Friday, September 23, 2011

fast service

Assalamualaikum. haha.

pergh gila ke apa bagi salam tiba-tiba nak gelak. haha suka hatilah. harini seronok lepak-lepak perasan macam dah habis final exam sedangkan baru satu paper je yang lepas. Fundamentals of Entrepreneurship. ouh commonlah, tak kisah lah fundamentals ke, basic ke ape, when it come to business-related-subject memang aku lemah sikit. oh too be exact, lemah sangat. pasal aku tak suka. tapi duit aku suka. haha. so bila dah lepas satu paper yang berbaur bisnes tu, I feel so relieved. haha. tapi ada lagi satu paper berbaur bisnes, Basics of Economy. hah, this one lagi lah..err susah nak cakap although it just a ‘basic’ subject. damn. sangat tak sebati dengan diri aku. brrrr~

okay dah, taknak bebel pasal exam panjang-panjang. siapa pun tak suka dengar pasal exam kan? haha. actually tadi baru balik dari Pejabat JPJ, nak buat lesen CDL. cehh dah berzaman-zaman P aku expired, harini baru ada peluang nak renew. maknanya almost 5 bulan lebih dah la aku bawak kereta secara haram. ngeheheh. siap time raya haritu drive balik Singapore lagi. nasib baik tak pernah kena tahan dengan polis walaupun kat highway haritu bersepah-sepah je polis. haha nasib je tu.

like seriously, Pejabat JPJ Kuala Pilah ni is the best lah. tadi berurusan dengan dorang just less than 5 minutes kot! haha kira pencapaian terbaiklah untuk sebuah urusan dengan pejabat kerajaan. haha. masuk, ambil nombor then stret kena panggil, bayar, terus chow. nak usha pejabat tu pun tak sempat. serious sepantas kilat. cayalah!

uh oh, sebenarnya aku nak post pasal benda lain kat entri ni, tapi pasal excited sangat dangan JPJ tadi, stret lupa main point sebenar nak post entri ni. ahh baru nak masuk 20 dah lupa-lupa bagai. haha. takpelah, anggap je lah ni entry untuk kredit kepada JPJ Kuala Pilah. haha syabas syabas ;p kalau semua pejabat kerajaan macam ni lagi best :) hehehe.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails