Saturday, August 6, 2011

serious aku sayang dua dua =.=”"

Assalamualaikum.

wooh harini puasa penuh tengan dugaan fizikal, mental, rohani, jasmani semua-semua lah. pheww pheww~ semalam lepas puas camping kat McD sampai pukul 5 pagi konon buat poster untuk program merdeka tapi bila nak buat stret xde idea, pagi tu dengan mata panda, siap-siap kononnya nak gerak pergi Perpustakaan Negara pulak untuk cari bahan untuk final report project aku. so tabah la ni dengan matahari atas kepala menapak nak pegi amek bas. aah, aku kan memang suka public transport =.=”. ok masuk bas terus ‘ter’zzzzz~hehe. sepatut kalau nak pergi Perpustakaan Negara kalau dari rumah aku ni, just turun kat Chow Kit then jalan je kaki pergi sana. tapi ntah pehal Metrobus yang sebijik ni pening ape ntah dia tak lalu Chow Kit, tapi tiba-tiba lalu Kampung Baru, Dang Wangi bagai~padahal selama ni tak pernah2 pun ikut situ..haih~so terlepas la objektif utama nak pergi Perpustakaan Negara. sekian~

ok takpelah dah terlepas..so alang-alang bas tu nak pegi Bangkok Bank, stret ubah plan nak pergi Perpustakaan KL pulak. last jejak time nak buat folio sejarah time form 5 dulu. siap buat keahlian bagai lagi. haha. hah ni lagi satu benda aku sayang lepas pakcik metrobus yang buat route sendiri tu. punyalah tabah merangkak berjalan dari Bangkok Bank tu ke Perpustakaan KL, dengan cuaca yang hmmm..korang tau KL sejuk kan? haha. then beria la aku dok diri tegak kat depan entrance library tu, heran jugak pehal pintu ni tak bukak? yela, dia guna pintu automatik tu kan. tiba-tiba ada mak guard kat dalam tu buat isyarat tangan kata library tu tutup harini. cettt~objektif tak tercapai wehh..haram satu research tak dapat nak buat. hmmm…

terima kasih pakcik metrobus, terima kasih perpustakaan KL, aku sayang dua-dua sekali. serious ni. huhu. nasib baik still boleh kawal nafsu bila tengok mat salleh-mat salleh ni dok teguk air makan bagai..haha. tak memasal je kan.

notaramadhan: harini 2nd day buka puasa dengan family..ahhh bestnye Smile

2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

haha...

sabar ja la eh...sekali libry tutup...

mesti frust kan..hehe...

best jugak berbuka dengan dgn family...;-)

miss Fyqa said...

dugaan bln puasa.

sabar2..

seronok dpt berbuka dgn family kan.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails