Thursday, July 28, 2011

Imtiyyaz 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah last week settle jugak Kem Imtiyyaz 2011 ni kat SMKA Sultan Muhammad. woohoo sekolah lama aku beb! seriously, bila jejak je sekolah tu stret terimbau balik semua kenangan-kenangan lama time sekolah menengah dulu. wuuuu~rindu gila. banyak dah berubah kat sekolah ni, tak kisah la landskap ke, bangunan, papan tanda…everything have been changed! lagi-lagi bila masuk-masuk je tengok kat padang dah ada gelanggang futsal. wootwot! kampus aku pun xde weh! haha.

okay, actually Kem Imtiyyaz 2011 ni dianjurkan oleh Sultan Muhammad Ex-Student Association IIUM (SMexIIUM), tapi pasal dorang kekurangan tenaga fasilitator, so dorang jemput jugak ex-student daripada universiti yang lain, macam aku ni lah! hehe. takpelah, korbankan sikit cuti mid-sem aku 4 hari untuk kem ni. berbaloi-baloi untuk join kem ni pasal peserta kem ni junior aku time aku form 5 dulu. hehe. mana boleh lepaskan. teehee ;p

overall kem ni best sangat-sangat walaupun ada sikit-sikit cacat-cela (biasalah program kan). and thanks to SMexIIUM bagi peluang and kepercayaan kat aku untuk join benda ni and thanks jugak bagi aku slot untuk promote Fakulti Sains Gunaan UiTM dalam kem ni. hehe. thanks bebanyak-banyak jugak kat Asrama SMKA Sultan Muhammad untuk penempatan yang 5 star! rumah tamu asrama tu memang terbaek! kalah rumah tamu kampus aku. siap dengan washing machine, tv, microwave, tilam+bantal2 yang lembut-lembut. untunglah budak-budak sultam muhammad yang duduk blok baru tu :)

rasa terharu pun ada bila semua cikgu-cikgu still ingat nama walaupun dorang ada berlambak-lambak lagi nama student yang dorang kene ingat. ada certain juniors yang still ingat nama penuh and ada yang still ingat dengan nama ayah skali tuuu~like banyak-banyaklah!

walaupun kem ni 2 hari 2 malam je, tapi memang kasi impak habislah kat aku (impact kat budak-budak tu xtau la kan..harap ok la jugak ;p). tidur kat asrama, makan kat dewan makan, jumpa juniors, cikgu-cikgu, bekerja balik dengan ex-students. wahhh sangat bermakna :) untuk calon-calon SPM tahun ni and tahun depan, do your best, abang tau korang boleh buat, harumkan nama sekolah, make us proud of you ok! ayat dah fasi habis da tu. haha.

ok bye, assalamualaikum :)

 

1 comment:

adrinaqamarina said...

seronok jadi kakak abg fasi~ suke!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails