Sunday, November 13, 2011

호비 추티 스믖틀르

Assalamualaikum :)

hamek tu ha tajuk comeback entry aku lepas dah lama tak blogging. haha. ada paham? kau pergilah copy paste kat google translate berpuluh-puluh kali pun, sure kau tak dapat tau makna dia punya. confirm! haha. jangan tertipu, atas ni nampak macam bahasa korea, tapi sebenarnya bukan. muahaha. actually atas ni bahasa melayu yang aku eja guna huruf Hangeul. alah, samalah macam kau buat tulisan jawi, tapi guna bahasa melayu ;p

okay meh aku translatekan tajuk title entry ni: ‘Hobi Cuti Semester’. haha. bapak lame gila title entry. cuti sem kali ni aku cuti penuh, kalau sebelum ni asal cuti sem je mesti kena balik kampus awal dalam seminggu or dua minggu. kadang-kadang ada kursus lah, jadi fasi lah, so bila dah nak masuk sem 6 ni, takpelah, aku nak bersara awal. nak ‘merasa’ macam mana cuti full pulak.

at first mula ingat nak buat part time job, dapat kerja kat GSC Signature The Gardens & Sogo KL, tapi last-last malas lah pulak. haha. tapi dalam malas-malas tu rajinlah jugak aku ‘study’ time cuti-cuti ni. haha study apa? study bahasa korea ni lah ;p sumpah macam orang takde kerja dah. It’s good what? seronok kot belajar bahasa-bahasa asing ni. mula-mula ingat nak belajar mandarin, tapi macam susah je, so takpe, study korean dulu. haha.

kalau kau suruh aku speaking korean sekarang, memang taklah kan. aku belajar online je kot. kalau takat nak cakap basic-basic tu boleh la. hehe. tapi kalau membaca sekarang dah ok sikit. tapi tau baca jelah, tak paham pun. haha.

so sekarang dah tau kenapa aku tak selalu kat fb, twitter? tak selalu (berkurun dah pun) tak update blog? haha. ni antara sebabnya lah. tapi bukan sebab utama pun. tapi kira penyumbang lah ;p okay so sape nak belajar hangeul dengan aku boleh register sekarang. aku charge RM10 bagi setiap huruf yang aku ajar. muahaha~

1 comment:

meLLy! said...

weh mahalnya yuran. baru cadang nk register ngn ko tadi hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails