Assalamualaikum..
oke dah, biar title post ni je yang bahasa omputih..haha. aku ni mane la reti nak omputih omputih semenjak dah berzaman tinggal subjek English ni =.=”
urmm korang ingat lagi tak Terminal Puduraya? ke dah ada yang lupa semenjak dah ada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni kann? heheh…kalau nak tau Terminal Puduraya dah diupgradekan ye dan dah sepenuhnya beroperasi start April 2011 haritu kalau tak silap..(eh ke Jun 2011? ntah, lebih kurang tu laa..). okay just nak bagitau awal-awal entry ni ada banyak gambar so kalau yang internet connection slow tuuu..bebanyaklah sorry ye :)
First time aku jejak Terminal Puduraya ni straight macam “cool seyh”. yela,tak expect la kan Terminal Puduraya ni mampu di’renovate’ jadi cantik macam sekarang ni. serious lain beb! Dulu tak payah kata la kan, dengan asap bas, panas pulak tuh, kotor and bla bla bla (korang fikir sendiri..hahaa). Tapi sekarang ni bila masuk rasa sejuk sikit, then boleh la kalau rasa nak feeling-feeling macam kat TBS sikit pasal design dia lebih kurang.
Okay, meh aku nak listkan apa penambahan yang menarik kat Terminal Puduraya yang baru ni:
-sekarang ni dah ada air-cond..so sejuk..hehe
-ruang menunggu 2 tingkat & lebih banyak tempat duduk
-surau dah besar & bersih (yela, baru lagi kannn)
-kaunter tiket kat tingkat 3 (kalau tak silap), so takdelah semua nak bersesak kat 1st floor macam dulu
-ruang-ruang berniaga semua kena pindah kat dalam ruang menunggu
-pintu masuk utama terminal ni dah bertukar (menghadap hotel)
-setiap tangga nak turun ke platform bawah ditutup dengan cermin (so asap tak naik atas)
-design yang lebih cool (of course)
-food court dipindah ke tingkat 5 (kalau tak silap jugak)
-escalator di sesetengah terminal
-kauter informasi ada kat setiap aras
apa lagi ek? lupa la. tu jela kot features baru yang aku ingat. maybe pasal terkesima sangat dengan design baru ni stret lupa facilities dia ;p oke, malas nak taip banyak-banyak, sila layan gambar-gambar ni~
pandangan luar
Main Gate
Departure Board
Escalator ke platform
Waiting Area
Waiting Area B
Ruang Menunggu & Ruang Niaga
selesa kan ruang menunggu baru ni?
Food Court Entrance
Food Court
design food court tak serabut macam dulu dah..
Information Counter
Platform
Platform
Ticket Counter Entrance
Ticket Counter
Surau
amacam? tak percaya? haha..tapi haritu dok leka tengok design je lupa pulak nak tengok terminal ni dia conduct bas laluan mana..so yang tu korang check la sendiri ye. tak dapek den nak menolong..teheee..
okay sampai situ jela dulu kot..owh sapa nak baca review Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) sila KLIK SINI ye ![]()
notapuduraya: punya berkurun perap entry ni akhirnya post jugak ;p




2 comments:
terminal puduraya hanya untuk ke utara tanah air je.huhu..TBS untuk ke selatan..kalo tak silap jalan duta untk ke pantai timur dan pahang..
wohaa. rasa macam nak pi buat lawatan. hehe. cantik. dah lama x lalu sana, dulu selalu..pasal bas berhenti depan pudu :D
Post a Comment