiesta ni jugak kita buat untuk nak sebarkan kepada satu dunia ni pasal kewujudan fiesta kita ni! ehehe..

so apa tunggu lagi? hantarkan penyertaan anda sekarang! tarikh tutup hantar entri 25 Februari ni tau! Hadiah akan diberikan untuk blogger yang buat entri paling kreatif dan menarik tentang RevoFiesta! Jangan risau, aku tak masuk la contest ni..haha.

eh oh ya, siapa yang tak tau lagi RevoFiesta dah ada page FB sendiri sila pegi ‘LIKE’. semua aktiviti sepanjang fiesta akan diupdate kat situ =)

RevoFiesta Official Facebook Page: www.facebook.com/RevoFiesta

lagi satu! Pre-order untuk headphone n earphone masih dibuka tau! Untuk maklumat lanjut boleh klik www.facebook.com/ryeophones

February Promotions

*click on the banner for more details*

Friday, February 11, 2011

Kempen Kami Tak Sambut Valentine’s Day

Assalamualaikum. Haa..korang sume dah jenguk-jenguk tak online shop aku kat Facebook tu? Kalau belum, nah pergi sini Ryeoqidz Phone Boutique. Ni je tau butik yang jual handset and accessories! hehehe..kalau rasa berminat boleh isi order form dekat fan page FB tu eh!

okay sekarang ni bulan Februari dan ramai antara kita lagi-lagi kaum muda-mudi ni sibuk sangat dengan Valentine’s Day. Tau tak bila Valentine’s Day tu? Ala, tak yah bagitau pun mesti ramai yang tau dan tergedik-gedik nak sambut kan? aih tak payah la susah payah, daripada korang ingat dengan 14 Februari tu, lagi baik korang ingat 15 Februari tu which is 12 Rabiul Awal. Haa, yang tu takde pulak ramai ingat kan? Hari kematian seorang paderi Kristian lebih diingati dan disambut dengan meriah berbanding hari kelahiran Rasulullah sendiri.

kempen14feb

sebenarnya tadi pergi blogwalking, then terjumpa kempen “Kami Tak Sambut Valentine’s Day” ni kat blog WaveX. bagus sangat benda macam ni pasal yang muda-muda (mahupun tua) ni kadang-kadang terikut-ikut sangat dengan budaya barat tanpa tau asal usul benda tu. kalau ada sape-sape yang tak tau sejarah Valentine’s Day ni boleh la google je ye! senang kan sekarang ni, semua di hujung jari. hehe.

Baik selawat banyak-banyak mengingati Rasulullah daripada dok perabih duit beli coklat, bunga hadiah bagai untuk partner hubungan haram anda anda tu. Kalau lepas kahwin lain la ye, tiap-tiap hari adalh hari kasih sayang! peace! wassalam =)

February Promotions

*click on the banner for more details

Wednesday, February 9, 2011

Trendy Earphones & Headphones | Now open for pre-orders!

Assalamualaikum. Dulu aku pernah cakap pasal Ryeoqidz Phone Boutique kan? haa..ingat lagi tak? kalau tak ingat klik link ni. tu bukan butik jual baju, shawl semua tau. tapi tu aku punya online shop la jual handset dan accessories. So jangan was-was atau takut nak beli pasal semua handset yang aku jual ori punya. Kalau Nokia yag korang order, Nokia la yang sampai. Aku tak jual yang Nookia ke, Norkiah dan seangkatan dengannya. hehe.

So untuk promotion bulan ni, Ryeoqidz Phone Boutique dah bukak pre-orders (pra-tempahan) untuk headphone & earphone Zumreed dan Sony PIIQ. Sapa-sapa yang minat boleh straight klik www.facebook.com/ryeophones dan isi Order Form yang ada kat situ. Pre-orders ni hanya dibuka sampai 5 Mac ni je tau! so sapa yang berminat sila cepat-cepat ea? ok?

Februay Pre-orders Ads

Selain promotion untuk headphones & earphones ni, Ryeoqidz Phone Boutique jugak ada buat promotion untuk semua handset termasuklah Nokia, Sony Ericsson, Samsung, LG, Blackberry, Motorola & HTC. Harga terkini akan diupdate dalam FB page tu nanti. untuk siapa-siap yang nak list harga semua handset tu, boleh la tinggalkan e-mail di ruangan komen ye. tinggal e-mel dekat FB page tu pun boleh =)

Terima kasih kerana menyokong!

February Promotions

*click on the banner for more details

Tuesday, February 8, 2011

Cayalah Dato’ VC UiTM! | Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Assalamualaikum. Lepas dah 2-3 entri yang lepas aku asyik cerita pasal melancong berjalan ke hulu ke hilir, kali ni nak cerita pasal universiti aku, Universiti Teknologi MARA. yeah! siapa student, or ex-student UiTM sila bangga pasal anda salah seorang daripada warga bertuah ni. hehe. tak kisah la orang cakap apa pun pasal U kita ok. pasal Dato’ VC cakap UiTM unggul di dalam kelas yang tersendiri. Boleh? hehe.

poster vc

okay, cakap pasal Dato’ VC ni, ada lagi tak yang tak kenal VC UiTM ni? kalau student UiTM sendiri yang tak kenal tuh, aisyy sila-sila la kenal-kenal. haha. ni bukan entri ampu, kipas or apa, tapi semenjak Dato’ Sahol menerajui UiTM ni, macam-macam transformasi dilakukan. and of course yang paling best, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ni memang dekat sangat dengan student-student UiTM. siapa tak suka kan? hehe..aku sendiri pun pernah jumpa Dato’ Sahol. hehe. Lagi best bila student boleh jumpa terus Dato’ Sahol kalau ada apa-apa masalah pasal beliau memang ada khaskan satu masa untuk sapa-sapa pun jumpa dia. tapi kat pejabat dia kat Shah Alam la kan. hehe..

ni yang paling latest, jom tengok..

fb vc

haa..yang ni poster terbaru UiTM nih. Poster Facebook Page Dato’ VC..rajin woo Dato’ layan student kat facebook =)

wayang vc

ni baru aku baca kat page facebook dia tadi. siap ajak ramai-ramai tengok filem lagi..haha..so siap yang free and yang dekat dengan UiTM Shah Alam tu pergi la ye. macam aku tak la..jauh kot.. ramai-ramai pegi Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, 16 Februari 2011, pukul 8.30 malam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. masuk percuma..datang le..dewan baru tuh =)

semua okay? untuk info lebih lanjut sila-sila la ke Facebook Page Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ye!

wassalam (^_^)v

February Promotions

*click on the banner for more details

Jom membuncit di Cameron Highlands

assalamualaikum. haha aku ni dah macam duta Cameron Highlands la pulak asyik dok cerita pasal Cameron jek. haha. oh ya, tapi kali ni aku taknak citer pasal tempat-tempat kat sini, tapi nak cerita pasal makanan jek. sape lapar? jom layan. kepada yang tengah puasa sunat, nazar or ganti, sila baca entri ni lepas berbuka nanti kalau takut terliur. haha. ok main-main je.

008

okay kalau dah nama pun cameron Highlands so strawberi tu adalah wajib. haha. yang ni semua kitorang makan kat Big Red Strawberry Farm. segala makanan berasaskan strawberi ada. yang kat atas ni Strawberry Tart, Stawberry Yogurt with Honey, Strawberry Sundae dan Fresh Strawberry Milkshake with Yogurt. semua murah-murah je. yela, fresh kot.

009

urmm yang ni aku punya, Strawberry Yogurt with Honey. sedap weh! tapi strawberi dia banyak sangat, tak terhabis aku..

010

ni pulak fresh strawberry. pergi je mana-mana korang mesti jumpa orang jual nih. bezanya ada yang mahal dan murah je. orang kata kalau makan strawberry fresh ni manis, tapi kalau dah bawak balik rumah jadi masam sikit.

011

ni pulak sarang lebah. pergh serious manis giler. tapi manis madu lebah takpe kan..bak kata uncle yang jual madu ni “manis baik untuk kesihatan takpe maa..”. hehe..ni pon sedap jugak, tapi kalau banyak-banyak muak pulak.

012

ni la sarang lebahnya..nanti uncle tu potong slice by slice macam kek then jual.

013

Strawberry Ice Cream Stick! ala, yang ni sama jela macam ais krim Malaysia or ais krim pop yang 20 sen tu tapi yang ni special sikit pasal dalam tuh dia tak guna kordial, tapi 100% strawberi yang diblender then campur dengan gula. dalam tuh boleh rasa biji-biji strawberi tuh.

014

yang ni pulak yang kononnya makanan kegemaran Siti Nurhaliza tuh, strawberi coklat. kat Cameron ni murah je kot, de yang sebatang 2 hengget, ada 3 lima ringgit. Ramai yang jual strawberi coklat ni so kena la pilih elok-elok ea pasal ada yang rasa coklat dia tak sedap pasal dah campur dengan tepung =(

015

yeaa..ni paling best tak hengat dunia ni..cendawan goreng, udang goreng, kimcham goreng, sotong goreng and ketam goreng. perghh! banyak duit aku habis kat sini jek..haha. aku ni pantang sikit tengok benda-benda celup tepung nih, excited nak makan. haha. okay akhirnya Cameron Highlands ada makanan lain selain sayur mayur tuh. hehe. benda goreng-goreng ni korang boleh beli dekat Pasar Malam Brinchang atau kat Pasar Kea Farm pun ada.

okay, meleleh air liur? haha..jangan jangan..tak senonoh nanti rupa. haha. aku ni pon hampir meleleh air liur bila teringat kat makanan-makanan nih. hehe. hah, kat sana dah mencekik tak hengat dunia so sekarang time untuk kawal balik. hehe. kalau tak boroi la nanti. eh tapi dengar-dengar sekarang ni sesetengah perempuan suka orang chubby-chubby..ye ke? haha..taste masing-masing la ye, aku tak nak kacau..

orite bubye! wassalam~

Monday, February 7, 2011

Bersejuk di Cameron Highland

Assalamualaikum! okeh dalam entri yang lepas aku da bawak korang semua jalan-jalan kat Sungai Klah Hot Sping Park kan, so kali ni dari tempat yang panas, kita ke tempat yang sejuk pulak. hehe. *eh blog ni dah macam blog pelancongan pulak aku rasa. haha.* Lepas je mandi-manda rendam kaki kat Sungai Klah tu, petang tu stret kitorang sume gerak ke rumah Cameron Diaz Cameron Highlands pulak. elok la tu, dari kolam air panas, ke tanah tinggi yang sejuk pulak kan. ala, kalau ikutkan Genting Highlands lagi sejuk, Cameron ni kira sejuk berpada-pada sikit la. Kitorang sampai kat Cameron ni dah malam, ingatkan nak pergi Pasar Malam Brinchang tuh, tapi hujan la pulak, so malam tuh just jalan-jalan dekat area Tanah Rata tu je la.

Pagi esoknya kitorang pergi Big Red Strawberry Farm, Cameron Bharat Tea Plantation, Pasar Kea Farm dan mana lagi ntah, aku pun lupa. haha. Tapi serious aku pening bila pergi mana-mana nampak semua benda berkenaan strawberi. Bantal strawberi, patung strawberi, keychain strawberi, bookmark strawberi, poster strawberi, pensel strawberi, arghh letih la nak list kan..senang kata semua sourvenir seboleh-bolehnya nak di’strawberi’kan. haha.

001

geli pulak bila aku tengok strawberi ni hijau. tapi bila dah masak, semua masuk mulut jugak..haha

002

haha..aku suka kaktus yang nih. atas dia macam ada jagung =)

007

ni kaktus yang family aku beli. saja tengok orang lain beli, aku pun tak nak kalah jugak..haha.

003

geram giler tengok salad-salad nih. rasa nak makan kat situ terus. hehe.

004

ni kat mana ea? Rose farm kot, lupa daa..bunga apa pon aku tatau..

005

aku rasa kalau main hide and seek kat sini macam best jek. baru mencabar sikit =p

006

yea..aku terfikir berapa ramaila pekerja dia nak memetik daun-daun the tu tiap-tiap pagi. luas gila kot!

aku rasa penduduk Cameron Highlands ni semuanya vegetarian kot. haha. pasal pegi mana-mana pun mesti jumpa sayur jek. Salad, kobis, cendawan, tomato, jagung susu, ubi keledek, brokoli and of course la, strawberi. heheh. Habis semua tu mak aku borong. So maybe minggu ni family aku pon jadi vegetarian la kot pasal stok sayur ada banyak. haha.

aku rasa paling menarik kat Cameron Highlands ni adalah penduduk dia. semua ramah-ramah kot! aku tanya sepatah, jawapannya bukan main panjang lebar lagi. siap bagi macam-macam tips lagi. bagus betul orang kat sini, nak tawar harga pun senang. hehe. tu la yang paling penting! berjimat-cermat amalan mulia ^_^

okay dah dah..tinggalkan pasal cuti nih. lepas ni ada berlambak-lambak assignment, test dan quiz menanti. haih~nasib seorang student kan. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian (ni kalau karangan SPM mesti boleh dapat A pasal ada peribahasa..haha). selamat kembali dari cuti! wassalam..

nota sejuk di cameron: pokok teh tu dari jauh je nampak cantik, bila dekat, heh, macam pokok yang ada dekat tengah-tengah divider jalan tu je..haha

 

Sunday, February 6, 2011

Berpanas di Sungai Klah Hot Springs Park

hye semua! seperti yang dijanjikan, harini aku nak bawak semua readers blog ni jalan-jalan. suka tak? suka tak? haa..jalan-jalan kat blog aku je la ea, baca entri, tengok gambar. haha. aku sendiri pon mak ayah tanggung, ada hati nak bawak korang pegi jalan-jalan. hehe.

ok ok, untuk segmen Travel with ThePotPetKing kali ni, (eh bila masa la pulak blog aku ada nama segmen nih? haha), aku nak bawak korang semua pegi Sungai Klah Hot Springs Park atau bahasa melayunya Kolam Air Panas Sungai Klah. Kolam air panas ni terletak kat Sungkai, Perak. Nama je macam kampung-kampung tapi sila masuk dalam dulu, serious gempak weh! macam-macam ada kat dalam tuh. oh lupa nak bagitau, nak masuk kena bayar tiket tau. nanti kena pakai gelang macam dekat Genting Highlands tuh. Tempat ni memang dijaga baik and bersih sangat (time aku datang tu la bersih, tak tau la time lain kan..haha). Tempat ni nama je Hot Springs Park tapi sebenarnya dalam tu ada macam-macam, ada ala-ala waterpark, spa, ayurveda, jakuzi, refleksologi and of course, kolam air panas la kan. hehe. so berbaloi la sebenarnya bayar tiket masuk tu. and untuk siapa yang rasa seronok nak tidur sini boleh la sewa villa-villa Felda Residence nih. cantik gila..harga pun not bad la..haha..

okay korang rasa tak macam bosan baca aku membebel? haha. ni namanya dah tandus idea nak menulis. boleh? so korang tengok la gambar-gambar ni ye sementara tunggu aku dapat idea nak menulis balik. haha..

001

haa..selamat datang! ni pintu masuk dia..

002

yea ni waterpark dia..pun guna air panas. oke tipu,dia guna air sejuk je. ni dia buat ala-ala waterpark tapi takdela nak over-over sampai macam Sunway Lagoon tapi ok la untuk lepak rendam-rendam badan. ni namanya Kolam Air Mata Bukit (kalau tak silap la..) and ada satu port kat hujung kolam tu ada saliran air dari atas bukit (sejuk giler weh air tu).

003

yang ni tempat orang dewasa..tapi tak dalam mana pun. untuk orang yang tak reti berenang macam aku ni suka le..hehe

004

siapa rasa teringin nak rebus telur kat sini pun boleh. dia memang ada sediakan satu kolam kecik untuk rebus telur. korang jangan gatal-gatal nak rendam kaki kat kolam ni pasal suhu dia tinggi. dan telur mentah untuk direbus ada dijual kat sini.

005

okay sila hiraukan auntie pakai towel tu..aku nak tangkap gambar signage ni je..huhu

006

haa yang ni baru betul kolam air panas. pada aku suhu dia agak la panas, tapu aku tengok ada ramai jek budak-budak rilek pakai spender jek masuk kolam nih..haha..

007

yang ni tempat memang khas untuk rombongan cik kiah mengumpat sambil rendam kaki..haha..tak la, ni antara kolam-kolam yang ada, and yang ni orang buat rendm kaki jek pasal suhu tinggi.

008

banyak lagi kolam sebenarnya tapi macam kurang manis je kan aku dok snap gambar orang mandi.haha. so pendek citernye best datang sini, senang-senang datanglah! pemandangan pon cantik, buat photoshoot best nih. hehe. kat sini jugak ada banyak café dan gerai-gerai jual makanan so kalau lapar ke apa jangan risau la ye. kalau taknak beli makanan kat situ, korang beli la telur mentah kat situ, pegi rebus. haha. ada pakcik tu cakap rasa telur yang direbus kat kolam air panas lain rasanya dengan yang kita rebus kat rumah. betol ke tak, ntah la, korang try la sendiri ye. nanti dah try bagitau aku. heheh.

orite tu je la kot ye nak cerita pasal Sungai Klah Hot Springs. jumpa lagi dalam next entry edisi Cameron Highlands pulak ye! bye! wassalam..

1 Hari, 1 Negeri, 1 Malaysia? haha..

Ya Allah, hari ni dah hari Ahad kot, habis da semua mid-sem break aku, hari ni dah kena balik kampus. aihh entah la apehal tiba-tiba rasa kurang semangat atau lebih tepat, langsung takde semangat nak balik kolej. ah kau, ade la pulak orang nak herankan kau semangat ke tak balik kolej. haha. so kesimpulannya cuti aku dah habis so aku kena balik. yea balik! ahh seronok! *tolongla..haha..

okay takpe, kita hiraukan dulu pasal kolej, jom kita citer pasal mid-sem break. ehehe..saja nak cerita pasal cuti, kasi feel cuti lebih sikit (padahal esok lecture da start, siap ada test lagi..haha). Mula-mula family aku ni katanya nak pegi cuti-cuti kat Thailand, kononnya pasal cuti sem yang lepas kitorang tak pegi mana-mana pun pasal adik aku amek SPM. haishh. Lagipun passport kitorang sume still hidup lagikan, so no problem la sebenarnya. haha. Tapi lepas fikir punya fikir last sekali tak jadi pulak pergi Thailand pasal sekarang ni kan kat sana tu macam-macam jadi, kitorang 1 family je pulak tuh, kang apa-apa jadi susah la pulak. so bunga-bunga hati untuk pergi Thailand layu. heheh.

Takpe-takpe, 1st plan tak jadi, pegi ke 2nd plan pulak. Last sekali senang citer kata nak balik kampung la pulak. Kampung belah mak aku ni tak berapa nak kampung la, Singapore. haha. Aku dah excited da ni, bukan pasal nak balik kampung, tapi nak pergi Universal Studio. heheh. Tapi makcik aku cakap kat sana pun asyik hujan macam kat Johor, so macam tak best la kan jalan-jalan dalam hujan? keputusannya 2nd plan pun cancel. ouh~

Plan yang terakhir sekali is cuti-cuti Malaysia je la. yeah jom support produk pelancongan Malaysia. paham ke tajuk entri tu? haha. Ni kalau PM baca mesti bangga. hihihi. so last sekali untuk mengahbiskan sisa raya cina and mid-sem break aku ni, kitorang pun pergi Sungai Klah Hot Springs Park, Perak dan esoknya ke Cameron Highlands, Pahang. urmm okay la tu, satu tempat panas, then pegi tempat sejuk. haha. tu pasal tajuk entri aku macam tu pasal sehari kat Perak, then sehari lagi kat Pahang. heh, penat weh. haha macam la aku drive ek? kih3..nanti aku story mory pasal tempat-tempat ni kat entri lain eh! takut nanti semak pulak semua benda seboleh-boleh nak citer kat sini.

jumpa lagi on the next entry! bye! wassalam =)

*maaf la ye kalau ayat entri ni agak tonggang terbalik. hehe. ni namanya mengantuk tapi sebok nak post blog jugak (^_^)v

Friday, February 4, 2011

the puzzles

assalamualaikum readers! setelah sekian lama aku terperuk kat dalam rumah sampai hampir nak berkarat, at last semalam aku keluar jugak dari rumah. eh bukan lari rumah tau, keluar je. haha. well, mid-sem break kot. takkan la aku ni nerd sangat dok terperuk dalam rumah tu seminggu then hadapkan buku+assignment 24 jam. then buat status kat Facebook “assignment genetics da siap, yes!” (tu contoh la..hehe). gila psiko kan orang macam tu? erkk pada pandangan aku la..hehe..kalau anda tergolong dalam orang-orang tu, saya minta maaf awal-awal =)

so semalam aku pergi Sunway Pyramid. aah rajin pulak aku kan nak pergi Sunway Pyramid yang jauh-jauh ni kan. selalu paling koman pun pergi Mid Valley, tak pon my favourite place, Bukit Bintang la.. haha. nak tau kenapa aku rajin nak pegi sana? yea, pasal farid kata dia boleh amek aku kat stesen Serdang. owh that’s good! tapi rupa-rupanya dalam good punya good tu, aku kena tipu dengan farid rupanya. heh. dia kata dia just bawak 1 kawan perempuan and 1 kawan laki. tapi bila dah sampai je Sunway Pyramid, semua skali ada 7 orang kot kawan dia. segan habis aku. haha. but not bad la, semua kawan-kawan dia senang diapproach and pandai approach orang. so pakcik suka! hahaha…

002

hah, tu nampak tak pakcik tengah gembira? haha..bukan senyum fake ye ^_^

main point nye nak pergi Sunway Pyramid ni is nak pergi satu kedai puzzle ni, kononnya nak buat untuk simbolik perasmian RevoFiesta nanti. tapi malang la sangat, kedai tu tutup. haha. raya cina kot. dorang pun nak raya jugak. okay, nama je main point nak pergi kedai puzzle, tapi bila sampai-sampai je Sunway semua dah lapar so main objective dah tukar dari “jom cari puzzle” ke “jom cari restoran”. haha. lepas semua nama restoran keluar kat mulut sorang-sorang, then semua decide makan dekat Hartz Chicken Buffet. uww~menarik oke. harga pun berpatutan and makan cara buffet. so suka hati kau nak melantak banyak mana pun. and ni nak citer yang ak melantak habis-habisan time tu. yela, aku bayar kot, rugi la kalau tak makan kan. hehe. macam-macam kot makanan kat sini. kompem makan kenyang punya la! hehe~

03022011376

*hasilnya, aku punya perut jadi senak gila sekarang ni..huhu

okay, tapi nak bagi tau ni kat korang, jangan la expect tinggi sangat kat makanan dekat Hartz ni, yela harga per person murah je kot, so pada aku ‘good good’ jela makanan kat sini. heheh. wah rasa macam pengacara Jalan-Jalan Cari Makan pulak dah.

last but not least, Gong Xi Fa Cai untuk semua yang menyambutnya! suka aku tengok rabbit-rabbit comel bersepah-sepah kat shopping complex sekarang ni..ahaha..cute giler lagi-lagi yang gemok-gemok. heheh..

 

Thursday, February 3, 2011

“saya ada isteri dan dua orang anak” | tersentak aku dengar weh!

AMARAN: Entri ini hanya boleh dibaca oleh manusia-manusia yang dah akil baligh dan mampu berfikir sesempurnanya, so sapa yang belum akil baligh, sila laju-laju tekan ALT+F4. dan siapa yang dah akil baligh tapi otak macam tak berapa nak betul sila-sila jugak tekan ALT+F4. sekian =)

Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum readers? haih kebelakangan ni sejuk jek kan rasa. well, hujan kot, memanglah sejuk. So pasal sekarang dah ala-ala winter kat Malaysia (weh Rawang ni serious sejuk!), meh aku nak kasi korang cerita hot sikit. ouh~ urmm entri ni bukan suka suki hati aku rasa nak melucah or what tapi rasa macam baik untuk dicerita kat korang sebagai pengajaran. hah, korang jangan fikir lain. (sapa yang fikir lain tuh cepat tekan ALT+F4..haha..blog aku bukan porn site =p).

ni ha, aku nak cerita pasal Facebook. owh bukan pasal Mark Zuckerberg, tu memang pasti. haha. harini ada orang add aku. *ceh, tu pun nak kecoh sampai kena buat satu entri ke? aiseyy* woii! tunggu la aku habis cerita dulu. aih. then aku ni nampak profile picture dia de gambar budak dalam lingkungan 4-5 tahun then ak pakat accept jela dulu. agak-agak rasa semak nanti aku remove la..haha. okay, then bila aku approve tu orang yang add aku tu pun IM aku. isy sibuk betol la orang yang tak kenal ni pakat tetibe je nak IM nih.  haa meh tengok pe dia chatkan nih. ayat dia lebih kurang camni la. aku lupa nak buat screenshot.

A: Aku, B: Unknown (orang yang add aku tu la..)

B: hai, awak buat apa tu? dah makan? bla bla bla…(dia tak cakap la bla bla bla tu..huhu)

A: hai..bla bla bla..(aku jawab la yang sepatutnye)

B: eh awak comel la.

A: (heh mamat ni nak buat aku perasan la lak). eh takde maknenye..gambar je ni.

B: urmm..awak boleh bukak baju tak? nak tengok badan awak, saya da st*m da ni.

A: (aku macam “urgh what the hell?”) erkk..pehal lak kena bukak baju? gay ke ni?

B: takla, saya bisex.

A: (ah patutla..) urmm umur berapa nih?

B: 25..

A: dah ada makwe?

B: dah kahwin da pun. gambar profile pic dua orang tu anak saya la. cepatla bukak baju, isteri tengah tengok cerita kat TV tu.

A: isteri tau tak pasal bisex awak ni?

B: tak tau pun.

~aku pun stret removekan dia dari friend list aku..sekian =)

pergh tersentak aku weh dengar ayat last tuh! pegi lantak la sama dia bisex tu tapi urgh? dah kahwin siap de dua orang anak kot. comel-comel lagi. lagi sedih bila bini kau tengah tengok TV ko kat bilik pergi hegeh-hegeh cari jantan. bini kau tu punya la ingat hidup bahagia sampai ada dua zuriat dengan kau, tanpa dia tau, suami dia bisexual, tak straight. eh korang tau tak bisexual tu apa? bisexual nih orang yang tertarik dengan both laki and perempuan la..tamak sangat tu kan? ok just joking =p

bisexual

(courtesy of Google)

hurmm selalu aku dok baca kat paper je pasal benda-benda ni and now aku sendiri dengar dari mulut manusia yang mencurangi isteri sendiri untuk jantan lain. uiii..nauzubillahiminzalik. mintak jauh mintak jauh. yea, aku bukan hina, or kasi down manusia-manusia ni, but please, ingat isteri and anak-anak tu. *pesanan ikhlas dari thepotpetking.blogspot.com =)

err..antara korang ada pengalaman camni tak? haha..kalau ada mai la kongsi..^_^

nota suami bisex 1: sama-sama kita doakan agar semua kawan-kawan kita, rakyat Malaysia yang kat Mesir tu selamat daripada sebarang bahaya.

nota suami bisex 2: oleh kerana cuaca yang tak berapa menentu sekarang nih, amalkan gaya hidup sihat yer. banyak minum air mineral/masak. urghh hidung aku dah berair da ni..yekk~

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails