Thursday, March 3, 2011

no tittle

Assalamualaikum. hi korang!! *sambil buat muka tak bersalah 3 minggu tak hupdate blog* –dasar mintak pelempang..haha. ala, tak pe la kan, kalau la aku update 10 entri sehari pon macamla pulak ada orang baca kan? sebulan 1 entri pon tak tentu orang singgah, komen apatah lagi. ok ayat dah start sentap. sob3~ ala ok je, private blog kot, kalau ada trafik good la, kalau ada orang singgah alhamdulillah. wah tawadduk pulak aku ni. amiinn..

okay, semua tau pasal isteri aku sakit tu kan? dan aku sebagai suami yang kejam, terus biarkan dia sakit. huh, sebenarnya aku lupa hantar dia pergi buat rawatan. kesian kat dia, tapi in fact kesian lagi kat aku. terseksa terkapai-kapai pasal dalam enset tu banyak benda penting woo..

time RevoFiesta kat kampus aku haritu, rasa macam tiap-tiap hari dak cerita pasal fiesta tu. masa takde? eh tak lah, aku ni bab bab online ni celah mana pun aku boleh cari. haha. tapi yelah kan, aku ni selalu nak cerita mesti ada gambar, tapi dah isteri aku tu buat hal. haih =.=” *padahal aku yang jatuhkan dia..kah3..fon tu la sumber gambar aku taw. nak beli DSLR ntah aku dah anak dua nanti baru mampu nak beli kot. haha.

hah bagus tak aku ni? membebel-bebel dah 4 perenggan taw *ceh tak boleh bla ‘perenggan’*. cikgu BM aku ajar dulu karangan kena 5 perenggan; 1 pendahuluan + 3 isi + 1 penutup, kompem A! oh ya, jangan lupa letak peribahasa..ahaha..

orite bagus ni perenggan kelima, maknanya? penutup la. aishh..sebenarnya ni entri-takde-pape-nak-cerita-tapi-nak-post-jugak. haha..boleh? kalau korang kata tak boleh pun aku dah post la..oh lupa, peribahasa belum letak. jap jap. kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi; kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi! *woi tu pantun la bukan peribahasa!* eh suka hati aku la, letak pantun markah lebih kot..haha..ok bye semua! wassalam~

2 comments:

putri noor syamimi said...

hi! dah lama ceq follow anda !
kali pertama tengok anda update ! :D
rawat la isteri tuh, cepat sikit sembuh. huhuhu

asyfiqaz said...

@putri noor syamimi
thanks for following..ahaha..sbnrnya slalu je update, tp aritu prgram berderet2, bz sket =p
aah kesian isteri tu =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails