Tuesday, January 18, 2011

Azan, Ceramah & Pembesar Suara

Assalamualaikum. Dalam entri yang lepas (Malaysia, Pembesar Suara & Azan) baru je cerita pasal isu azan di Masjid al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi yang hangat diperkatakan kebelakangan ni. Pengadu yang merupakan peguam dan juga seorang ahli MCA, Ng Kiam Niam telah membuat satu aduan di Jabatan Perdana Menteri meminta pihak kerajaan mengawal selia penggunaan pembesar suara di rumah ibadat kerana mendakwa laungan azan subuh di Masjid al-Ikhlasiah Kampung Kerinchi menganggu tidurnya.

507295a1e3d7c45abf40606ee601193f

Sumber foto: Malaysia Kini

Okay, tu cerita ‘haritu’. So harini aku nak bagi cerita ‘harini’. Mengikut laporan akhbar online, Malaysia Kini yang bertajuk ‘Pengadu Bunyi Azan Mohon Maaf’, Ng telah memohon maaf di atas aduan tersebut yang dianggap sebagai menyentuh sentimen orang Islam di negara ini. Bagi aku tindakan Ng ini adalah satu tindakan yang bagus demi menjaga keharmonian negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk.

Hal ini juga terjadi apabila si pengadu tersalah tafsir kuliah subuh yang disangkanya azan yang mengganggu ‘ketenteraman’ tidurnya. Rentetan daripada isu ni, beberapa ulamak dan tokoh telah memberi pendapat dan ulasan mengenai penggunaan pembesar suara selain azan di surau dan masjid. Pada aku, mungkin ada relevannya jika surau dan masjid hanya menggunakan pembesar suara di dalam sahaja untuk sesi kuliah untuk mengelakkan kekeliruan kepada penganut agama lain yang menganggap itu adalah azan sedangkan azan hanya mengambil masa lebih kurang tiga ke empat minit sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk blog Ben Ashaari: ‘Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan’.

So pada pendapat aku toleransi antara satu sama lain penting dalam usaha menjaga keharmonian negara tanpa menggadaikan maruah agama kita. Siapa nak Tragedi 13 Mei berulang lagi kan? Oh cukup la..aku yang sekadar dengar cerita dari orang yang lebih tua pun takut bila dengar keadaan time tragedi tu. Finally, sama-samalah kita pertahankan agama kita disamping menjaga keharmonian negara. Sentiasa bertindak secara professional.

 

2 comments:

E.d.Y said...

isu berkaitan agama, perkauman sepatutnya xdiperbesarkan...

HonEyBuNNy said...

semoga negara kita sentiasa aman n damai..;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails