Sunday, November 13, 2011

true value of a friendship

Assalamualaikum. awh happy sunday :)

Seronoknya harini sampai ntah pukul berapa bangun tadi pun tak ingat. haha. dah lama tak bangun lewat. hehe. selalu paling lewat pun pukul 8 dah bangun, harini errrr…lajak sikit. haha tu nikmat tu ;p

Semalam penat gila, bukan penat apa pun sebenarnya, just penat menunggu. haha. Actually semalam sekolah adik-adik aku ni ada Graduasi Tahun 6 & Majlis Anugerah Kecemerlangan. Biasalah kan, nak akhir-akhir tahun ni buat anugerah-anugerah bagai. Hebat adik aku ni, darjah 6 dah merasa grad. haha. aku dulu 1st time ada Majlis Graduasi pun time form 5 dulu kat Hotel Equatorial Melaka. awh miss that time.

Sekolah adik aku ni nak gempak, so majlis ni ada dua sidang. Satu sidang pagi untuk graduasi tahun 6 dan pra-sekolah, sidang petang pulak untuk majlis kecemerlangan. Dah macam istiadat konvokesyen universiti pulak ada banyak sidang sidang. haha. So adik aku yang 3 orang ni semua dapat anugerah-anugerah ni. *banggabangga* haha. Bangga bangga lah jugak, tapi masalahnya aku and parents aku kenalah berkampung kat sekolah tu dari pagi sampailah lewat petang pasal kitorang terlibat dengan dua-dua sidang. fuhhh masak aku. haha. nasib baik hujan, sejuk sikit. hehe.

paling tak boleh blah siap ada Eksporia kat sekolah tu, dah macam Convest kat universiti da. siap pulak ada flower booth jual bunga-bunga and bear yang orang selalu bagi time convo tu. haha.

ok dah, semua cerita kat atas ni kira mukaddimah je, takde kena mengena dengan tajuk entry pun. haha. ni baru nak start topik ;p

Alhamdulillah adik-adik aku yang sekolah kat sini semua dapat anugerah. Yang darjah 4 tu dapat Anugerah Akademik & Tokoh Kokurikulum, darjah 5 dapat Tokoh Kokurikulum and yang darjah 6 tu dapat Anugerah Akademik, Tokoh Kokurikulum & Tokoh Murid. phewwitt..congats!

So yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal kawan adik aku ni yang darjah 6 ni. dua-dua laki ye. Kawan adik aku ni sebenarnya tak dapat apa-apa anugerah pun, tapi dia datang jugak sekolah dari pagi sampai ke petang untuk teman adik aku. Kalau aku takde masanya nak datang. haha. Then time penyampaian hadiah untuk tokoh murid petang tu, pengacara tu adalah baca macam biodata adik aku untuk perkenalkan tokoh murid, family aku just terkejut jelah pasal adik aku tak bagitau pape pun pasal benda ni, tapi bila aku tengok kawan adik aku ni yang duduk kat tepi dewan tu dah sebak air mata mengalir macam kena pukul. Pelik gak aku “budak ni dah kenapa?”. Then bila adik and parents aku dah turun pentas barulah aku tau rupanya dia nangis terharu dengan pencapaian adik aku. perghh sweet gila lah aku cakap kalau kau ada kawan camni time darjah 6!

Makcik yang duduk sebelah kerusi mak aku pun tak pasal-pasal jadi terharu jugak bila tengok kawan adik aku tu menangis. Serious best gila ada kawan camtu. Commonlah, budak darjah 6 pun tau ‘the true value of a friendship’ kot. Then maybe nangis jugak pasal lepas ni dah kurang or maybe tak jumpa dah kot, yelah nak masuk sekolah menengah dah kan? hmmm..

Bila tengok peristiwa camtu, teringat pulak time-time aku sekolah menengah dulu. yelah, 5 tahun kot duduk hidup dengan kawan-kawan kat asrama! Jangan nak main belit-belit dengan akulah pasal ‘friendship’ ni, dah masak dah sepanjang lebih 5 tahun ‘hidup berkawan’. hehh =.=

Eh aku nak sorang kawan macam kawan adik aku tu boleh? haha. I miss my hostel life yang mengajar aku pahit manis hidup berkawan. See ya!

*duhh lame nya lah entry takde gambar. sorry handphone rosak, tak boleh letak gambar. ramai-ramai doa cepat aku dapat system camera sebijik :)

1 comment:

miss Fyqa said...

fyqa pun nak kwn cam tu gak. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails