Wednesday, June 29, 2011

time to getting better

Assalamualaikum peeps!

macam biasa, title je bahasa omputih, isi entry haruslah bahasa malaysia. well, bahasa jiwa bangsa la kononnya kann..hehe.

harini hari Israk Mikraj, 27 Rejab, hari Nabi Muhammad S.A.W. diangkat ke langit ketujuh, hari diperintahkan solat. Tapi rasanya berapa ramai antara kita yang still ingat mengenai hari Israk Mikraj ni? Rasanya kalau ada yang ingat pun mesti pasal harini cuti umum so semua akan ingat “eh hari Rabu ni cuti Israk Mikraj”, so tau lah kan Rabu ni Israk Mikraj tapi apekebende Israk Mikraj tu kurang tau or mungkin tak tau langsung. semua fikir pasal cuti tu je and so am I. astaghfirullah.

susah jugak hidup zaman moden ni, guna kalendar Gregorian, yela, kalendar masihi yang kita guna sekarang ni la, sampai habis semua tarikh-tarikh Hijriah dah lupa. tahun ni tahun keberapa Hijrah pun aku sendiri lupa. belek-belek Google baru tau. daifnya diri ni. tau-tau je “eh dah Israk Mikraj?, ooo nak puasa dah”. padahal lepas Rejab tu Syaaban tapi yang ada dalam kalendar Masihi just ada tulis “Cuti Israk Mikraj”, then “Cuti Awal Ramadhan”, so orang tau bila lepas Israk Mikraj tu kira dah nak dekat bulan puasa lah tu. astaghfirullah..

Rejab dah nak habis dah, tapi rejab tahun ni terbazir macam tu je. astaghfirullahalazim. banyak sangat sibuk fikir dunia kan. now is the time untuk muhasabah diri balik. make sure Syaaban ni tak terbazir macam tu je. rugi beb! rugi! teringat time duduk hostel dulu kalau time bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan memang macam-macam amal ibadah sempat buat. no, bukan niat nak berlagak nak kata aku buat ibadah bagai nak rak time hostel, tapi rasa hina pasal sekarang ni aku tak mampu teruskan amalan yang pernah jadi ‘rutin’ satu masa dulu. walaupun time hostel dulu banyak aktiviti-aktiviti kerohanian yang aku pergi secara ‘paksa rela’ alhamdulillah lama-lama jadi biasa. Awal-awal time duduk hostel dulu pergi Halaqah al-Quran, Usrah, Taklim, Ceramah, Solat Sunat Rawatib, Qiamullail, Tadarrus, semua ‘pergi-kerana-takut-ustaz-marah’, tapi bila tengah ongoing tu secara automatik dia akan tukar kepada ‘lillahitaa’la’ (kerana Allah Taala) pasal time tu dah mula rasa satu ‘ummpphh’ buat benda-benda tu. it’s proven peeps! tak caya try cuba. paksa diri and then bila dah lama-lama korang akan rasa kemanisannya.

Tapi malangnya tu cerita time hostel, kat universiti ni tersasar ntah kemana tak tau. astaghfirullah. solat wajib pun kadang-kadang ada je yang tersasar, solat sunat apatah lagi, Quran pegang pun ntah bila, baca? aihh~muhasabah diri. muhasabah diri. walaupun dulu time duduk hostel aku memang bukan budak baik, tapi pengisian rohani time dulu sangat beza berbanding dengan sekarang, walaupun sesetengah daripadanya ‘dipaksa’.

harini hari Allah perintahkan solat lima waktu kepada hambanya, jom kita cuba untuk terus memperbaik dan memperhebat ibadah solat kita. Insyaallah kita cuba perbaik diri kita dan kawan-kawan yang lain. Entry ni bukanlah ‘entri-aku-nak-bajet-Islamik’ tapi rasanya ni tanggungjawab untuk kita sama saling nasihat menasihati. pantang betul kalau dengar ‘biarlah dia nak buat apa-apa pun, selagi tak susahkan orang lain’, ‘dosa aku, kau susah pehal?’, ‘kubur lain-lain, so kau tak payah sibuk’. ya, kalau nak tau memang orang lain akan susah bila kau buat dosa, memang orang lain susah bila kau buat maksiat (walaupun secara fizikalnya tak kacau orang lain pun) pasal dalam Islam, semua orang ada tanggungjawab untuk tegur-menegur, nasihat menasihati lagi-lagi kalau orang tu berilmu dalam hal berkenaan. so baik-baiklah bila nak keluarkan satu-satu statement tu. Islam is differ than other religion, kita semua saudara, kita ada tanggungjawab sosial kita walaupun diri kita tak sempurna. tapi kita kena ingat, Allah dah berfirman dalam Surah at-Tin bahawa manusia adalah ciptaannya yang paling sempurna dan jagalah kesempurnaan tu :)

sama-sama kita jadi hamba Allah yang lebih baik, insyaallah. aku bukanlah ustaz, bukan jugak orang baik, bukan orang yang sempurna, bukan orang yang 0% dosa tapi kalau kita sama-sama muhasabah diri kita, insyaallah Allah akan jadikan kita orang yang hebat disisinya. Amiiin~

Salam Israk Mikraj!

 

2 comments:

miss Fyqa said...

setuju.. skg nie byk perkara melalaikan diri. Ya Allah. Tak perasan pun kekadang tue :)

abu idris said...

arrayah.info - 28 Rajab – Hari Di Mana Umat Islam Kehilangan Perisainya (KHILAFAH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails