Monday, March 21, 2011

makin kongsi makin banyak

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah, salam 1Malaysia (dan suka hati korang lah kalau nak buat salam apa lagi pun..haha)!. oke sebelum kita start aku nak bagi korang 1 teka-teki dulu. heh bile masa pulak blog aku ni jadi blog teka teki bagai ni. haha. oke tolong seriyes. macam ni bunyi teka teki tu:

apa yang kita makin kongsi, kita dapat makin banyak?

fikir jangan tak fikir. makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak makin kongsi makin banyak. *tak perlu pun susah payah copy paste benda ni banyak-banyak kali sebenarnya..haha*

weh korang, dah tau ke belum ape yang makin kongsi makin banyak tu? *saja nak mention lagi*
tau? tak tau? tak tau? tau? hahaha..jom sama-sama kita tengok jawapannya…

drumroll please….

*dah banyak la ko punye drumroll! tengok je terus bawah ni ha! haha

jawapannya adalah…

ILMU!

ya, ilmu kawan-kawan! ingat ye, ILMU bukan ELMO. haha. sebenarnya memang saja nak buat teka teki ni pasal mau cakap pasal spesis manusia yang KEDEKUT ILMU. haha sape yang spesis ni tak payah nak buat muka terkejut beruk bila baca entri ni pulak. takut kang ada yang mata bernanah berdarah pulak bila tengok ada orang post entri pasal spesis ni. heheh. aku mintak maap awal-awal ashaari.

okay aku tau, kat mana-mana pun spesis ni memang ada. tak kisahlah dari tadika, ke sekolah, universiti (lagi ramai!), kampung-kampung mahupun tempat kerja dan kadang-kadang dalam keluarga sendiri! So kawan-kawan, adakah anda salah seorang daripada spesis manusia ini? aku nasihatkan baik korang belajar untuk jadi ‘lebih pemurah’ untuk share ilmu. no, bukan aku saja nak sebok jaga tepi kain korang, tapi meh sini tengok sebab-sebab di bawah..layan~

PERTAMA

kawan-kawan, percayalah, kalau korang kedekut ilmu dengan orang lain, memang korang tak kan kemana pun la. hard work macam mana pun, tapi kedekut ilmu, kejayaan hakiki tu tak kan dapat kat orang kedekut ilmu tu. tapi semua ni kuasa Allah la kan. cuba korang tengok, ada tak kawan-kawan korang yang jenis suka sorok-sorok lecture notes yang lecturer bagi ke, atau saja tak inform kat orang lain kalau ada kelas ganti ke, tapi at the end result final dia lebih kurang macam korang jugak or maybe lagi rendah? hehe. ada jugak yang tiap-tiap sem dia dapat macam-macam hint dari lecturer tapi bila orang tanya dibalasnya “tak tau” dan akhirnya result tak la kemana sangat pun. dapat idea tak apa aku cuba sampaikan? fikir-fikirkan lah ye Smile

KEDUA

anda semua kena tau, ILMU ni bukan lah benda yang makin kita guna, dia jadi luak ataupun berkurangan. kalau makanan, kalau kita kongsi ramai-ramai cepat habis, tapi kalau ilmu, lagi ramai kita kongsi, makin berkembang! so tak ada sebarang bukti yang kata “kau kongsi ilmu, ilmu kau berkurangan, dan lama-lama habis”, oke, seriously tak wujud. Sedangkan dalam Islam sendiri pun ada sebuah hadis yang mengatakan:


”Apabila matinya anak Adam maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:
-sedekah amal jariah yang digunakan berterusan
-ILMU YANG BERGUNA DAN TERUS DIAMALKAN
-doa daripada anak yang soleh”

okay sila highlightkan kat bab ILMU tu. so untungkah kalau kita kedekut ilmu? kita sampaikan ilmu yang baik kat orang ain, dan orang tu amalkan, pahala kita still go on walaupun lepas mati tau!

KETIGA

sebenarnya bila kita berkongsi ilmu atau mengajarkan ilmu yang kita ada kat orang lain, secara automatik kita dapat mempertingkatkan penguasaan kita dalam ilmu tersebut. contohnya ada member ni mintak tolong terangkan kat dia topik yang dia tak paham. so bila kita nak ajar member kita tuh, kita akan ingat balik ilmu yang telah dipelajari.

KEEMPAT, KELIMA, KEENAM dan seterusnya….

korang pikir la sendiri..heheh..semua pun pandai kan =p

jadi amacam? tak bagus kan kedekut ilmu? ilmu untuk disebar bukan untuk disimpan, diperap dan dipendam. cewahh! so ayuhlah kita sama-sama jadi manusia yang suka berkongsi ilmu yang baik walaupun sedikit untuk memastikan ilmu tu terus berkembang!

peace, wassalam ;D

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails