Monday, May 9, 2011

today was a fairytale

Assalamualaikum peoples!

semalam aku rajin blogwalking kat blog budak-budak kampus aku (mostly juniors), hehh know what, entry masing-masing semua nak lebih kurang dengan entry ‘semi-paralyzed’ aku semalam. aku macam “laa, ingatkan aku sorang je rasa macam tuu..haha”. rupa-rupanya majoriti alami benda yang sama. *sigh* takpelah, sekurang-kurangnya aku dah luangkan 3days2night dengan kawan-kawan aku aritu :) but yet, nak jejak Bukit Bintang tak kesampaian, wallet aku tak bagi pergi sana. get it? tengah pokai laaa..haha

owh then semalam jugak ada student SMK Juasseh tiba-tiba message kat fesbuk aku cakap dia dapat UiTM Negeri Sembilan, course Business Study. terharu kejap pasal budak tu still ingat aku yang jadi fasi time Kem Kepimpinan sekolah dorang tahun lepas. waktu tu aku baru part 2 kot! haha. lama dah. time tu aku ingat aku ada kata “sape dapat UiTM Negeri Sembilan nanti bagitau abang, nanti abang belanja”. hahah, ayat “abang belanja” tu sekadar ayat motivasi je ok. aku tak kata janji :p actually bukan terharu apa sangat la kan, tapi rasa macam dihargai bila aku jadi antara tempat untuk dorang bagitau berita gembira dorang. heheh. ouh sejak bila kau sentimental lebih ni naufal. haha. see you there!

okay atas tu semua mukadimah. haha. aku memang karangan buat pendahuluan sampai 2 perenggan, pasal tu SPM dulu BM dapat A2! ngehehe…ni baru nak masuk isi ni hah. ok tengok ni…

09052011171

erkk~speechless kejap. patutlah petang tadi aku macam nak pegi check mailbox rumah aku, tapi tetiba rasa malas. haha. rupa-rupanya ada surat ajaib ni. untunglaaa ada kawan macam Firdaus Ahmad ni yang rajin call suruh check mailbox :p haha. kalau tak, aku tak jumpa benda ajaib ni =.= hehe tu surat pelantikan untuk jadi Pembantu Mahasiswa (PM) untuk Minggu Destini Siswa (MDS) nanti. bila dapat surat tu maknanya cuti semster anda dipotong la ye..hehe. bangga? owh takdenye, being a PM is not all about pride and popularity. siapa rasa nak jadi PM untuk kejar populariti, pegi cakap dengan Cik Fara macam tu, tengok apa dia balas nanti..heheh..tak pun tunggu je time bengkel nanti for sure akan cakap pasal benda tu. ntahlah, dah 3 kali aku jadi PM, dari part 2 sampai part 4, masuk yang akan datang ni kali keempat la banyak benda aku belajar pasal every intake lain-lain caranya. so memang takde masa aku nak rasa aku PM senior ke, hebat ke, popular ke..pasal memang tak pun. haha! oke dah dah panjang pulak aku membebel mengalahkan dah sejuta kali jadi PM. haha.

haaa then as usual la kan, bila nak masuk intake baru, blog ni akan dihujani dengan kanak-kanak yang cari info pasal UiTM Negeri Sembilan n Diploma Mikrobiologi. thanks for the visit! jumpa korang time MDS nanti ye. tegur-tegurla kalau rasa nak tegur, aku tak makan orang. haha. Welcome to UiTM Negeri Sembilan!

last but not least, hope bengkel PM and MDS kali ni best! hope dapat biro yang best, dapat biro dengan orang yang best, roommate dengan orang yang best, oh paling penting penasihat and pengarah PM yang best! tolong tolong..please give me the best walaupun aku tak la best pon. haha. ekh ekh ekh??

that’s all, bye!

09052011168

*motif gambar ni? haha..nak bagitau aku tersekat dalam jam dengan permandangan yang cantik kat highway DUKE Jalan Duta petang tadi..bosaaannnn~

2 comments:

HonEyBuNNy said...

hai abg senior...hehe...

jalan duta?xnampak pun tadi..hehe...

miss Fyqa said...

all the best! :)

Afiq nie mesti baik,sebab tue,budak tue ingat.. ye dak??. hee~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails