Monday, December 26, 2011

AEON Rawang Shopping Centre (Anggun City)–Mall Directory

Assalamualaikum readers :)

Yeay akhirnya terbukak balik hati nak update blog thepotpetking ni. hehe. Kebelakangan ni banyak gila idea nak update mengupdate, tapi yeah macam biasa, malas. Apehal virus malas ni makin kuat ntah. haha.

Ok for this time aku nak cakap pasal AEON Rawang Shopping Centre (Anggun City) or orang panggil Jusco Rawang or JJ Rawang je. Alhamdulillah, AEON Rawang ni start beroperasi 19 Disember haritu. Hooray bertambah lagi kemudahan dekat Rawang ni, beza gila kalau nak banding dengan time aku baru pindah dulu, hutan je kiri kanan. haha.

AEON Rawang ni dibina dekat Anggun City (nama nak over..haha), dekat je dengan tol Rawang. Aku baru pergi time birthday aku haritu, pheww beyond expectation jugaklah mall ni pasal aku expect AEON Rawang ni lebih kurang AEON Seremban 2 je, tapi yang kat Rawang ni lagi best :)

Kalau ikut dekat signborad kat tepi jalan tu, dekat AEON Rawang ni ada lebih kurang 100+ lot kedai. Nampak macam sikit tapi dalam tu macam-macam kedai ada, tak yah nak kena merantau pegi KL dah lepas ni (ayat makcik-makcik sangat ;p). Oleh kerana aku terlampau rajin sekarang ni, meh aku list kan segala kedai yang wujud kat situ buat waktu ni (26 Disember 2011)

FOOD & BEVERAGE
The Baker’s Cottage
Country Farm Organics
Eu Yan Sang
GNC Live Well
Koong Woh Tong
Sushi King
Little Taiwan
Madam Lim’s Kitchen
The Chicken Rice Shop
Old Town White Coffee
Hot & Roll
Daily Fresh
Pappa Roti
Baskin-Robbins
See U Village Steamboat
Papa John’s Pizza
I Love Yoo
Nando’s
Subway
Starbucks Coffee
Kenny Rogers Roasters
Wendy’s
Orchid Restaurant
Secret Recipe
Pizza Hut
Food Avenue
Each A Cup
Mom’s Penang Xpress Café
Shihlin Taiwan Street Snacks

FASHION
Effu
Camel Active Apparel
Trio
Bossini
RSH
Al-Ikhsan
Polo Haus
Dees Simplicity
F.O.S
PDI
Giordano
Goggles
The Lingerie Shop
D’Glitze
AD Jeans
Kidz World
Anakku

ACCESSORIES
The Body Shop
Camel Active Shoes
Summit Shoes
Bata
Focus Point
Time2Time
Primavera
Nose
City Chain
Poh Kong
Tomei
Hush Puppies
TheFaceShop
Elianto
Shills
Mico Hair Saloon
Temptation
MOG
Scorpion Silver
Parfum Collection
Sox World
Swan Exclusive
XES Premium
Universal Traveller

SERVICES
Easy by RHB
Dinar Traders
Oscar Photo
MyNews.com
CIMB ATM
RHB ATM
Maybank ATM
Maybank CDM

ENTERTAINMENT
Good Time Amusement
TGV Cinemas (expected to open by May 2012)
Molly Fantasy

SPECIALITY SHOPS
Guardian
Caring Pharmacy
Watsons
Gintell
Speedy Home Entertainment
Fitness Concept
Hinode Shop
Cosway
Aliva
JB Home Deco
Oscar Group
Maxis
Digi
Thunder Match
UP Computing
Digital Axis
Homes
Popular
Daiso

FACILITIES
ATM
First Aid
Baby Stroller
Kiddie Car
Wheelchair
Surau (sangat selesa!)
Baby Room
Disabled-Friendly Toilets

BUSINESS HOURS
Monday-Sunday
10.00am-10.30pm

ADDRESS
No. 1, Kompleks Beli-belah AEON Rawang,
Persiaran Anggun, Taman Anggun,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-60920678

haaa…amacam banyak tak? aah penat jari aku menaip. owh ramai jugak yang tanya pasal bowling and wayang. yes, TGV Cinemas akan dibuka kat AEON Rawang ni dan dijangka dibuka dalam bulan Mei 2012, tapi aku tak nampak pulak ada bowling kat sini. so takde lah tu. huhu.

okay rasanya tu jelah kot. semoga entri kali ni dapat membantu orang yang still tertanya-tanya apa ada kat AEON Rawang ni. sorry guys entry ni lame takde gambar pasal handphone rosak so tak boleh lah nak tunjuk korang apa rupanya Jusco Rawang ni. huhu. so lets pray for my handphone, moga dia cepat sembuh :)  yang tak datang AEON Rawang ni, apa  tunggu lagi, jom serbu ramai-ramai! Sekarang still tengah hangat Opening Sales ni!


Sunday, December 4, 2011

very very short update

Assalamualaikum peeps!

Jangan tanya kenapa lama dah tak update blog pasal jawapannya is SAJA JE. haha. boleh macam tu? tambah-tambah pulak handphone aku rosak kan, so tak boleh lah nak snap-snap gambar. Bila tak boleh nak snap gambar, aku pun kurang la idea nak update blog. aisyy susah lah macam ni.

ok masuk awal sem baru ni hectic gila. aah hectic lah sangat duduk melingkar atas katil padahal orang lain dah ada assignment, quiz bagai. pheww apa ke semangat ntah lecturer nak berkuiz-kuiz awal-awal sem ni. haha.

eh korang semua, doa lah handphone aku cepat sembuh tak pun doakan terus aku dapat beli handphone baru. haha. that’s better kot ;p urmm tadi tengok stats blog, tengok readers blog ni menurun gedebak gedebuk dah. takde orang dah nak baca blog kau weh. wuwuwu~eh korang datanglah balik. haha. nanti aku update banyak-banyak eh? nanti tu tak tau lah bilaaaa~kekeke

Sunday, November 13, 2011

true value of a friendship

Assalamualaikum. awh happy sunday :)

Seronoknya harini sampai ntah pukul berapa bangun tadi pun tak ingat. haha. dah lama tak bangun lewat. hehe. selalu paling lewat pun pukul 8 dah bangun, harini errrr…lajak sikit. haha tu nikmat tu ;p

Semalam penat gila, bukan penat apa pun sebenarnya, just penat menunggu. haha. Actually semalam sekolah adik-adik aku ni ada Graduasi Tahun 6 & Majlis Anugerah Kecemerlangan. Biasalah kan, nak akhir-akhir tahun ni buat anugerah-anugerah bagai. Hebat adik aku ni, darjah 6 dah merasa grad. haha. aku dulu 1st time ada Majlis Graduasi pun time form 5 dulu kat Hotel Equatorial Melaka. awh miss that time.

Sekolah adik aku ni nak gempak, so majlis ni ada dua sidang. Satu sidang pagi untuk graduasi tahun 6 dan pra-sekolah, sidang petang pulak untuk majlis kecemerlangan. Dah macam istiadat konvokesyen universiti pulak ada banyak sidang sidang. haha. So adik aku yang 3 orang ni semua dapat anugerah-anugerah ni. *banggabangga* haha. Bangga bangga lah jugak, tapi masalahnya aku and parents aku kenalah berkampung kat sekolah tu dari pagi sampailah lewat petang pasal kitorang terlibat dengan dua-dua sidang. fuhhh masak aku. haha. nasib baik hujan, sejuk sikit. hehe.

paling tak boleh blah siap ada Eksporia kat sekolah tu, dah macam Convest kat universiti da. siap pulak ada flower booth jual bunga-bunga and bear yang orang selalu bagi time convo tu. haha.

ok dah, semua cerita kat atas ni kira mukaddimah je, takde kena mengena dengan tajuk entry pun. haha. ni baru nak start topik ;p

Alhamdulillah adik-adik aku yang sekolah kat sini semua dapat anugerah. Yang darjah 4 tu dapat Anugerah Akademik & Tokoh Kokurikulum, darjah 5 dapat Tokoh Kokurikulum and yang darjah 6 tu dapat Anugerah Akademik, Tokoh Kokurikulum & Tokoh Murid. phewwitt..congats!

So yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal kawan adik aku ni yang darjah 6 ni. dua-dua laki ye. Kawan adik aku ni sebenarnya tak dapat apa-apa anugerah pun, tapi dia datang jugak sekolah dari pagi sampai ke petang untuk teman adik aku. Kalau aku takde masanya nak datang. haha. Then time penyampaian hadiah untuk tokoh murid petang tu, pengacara tu adalah baca macam biodata adik aku untuk perkenalkan tokoh murid, family aku just terkejut jelah pasal adik aku tak bagitau pape pun pasal benda ni, tapi bila aku tengok kawan adik aku ni yang duduk kat tepi dewan tu dah sebak air mata mengalir macam kena pukul. Pelik gak aku “budak ni dah kenapa?”. Then bila adik and parents aku dah turun pentas barulah aku tau rupanya dia nangis terharu dengan pencapaian adik aku. perghh sweet gila lah aku cakap kalau kau ada kawan camni time darjah 6!

Makcik yang duduk sebelah kerusi mak aku pun tak pasal-pasal jadi terharu jugak bila tengok kawan adik aku tu menangis. Serious best gila ada kawan camtu. Commonlah, budak darjah 6 pun tau ‘the true value of a friendship’ kot. Then maybe nangis jugak pasal lepas ni dah kurang or maybe tak jumpa dah kot, yelah nak masuk sekolah menengah dah kan? hmmm..

Bila tengok peristiwa camtu, teringat pulak time-time aku sekolah menengah dulu. yelah, 5 tahun kot duduk hidup dengan kawan-kawan kat asrama! Jangan nak main belit-belit dengan akulah pasal ‘friendship’ ni, dah masak dah sepanjang lebih 5 tahun ‘hidup berkawan’. hehh =.=

Eh aku nak sorang kawan macam kawan adik aku tu boleh? haha. I miss my hostel life yang mengajar aku pahit manis hidup berkawan. See ya!

*duhh lame nya lah entry takde gambar. sorry handphone rosak, tak boleh letak gambar. ramai-ramai doa cepat aku dapat system camera sebijik :)

호비 추티 스믖틀르

Assalamualaikum :)

hamek tu ha tajuk comeback entry aku lepas dah lama tak blogging. haha. ada paham? kau pergilah copy paste kat google translate berpuluh-puluh kali pun, sure kau tak dapat tau makna dia punya. confirm! haha. jangan tertipu, atas ni nampak macam bahasa korea, tapi sebenarnya bukan. muahaha. actually atas ni bahasa melayu yang aku eja guna huruf Hangeul. alah, samalah macam kau buat tulisan jawi, tapi guna bahasa melayu ;p

okay meh aku translatekan tajuk title entry ni: ‘Hobi Cuti Semester’. haha. bapak lame gila title entry. cuti sem kali ni aku cuti penuh, kalau sebelum ni asal cuti sem je mesti kena balik kampus awal dalam seminggu or dua minggu. kadang-kadang ada kursus lah, jadi fasi lah, so bila dah nak masuk sem 6 ni, takpelah, aku nak bersara awal. nak ‘merasa’ macam mana cuti full pulak.

at first mula ingat nak buat part time job, dapat kerja kat GSC Signature The Gardens & Sogo KL, tapi last-last malas lah pulak. haha. tapi dalam malas-malas tu rajinlah jugak aku ‘study’ time cuti-cuti ni. haha study apa? study bahasa korea ni lah ;p sumpah macam orang takde kerja dah. It’s good what? seronok kot belajar bahasa-bahasa asing ni. mula-mula ingat nak belajar mandarin, tapi macam susah je, so takpe, study korean dulu. haha.

kalau kau suruh aku speaking korean sekarang, memang taklah kan. aku belajar online je kot. kalau takat nak cakap basic-basic tu boleh la. hehe. tapi kalau membaca sekarang dah ok sikit. tapi tau baca jelah, tak paham pun. haha.

so sekarang dah tau kenapa aku tak selalu kat fb, twitter? tak selalu (berkurun dah pun) tak update blog? haha. ni antara sebabnya lah. tapi bukan sebab utama pun. tapi kira penyumbang lah ;p okay so sape nak belajar hangeul dengan aku boleh register sekarang. aku charge RM10 bagi setiap huruf yang aku ajar. muahaha~

setelah sekian lama

Assalamualaikum readers! awh, ada lagi ke orang yang bukak blog yang berkurun tak update ni? heheh. jangan lah camtu, thepotpetking are still here. siap ada yang kata aku dah berhenti berblogging. eh mana ada macam tuuu..ngeheheh~

urmm..how’s life? apa khabar? sihat? haha soalan macam 10 tahun tak jumpa kan. hehe. actually kebelakangan ni aku memang dah kurang lepak-lepak kat social site macam facebook, twitter, blog, tumblr tu semua. tapi aku ni ada je 24 hours selalu kat depan laptop ni, sekarang addict baca-baca artikel menarik and addicted to online shopping. durh, tu yang paling teruk sekali. haha. duduk rumah goyang kaki tapi duit jalaaaaannnn je. haha. teruk betul =.=

isyy tangan ni bila dah lama tak buat entry jadi cramp la pulak. otak pun ikut cramp sekali. haha. nak tulis ayat pun tak terfikir dah. aaaa takpelah, anggap je lah ni macam teaser comeback aku ke dunia blogging balik. hahaha. I’ll update more later okay :D see ya!

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday

Untitled-2

check out my tumblr, http://ryeoqidz.tumblr.com

Sunday, October 2, 2011

almost end

Assalamualaikum peeps!

Makin sunyi kan blog ni? haha biasalah, final exam kot. kang tiap-tiap hari update sepuluh doploh entry kang orang kata aku tak study pulak. haha alasan sangat, padahal memang tak study pun :p

macam mana final exam aku? err tak payah tanya sangat lah kot, selagi tak keluar result, aku tak nak kata paper-paper yang lepas tu senang ke susah. haha hentahlah. main masuk dewan jawab je apa yang patut. ehehe~

so sem ni akan habis dalam next week, fuhh sedar tak sedar dah nak dekat 2 tahun weh aku terperuk kat sini. urmm elok je pun hidup sampai sekarang walaupun waktu kitorang yang first batch masuk kampus ni memang macam padang jarak padang tekukur. kalau yang certain-certain junior ni demand tahap tak sedar diri, nak itu nak ini, belajar tak lah mana pun. susah sangat nak bersyukur. eh? haha. sorry siapa yang terasa. frankly speak je.

next sem will be the last semester aku kat sini, inshaallah, tolonglah, tak larat dah nak hidup kat sini lama-lama. hihi. Nama je Kuala Pilah tapi manusia kat sini semua perangai masing-masing macam duduk kat Philadelphia. Nama pun lebih kurang sama kan. urghh commonlah. urban sangatlah tu =.=

budak-budak batch aku pun dah makin kurang dalam kolej ni, semua duduk luar, jadi Non-Resident (NR). aku je yang memang tak reti-reti nak duduk luar, nak jugak menghimpit kat kolej ni sampai sem 6. duduklah dengan junior-junior yang tinggi budi pekerti kat sini. haih~ heran lah pulak aku kan. aku bukan anak lord, mampu nak bayar sewa rumah bulan-bulan, minyak kereta, makan minum blablabla~aih banyaklah. by the way, bukan senang kot nak pertahankan dapat kolej sampai sem 6. kann?

never mind, sem 5 pun dah almost habis, umur pun dah nak masuk puluhan, sangat mengajar aku untuk jadi lebih matang, ignore those remeh-remeh things yang semak dalam hidup. keep move on babe! awh, then siapa tumblr., singgah-singgah lah kat aku punya ye. http://ryeoqidz.tumblr.com/ . senang tumblr., post pendek-pendek je. hehe. bye!

Friday, September 30, 2011

my cutie tumblr

Assalamualaikum :)

Sekarang ni musim final exam student diploma UiTM and yeah it is a very hectic, stressful and challenging week. Biasalah musim exam, time ni lah masing-masing dapat hormone imbalance, study separuh mati then mulalah masing-masing jugak emosi tak stabil. biasalah tu, its like semua orang pun jadi macam tu kot. Lagi-lagi bila study time last-last minute tu tambah pulak paper esok tu pagi, memang tak panda lah mata ni time nak jawab exam pagi tu. haha. waktu tidur tak terurus, makan minum ntah kemana, semua pasal final exam. salahkan dia. haha. padahal diri sendiri yang tak amek berat pasal diri sendiri ;p

Alhamdulillah, 5 paper dah lepas. jangan tanya apa-apa pasal paper-paper yang dah lepas tu ye, no comment. so far, I can say Medical Microbiology paper is the hardest paper compared to the others. terus tak jadi berangan nak jadi doktor, baru medical microbe dah hegeh-hegeh nak jawab haritu. haha. apa-apa pun I hope I will get better result for this sem. tak aim tinggi-tinggi pun, yeah I’m not a scorer, and I know the path that I have taken.

ok tajuk entri lain, mukadimah bukan main panjang. haha biasalah kan ;p okay actually just nak promote bagitau kat korang semua aku dah ada tumblr! ok lame gila, orang lain dah berzaman ada, aku baru hegeh-hegeh nak buat. ntah lah, tiba-tiba minat pulak. padahal yang blog ni pun sepuluh tahun sekali baru update, nak buat micro-blogging guna tumblr pulak. no problem lah, boleh punya handle :)

Capture

my tumblr!

so for those yang berminat, silalah melawat ke tumblr. saya ya! http://ryeoqidz.tumblr.com
kalau nak follow, follow lah ye! terima kasih bye! wassalam~

Friday, September 23, 2011

fast service

Assalamualaikum. haha.

pergh gila ke apa bagi salam tiba-tiba nak gelak. haha suka hatilah. harini seronok lepak-lepak perasan macam dah habis final exam sedangkan baru satu paper je yang lepas. Fundamentals of Entrepreneurship. ouh commonlah, tak kisah lah fundamentals ke, basic ke ape, when it come to business-related-subject memang aku lemah sikit. oh too be exact, lemah sangat. pasal aku tak suka. tapi duit aku suka. haha. so bila dah lepas satu paper yang berbaur bisnes tu, I feel so relieved. haha. tapi ada lagi satu paper berbaur bisnes, Basics of Economy. hah, this one lagi lah..err susah nak cakap although it just a ‘basic’ subject. damn. sangat tak sebati dengan diri aku. brrrr~

okay dah, taknak bebel pasal exam panjang-panjang. siapa pun tak suka dengar pasal exam kan? haha. actually tadi baru balik dari Pejabat JPJ, nak buat lesen CDL. cehh dah berzaman-zaman P aku expired, harini baru ada peluang nak renew. maknanya almost 5 bulan lebih dah la aku bawak kereta secara haram. ngeheheh. siap time raya haritu drive balik Singapore lagi. nasib baik tak pernah kena tahan dengan polis walaupun kat highway haritu bersepah-sepah je polis. haha nasib je tu.

like seriously, Pejabat JPJ Kuala Pilah ni is the best lah. tadi berurusan dengan dorang just less than 5 minutes kot! haha kira pencapaian terbaiklah untuk sebuah urusan dengan pejabat kerajaan. haha. masuk, ambil nombor then stret kena panggil, bayar, terus chow. nak usha pejabat tu pun tak sempat. serious sepantas kilat. cayalah!

uh oh, sebenarnya aku nak post pasal benda lain kat entri ni, tapi pasal excited sangat dangan JPJ tadi, stret lupa main point sebenar nak post entri ni. ahh baru nak masuk 20 dah lupa-lupa bagai. haha. takpelah, anggap je lah ni entry untuk kredit kepada JPJ Kuala Pilah. haha syabas syabas ;p kalau semua pejabat kerajaan macam ni lagi best :) hehehe.

 

Thursday, September 22, 2011

samalah kita!

Assalamualaikum semua!

Tadi sambil tengah belek-belek facebook yang makin lama makin pelik tapi semua orang still suka tu, aku terbaca satu status ni. simple dan kelakar tapi makna serious makan dalam hoi bagi orang yang terlibat.

 

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.
LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.


.……………………………………………………………………………………………………


tiba-tiba kedengaran laungan azan....
LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.
LEMBU: sama jelah kita :D

moral of the story: solat lima waktu tu wajib bagi kita, khalifah muka bumi ni :) pesanan untuk diri sendiri jugak yang kadang-kadang lalai asyik solat time waktu nak habis ==”

renung-renungkan dan selamat beramal!

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday | Ms. Polaroid

Assalamualaikum :)

okay, sekian lama asyik dok tengok orang punya entri Wordless Wednesday (WW), fine harini aku nak join lah. hehe. bukan apa, dah berapa kali dah nak buat WW ni tapi bila aku taip je entri tu mesti panjang taknak macam nak buat novel lah pulak kan. so tak jadi lah ‘wordless’ tuh. haha.

Polaroid-One-Step

Polaroid One-Step

Polaroid-P

Polaroid-P

semalam orang lain dok sibuk study untuk exam, aku dok sibuk google harga benda ni kat internet. ehehe. ntah lah, tetiba je terminat polaroid ni. macam best :) tengoklah macam mana ye, kalau ada rezeki nanti, you’ll be mine yeah dear Ms. Polaroid!

Saturday, September 17, 2011

Cheerful Malaysia | Malaysia Day Celebration 2011

Assalamualaikum peeps!

Here are some picture of peoples on Malaysia Day Celebration 2011 at Dataran Merdeka yesterday Smile

 

16092011119-116092011123-116092011125-116092011149-116092011163-116092011169-116092011197-11609201120016092011201-116092011202-1

Friday, September 16, 2011

Sambutan Hari Malaysia 2011

Assalamualaikum :)

Hari ni 16 September, Hari Malaysia. Tahun ni aku excited semangat patriotik berkobar-kobar nak sambut Hari Malaysia pasal ni baru first time dia gabungkan sekali dengan Hari Kemerdekaan. So pagi tadi dengan semangat waja lepas subuh je stret pergi menapak pergi Dataran Merdeka.

waahhh best sangat, semua orang kibar bendera bagai, then paling best boleh jalan tengah-tengah jalan raya pasal jalan tutup ;p Pagi tu beli breakfast kat McD dulu then bungkus bawak dekat Dataran Merdeka tu. Time budak-budak sekolah tengah dok syok menari-nari aku breakfast lah dulu. haha perut dah berkeroncong.

seronok tengok semua bangsa ada berkumpul sama-sama nak sambut Hari Malaysia ni. aaa then dapat tengok Tuanku Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah! I adore her very much, queen yang pandai berfesyen :) and luckily jugak cuaca harini tak panas, tak sejuk, tak hujan. kalau hujan lah tadi, tak tau lah aku apa jadinya. huhu.

jealous tengok orang lain dapat topi, stiker kereta, payung, kipas semua, aku dapat bendera je. tulah, melencong pegi McD lagi, melepaslah nak dapat semua tu. hehe. then aku rasa harini hari paling banyak kali aku nyanyi lagu Negaraku kot. hehe. mana taknya, setiap TYT or Sultan yang datang kena nyanyi Negaraku and lagu negeri masing-masing. then time SPB Yang Dipetuan Agong datang pulak adalah dalam 3 kali lagi pulak kena nyanyi lagu Negaraku. haha patriotik tak? teeheee~~

 

 

 

16092011106-1

helikopter ATM & PDRM

 

16092011129-1

kereta berhias Akta Keselamatan apa ntah..hehe

 

16092011130-1

Kementerian Pelajaran Malaysia

 

16092011134-1

yang warna hijau tu eco-car UiTM

 

16092011137-1

1 AZAM

 

 

 

16092011142-1

Terminal Bersepadu Selatan pun ada..

 

16092011144-1

kereta berhias sektor-sektor swasta

 

16092011145-1

suka tengok makcik ni..hehe

 

16092011152-1

kereta siri pahlawan Proton~

 

16092011157-1

errr ni band apa ea? taktau ;p

 

16092011158-1

unit beruniform sekolah

 

16092011165-1

TLDM

 

16092011174-1

Tentera Darat & Tentera Laut

 

16092011180-1

Polis Pelancongan

 

16092011182-1

abang askar gagah perkasa :)

 

16092011187-1

PDRM FRU

gambar banyak lagi sebenarnya, tapi taknaklah upload semua kat sini, macam semak je. huhu. takpe, tunggu part 2 kepada entry ni ya :)

to all Malaysians, HAPPY MALAYSIA DAY!!

Night Of Secret Garden Dinner @ PWTC

Assalamualaikum.

Haritu dah cerita pasal Pre-Graduation Dinner kat Klana Resort Seremban kan, this time nak story mory pasal Annual Grand Dinner Badan Peer Kaunselor (PEERs) pulak. hah, ‘annual’ lah sangat, ni baru first time buat pun semenjak dah dua tahun kelab ni wujud ;p

so untuk dinner ni aku yang jadi Project Manager as aku gatal sangat nak buat dinner. haha. so aku pun tangkaplah Mai sekali jadi Assistant Program Manager untuk dinner ni pasal nampak macam hardworking semacam je kan. haha.

actually plan nak buat dinner ni just main cakap-cakap macam tu je, berangan nak buat grand-grand. haha. at first nak buat dekat Restoran Warisan Kuala Pilah tu je, tapi nak dijadikan cerita restoran tu tutup time tarikh kitorang nak buat dinner tu. punyalah lama restoran tu tutup untuk cuti raya, aku pun tak paham..adess ==”

time tu dah pening dah nak cari venue sesuai tapi yang penting aku dah bagitau awal-awal aku tolak kalau sape-sape cadangkan nak buat kat Melang Inn or Royal Bintang Hotel Seremban. ntah lah, rasa macam dah common sangat. lagi-lagi Melang Inn tu, tak macam semua persatuan pulak nak buat dinner kat situ. haha. then ntah macam mana ntah, tetiba kat otak ni terfikir nak buat dinner kat PWTC. ok sumpah demand, Penasihat 1 kelab kitorang pun mula-mula terkejut dengar cadangan tu. haha. Mai punya cadanganlah ni.

Seriously, aku first time kot jadi Project Manager untuk dinner, selama ni mana pernah aku buat dinner pekejadah ni. Jamuan kelas ada lah time sekolah dulu. haha. dah lah takde pengalaman, tiba-tiba ada hati nak buat kat PWTC. haha kesahlah pulak aku? redah jelah..my first dinner ever kot, confirmlah nak something grand. lantaklah sama bajet kecik ke apa, pandai-pandailah besarkan. ngeheheh.

11092011039-1

Alhamdulillah, 11 September haritu Night Of Secret Garden Dinner berlangsung dengan jayanya kat PWTC. weee~suka gila. siapa tak suka weh, sebelum dinner tu macam-macam benda nak kena tempuh. Malam tu kitorang pilih tema ‘Secret Garden’ pasal nampak macam grand & exclusive sikit tema tu. eh yeke? yelah kot.haha.

11092011065-1

view dari belakang dewan~

SONY DSC

senyum semua..senyummmm..heheh

SONY DSC

Ungku the pianist with akak photographer volunteer..tenkiu akak :)

SONY DSC

with the coolest VIP ever! Cik Hanim, Cik Zana, Pn. Fa (Penasihat 1), Pn. Dalila (Timbalan Rektor) & Cik Fara (Penasihat 2)

SONY DSC

the dinner committees

aku suka gila malam tu especially bila tetamu VIP sangat impress bila masuk dalam hall tu. alhamdulillah, everything is going well. budak-budak yang datang pun nampak puas hati dengan yuran yang dorang bayar tu. then suka tengok semua cantik handsome malam tu. wahahhh! Then kelakar jugak pasal time slot ucapan pengarah program, aku dengan selamba badak takde teks bagai membebel apa ntah atas tu. haha.

papepun terima kasih kat semuaaaaa committee yang terlibat dalam menjayakan dinner ni. Sorry kalau aku ada tekan korang lebih-lebih ke, marah ke, caci ke haha..korang semua dah buat sehabis baik dah :D TERIMA KASIH SEMUA.

Tuesday, September 13, 2011

Pre-Graduation Dinner @ Klana Resort Seremban

Assalamualaikum peeps!

haih minggu ni banyak betul dinner. memang parents aku hantar masuk universiti untuk attend dinner je. haha. itupun nasib baik aku tak join Microbiology Masquerade Dinner khamis lepas. aku suka pergi dinner pasal boleh tengok orang pakai cantik-cantik, then makan sedap-sedap. haha

okay so Jumaat lepas Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEA) ada anjurkan Pre-Graduation Dinner untuk student 5th semester Diploma in Microbiology & Diploma in Food Technology kat Klana Resort Seremban. aku rasa ni dinner paling murah lah kot yang aku pergi around RM15 kot. see? murah sangat sampai aku lupa berapa aku bayar haritu. haha. yang lain UiTM bayarkan. heee~

Dinner ni tema formal, so aku pakai macam hari Isnin je lah. yang perempuan je lah boleh melaram sakan as ‘formal’ dorang tu ada macam-macam jenis. hehe. yang bestnya aku boleh lupa tarikh pre-grad dinner ni. hari khamis tu baru ingat, tu pun pasal ada orang cakap pasal transport nak pegi sana. haha.

09092011007-1

my classmates

09092011011-1

with diana~tempat luah perasaan ;p

09092011012-1

with Biha ~ PA setia..haha

09092011017-1

the girls – with Miss Rashidah (Head of Program)

overall dinner ni best, masing-masing nangis bagai, yelah ala-ala farewell party lah kan, masing-masing nak grad dah lepas almost 3 tahun terperap kat sini. hihi. makanan kat sini pun sedap :) licin aku makan. haha. puding roti dia pun best, apa dia letak ntah. haha.

buat kawan-kawan microbe and food tech, nanti bila dah grad jangan lupa semua memori kita ye. cewahh. hope dapat contact-contact lagi di masa akan datang.

Raya @ Universal Studio Singapore

Assalamualaikum semua ;)

Dulu selalu berangan nak pergi theme park besar-besar macam Disneyland, Universal Studio tak pun Gold Coast tapi apakan daya tak mampu. haha ayat sedih. semua jauh-jauh, dekat Los Angeles, Australia, Hong Kong bagai. sapa lah nak sponsor kan? hehe. Tapi sekarang ni dream come true bila Universal Studio dah bukak kat kampung aku, Singapore! hihi. cehh orang lain semua dah pergi kot, aku je baru hegeh-hegeh nak pergi sana ;p

Raya ketiga haritu kitorang 3 family pergi Universal Studio Singapore (USS) ni. kat Singapore kebanyakannya cuti raya time 1st raya je, then raya kedua dah kerja. So raya ketiga tu kalau nak pergi beraya rumah makcik-makcik pun dorang kerja kan? so baiklah kita berjimba :) Sepupu and pakcik aku siap semangat nak join kitorang pergi sana siap amek cuti. haha.

Overall tempat ni best lah, kira kenalah dengan harga tiket yang kita bayar. haha. ouh kalau korang nak murah kan, beli tiket online guna Mastercard, dapat 20% off macam kitorang. Aku suka Shrek 4D Cinema, Waterworld and Light, Camera, Action : Steven Spielberg. Show semua gempak habis hoii meletup-letup terbakar bagai. haha.

haa lagi satu aku recommend gila korang naik roller-coaster kat tempat The Ancient Egypt tu, serious terbaik weh! kalau tak naik rugi kot duit tiket korang tu. kalau siapa yang takut roller-coaster pun, percayalah korang mesti kata best. aku takut jugak tapi aku naik ;p kira berbaloi la beratur almost sejam, lepas tu tempat tu macam tak psiko la pulak mummy bersepah-sepah, gelap, ada muzik apa ntah then setiap berapa meter ada papan tanda psiko.

01092011598-1

Roller-coaster yang Egypt tu dia indoor. kat situ memang gelap gila, korang takkan nampak pun rail roller coaster tu. then time naik tu ada macam-macam efek macam terbakar lah, dinding pecah lah, berasap semua. best gila! ntah macam mana la dorang buat semua tu. rasa macam nak naik lagi, tapi kena beratur lagi sejam..urmm takpelah. haha.

01092011537-1

with my dearest cousins :)

 

01092011590-1

firaun mana ntah ni. haha..

 

01092011607-1

ok yang ni sumpah aku tak naik..haha

01092011645-1

Far Far Away Castle – Shrek

010920111379-1

The Ancient Egypt. macam kat mesir dah ;p

Lupa nak bagitau kat USS ni takde surau, so kalau nak solat, tanya je kat staff dia nanti dorang tunjuk ada ruang yang selalu orang buat solat. then yang bawak beg besar-besar tu, korang sumbatlah segala makanan dan air dalam tu. kalau ikutkan memang tak boleh bawak makanan luar tapi selalu dia tak check beg, kalau check nasiblah. tapi air mineral penting weh, bawaklah bebanyak :D melainkan korang sanggup nak beli air S$10 sebotol, takpelah. 10 dollar tau, bukan ringgit. huhu.

kitorang balik time gate USS ni dah tutup sebelah. haha punyalah taknak keluar kan ;p so siapa nak pergi bolehlah kumpul-kumpul duit ye. dah cukup duit nanti ajak aku sekali. hehe.

Monday, September 12, 2011

My Aidilfitri Story

Assalamualaikum semua :D

Tajuk entri ada macam tajuk karangan English sekolah rendah tak? haha..kan selalu time sekolah dulu lepas cuti panjang je teacher mesti suruh buat karangan ‘My Holiday’. haha. eh teacher korang ada penah suruh buat camtu tak? ke aku sorang je? tak kisahlah, yang penting sekolah aku ada buat. haha. by the way, aku memang suka nak cerita pasal raya time raya dah nak habis pun. haha.

Alhamdulillah raya tahun ni sangat-sangat best walaupun dalam keadaan bersederhana je. yelah saya bukan anak lord. Tahun ni raya kat kampung belah mak kat Singapore. yeay sangat suka pasal boleh jumpa nenek-nenek sedara (tu main point tau! heheh), makcik-makcik and sepupu-sepupu. dulu selalu pergi balik Singapore dengan arwah nenek aku, yelah cucu manja lah konon, so sekarang ni balik sana jumpa adik-beradik nenek aku pun jadilah, semua muka lebih kurang sama so dapatlah lepas rindu kat arwah nenek aku. urmm rindu sangat kat arwah, I think she’s the only one person yang boleh paham, tolong aku walau dalam apa pun keadaan aku. The ONLY ONE tau!

30082011514-1

Babah De shashuka (dia ala-ala Lasagne)

31082011524-1

Babah Yah special menu..macam-macam ada..hehe

owh ya, ‘Babah’ tu maknanya nenek tau. pasal family aku belah mak ni ada keturunan-keturunan arab so semua panggilan-panggilan pun arab. saja nak bagitau, kang korang ingat aku mencarut apa pulak kat caption gambar tu. Memang best pasal semua adik beradik nenek aku sangat suka memasak sedap-sedap. hehe. aaaa rindu arwah nenek aku lagi Crying face

hmmm..what else to say? SELAMAT HARI RAYA semuaaaa..haha. nampak sangat lah tu takde idea nak tulis apa lagi ;p okbye!

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails