Friday, January 28, 2011

Digivice & Gameboy memories

ahaha…tetiba teringat pasal ni. sapa yang umur baru masuk 20-an macam aku angkat hidung! heh~meh aku nak ajak korang imbau balik pasal benda ni. oh yeah, DIGIVICE and GAMEBOY! korang ingat lagi tak benda ni? eh takkan dah lupa kot. aku tau korang ni la muka gila nak ‘battle’ digimon time sekolah dulu kan..haha..lagi-lagi yang laki-laki. eh yang perempuan pun ada what. biasalah, jenis tak nak kalah, nak battle jugak.

IMG_0166-550x

ni digivice yang lama punya..tak berapa kuat

kelakar pulak bila ingat pasal benda ni. yela, mula-mula kena reset bagi dia bertelur, pastu bila telur dah menetas kena jaga pulak Digimon tuh. haih, sume kene jaga, bila dia berak kena bersihkan, lapar kena bagi makan, eh siap kena bawak dia bersenam tau! wuu~aku sendiri tak sempat nak exercise, menatang tu lak yang aku sebok exercisekan. haha. semua rutin di atas WAJIB dibuat tau untuk memastikan digimon kau kuat. kan kan? then baru la boleh berlagak bila jumpa kawan-kawan lain dengan segera ajak dorang battle. ahaha. bila dah battle mula la dok tekan butang A-B-B-C-A (butang kat digivice tula..) pastu goncang-goncang digivice tu bagai nak rak. haha..tapi who care? dah memang macam tu cara main dia. haha..eh, dulu korang bela digimon apa? aku punya angelmon =) cool kan? haha.

post-276455-1253007212_thumb

aku punya yang macam ni la! haha

haa ni lagi satu, GameBoy. heh, dulu kira hebat maa sape ada gameboy ni. pada aku orang kaya je ada benda tu time aku sekolah dulu (yela, aku mana mampu). so dulu sapa bawak gameboy pegi sekolah macam hot stuff gila ar. sume rebut-rebut nak pinjam kot! time ni la si pemilik gameboy tu akan bajet dihargai oleh kawan-kawan dia padahal dia tak sedar yang kawan-kawan dia tu buat baik dengan dia pasal nak pinjam game tu je..haha (erkk termasuk aku ke? heh tak kot =p). alah, dorang ni nak gameboy tu bukan nak main apa sangat pun. asyik-asyik dok la mengadap Mario tak pun Pokemon. Tapi aku lagi suka pokemon kot. heheh. pasal dia ada banyak version, silver la, gold, sapphire bla bla bla..haha. Tapi sekarang gameboy kau yang hot tu dah tak kemana da..orang da dok sebok dengan PSP la, Nintendo DS la..dunia makin maju la katakan =)

2017577

tapi sebangga mana pun korang time tu ada benda-benda ni, kesalahan bawak benda ni ke sekolah lebih kurang macam kau bawak handphone pergi sekolah. haha. so bila spotcheck masing-masing mula gelabah. eh mestilah gelabah! susah payah aku jaga binatang digimon aku tu sampai sihat dan kuat tetiba cikgu nak rampas pulak kan? (emo pulak..haha). tapi luckily, aku punya digivice tak pernah kena rampas pon =)

see? so korang yang generasi-generasi baru ni nampak tak? kitorang zaman dulu bukan sekadar main baling guli dan galah panjang je tau. dua-dua kitorang hambat. mainan kitorang pon moden maa..heheh. tu tak cerita lagi pasal lawan pemadam, tepuk daun terup, kereta tamiya, beyblade bla bla bla..argghh banyak-banyak..kalau cerita kompem tak abes. hehe. so korang de pape nak kongsi? jom la! haha..

 

*semua gambar adalah dari google.com

4 comments:

diana eliza said...

aku main beyblade!!!
siap kluaQ api kot tepi

HonEyBuNNy said...

mcm2 game kan skrg neh...dulu mainan kampung ja main..eheheh

Anonymous said...

boleh jual x digivice tu kat sy
lama dh x main rindu plak
email ngaruk90@yahoo.com

Jasa seo di jakarta said...

Awak punya Digivice 2, 2.5, 3.hahaha.. it is nice to be kids.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails