Friday, August 26, 2011

Brothers Hangout :)

Assalamualaikum :)

urmm puasa tahun ni rasa macam cepat semacam pulak. tiba-tiba tau dah nak raya. yeay! erkk tapi bila fikir apa je lah sangat amal aku buat sepanjang time puasa tahun ni, rasa macam nak mintak bulan puasa tu panjang lagi. ada hati nak cari malam lailatul qadar tapi apa je sangat usaha, memang tak jumpa lah kan ==”. okay menyesal kemudian tak guna, ada berapa hari lagi puasa ni manfaatkan lah ye :)

harini kalut-kalut prepare untuk raya. haha statement over, taklah kalut pun sebenarnya. yelah, tahun ni balik kampung so semangat lebih nak raya ni. pagi-pagi dah kena gerak pergi Pejabat Imigresen kat Damansara, nak buat passport baru, passport lama dah nak expired. kalau tak buat tak pasal-pasal aku dengan adik aku beraya dua orang kat rumah, yang lain balik kampung. oh takkan..hehe.

Passport baru cantik weh! teruja aku. dasar gayat. haha. setiap page passport tu siap ada gambar Putrajaya, Tugu Negara, bunga raya, harimau bagai..dah macam buku sejarah da aku tengok. haha.

 

25082011499-1

after buat passport stret gerak pergi Bukit Bintang dengan adik aku. bukan selalu tau dapat hangout sekali dengan adik. sweet lah tu konon. kahkah..luckily harini tak ramai orang so takdelah nak bersesak-sesak sangat. and kebetulan jugak baru teringat harini Final Destination 5 3D keluar wayang, stret pergi book tiket, nasib baik ada. heheh.

25082011506-1

okay sape-sape yang belum tengok Final Destination ni, pergi la tengok, 3D lagi best and lagi best kalau korang tengok kat GSC Maxx (dulu DiGi iMAX) kat Times Square tu. serious puas weh! screen besar gila, gambar clear ala-ala HD lagi. haha. aku pun tak tau sejak bila DiGi iMAX ni dah tukar jadi GSC Maxx tapi auditorium dia memang superb lah. kerusi dia boleh hayun-hayun, tak lah sakit leher aku nak tengok cerita tu. spec 3D dia pun best, tak keras mcm biasa tu, yang ni dia macam google sikit. haha gayat gila statement ;p kira berbaloilah bayar lebih sikit. rasa macam pisau, kaca, darah, mayat semua kene tepek kat muka. 3D kan. hihi.

19072011428-1

ni spec keras 3D biasa tu ;p

25082011500-1

ni google 3D GSC Maxx..comfy punyaaa~

25082011503-1

kaunter GSC Maxx

lepas wayang tu teman adik aku shopping ntah apa barang yang dia tak settle tuh tapi last-last aku yang shopping lebih. erkk selalu sangat macam tuu..haha. Pukul 7pm baru masing-masing gedik nak cari tempat nak bukak puasa, mengidam nak makan Carls Jr. tapi dah pukul 7 kan, memang penuh lahh. last skali bukak puasa pukul berapa ntah kat Subway Fahrenheit 88. adik aku dia ada kapasiti perut yang lebih besar, sambung pulak makan kat KFC. makan mengalahkan anak lord. haha.

perut kenyang, duit habis so stret balik. haha boleh tak hujung cerita buat macam tu je? kalau cikgu BM aku baca penutup cerita aku macam ni mesti dia menangis, susah payah ajar macam mana nak buat penutup karangan dulu. haha. ok dah merepek. kaki, otak, badan semua penat. penat trauma tengok Final Destination mati sana sini. huhu. kbye!

 

4 comments:

ZWAN SABRI said...

tula pasai.. klaw boleh nkdipanjangkan ramadhan tuu sbb rasa macam x cukop jer amal yg dibuat.. btw, slamat hari raya n ati2 naa balik kampung.. ;)

MySuaraBlog: Segmen Di Mana Anda Beraya Tahun Ini Bersama Phat Corner

miss Fyqa said...

haa kan..kejap je nak raya..tak perasan plak..hehe...

selamat pulang ke kampung halaman..
:)

adrinaqamarina said...

tak pernah tengok FD, sedar sedar dah sampai 5, selalunye orang cerita je, bukan tak berani tapi more kepada takde masa kot.


jap, nak cek passport aku jugak!

krunch2sa said...

buku merah menggoda yg bertajuk 'PASSPORT' tuh mmg dah lame menjadi idaman kalbu....tahniah krane anda tlh mendptnye terlebih dahulu ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails