Tuesday, May 10, 2011

living with the memories

Assalamualaikum :)

Tadi time kemas-kemaskan sikit bilik aku yang takkan terkemas tu, aku jumpa beg cd gambar aku time sekolah dulu. bentuk burger. hehe. aku rasa ‘burger’ aku ni time sekolah dulu boleh tahan mencapap jugak, bawak kehulu kehilir keliling sekolah. capap punya burger. haha.

10052011172

so belek-belek semua cd tu, senyum sorang-sorang jap bila tengok balik album hari sukan. haha. gila beb, kat sekolah aku ni hari sukan macam berperang, macam-macam cerita, gelak ketawa melalak tension semua time ni la! aah, mengalahkan sekolah aku ni sekolah sukan la pulak kan. hahaha. dulu aku rumah biru (fevret colour tuu), tu pon pasal boleh pilih pasal aku masuk sekolah ni lambat ;p

1001 stories smkasm

my school!

tapi yang paling best of course perbarisan and hias khemah la. preparation bagai nak rak sampai ponteng kelas, takyah buat homework, ponteng tuition. pasal tu la result PMR & SPM aku gemilang sangat kot. hahah. tapi start daripada aku form 3 kalau tak silap, hias khemah da takde. alasan? taknak student stay up sampai malam, tak tidur, takut esok hari sukan semua penat. no sense betul. come on la..sports day once in a year je kot kaannn..ok pape jela.

kalau ikut hati aku nak imbau kenangan hari sukan (perbarisan) daripada aku form 1 sampai form 5, tapi dalam burger aku ni ada time aku form 4 and 5 je pasal time form 4 baru aku dapat beli kamera aku sendiri but sekarang dah rosak. time tu macam bangga gila dapat beli camera Sony dalam harga RM700 something kalau tak silap. sanggup la labur duit kat situ kononnya ada passion in photography padahal noob gila. tu benda first paling mahal kot pena aku beli time sekolah. hehe. kalau sekarang ni tambah lagi RM1500 da boleh dapat sebijik DSLR da. haih =.=

Temasya Sukan 2007

haa..this one time form 4, tema lanun and kalau tak silap time ni rumah biru menang perbarisan. eh ke keseluruhan. ntah lupa. tapi seriously time ni rasa tercabar gila dengan rumah hijau buat tema zaman firaun siap ada keranda, mumia, ramses bagai. haha time tu otak budak-budak gila, benda-benda macam ni pon boleh rasa tercabar. eh mestila! semangat kesukanan kot! ahahaha. time ni gila r siap dengan ada layar kapal (berat doww kayu tu!), panji-panji, kereta sorong yang dalam tu konon ada harta karun. haha. lanun la katakan. kih3. kelakar pulak ;p

erkk semua budak kena tutup mata sebelah. lanun kaaann. bukan illuminati ye. peace (^.^)v

yeah tu dia lanun berhias sampai. nampak ada macam dua layar kapal tu? konon2 dorang ni kapal laa..

antara ‘instrumen-instrumen’ perbarisan. *sapa kenal aku mesti kenal smiley tu..hehe

Temasya Sukan 2008

okay yang ni time senior year, form 5. tema ninja. yang ni lagi gila perbarisan serious macam perarakan! haha. yang time ni kitorang gandakan lagi panji-panji, bendera, payung, bunga manggar and buat naga. ninja la konon. and semua benda tu buat tinggi-tinggi. bapak r kesian budak form 1 yang kemetot2 tu kena usung benda tu. ehh ada kitorang kesah? haha. and aku suka yang tahun ni, nampak lagi meriah bila rumah-rumah lain pun buat gila banyak bendera. nampak macam Harry Porter nak berperang. ok dah, imaginasi kanak-kanak kuat sangat ni. haha.

ni maskot! samurai yang diapit ‘ninja turtle’ la sangat. heheh.
*nampak tak panji2 rumah lain kat belakang tu? haha

renovate sikit dari tahun lepas punya papan ;)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

anugerah objek tinggi paling banyak..hahaha..oke tipu
*sila notice ada naga tengah2 baris tu..kale biru putih

‘instrumen-instrumen’ perbarisan 2008

okeh cepat kira rumah mana paling banyak bendera?? haha..ni time acara tarik tali

kelakar pulak la bila aku ingat kenangan-kenangan hari sukan ni. belum lagi masuk merentas desa! haha. dah dua tahun tinggalkan sekolah barulah hegeh-hegeh nak cerita pasal event kat sekolah ye? yela, dulu aku duduk hostel, memang boleh sangat lah update blog selalu semua kan??

thanks to my burger! banyak sangat kenangan dalam tu…burger hikmat. heheh. okay all this memories will be in my mind till the world ends *ahh tak pasal-pasal lagu britney pulak masuk. hehe. bye!

notakaki: nanti nak update lagi pasal sekolah la! macam best pulak!

1 comment:

ilustrasihidup said...

afiq!!!!!!!sgt sdeyh smbil trsenyum sorg2....nk gmbr2 ary sukan...btw,ak jd pe ek tyme tuh..xegt da???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails