Tuesday, January 18, 2011

Malaysia, Pembesar Suara & Azan

Assalamualaikum semua! rindu aku tak? tenkiu tenkiu. agak lama tak post entry baru, tak blogwalking semua gara-gara badan aku yang tak berapa nak sihat (tapi orang nampak macam sihat) sejak dua tiga hari ni. well, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya, so aku terima la ye. hehe.

okay, lepas sekian lama tak baca berita-berita baru dekat berita online, harini (semalam) aku jumpa berita ni dekat The Malaysia Insider. hurmm..pasal apa tu? okay, ni pasal ‘Kawal Selia Guna Pembesar Suara di Rumah Ibadat’. nak baca lebih lanjut, KLIK SINI. aku tak tau la kalau isu ni dah lama, tapi yang penting aku baru tau. rasa macam katak bawah tempurung la pulak. hehe.

aku taknak cakap panjang and tak nak ulas banyak-banyak pasal benda ni as long aku tengok benda ni macam dah lebih ke arah politik. dan blog ini bukan blog politik ye! ceritanya bermula bila seorang ahli MCA membuat aduan mengenai isu laungan azan di Masjid al-Ikhlasiah di Kampung Kerinchi. nak tau berita lanjut, korang baca kat link yang aku bagi tu, tak pun google sendiri. hehe. aku pun tak paham macam mana tetiba orang tu tetiba rasa nak buat aduan setelah lama hidup kat Malaysia yang ada azan 5 kali sehari ni. selama ni boleh je dengar but somehow tiba-tiba rasa nak buat aduan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semua perbuatan ini hanyalah ‘mainan politik’ pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan umat Islam dan bukan Islam di negara ni. Senang ceritanya, ni perbuatan orang takde kerja lain la.

harap-harapnya Malaysia akan tetap jadi Malaysia, yang mana Islam adalah agama rasminya dan azan solat 5 waktu tetap dapat dikumandangkan. sudah-sudahlah dengan beberapa negara yang telah mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara di negara mereka atas dasar ‘ketenteraman awam’. Sama-samalah kita berdoa agar agama yang kita cintai ini sentiasa terpelihara ye!

psss: rindu nak blogwalking baca cerita korang, nanti aku datang satu-satu ea!

pssssss: eh eh! thanks kepada followers baru ya!

2 comments:

meLLy! said...

cepat, datang belog aku :P

Azma said...

tu la..saya pun x fhm ngape isu2 sensitif mcm ni diwujudkan..geram pun ada.. Harap2nya, semua kembali normal pasni..Takde kecoh2 pasal perkara sebegini lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails