Saturday, August 6, 2011

backpack travel

Assalamualaikum!

haaa..how’s your ramadhan? okay tak..hehe. alaa aku tak sempat pun nak post entry time awal ramadhan haritu kan..hahh bukan tak sempat pun sebenarnya, masa terluang banyak tapi urmmm..sebenarnya wifi depan rumah aku kat kolej tu dah kena cabut ntah ape pasal ntah. so hilang lah sumber aku nak online. lalala~dah dah kang cakap banyak-banyak kang macam-macam ayat keluar nanti. no no no..bulan puasa ni..then konon-konon balik rumah dengan penuh harapan mati-mati nak qada’ online guna P1 WiMAX yang selama ni lajuuuu gilaaa tu. cehh tapi hampeh je, nak bukak google je pun, kau sempat solat terawikh 21 rakaat baru dia load kot. wifi kampus aku lagi laju laa..haih~so sekarang tabah la malam-malam buta menapak kat McD. ya, demi nak online ye..banyak kerja nak guna internet ni oii! okay sekarang tengah tabah pulak nak tunggu Mc Breakfast untuk sahur. eh bila la dia nak bukak menu breakfast niii, dari tadi kat board menu tu aku dok jenguk asyik gambar GCB je. cepat la pusing board menu tu jadi gambar egg muffin dgn pancake cepat. haha.

okay sebenarnya entry ni nak cerita sikit-sikit pasal trip kelab aku pegi melaka haritu. aaaahhhh lame nye kau naufal, trip pergi melaka, sumpah macam budak darjah 5. (errr tiba-tiba budak darjah 5 yang kena..haha). hey hey, ni trip bukan sebarang trip tau, trip ni kitorang buat konsep backpack travel. alah, macam mat saleh yang selalu korang nampak dok bawak beg gedabak then pegi melancong hulu hilir tuu..haa backpack travel la tu. penat weh! tapi seriously best. tiba-tiba time trip ni aku rasa melaka best gila. padahal 5 tahun aku sekolah kat sana rasa biasa je. haha.

ni aktiviti kitorang buat kat sana:
-aktiviti paling skema: Kompleks Muzium Melaka =.=”
-makan cendol ramai-ramai kat jam besar
-menara taming sari
-melaka river cruise
-melaka duck tour
-pegi jonker walk (perghh tetibe jumpa ramai pulak lecturer aku kat sini kann..aih~)
-golek-golek tengah malam kat dataran pahlawan
-shooting ramai-ramai tengah hari time matahari terpacak betul-betul atas kepala kt datarn pahlawan
-bowling
-melaka sentral (5 tahun aku menapak kat sini hoii..haha)
-MITC (PC Expo, MATTA Fair)
aku rasa mcm ada lagi la yg tertinggal..ntah ape ntah, dah lupa ;p

IMG_5690-1

 

IMG_5719-1

 

IMG_5722-1

 

IMG_5781-1

 

IMG_5788-1

 

haaa yang gambar last tu fevret picture aku..hehe..owh thanx to daus yang kasi pinjam camera. kalau tak, takde la gegamba ni. haha.

oke semua, jom sahur, bye!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails