Wednesday, September 7, 2011

Singgah Sahur

Assalamualikum peeps!

Selamat hari raya semua! haha baru nak wish ;p Okay sekarang dah masuk raya ke berapa ntah tapi aku baru nak sibuk cerita pasal bulan puasa. lantaklah dah basi ke apa, nak cerita jugak..haha

SINGGAH SAHUR

560

say cheese ^_^v!

572

with my dearest timbalan exco ;p

591

thanks Rumah Anak Yatim Tunas Harapan Payung Sejahtera :)

aaaa..sangat suka program ni. hehe. Singgah Sahur ni kitorang buat dekat Rumah Anak Yatim Tunas Harapan Payung Sejahtera, Kuala Pilah. Ni kira second time lah aku buat program dengan rumah ni. Time puasa last year buat program Senyuman Ramadhan tapi tu kitorang ajak dorang datang kampus but for this time kitorang pulak yang datang rumah anak yatim tu. And lagi intersting pasal kitorang datang time sahur and makan KFC. rasa terharu pun ada jugak bila sampai-sampai je rumah tu budak-budak tu panggil nama aku. ouh~~tak sangka dorang ingat lagi aku walaupun rambut dah lain ;p lagi terharu bila mak yang jaga dorang pun still ingat jugak..sobs~~seronok bila tengok adik-adik tu seronok. sayang semuaaaa :)

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA UiTM NEGERI SEMBILAN

urmm program ni pun best jugak. buat dekat kampus aku tiga hari lepas program Singgah Sahur tu. lagi best bila aku baru start buat buku program untuk majlis ni sejam sebelum majlis tu start. haha. alhamdulillah sempat lah siap :)  daripada buat buku program, tetibe dengan pakai baju kemeja je (orang lain pakai baju melayu kott) stret rushing pegi kat venue majlis tu untuk bagi buku program tu kat VIP. sumpah aku selekeh gila time tuu..woo malu.

Then jumpa lagi dengan adik-adik Rumah Anak Yatim Tunas Harapan. yeaa suka. dari jauh dah panggil-panggil, padahal aku tengah dok risau pasal buku program tuh. haha. kelakar betul budak-budak ni ;p ntah lah, bila dengan dorang kan, aku rasa seronok je, semua masalah hilang kejap :) 

sambil-sambil borak-borak dengan budak-budak tu sementara tunggu waktu berbuka tiba-tiba ada dua orang budak tegur dari meja belakang. mula-mula aku tak kenal, rupanya student SMK Juasseh, aku penah jadi fasi dorang waktu Kem Kepimpinan Pengawas last year. haha aku ni memang susah nak cam orang sikit. hehe. terharu jugak pasal dorang ingat aku lagi. haha. #perasanlahkau~~haha

okay tu je..cerita raya nanti eh, tunggu raya haji nanti aku buat entry..haha..sekarang manyak busy maaa~adios bye!

 

3 comments:

ZWAN SABRI said...

Bila kita buat baik kat orang, mestila orang akan ingat nama kita sampai bila2.. good job! ;)


MySuaraBlog: Syiling 50 Sen Tahun 2006

krunch2sa said...

kalo tak tgk gamba btol2 mesti igt yg tv3 singgah sahur tuh.....

Matthew Tran said...

Bila kita buat baik kat orang, mestila orang akan ingat nama kita sampai bila2.. good job! ;) MySuaraBlog: Syiling 50 Sen Tahun 2006

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails