Monday, March 21, 2011

let the photos speak #4 | pilah night mist

Assalamualaikum! hah sudahlah, rasanya dah bengkak-bengkak jari aku dok post entri kat blog ni cakap pasal kampus aku indah, kampus aku unik, kampus aku bla bla bla..dan aku nak cepat-cepat keluar dari sini..haha..tak cukup dengan tu, cuba pergi usha blog budak-budak UiTM Negeri Sembilan yang lain. heh, paling kurang pun mesti adela satu entri khas pasal kampus ni. haha. oke sila jangan cop student UiTM Negeri Sembilan sebagai warga kampus riak pasal asyik nak post pasal keunikan kampus kitorang kat blog. haha. sebenarnya tu je antara cara nak zahirkan kesyukuran kami duduk kampus ni. ye saya tau kecik je, tapi unik. *haha..saje nak mention lagi..kah2..

okay semalam semua orang nak heboh-heboh pasal supermoon yang aku sendiri pun tak pasti apebende ntah benda tu. yang aku tau orang kata semalam bulan nampak amat cantik. urmm sorry la aku tak amek course astronomi la pulak. hehe. tapi kalau tak ‘supermoon’ pun selama ni macam la bulan tak cantik kan? oke maybe semalam ‘lebih’ cantik! semua orang macam excited la pulak nak update status pasal supermoon kat facebook sampai ada yang post status ‘supersun’ pulak pagi esoknya. aih mimpi tengok supermoon sampai keluar supersun. eh korang paham ke tak aku dok bebel pasal supermoon supersun sume ni? sila jangan tanya aku ea, siriyes tak tau. alternatif: sila google!
*macam tak biasa la pulak kan..hehe

dan ya, aku nak riak tunjuk kongsi lagi gambar kampus aku…dalam keadaan berkabus..eh, aku dah pernah buat entri pasal kabus pilah la dulu. lupa? ni ha –> PILAH IN THE MORNING


ok, yang tu kabus pagi, ni nak tunjuk kabus malam pulak..jeng jeng jeng..tapi tak yah nak expect gambar nak superb sangatlah kan, aku ni snap gambar guna isteri aku je. so kalau sapa rasa aku layak untuk memiliki sebijik DSLR, boleh la sumbangkan untuk aku kan..mana tau, boleh pergi jauh? *poyo sangat dah tu..haha

1

2

3

 

nasihat untuk anda semua, rasanya tak payah nak scan-scan sangatlah kot gambar-gambar kat atas ni tau. kang takut tak pasal-pasal nampak benda lain. sapa susah? hahaha. saja kasi feeling-feeling misteri nusantara sikit. heh =.=”. tapi rasanya aku dah scan berkali-kali da, nampak macam takde pape kot..walaupun gambar ni dicapture elok je pukul 12 tengah malam.

urmm kabus ni ada kena mengena dengan ‘supermoon’ tu ke? korang kaji-kaji la ye. then nanti boleh share-share kat komen. tenkiu tenkiu..yang penting malam ni sejuuukkk..grrrr..adios, wassalam!

*untuk tengok entri dalam segmen ‘let the photos speak’ yang lain, sila tekan link di bawah --->

SEGMEN ‘LET THE PHOTOS SPEAK’

terima kasih daun keladi ;D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails