Wednesday, January 26, 2011

Ahmad Dhani Pengetua Akademi Fantasia 9? OMG!

Hurmm..lama dah kot rasanya aku tak amek port kat Akademi Fantasia ni. Aah, rasanya paling last yang aku ikut betul-betul pun time sekolah asrama dulu. Biasalah, ‘peers influence’. haha. Tapi macam biasalah kan nama pun Akademi Fantasia, belum start apa-apa pun lagi tapi ‘kejutan’ or sebenarnya boleh dikatakan sebagai ‘publisiti murahan’ akan tersebar secara meluas kat segala jenis media. Publisiti, gossip dan Akademi Fantasia ni dah macam nasi lemak dengan sambal dah. Memang tak dapat nak pisah. haih.

Akademi Fantasia AF

So as usual, sebelum start AF, dah tentu la yang jadi gosip hangat adalah “siapa bakal pengetua AF?”, “siapa pengacaranya?”. Then ada ura-ura katanya nak amek Amy Search jadi pengetua dan tak kurang jugak yang kata pengetua musim ni maybe daripada negara seberang (Indonesia). Dan harini terjawab la segala persoalan bila petang tadi Sinar.FM mengumumkan Ahmad Dhani akan jadi Pengetua Akademi Fantasia 9 yang merupakan siri AF yang terakhir. Tapi kalau nak ikutkan, Astro akan adakan sidang media kedua pada 26 Januari ni untuk umumkan semua barisan tenaga pengajar secara rasmi.

Hurmm..ramai-ramai manusia, nak amek Ahmad Dhani jugak ke? Oh please please..ok, aku bukan kesah mana la kan sapa pun pengetua AF ni. Yela, bukan aku susah pun kalau sapa-sapa pun jadi pengetua AF. haha. Tapi jom kita fikir logik, ya, memangla tak dinafikan Ahmad Dhani (AD) tu banyak ilmu muzik, seni bagai. tapi kat Malaysia ni dah takde ke? Ramai lagi kot. Lagi-lagi sekarang ni ramai (bukan semua) rakyat Indonesia yang seronok-seronok hina Malaysia tak tentu hala. Then kita dengan bangga dah la dok tayang banyak cerita karut marut dorang kat TV, dah tu nak amek orang sana jadi pengetua pulak. Don’t know what to say anymore la pasal orang kita ni.

ahmad_dhani_0709

Then mesti ramai yang tau kan yang AD ni banyak bawak unsur-unsur illuminati, yahudi, freemason or whatsoever dalam kerja seni dia kan? Nak ke nanti pelajar-pelajar AF tu dibentukkan dengan cara dia tu? Aku tak kata dia akan didik pelajar AF tu dengan cara dia (guna simbol merepek) tapi just imagine, if it’s true that he is an illuminati agent, dah tentu semua akan di’control’ oleh dia kan? Apa-apa pun aku tak kata kat sini yang dia tu illuminati ke apa, tapi kalau ikut pemerhatian dan kajian aku, boleh tahan banyak la ‘subliminal message’ dalam lagu, music video, cover album and logo dia. so anda nilai la sendiri eh.

nah ni ada la satu link untuk rujukan bagi sape yang tak paham:

Konspirasi Dewa 19 Yang Perlu Anda Tahu

lepas tu boleh tengok video clip Satu ni. urmm memang banyak mesej meragukan. fuh~

okay..so back to the topic. Macam mana? Apa kata anda? hehe..kalau ikut kata aku, aku tak kisah suka hati lah dengan Akademi Fantasia ni tapi please if it’s true Ahmad Dhani pengetuanya, tolong tapis and pantau betul-betul dengan apa yang dia bawak. AF mempunyai pengaruh yang besar, so kalau benda ni terlepas pandang, mau boleh rosak muda-mudi Malaysia ni. Nauzubillah..

(all pictures is from coutesy of google)

6 comments:

hamizahamidon said...

tak minat AF pun ~
heh , prefer a malaysian not an indonesian please !

HonEyBuNNy said...

he2..ila lagi syok..mmg xlayan sgt artis martis kita..hehehhe

Azma said...

Tak suka tgk AF tp..punya la ramai artis2 kat msia ni, indon plak yg dia pilih.. Tak tahu nak ckp apa dah... Malaysian is the best & better than Indonesian.. hehe..

meLLy! said...

uhh anti AF

cek chun said...

dah takda orang malaysia gamaknya

Johnson said...

he2..ila lagi syok..mmg xlayan sgt artis martis kita..hehehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails