Sunday, January 30, 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS-BTS) | Malaysia new ‘BIG’!

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku akan buat review sikit tentang Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) ataupun dikenali sebagai Integrated Transport Terminal (ITT). Entri ni memang ada banyak banyak gambar sekitar Terminal Bersepadu Selatan, so untuk sesiapa yang mempunyai slow internet connection tu, maaf yer. hehe.

034

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni terletak di Bandar Tasik Selatan dan terletak betul-betul bersebelahan dengan stesen ERL, KTM Komuter dan RapidKL LRT (Ampang Line). So siapa yang nak datang sini senang je, tak payah naik kereta pun tak pe, naik je komuter, ERL atau LRT tu terus naik jejantas ke pintu masuk utama Terminal Bersepadu Selatan. Strategik kan lokasi terminal ni.

tbs

Okay, the best thing about this terminal is their staffs! Semuanya amat-amat mesra pelanggan. So, bagi yang pertama kali datang ke sini, jangan risau pasal bila korang masuk je pintu masuk utama, akan ada ramai staff-staff yang sedia membantu anda daripada beli tiket, sampai la ke lobi pelepasan. Nak troli beg pun semua dorang boleh tolong. Kalau ada apa-apa yang korang tak tau boleh la jumpa mana-mana staff dia yang pakai kemeja putih yang ada logo TBS tu ye! They can be reached around the terminal. Best kan?

Dekat dalam Terminal Bersepadu Selatan ni jugak ada banyak restoran, café dan kedai-kedai seperti KFC, Starbucks, Wendy’s, Kenny Rogers, Elianto, Casablanca dan Fipper. Tapi kebanyakannya still under construction la. Tak lama lagi buka la tu =)

Haa, then untuk pengetahuan semua sistem tiket terminal ni pun macam dekat airport, dekat tiket ada nama penumpang so takkan ada la ulat yang boleh main recycle-recycle tiket. Then yang menariknya hanya orang yang ada tiket je boleh turun ke Lobi Pelepasan (Departure Lobby). Macam airport kan nanti sebelum turun escalator tu ada orang check passport, tapi yang ni dia check tiket. New thing huh?

Orite, untuk bagi anda-anda semua ‘nampak’ macam mana rupa Terminal Bersepadu Selatan (TBS-BTS) ni, jom tengok gambar-gambar sekeliling terminal.

001

Main building

002

Bowling scoreboard? haha..ni departure table

003

Departure and arrival board

004

Information Counter

005

Police ofiice

006

e-Tickets

007

Customer service

008

7-Eleven

009

Washroom

010

Ticket counter

011

Lobby

012

Nasi Kandar ITT

013

Prayer room (Surau)

014

Ticket issued by TBS

015

Teratai Food Court

016

Café

017

Parking lot

018

Outstation Taxi

019

Baker’s Boy

020

Jamah-Jamah

021

Kenny Rogers

022

Food Court

023

Smoking Room

024

Departure Schedule

025

Touch Screen Kiosk

026

Departure Lobby

027

Executive Lounge

028

Arrival Lounge

029

Arrival Gate

030

Arrival Lobby

031

Baggage Locker

032

Baggage Locker

033

Meering Room

035

Luggage Trolley

 

Amacam? Teruja? hehe..tapi ni kemudahan baru lagi. Harap-harap lepas 5 tahun nanti pun Terminal Bersepadu Selatan ni akan terus cantik macam ni la. Kalau ada tangan-tangan vandalisme, memang tak lama la nampaknya. Owh lagi satu lupa nak bagitau terminal ni ada free WiFi sekitar main building. So sementara tunggu bas tu boleh la online dulu =)

Untuk maklumat lanjut boleh klik laman web Terminal Bersepadu Selatan :

Official Integrated Transport Terminal Website

Siapa yang dah teruja nak travel ke selatan? Jom naik bas ramai-ramai kat TBS! hahaha..

a date with the IIUMians

huwarghh..penatnya hari ni. mengantuk pulak tuh. entah apa yang dipenatkan pun entah la. haha. aku ni nama je muda mudi, tapi asyik dok sakit je kejenye. oh mungkin ini ujian Allah kepada hambanya kan? means Allah still perhati dan sayang kita. Alhamdulillah…

uia

semalam (sabtu) aku and family pergi UIAM Gombak. or nama rasa rasa popularnya IIUM (International Islamic University Malaysia) pasal ada tournament taekwondo anjuran UIA kat situ. tapi untuk tournament ni adik-adik aku tak masuk bertanding pun tapi saja-saja datang nak sokong budak-budak yang sekelab dengan dorang. so aku pun antara penyokong-penyokong ke? oh tak de maknanya. hehehe. aku pun ala-ala semangat nak pergi UIA pasal ak jumpa kengkawan  aku kat sana. ahaha. yela, kawan sekolah dulu la. ramai sangat yang study kat situ. well, dari sekolah islamic la katakan =p

mereka

oh yeah, then aku hantar dorang pergi Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). yela, memang dari hari pembukaan benda tu lagi aku nak pergi sebenarnya, saja nak tengok kegempakan terminal bas baru ni tapi tak sempat-sempat lagi nak pergi. so alang-alang member-member ni nak balik melaka, aku tumpang la sekaki pergi terminal tu. pheww~macam KLIA la siot. ok takpe takpe. pasal TBS (atau ITT) ni aku cerita on the next entry eh!  Ada banyak gambar-gambar-gambar aku snap untuk siapa yang nak tengok pe rupa Terminal Bersepadu Selatan (TBS / ITT) ni.

tbs

Assalamualaikum (^_^)v

Friday, January 28, 2011

Digivice & Gameboy memories

ahaha…tetiba teringat pasal ni. sapa yang umur baru masuk 20-an macam aku angkat hidung! heh~meh aku nak ajak korang imbau balik pasal benda ni. oh yeah, DIGIVICE and GAMEBOY! korang ingat lagi tak benda ni? eh takkan dah lupa kot. aku tau korang ni la muka gila nak ‘battle’ digimon time sekolah dulu kan..haha..lagi-lagi yang laki-laki. eh yang perempuan pun ada what. biasalah, jenis tak nak kalah, nak battle jugak.

IMG_0166-550x

ni digivice yang lama punya..tak berapa kuat

kelakar pulak bila ingat pasal benda ni. yela, mula-mula kena reset bagi dia bertelur, pastu bila telur dah menetas kena jaga pulak Digimon tuh. haih, sume kene jaga, bila dia berak kena bersihkan, lapar kena bagi makan, eh siap kena bawak dia bersenam tau! wuu~aku sendiri tak sempat nak exercise, menatang tu lak yang aku sebok exercisekan. haha. semua rutin di atas WAJIB dibuat tau untuk memastikan digimon kau kuat. kan kan? then baru la boleh berlagak bila jumpa kawan-kawan lain dengan segera ajak dorang battle. ahaha. bila dah battle mula la dok tekan butang A-B-B-C-A (butang kat digivice tula..) pastu goncang-goncang digivice tu bagai nak rak. haha..tapi who care? dah memang macam tu cara main dia. haha..eh, dulu korang bela digimon apa? aku punya angelmon =) cool kan? haha.

post-276455-1253007212_thumb

aku punya yang macam ni la! haha

haa ni lagi satu, GameBoy. heh, dulu kira hebat maa sape ada gameboy ni. pada aku orang kaya je ada benda tu time aku sekolah dulu (yela, aku mana mampu). so dulu sapa bawak gameboy pegi sekolah macam hot stuff gila ar. sume rebut-rebut nak pinjam kot! time ni la si pemilik gameboy tu akan bajet dihargai oleh kawan-kawan dia padahal dia tak sedar yang kawan-kawan dia tu buat baik dengan dia pasal nak pinjam game tu je..haha (erkk termasuk aku ke? heh tak kot =p). alah, dorang ni nak gameboy tu bukan nak main apa sangat pun. asyik-asyik dok la mengadap Mario tak pun Pokemon. Tapi aku lagi suka pokemon kot. heheh. pasal dia ada banyak version, silver la, gold, sapphire bla bla bla..haha. Tapi sekarang gameboy kau yang hot tu dah tak kemana da..orang da dok sebok dengan PSP la, Nintendo DS la..dunia makin maju la katakan =)

2017577

tapi sebangga mana pun korang time tu ada benda-benda ni, kesalahan bawak benda ni ke sekolah lebih kurang macam kau bawak handphone pergi sekolah. haha. so bila spotcheck masing-masing mula gelabah. eh mestilah gelabah! susah payah aku jaga binatang digimon aku tu sampai sihat dan kuat tetiba cikgu nak rampas pulak kan? (emo pulak..haha). tapi luckily, aku punya digivice tak pernah kena rampas pon =)

see? so korang yang generasi-generasi baru ni nampak tak? kitorang zaman dulu bukan sekadar main baling guli dan galah panjang je tau. dua-dua kitorang hambat. mainan kitorang pon moden maa..heheh. tu tak cerita lagi pasal lawan pemadam, tepuk daun terup, kereta tamiya, beyblade bla bla bla..argghh banyak-banyak..kalau cerita kompem tak abes. hehe. so korang de pape nak kongsi? jom la! haha..

 

*semua gambar adalah dari google.com

Wednesday, January 26, 2011

Ahmad Dhani Pengetua Akademi Fantasia 9? OMG!

Hurmm..lama dah kot rasanya aku tak amek port kat Akademi Fantasia ni. Aah, rasanya paling last yang aku ikut betul-betul pun time sekolah asrama dulu. Biasalah, ‘peers influence’. haha. Tapi macam biasalah kan nama pun Akademi Fantasia, belum start apa-apa pun lagi tapi ‘kejutan’ or sebenarnya boleh dikatakan sebagai ‘publisiti murahan’ akan tersebar secara meluas kat segala jenis media. Publisiti, gossip dan Akademi Fantasia ni dah macam nasi lemak dengan sambal dah. Memang tak dapat nak pisah. haih.

Akademi Fantasia AF

So as usual, sebelum start AF, dah tentu la yang jadi gosip hangat adalah “siapa bakal pengetua AF?”, “siapa pengacaranya?”. Then ada ura-ura katanya nak amek Amy Search jadi pengetua dan tak kurang jugak yang kata pengetua musim ni maybe daripada negara seberang (Indonesia). Dan harini terjawab la segala persoalan bila petang tadi Sinar.FM mengumumkan Ahmad Dhani akan jadi Pengetua Akademi Fantasia 9 yang merupakan siri AF yang terakhir. Tapi kalau nak ikutkan, Astro akan adakan sidang media kedua pada 26 Januari ni untuk umumkan semua barisan tenaga pengajar secara rasmi.

Hurmm..ramai-ramai manusia, nak amek Ahmad Dhani jugak ke? Oh please please..ok, aku bukan kesah mana la kan sapa pun pengetua AF ni. Yela, bukan aku susah pun kalau sapa-sapa pun jadi pengetua AF. haha. Tapi jom kita fikir logik, ya, memangla tak dinafikan Ahmad Dhani (AD) tu banyak ilmu muzik, seni bagai. tapi kat Malaysia ni dah takde ke? Ramai lagi kot. Lagi-lagi sekarang ni ramai (bukan semua) rakyat Indonesia yang seronok-seronok hina Malaysia tak tentu hala. Then kita dengan bangga dah la dok tayang banyak cerita karut marut dorang kat TV, dah tu nak amek orang sana jadi pengetua pulak. Don’t know what to say anymore la pasal orang kita ni.

ahmad_dhani_0709

Then mesti ramai yang tau kan yang AD ni banyak bawak unsur-unsur illuminati, yahudi, freemason or whatsoever dalam kerja seni dia kan? Nak ke nanti pelajar-pelajar AF tu dibentukkan dengan cara dia tu? Aku tak kata dia akan didik pelajar AF tu dengan cara dia (guna simbol merepek) tapi just imagine, if it’s true that he is an illuminati agent, dah tentu semua akan di’control’ oleh dia kan? Apa-apa pun aku tak kata kat sini yang dia tu illuminati ke apa, tapi kalau ikut pemerhatian dan kajian aku, boleh tahan banyak la ‘subliminal message’ dalam lagu, music video, cover album and logo dia. so anda nilai la sendiri eh.

nah ni ada la satu link untuk rujukan bagi sape yang tak paham:

Konspirasi Dewa 19 Yang Perlu Anda Tahu

lepas tu boleh tengok video clip Satu ni. urmm memang banyak mesej meragukan. fuh~

okay..so back to the topic. Macam mana? Apa kata anda? hehe..kalau ikut kata aku, aku tak kisah suka hati lah dengan Akademi Fantasia ni tapi please if it’s true Ahmad Dhani pengetuanya, tolong tapis and pantau betul-betul dengan apa yang dia bawak. AF mempunyai pengaruh yang besar, so kalau benda ni terlepas pandang, mau boleh rosak muda-mudi Malaysia ni. Nauzubillah..

(all pictures is from coutesy of google)

ESQ Basic Training | Way Closer To Allah

Assalamualaikum semua! Kejang-kejang pulak rasa tangan bila macam dah berzaman je tak blogging. hehe. Walaupun lebih kurang seminggu kot tak update tapi still ada yang '”I follow u!” kat chatbox tu. ehehe..thanks ea untuk kamu kamu dan kamu yang sudi blog ni. Tak paksa pon. haha.

Sebenarnya weekend yang lepas aku berpeluang pergi ke UiTM Pulau Pinang untuk ESQ Basic Training kat sana. Woohh..memang dulu asyik tengok cerita pasal ESQ ni kat TV and paper je, so bila da bagi peluang macam ni wajiblah aku pergi kan! Bukan murah tau, untuk training basic ni je dah around RM600++, kalau intermediate training mau nak dekat RM1k! Yang penting aku pergi free pasal UiTM sponsor..ahaha..alhamdulillah sangat-sangat. Tapi seriously la, kalau korang labur duit tu kat sini, memang insyaallah korang takkan menyesal punya. Pendek ceritanya: amat-amat berbaloi =)

004

Okay, ESQ ni adalah akronim daripada Emotional Spiritual Quotient. Selalu sangat kita dangar pasal Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) tapi yang ni special pasal ada Spiritual Quotient (SQ). well, kita selalu sangat pergi program or training motivasi yang guna barat punya teori and ESQ is more to Islamic way. Bagus kan? ESQ ni diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Augustian dari Indonesia dan training ESQ ni dah pun berkembang kat seluruh dunia termasuk dunia Arab dan Barat. Melalui training ni kita akan lebih mengenali diri sendiri dan Allah Maha Pencipta Alam Semesta ni. Then uniknya ESQ ni pasal dorang guna sound system and multimedia yang amat-amat gempak untuk ‘menghidupkan’ lagi training ni and that’s why yuran training agak mahal.

So untuk siapa yang nak tau dengan lebih lanjut pasal ESQ Training ni sila klik:

The ESQ Way 165 Official Website

Oh yea, nak cerita pasal tempat penginapan kitorang pulak. hehe. seriously Kolej Kristal UiTM Pulau Pinang is awesome! wuhuu! Biasalah kolej baru la katakan..konsep baru, makin tinggi and of course, makin cantik =) Thanks to UiTM Penang’s management ye pasal tempatkan para peserta kat situ. hehe..agaknya kalau dia letaknya kitorang kat Kolej Zamrud tu mau menangis..ok just joking =p

002

003

So pendek ceritanya aku dapat banyak pengalaman, pengetahuan dan ‘benda’ yang baru sepanjang training ni and sepanjang duduk kat UiTM Pulau Pinang tu selama dua hari. Walaupun tak lama, tapi pengalamannya jauh berbeza =)

001

(tak payah susah payah cari aku, aku photographer gambar ni..haha)

Tuesday, January 18, 2011

Azan, Ceramah & Pembesar Suara

Assalamualaikum. Dalam entri yang lepas (Malaysia, Pembesar Suara & Azan) baru je cerita pasal isu azan di Masjid al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi yang hangat diperkatakan kebelakangan ni. Pengadu yang merupakan peguam dan juga seorang ahli MCA, Ng Kiam Niam telah membuat satu aduan di Jabatan Perdana Menteri meminta pihak kerajaan mengawal selia penggunaan pembesar suara di rumah ibadat kerana mendakwa laungan azan subuh di Masjid al-Ikhlasiah Kampung Kerinchi menganggu tidurnya.

507295a1e3d7c45abf40606ee601193f

Sumber foto: Malaysia Kini

Okay, tu cerita ‘haritu’. So harini aku nak bagi cerita ‘harini’. Mengikut laporan akhbar online, Malaysia Kini yang bertajuk ‘Pengadu Bunyi Azan Mohon Maaf’, Ng telah memohon maaf di atas aduan tersebut yang dianggap sebagai menyentuh sentimen orang Islam di negara ini. Bagi aku tindakan Ng ini adalah satu tindakan yang bagus demi menjaga keharmonian negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk.

Hal ini juga terjadi apabila si pengadu tersalah tafsir kuliah subuh yang disangkanya azan yang mengganggu ‘ketenteraman’ tidurnya. Rentetan daripada isu ni, beberapa ulamak dan tokoh telah memberi pendapat dan ulasan mengenai penggunaan pembesar suara selain azan di surau dan masjid. Pada aku, mungkin ada relevannya jika surau dan masjid hanya menggunakan pembesar suara di dalam sahaja untuk sesi kuliah untuk mengelakkan kekeliruan kepada penganut agama lain yang menganggap itu adalah azan sedangkan azan hanya mengambil masa lebih kurang tiga ke empat minit sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk blog Ben Ashaari: ‘Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan’.

So pada pendapat aku toleransi antara satu sama lain penting dalam usaha menjaga keharmonian negara tanpa menggadaikan maruah agama kita. Siapa nak Tragedi 13 Mei berulang lagi kan? Oh cukup la..aku yang sekadar dengar cerita dari orang yang lebih tua pun takut bila dengar keadaan time tragedi tu. Finally, sama-samalah kita pertahankan agama kita disamping menjaga keharmonian negara. Sentiasa bertindak secara professional.

 

Malaysia, Pembesar Suara & Azan

Assalamualaikum semua! rindu aku tak? tenkiu tenkiu. agak lama tak post entry baru, tak blogwalking semua gara-gara badan aku yang tak berapa nak sihat (tapi orang nampak macam sihat) sejak dua tiga hari ni. well, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya, so aku terima la ye. hehe.

okay, lepas sekian lama tak baca berita-berita baru dekat berita online, harini (semalam) aku jumpa berita ni dekat The Malaysia Insider. hurmm..pasal apa tu? okay, ni pasal ‘Kawal Selia Guna Pembesar Suara di Rumah Ibadat’. nak baca lebih lanjut, KLIK SINI. aku tak tau la kalau isu ni dah lama, tapi yang penting aku baru tau. rasa macam katak bawah tempurung la pulak. hehe.

aku taknak cakap panjang and tak nak ulas banyak-banyak pasal benda ni as long aku tengok benda ni macam dah lebih ke arah politik. dan blog ini bukan blog politik ye! ceritanya bermula bila seorang ahli MCA membuat aduan mengenai isu laungan azan di Masjid al-Ikhlasiah di Kampung Kerinchi. nak tau berita lanjut, korang baca kat link yang aku bagi tu, tak pun google sendiri. hehe. aku pun tak paham macam mana tetiba orang tu tetiba rasa nak buat aduan setelah lama hidup kat Malaysia yang ada azan 5 kali sehari ni. selama ni boleh je dengar but somehow tiba-tiba rasa nak buat aduan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semua perbuatan ini hanyalah ‘mainan politik’ pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan umat Islam dan bukan Islam di negara ni. Senang ceritanya, ni perbuatan orang takde kerja lain la.

harap-harapnya Malaysia akan tetap jadi Malaysia, yang mana Islam adalah agama rasminya dan azan solat 5 waktu tetap dapat dikumandangkan. sudah-sudahlah dengan beberapa negara yang telah mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara di negara mereka atas dasar ‘ketenteraman awam’. Sama-samalah kita berdoa agar agama yang kita cintai ini sentiasa terpelihara ye!

psss: rindu nak blogwalking baca cerita korang, nanti aku datang satu-satu ea!

pssssss: eh eh! thanks kepada followers baru ya!

Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN ‘U’!

h4

Haaa..mari-mari cik adik, mari-mari cik abang, kita gegarkan ‘U’! hehe..pekebenda la ni? oh takde pape la, ni just satu segmen dalam blog bro Ben khas untuk bebudak yang still belajar di IPT! fuhh~berpeluh ketiak tunggu bro Ben ni buat segmen untuk budak U, at last ada jugak =).

okey, oleh kerana aku pun tengah belajar kat IPT, aku wajib join neh! let we start! orite rasanya kalau siapa pembaca setia blog aku ni tau kot kat mana aku belajar. eh tak tau? ok takpe, aku still study kat UiTM Negeri Sembilan. kampus baru ye and kitorang first batch kampus ni (2009). siapa yang pernah pergi kampus ni, dia akan tau la betapa ‘dalam’nya tempat ni..aku ni asal dari selangor pun terasa kejauhan dia..heheh. and ya! nama kampus ni jugaklah yang menaikkan trafik blog aku pasal bila orang google pasal UiTM Negeri Sembilan or UiTM Kuala Pilah, then akan keluarlah nama blog ni! haha..terima kasih =)

soalan seterusnya..jeng jeng jeng..jurusan eh? sekarang amek course microbiology and dah second year dah pun..huu..dua tahun da aku terperuk kat sini. heheh. tau ke apa microbiology tu? sila google..haha..kos ni dia studies of microorganisms (bacteria, virus, fungus, protozoa bla bla bla…). okay aku tak nak buat lecture kat sini. haha. aku masuk kos ni pun pasal kos ni yang tertulis kat surat tawaran, takkan aku gedik-gedik nak tukar? Boleh? hehe..tak lah, sebenarnya aku memang minat kerja-kerja kat makmal ni. rasa gempak sikit macam Dexter’s Laboratory (hehe..pengaruh kartun betol!).

sekarang aku da masuk umur puluhan dan meninggalkan umur belasan..sob sob..dah tua..paham la kan berapa umurnya tu? 20! DUAPULUH..okay? muka macam 15, tapi tu hanya muka..hahaha..so harap-harapnya dalam 5 tahun dari sekarang, aku dapat la jadi Microbiologist yang berjaya! cewah..mestilah kan, takkan lah penat lelah mengangkang ngangkang belajar microbiology, tetiba sibuk nak jadi accountant? ka dah terpesong tu..heheh..

orite, semua soalan dah jawab, tapi sepah sepah sikit..so ok la ya bro Ben? lambat sikit post entry, biasalah awal-awal sem ni kan..’busy’ sikit,,heheh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails