Wednesday, January 12, 2011

Facebook tak akan ditutup pada 15 Mac 2011!

facebook_logo

okay tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu, bapa-bapa, pakcik makcik, atok dan juga opah! dengar sini, bahawasanya facebook tak akan ditutup pada 15 Mac 2011 taw! so yang mana korang baca-baca dekat berita online, blog, twitter dan note facebook tentang penutupan facebook ni SEMUANYA TIDAK BENAR belaka ye.

well, kebelakangan ni ramai yang kecoh-kecoh pasal penutupan facebook ni. tapi semalam akhbar-akhbar arus perdana melaporkan yang staff-staff Facebook sendiri tak dapat sebarang memo dan langsung tak tahu menahu pasal penutupan Facebook ni. “Kami akan terus bekerja di Facebook kerana buat waktu ini kami tidak menerima sebarang memo berkenaan penutupan Facebook”, kata staff Facebook.

Berita pasal penutupan laman sosial popular Facebook mula tersebar melalui Twitter, blog dan facebook kebelakangan ini selepas pengasasnya, Mark Zuckerberg mengatakan Facebook sekarang dalam keadaan yang tidak terkawal dan beliau sendiri tidak dapat menghadapi tekanan itu. Beliau juga berkata, inilah masanya untuk kita kembali keluar bertemu rakan-rakan secara bersemuka selain berjumpa di Facebook.

Selain tu, berita mengenai penutupan Facebook ni taklde pun dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana, so maknanya korang tak yah risau-bising-dan-kecoh la kan. takkan la social network paling top kat dunia nak tutup tanpa buat liputan kat akhbar-akhbar arus perdana kan? hehehe..

 

nota facebook : urmm..ada baik buruknya jugak kalau facebook ni betul-betul ditutup =p 

2 comments:

HonEyBuNNy said...

ohh...berita plsu semata2.....he2...betul tu..kdg2 ada baiknya FB d tutup..ehhe

miss Fyqa said...

btol tue, ade kebaikkan jugak klu ditutup . hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails