Tuesday, March 22, 2011

Tsunami Jepun | Masih Lama Lagikah Kiamat?

Assalamualaikum readers! Rasanya macam semua orang yang kat bumi ni pun tau kan pasal gempa bumi plus tsunami dekat Jepun tu. ya, dahsyat..amat dahsyat. then tadi tengah dok amek angin kat facebook (heh fesbuk ada angin la pulaakk..haha), terbaca ada satu notes ni, pasal tsunami kat Jepun and hari kiamat. meh baca sama-sama:

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

 

sumber:

 http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350

 

hah da habis baca? any comments? tak payah fikir panjang-panjang la..sila tengok dari nombor 1-16, antara tanda-tanda kecil kiamat tu, ada ke yang belum berlaku lagi? semua dah kan? siap berlambak-lambak lagi. kalau takat kata rasuah, maksiat, zina, homoseks, bencana alam tu dah macam rempah ratus dunia sekarang dah. Cuba usha-usha pulak dunia politik dan hiburan yang da semakin ntah apa-apa, harap dok illuminati freemason sana sini.

so ada sape-sape lagi yang boleh kata kiamat tu lama lagi? hiraukan kiamat? permainkan hari kiamat? ya, memang hari kiamat tu hanya Allah S.W.T yang tau, tapi DIA telah menunjukkan petanda-petanda supaya kita still alert dan tak terus hanyut kat dunia ni ;D

Renung-renungkanlah ye..wassalam Smile

2 comments:

nadzirah razalli said...

kalau lah semua org dah bersedia utk menuju ke kiamat ..

Coffmangtga said...

kalau lah semua org dah bersedia utk menuju ke kiamat ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails