Tuesday, September 13, 2011

Raya @ Universal Studio Singapore

Assalamualaikum semua ;)

Dulu selalu berangan nak pergi theme park besar-besar macam Disneyland, Universal Studio tak pun Gold Coast tapi apakan daya tak mampu. haha ayat sedih. semua jauh-jauh, dekat Los Angeles, Australia, Hong Kong bagai. sapa lah nak sponsor kan? hehe. Tapi sekarang ni dream come true bila Universal Studio dah bukak kat kampung aku, Singapore! hihi. cehh orang lain semua dah pergi kot, aku je baru hegeh-hegeh nak pergi sana ;p

Raya ketiga haritu kitorang 3 family pergi Universal Studio Singapore (USS) ni. kat Singapore kebanyakannya cuti raya time 1st raya je, then raya kedua dah kerja. So raya ketiga tu kalau nak pergi beraya rumah makcik-makcik pun dorang kerja kan? so baiklah kita berjimba :) Sepupu and pakcik aku siap semangat nak join kitorang pergi sana siap amek cuti. haha.

Overall tempat ni best lah, kira kenalah dengan harga tiket yang kita bayar. haha. ouh kalau korang nak murah kan, beli tiket online guna Mastercard, dapat 20% off macam kitorang. Aku suka Shrek 4D Cinema, Waterworld and Light, Camera, Action : Steven Spielberg. Show semua gempak habis hoii meletup-letup terbakar bagai. haha.

haa lagi satu aku recommend gila korang naik roller-coaster kat tempat The Ancient Egypt tu, serious terbaik weh! kalau tak naik rugi kot duit tiket korang tu. kalau siapa yang takut roller-coaster pun, percayalah korang mesti kata best. aku takut jugak tapi aku naik ;p kira berbaloi la beratur almost sejam, lepas tu tempat tu macam tak psiko la pulak mummy bersepah-sepah, gelap, ada muzik apa ntah then setiap berapa meter ada papan tanda psiko.

01092011598-1

Roller-coaster yang Egypt tu dia indoor. kat situ memang gelap gila, korang takkan nampak pun rail roller coaster tu. then time naik tu ada macam-macam efek macam terbakar lah, dinding pecah lah, berasap semua. best gila! ntah macam mana la dorang buat semua tu. rasa macam nak naik lagi, tapi kena beratur lagi sejam..urmm takpelah. haha.

01092011537-1

with my dearest cousins :)

 

01092011590-1

firaun mana ntah ni. haha..

 

01092011607-1

ok yang ni sumpah aku tak naik..haha

01092011645-1

Far Far Away Castle – Shrek

010920111379-1

The Ancient Egypt. macam kat mesir dah ;p

Lupa nak bagitau kat USS ni takde surau, so kalau nak solat, tanya je kat staff dia nanti dorang tunjuk ada ruang yang selalu orang buat solat. then yang bawak beg besar-besar tu, korang sumbatlah segala makanan dan air dalam tu. kalau ikutkan memang tak boleh bawak makanan luar tapi selalu dia tak check beg, kalau check nasiblah. tapi air mineral penting weh, bawaklah bebanyak :D melainkan korang sanggup nak beli air S$10 sebotol, takpelah. 10 dollar tau, bukan ringgit. huhu.

kitorang balik time gate USS ni dah tutup sebelah. haha punyalah taknak keluar kan ;p so siapa nak pergi bolehlah kumpul-kumpul duit ye. dah cukup duit nanti ajak aku sekali. hehe.

3 comments:

::EIDA:: said...

Belum sempat terjah lagi !

Anonymous said...

will be there this holiday..!! :D

~dYaHaHa~ said...

salam hafiz, bole bagi website yg hafiz beli tiket USS murah tu? plisss..urgent...sms akak at 012-6138814 or email me at amormie007@gmail.com..tq bro!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails