Thursday, July 21, 2011

Q&A: Diploma in Microbiolgy (UiTM)

28092010188-1

 

Assalamualaikum Smile

sebenarnya nak tergelak ni, kalau ikutkan blog aku ni can be categorized as ‘personal blog’ yelah, blog bebel sorang-sorang ntah sape nak baca kann. haha. tapi lately, or to be exact tiap-tiap kali time musim pengambilan pelajar baru untuk ke IPTA, blog ni akan jadi macam ‘academic blog’. bapak skema. tapi tu realiti dia la kot pasal tadi saje check rank blog kat Alexa.com then bila tengok ‘most peoples search on your site’ semua perkataan berunsur akademik, macam ‘diploma’, ‘subjek’, ‘mikrobiologi’ bla bla bla lah banyak..hoho~

so bila dah jadi macam tu, kalau korang belek-belek kat entri Diploma in Microbiology (AS114) ni or entri UiTM Negeri Sembilan ni, banyaklah soalan-soalan daripada bakal-bakal student yang curious tanya macam-macam soalan pasal Diploma in Microbiology ni. yelah course yang aku dok hadap ni la. heheh. kalau ikutkan I’m not the one yang paling layak untuk cerita pasal benda-benda akademik ni pasal nak kata hebat tak pun. tapi takpelah kongsi-kongsi informasi apa salahnya kan? sharing is caring ;)

dalam entri ni I will try to answer all the questions from the shoutbox, and from those comments in the entries that I’ve stated above. hambek kau stret speaking. haha. gurau je ;p

Q: Mikrobiologi ni apa sebenarnya? 
A: okay, ni soalan standard lah ni, time aku mula-mula nak apply course ni pun ternganga jugak dok fikir ape benda mikrobiologi ni. Mikrobiologi ni sebenarnya study pasal microorganisms, which is benda yang kita tak nampak dengan mata kasar macam bakteria, virus, fungus dan macam-macam lah. Microorganism semua ada 7 jenis, nanti korang belajar lah time semester 2 nanti. haha. so bila amek course ni korang akan belajar pasal benda-benda ni lah, study cara hidup dia, kelebihan, keburukan, teknik lab dan macam-macam lagi lah ye..

Q: Apa syarat nak masuk course ni?
A: OK, kalau ikut website UiTM, ni syarat yang paling latest:


Memenuhi  SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat
kepujian dalam mata pelajaran:
    • Matematik/Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Biologi / Sains / Sains Pertanian/ Pengajian
       Agroteknologi / Sains Tambahan
DAN
    • Lulus Bahasa Inggeris

Q: Saya lemah math, add math lagi la hampeh. boleh ke apply course ni? saya takut lah.
A: jangan risau, saya sendiri orang yang lemah math, add math semua ni or to be exact ‘number-allergic’. haha. Course ni just ada subjek Pre-Calculus time semester 1 je. Sem lain semua dah takde subjek Calculus dah. tapi kena sentiasa ingat kalau dalam subjek Chemistry and certain-certain Microbe subject tu adalah sikit-sikit basic math. subjek lain-lain lebih banyak faham & hafal.

Q: Kalau proceed dengan Diploma Mikrobiologi ni nanti bidang kerja dia apa?
A: kalau nak tau bidang mikrobiologi amatlah luas. kalau ikutkan anything sekeliling kita ada kena mengena dengan mikroorganisma. antaranya Food Microbiology, Medical Microbiology, Industrial Microbiology, Environmental Microbiology, Agricultural Microbiology, Cosmetic Microbiology, Soil Microbiology, Dentistry Microbiology dan Water Microbiology. banyak tak? ni baru antara bidang je tau..banyakkkk lagi sebenarnya, penat la nak list kan. heheh. so don’t worry pasal pasaran kerja, nanti dah grad boleh la selit-selit kat mana-mana bidang kat atas tu. hehe.

Q: Kalau saya ambil Diploma Mikrobiologi ni boleh tak sambung Degree Medic or Dentistry?
A: ahah, soalan ni yang paling-paling famous sekali. well, semua nak jadi doktor kan. haha. jawapan dia ya! yeay..jangan risau, memang dalam syarat untuk ke degree medic and dentistry dah ada tulis “lepasan diploma mikrobiologi boleh apply” (macam tu la lebih kurang ayat dia..haha). okay ni syarat nak masuk degree medic daripada website UiTM:

Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan
MBBS220 / EM00
10 Semester
3.50 CGPA untuk lepasan
Diploma Sains/ Diploma
Mikrobiologi/ Diploma Teknologi
Makmal Perubatan/ Diploma Farmasi
DAN
MUET Band 3

Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
DS220 /ED00
10 Semester
3.50 CGPA untuk lepasan
Diploma Sains / Diploma Mikrobiologi
/ Diploma Teknologi Makmal
Perubatan/ Diploma Farmasi
DAN
MUET Band 3

Q: berapa yuran untuk course ni?
A: sama je yuran untuk semua course kat UiTM pasal kerajaan dah subsidikan yuran kita :)

Q: ada tak apa-apa biasiswa untuk course ni?
A: yang pun sama macam soalan kat atas, sama je macam course lain. boleh apply MARA, JPA or mana-mana organisasi yang lain.

Q: Diploma Mikrobiologi ni ditawarkan kat kampus mana?
A: Bermula daripada pengambilan Sesi Julai 2009, kursus ni hanya ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah sahaja. kat Kampus Induk Shah Alam semua dah takde dah..

Q: Ada tak any degree yang related dengan microbe kat UiTM.
A: dengar ceritanya starting from pengambilan September 2011 ni akan ada beberapa course berkaitan microbe ditawarkan di peringkat degree. maybe Food Microbiology, Medical Microbiology dan Environmental Microbiology. tapi macam mana pun still takde statement rasmi from UiTM pasal benda ni. so nanti kalau dah keluar statement rasmi akan diupdate balik ye :)

Q: Apa subjek-subjek yang kita akan belajar dalam course ni?
A: boleh rujuk entri ni ya – Diploma in Microbiology (Revised Syllabus)

Q: Subjek-subjek dalam course ni semua macam yang kita belajar time form 4 & 5 tu je ke?
A: oh mestilah makin mendalam. dan bila dah semester 2 ke atas tu, semua subjek-subjek akan lebih menjurus kepada bidang mikrobiologi.

Q: Fuyoo banyaknye soalan!
A: hah tu lah, tau takpe, penat den nak menjawabnye =.=” hahaha

so macam mana? terjawab tak persoalan-persoalan dalam benak otak korang semua? haha. semoga Q&A ni dapat membantu anda-anda semua lebih faham mengenai course ni.

kalau siapa-siapa still ada soalan tu boleh la tanya kat comment yeee Winking smile

*kalau nak check syarat kemasukan untuk program-program lain kat UiTM boleh check kat http://esyarat.uitm.edu.my

36 comments:

krunch2sa said...

detail bebenor......best best!

ILA HonEyBuNNy said...

bagus2 info neh..

sesuai untuk adik2 n junior kita yang baru nak masuk U....;-)

wawa said...

afiq.. sem 4 ko lupa.. ada statistic lerr..

FareedSairi said...

Hooo....Geng microbiologist, salam perkenalan :)

metaljegg said...

hi.....saye sebenarnyer nak bercadang masuk p UITM ni ambil DEGREE untuk KEJURUTERAAN ELEKTRIK...masalah nya tak tahu pulak ngan kelyakannya...cuma yang diketahui 3.5GPA...dan syarat-syarat SPM nya..yang membimbangkan,adakah SPM tu penting sangat kalau nak ambil degree...pasal apa,sebab spm aku dulu malas belajar so dapatlah gred yang mendukacitakan....tapi diploma aku ok....above 3.5GPA...so dapat ke tak aku ni apply UITM ni????please answer my qstion........TQ...

ck said...

oh no.nahh..u r totally wrong.ekceli ble dh masuk sem 4 dan ke atas then u will now how sucks ur life.everything got complicated and wargh tensen.espesiali ble undergo internship.siap sedia ye.hehe.its not microb je yg bkal kene.u might get heart attack if tetibe u kena buat something yg too far from microbiology.dun take easy on chemistry subject like organic,analyte,instrumental n etc.nnt menangis korang sbb main2 msa belajar.theori n practical session tu penting.okies..gud luck n all the best with ur microbies thingy :D

Anonymous said...

wow...Tq...ini benar benar membantu...^_^

Anonymous said...

saye tak tau la minat ke dengan mikrobiology ni,, chemistry saye dulu pun teruk.tak ade effect ke kalau masuk course ni.

asyfiqaz said...

@ck
btw actually saya dah part 6, but thanks for your advice :)
*syllabus batch baru dah tukar :D

asyfiqaz said...

@Anonymous
thanks for visiting :)

aisyah said...

SALAM SAYA NK TNY ..sy lpasan stpm sc dan result sy x ok,,then nk gne blk msok uitm gne spm,,dplma mkrobiolgi adalh pilhn pertme sy,,klo ikot syrt khas dy lpas sbb syrt hny nk sbjek bio kim add mth kepujian..sbjek sc sy dpt smua c+...then sbjk lain b dan a..so adkh sy berpluang ...mgkot pnglmn anda lah

Anonymous said...

adik said...

sy nie memg x mint chemist..course nie deep sgt kew in chemist

I'm waiting yr answer

zainimohdnasir said...

mmg membantu..huhuhu terima kasih byk2 bro... so nk apply kne guna yg upu la kan??? sbb sy lepasan spm...

asyfiqaz said...

@aisyah
kalau ikut pengalaman, kalau bio dapat lagi tinggi lagi berpeluang laaa...and physics xde effect sgt pun, same as add maths~huhu

asyfiqaz said...

@Anonymous
yup xpayah strong chem sgt..nnt kita blaja slow2 :)
btw chem sampai sem 4 je~~dont worry lah :D

asyfiqaz said...

@zainimohdnasir
most welcome :)
yup isi kat upu tu je okay~~

zainimohdnasir said...

ok2... sy dpt thu ade org ckp la kos ni susah nk dapat lar..btol ker??? tpi sy dah semak kelayakan dan sy pass ...ermmm cm ne???

zainimohdnasir said...

ok2... sy dpt thu ade org ckp la kos ni susah nk dapat lar..btol ker??? tpi sy dah semak kelayakan dan sy pass ...ermmm cm ne???

Anonymous said...

nk tnya..apa beza antra microbiology dgn food technology..sbb ada sya t'baca dy mcm smakn microbiology dgn food technology..sya buntu nk ambik cos yg mna satu..tolong bntu sya..:)

Anonymous said...

practical nanti cam mana? abang apply practical kat mana? dah last sem kan? cer sikit pengalaman praktikal?

Maira Amran said...

kalau nak jadi forensik,diploma apa yang paling sesuai supaya dapat sambung ijazah forensik sains?

belle said...

salam...kalu dari diploma sains..nak g degree microbiology kene berapa pointer eik?..lpas 2 dari degree microbiology bleyh g farmasi x?...kalu boleh kene brapa pointer pulak eik?...harap dapat membantu..

Anonymous said...

tq~
help a lot

Cahaya Syurga said...

Salam,,,law dapat 5A n bi A-,,,then bio n addmaths dpt c+,,,physics n chemistry just dpt c,,,agak2 blh dpt dip.mikrobiologi law pohon??

Anonymous said...

sy dpt g utk addmath dlm spm. bole ke sy amk course ni?

Anonymous said...

Hai senior ! Haha sy pun senior jugak .bru hbs dip microb kat pilah tgah tgu internship . Lolol . Goodluck for adk2 yg nak apply dip microb ni . Say hye to bacteria !

Anonymous said...

salam.. mm nk tnye, sy dpt tawaran diploma mikrobiologi uitm, tapi x tawu kampus mne. is it mmg dkt kuala pilah jer yg ade mikrobiolohi nie

Anonymous said...

soryy haha. MIkrobiologi

ieyra rose said...

Sy budak mikrob kampus beting,kuala pilah.. muahahah saja nak menyibukkk... x sabar nak menggile utk sem 2 nnti.. lagi about 3 weeks cuti sem nk abis

Unknown said...

Assalamualaikum,saya skrg diploma sains uitm,klo saya nk ambik course mikro waktu degree mcm mana ehh???bley bri penjelasan.

Anonymous said...

Betul ke boleh sambung medic? Em, menarik! TQ!

Anonymous said...

Post yg menarik! Thanks alot!

kpoptrash^^ said...

kos ni ade kene mengena dgn forensik ke??sbb sbnrnye saye nk ambik forensik tapi lepasan spm mane ade kos forensik...mksud saye boleh jadi forensik ke??

Unknown said...

Salam.. Kalau cgpa utk apply medical untuk degree 3.00 boleh terima ke?
3.50 tu agak tinggi

Unknown said...

Salam.. Kalau cgpa utk apply medical untuk degree 3.00 boleh terima ke?
3.50 tu agak tinggi

Unknown said...

Salam.. Kalau cgpa utk apply medical untuk degree 3.00 boleh terima ke?
3.50 tu agak tinggi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails