Tuesday, December 28, 2010

Minggu Destini Siswa UiTM Negeri Sembilan

mds banner

assalamualaikum readers! just nak bagitau sorry pasal tak berapa nak sempat nak balas-balas komen korang and jalan-jalan singgah kat blog korang pasal currently aku tengah bertugas sebagai Pembantu Mahasiswa (PM) untuk Minggu Destini Siswa (minggu orientasi pelajar intake baru la! huhu). harini baru hari pendaftaran, student baru yang masuk tak berapa nak ramai, kira macam good good je la..hehe..so siapa yang tak dapat kolej tu, sila buat rayuan yer. jangan segan silu, mana la tau dapat kan..

okeh rasanya takde la aku nak citer pasal MDS intake kali ni kat entri ni kot. nanti-nanti aku citer ye! tapi just nak tepek banner and tag yang aku design untuk program ni. ok tak? kalau korang kata tak ok pun takde guna pasal semua benda ni dah print da..haha

tag mds multimedia

orait, till we meet again, tata! wassalam..

*thanx lagi kepada penyokong-penyokong baru ‘Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support’! link-link baru dah ditambah kat sidebar supporters tu! dah ada lebih kurang 100+ bloggers buat entri pasal ni. so check it out ye!

p/s: sebenarnya ada entri lain nak buat, tapi takpelah, entri yang ni kita kasikan khas untuk program MDS ni sikit..hehe..peace (^_^)v

Wednesday, December 22, 2010

kanak-kanak : jom kenang balik!!

cak! assalamualaikum dan salam sejahtera semua! okay kali ni nak buat segmen comel dari blog bila kala berbicara milik ayie or abang hairi, my senior time high school dulu. ini bukan contest or giveaway, tapi macam lebih macam story sharing kot. kot la kan..heheh. tajuknye is, ‘Kanak-Kanak : Jom Kenang Balik!!’. well, more to sejarah la ni. jom sama-sama kenang zaman hingus meleleh kita semua! siapa nak join, klik dekat link-link atas tu. klik banner pon boleyy..

1. Apa perasaan jadi kanak-kanak?

owh suka tak hengat dunia! nama pun kanak-kanak kan, kureng perasaan sikit. hihi. tapi aku tengok budak sekarang ni time tadika pun dah bercinta. agak-agak ada yang sampai ke jinjang pelamin tak? kalau ada, bagitau aku, aku nak pergi interview siket..haha

2. Time kecik dulu, permainan apa korang selalu main?

main lawan pemadam, then bila menang boleh rampas pemadam orang yang kalah tu. aku de berplastik-plastik pemadam dulu tapi at last kena rampas dengan pengawas sekolah time spotcheck. ceh, ko miskin eh takde pemadam sampai nak rampas aku punya? huh!

3. Dulu time kecik-kecik apa cita-cita korang?

dulu doktor! mesti doktor maa..tapi aku nak jadi doktor yang ada title ‘Dr.’ and bukan ‘dR.’. haha, ada sorang je manusia yang ada title ‘dR’ tu kat malaysia ni. kah3. tapi lepas dah berakal sikit, aku taknak jadi doktor dah..kos susah sangat!

4. Apa barangan korang sayang time kecik-kecik dulu?

urmm..apa ek? pernah la pulak aku kesah nak sayang-sayang barang time tu. takde maknanyer. sume parents beli kot, means kalau barang tu rosak, bagus la, nanti dapat yang baru. heheh.

5. Waktu raya, paling tinggi korang dapat duit raya berapa?

mana la ceq ingat hal ni. (nampak sangat aku bukan mata duitan kan? haha). tapi yang penting kalau aku raya kat singapore, masyuk la sikit, eh banyak! tapi kalau kat KL or pahang or kelantan tu boleh boleh laa..banyak kan kampung aku?

6. Kartun apa yang korang minat time kecik dulu.

aku suka Dexter Laboratory dengan Tom and Jerry pasal dulu rumah nenek aku ada MegaTV so boleh tengok channel Cartoon Network. time tu mana ada lagi Astro, MegaTV tu kira paling havoc la. korang ingat lagi tak kewujudan MegaTV ni? google sendiri ye =)

7. Perkara paling baik korang buat waktu kecik dulu?

of course, semua benda yang aku buat time kecik adalah baik-baik belaka. oh riak sangat tu. haha.

8. Perkara paling jahat/nakal yang korang pernah buat time kecik dulu.

ni je satu-satunya benda jahat yang aku buat. poyo kan? sapa pernah minum air aji-no-moto? yeah, aku pernah pedajal orang, aku letak sepaket ajinomoto yang paket 50sen tu dalam botol air mamat ni. bukan saja suka-suka nak buat ye, tu nama dia amaran jangan ko berani cari pasal dengan aku. heheh.

9. Time kecik dulu korang suka nyanyi lagu apa?

selalunya lagu maher zain macam insyaallah, awaken, hold my hand and the choosen one. baik kan? nampak sangat menipu, tang mana maher zain menyanyi time aku kecik (90an)? haha

10. Korang rasa korang cute tak time kecik dulu?

tak! seriously tak! macam anak bangla mana tah (padahal keturunan aku mix arab-melayu), selekeh. eee..sekarang rasa macam way more cuter kot. kah2. lempang aku kalau perlu. hihi.

11. Pernah tak ada GF/BF? kalau ada siapa?

takde! skandal ada la..hebat kan? walaupun selekeh, skandal penting. sekolah rendah dah pandai skandal-skandal. ceh. bukan aku yang buat skandal, orang lain yang sebok skandal menyekendalkan orang. pheww~

12. Kalau korang jadi kanak-kanak balik nak tak?

sekali fikir macam nak. tapi bila fikir balik terima kasih jela. aku dah nak masuk sem 4 da ni. kalau aku jadi kanak-kanak balik means nanti aku kena repeat balik la sem 1-3 aku kan? hisy taknak!

13. Apa pesanan korang kat kanak-kanak zaman sekarang nih?

hey! *nada tegas* korang da hidup zaman senang lenang, so sila hargai! jangan dok asik main game jek, patot la ramai budak-budak sekarang baru masuk darjah 1 dah pakai spec tebal besar gedabak! haisyy~

fullamak…boleh tahan banyak jugak soalannya. haha. oke-oke, nak tag orang lain pulak.

honeybunny

miss fyqa

cikgu rashid

boleh? pelan-pelan la buat yer..boleh rujuk kat blog penganjur, bila kala berbicara untuk maklumat lanjut ye =)

 

 

Tuesday, December 21, 2010

best follower 100+ | from miss fyqa

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ya award lagi. ni kira award kesyukuran la buat cik fyqa kita yang telah berjaya kumpul follower 100+. alhamdulillah. tak pe la ye fyqa, kita merangkak la sama-sama dalam dunia blogging ni. hehe.yang penting prinsip follow memollow (erk wujud ke ‘memollow’?) ni lagi bagus kalau ikhlas. means takde paksaan, contohnya “I follow u! follow me back! I will unfollow u if u not follow me” hah, hamek ko..haha. kan best bila orang yang follow tu kata “best blog awak, saya follow”. ok, way more proper la kan. aih, berceramah pulak aku..haha

award from me

so siapa nak usha blog miss fyqa, belog sayalah. selamat berkenalan dan singgah menyinggah!

Monday, December 20, 2010

media promosi fesyen sendat

assalamualaikum readers! fuhh..baru lepas supper, banyak sikit idea nak post entri keluar. hehe. (ada kena mengena ke? belasah je la..haha). orang lain supper makan buah ke, roti or biskut. aku je dengan semangat waja makan nasi dengan ayam panggang malam-malam buta ni. mau badan tak gemuk, asyik dok makan lepas pukul 8 malam jek..hehe. readers semua, jangan tiru aksi ini dirumah yer. err sebenarnya aku sendiri pun tak tau la yang aku makan tadi tu ayam golek or ayam panggang or ayam percik. serious aku pun tak tau kenapa aku dungu sangat benda tu pun tak tau nak beza. haha.

okay, so tadi sambil-sambil supper tu aku baca la surat khabar hari ni (ahad). haa..ni point sebenarnya. cerita pasal supper tu mukaddimah je. kih3. so sambil dok belek tajuk-tajuk utama surat khabar tu, then tetiba ada satu tajuk yang amat amat amat menarik perhatian aku. tajuk dia is ‘FESYEN SENDAT’. oh what? aku ni mati-mati la ingatkan artikel tu nak kutuk and tegur siapa yang selalu pakai pakaian sendat but you know, actually tanggapan aku salah. artikel tu sebenarnya siap promote and galakkan lagi orang pakai ‘FESYEN SENDAT’, yucks! nama fesyen tu sendiri pun hodoh kan? tau tak surat khabar mana ni? ala, ni paper tabloid yang selalu cerita pasal masalah sosial kat muka depan dia tu. malangnya kat dalam ada promosi ‘FESYEN SENDAT’ la pulak. siapa yang ada baca artikel ni hari ni (ahad) angkat hidung. hehe. ok ok, sapa yang still blur and tak sempat tengok artikel tu, sila klik klik gambar kat bawah ni ye =)


fesyen sendat

zoom in

ya Allah..sila baca tajuk dia ya : FESYEN SENDAT; KEMBALI DIGEMARI WANITA MUDA. tajuk nak macam bangga pulak fesyen ni dah ‘up’ balik sekarang. isy isy..orang lain dok tengah hangat promote Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support, paper ni pulak heboh dok promote ‘FESYEN SENDAT’. astaghfirullah, nauzubillahi min zalik. semoga sangat la kita dijauhi, insyaallah =)

Sunday, December 19, 2010

tup tap 200 dah! terima kasih!

assalamualaikum semua! hah, ni post laju ni. err..maknanya entri ni is entri yang akan pendek dan akan ditaip dengan laju tanpa banyak fikir. sorry sorry busy sikit (ah, busy banyak!) dua tiga hari ni. idea dalam kepala otak ada banyak untuk nak buat entri baru tapi malang tak berbau, masa pulak sekarang ni asyik jeles dengan aku. haih. eh tak baik mengeluh. hehe =p

okay, walau sebusy mana pun aku ni, tiap-tiap hari still sempat la jenguk blog (and kadang-kadang sempat la singgah and comment satu dua blog..hehe). dan bila bukak blog hari ni macam “eh followers aku?”. hah, dah kenapa kau? haha. bukan apa, tetiba dah 200. hehe. nak bangga lebih-lebih pun tak boleh pasal orang lain da de beriban-riban da followers dia. hehe. tapi bagi aku, hey not bad la. aku tak paksa follow tapi orang tekan ‘follow’ tu means orang hingin la nak baca apa kau mencarut mengarut meraban kan? terima kasih kerana menghargai penulisan saya yer! *bajet*

200th

so untuk semua yang menyokong secara langsung atau tak langsung blog thepotpetking ni, TERIMA KASIH! THANK YOU! kalau dah agak free nanti aku ziarah satu satu blog korang ni. hehe. err korang rajin-rajin la ye tinggal komen! (haha, aku tak paksa follow, tapi aku paksa tinggal komen. boleh? hehe)

dan ouh, untuk semua bloggers yang join and support and promote ‘Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support!’ pun terima kasih sangat! tiap-tiap hari ada orang join. semoga Allah memberkati usaha kita ye ^_^. bagi yang baru hantar link entry campaign and nama still takde dalam bloglist kat sidebar ‘We Support Cover Your Aurat Campaign’ kat belah kanan ni, nanti aku tambah yer. insyaallah esok boleh kot. soryy yer, tak sempat nak update list tu hari ni. haa, siapa yang berminat nak baca idea-idea bloggers lain pasal tutup aurat, boleh la klik-klik nama-nama kat sidebar tu ye! de banyak, tengokla mana yang berkenan, semua bagus-bagus. siapa yang nak join support kempen ni, boleh je. klik sini ye!

urmm nak cakap apa lagi ek? eh dah la tu je kot kang panjang pulak entri ni (padahal awal-awal dah bagitau entri ni pendek). ok yang penting is THANKS TO ALL FOLLOWERS! nanti aku belanja korang gula-gula hacks sorang satu (korang nak ke? haha).

wassalam.

Thursday, December 16, 2010

saving money : generasi lama vs generasi baru

hahaha..ceh awal-awal entri dah gelak, nanti orang kata aku buang tebiat pulak. okay bagi salam dulu, assalamualaikum semua! dah makan? oo dah..asyik makan jek korangnih, mana tak gemuk! ooppss sensitif ye? sorry sorry..ingat ye, kira-kira 50% dari rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti tau! so adakah anda salah seorang daripadanya? kalau ya, baik jaga pemakanan dan cara hidup korang, kalau tak nanti banyak penyakit muncul, susah nak manage. siapa yang kurus meleding macam lidi tu pulak jangan ingat korang sihat sangat, pergila check cholestrol rate dalam badan pasal kadang-kadang kadar kolestrol orang yang kurus lagi banyak dari orang yang ‘plus-size’ tau! hehe.

okay mukaddimah aku jauh pulak menyimpangnye. takpela, tu namanya khidmat nasihat masyarakat. hahaha. untuk entri yang kali ni, kita nak cakap pasal saving money kita or bahasa jawanya, wang simpanan. ok mula-mula aku nak bahagikan korang kepada 2 kumpulan. siapa yang sebelum tahun 1980 kita masukkan dalam kategori ‘generasi lama’ and siapa yang lahir selepas 1980 dikira ‘generasi baru’. frankly said, confirm la majoriti dari anda-anda semua ni adalah ‘generasi baru’ dan ‘generasi lama’ tu maybe ayah, mak, pakcik, makcik, opah atok nenek korang kan? hehe.

kalau kita perhati, orang-orang yang tergolong dalam ‘generasi lama’ ni mesti mempunyai aset or wang simpanan yang lebih banyak dari ‘generasi baru’. eh aku tak kata semua la, tapi majoriti memang macam tu kan? kalau tengok atok2 kita punya akaun bank, mesti dalam tu de beriban-riban duit. tu belum campur dengan tanah and rumah dia lagi. tapi akaun bank anak-anak muda macam aku ni ha, cuba check sikit berapa je ada? paling banyak pun ada la RM500 kot. tu pun duit PTPTN. kahkahkah..

so nak tau kenapa orang-orang lama ni boleh simpan duit lagi banyak dari budak zaman sekarang? lets check it out!

1. dulu semua pakat-pakat naik basikal jek. paling hebat habis pun naik motor kapcai. kalau ko anak dato’ baru ada kereta kot. so kat situ dorang dah jimat duit minyak, servis dan bla bla bla…

2. dulu semua guna telefon rumah je. no handphone. time tu handphone gedabak baling anjing tu pun mahal! then mak ayah yang bayar bil telefon, so tak payah fikir nak topup, or asyik nak tukar handset yang paling latest dan canggih manggih! jadinya duit yang save tu, masuk bank lagi..

3. dating dengan awek tak sehebat sekarang! ni pun point yang penting! generasi lama ni rilek je dengan awek tak main SMS pun and takde pun gayut-gayut tengah malam sampai tiap-tiap hari kena topup (yela, handphone takde la katakan..). nak berhubung pun guna surat kiriman tak rasmi ikut format SPM. hahaha. setem baru 10 sen time tu, jimat kan? lain pulak dengan budak zaman sekarang, SMS and call bf/gf tak hengat dunia, then nak dating tempat grand jek, tiket wayang lagik, pasal tu la duit budak sekarang cepat habis! tapikan, yang herannya walaupun orang-orang dulu ni bercinta takde pon kene pegi tengok wayang, SMS n call tak hengat dunia, tapi dorang punya rumahtangga lagi kuat dari rumahtangga budak sekarang kan? baru sehari bercinta esok clash. baru cinta tuu..belum kawen..hehe..joking jek =p

4. dulu shopping mall pun tak berapa nak ada. kalau ada pun jual barang2 rumah je kot. so macam takde point jela kan nak melepak kat situ. ala-ala ko melepak kat pasar pulak nanti..hehe. tapi sekarang ni semua heboh tiap-tiap hari nak pergi Pavilion, Times Square, Mid Valley, One Utama and macam-macam la..tambah tolak naik bas, monorail, LRT, then makan McD la, Kenny Rogers la. tapi yang best nye pegi sana tu nak beli baju yang harga RM15 jek, tapi kos transport + makan lagi banyak..haha. nampak tak mana hilang duit budak ‘generasi baru’? hehehe.

5. fashion. ni pun punca jugak ni. sekarang ni seminggu sekali ada keluar fesyen baru (ceh over pulak kan seminggu sekali..haha). so budak sekarang pun mestilah hegeh-hegeh nak turut ikut trend kan? makanya habis la duit masing-masing pasal dok beli baju/seluar/kasut sampai beriban-riban pasal nak ikut trend. ada orang dulu kesah? ada la jugak kot, yang pesen-pesen rambut afro seluar boot cut tu. tapi kalau yang dok kat kampung tu dulu, kain pelikat and baju kurung suda..fesyen sepanjang zaman. haha.

pheww~eh 5 dulu pon cukup kot. so sekarang dah nampak tak kenapa duit dalam akaun bank kita sikit? yang ada banyak tu bagus la, nanti senang-senang boleh belanja kan..hehe. kesimpulannya peredaran zaman bawak banyak perubahan dari segi lifestyle kita semua. dari dulu atok-atok dok berjimat, sekarang rajin pulak generasi cucu-cucu habiskan duit. haisyy..bak kata Maher Zain dalam lagu Awaken,

“we were told what to buy and we’d bought,

we went to London, Paris and Costa Delso,

we made show we were seen in most exclusive shop,

yes we felt so very satisfied.

we felt money give us infinite power,

we forgot to teach our children about history and honour,

we didn’t have any time to lose,

when we were so busy feeling so satisfied.”

pernah dengar tak lagu ni? kalau tak pernah, pergi cari sendiri, jangan nak manja sangat semua orang nak suap..hehe.

okay, tu je untuk entri kali ni, kepada sape-sape yang nak join kempen ‘Cover Your Aurat | Show Your Support!’, tekan link ni. ajak ramai-ramai join, moga usaha kita diberkati Allah. kalau nak baca apa pandangan blogger-blogger lain pasal aurat, boleh klik kat link-link di bloglist ‘We Support Cover Your Aurat Campaign’ kat sidebar belah kanan ni. macam-macam info ada. tata! wassalam =)

cover your aurat campaign | unexpected response!

assalamualaikum readers! sekarang ni aku nak update pasal ‘Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support!’ yang aku anjurkan kelmarin. alhamdulillah, aku tak menjangka ramai akan support kempen ni. mula-mula aku ingat takkan ada yang akan berminat untuk menyokong kempen-kempen yang agak-agak islamik sikit. yela, sekarang kan orang tengah sibuk bagi award, tag, blog pilihan, contest dan giveaway. tapi rupanya sangkaan aku meleset habis. lepas lebih kurang 30 jam aku post entri mengenai kempen ni, lebih kurang 60 blogger dah sama-sama join dan ada beberapa blogger yang tunjukkan minat untuk menyokong berkempen menyeru orang ramai menutup aurat. serious aku terkedu sekejap. teruskan sebar mesej kempen tu pasal dakwah tak ada tarikh tutup..hehehe =)

alhamdulillah, tadi aku dah pegi jenguk-jenguk semua entri-entri mengenai kempen ni yang blogger-blogger semua linkkan kat ruangan komen aku. thanks kepada semua yang support kempen ni! thanks jugak kepada blogger-blogger terkenal seperti abg Ben Ashaari yang turut tak ketinggalan mempromosikan kempen ni (entri: Jom Meriahkannya!). Lebih menarik bila blog fulltimemuslim.com (Muslim 24 Jam) siap ada buat satu artikel khas untuk ‘Cover Your Aurat Campaign’ ni (entri: Tutuplah Auratmu..). terima kasih sangat-sangat! (aku still gosok-gosok mata lagi ni weh bila benda ni tersebar cepat gilerr!)

kepada siapa yang nak baca apa yang bloggers lain tulis pasal aurat, korang boleh pegi usha dekat bloglist ‘We Support Cover Your Aurat Campaign’ di sidebar belah kanan ni hah. aku berani janji korang takkan menyesal baca entri-entri kat situ. macam-macam ada dari dalil-dalil mengenai aurat, fesyen muslimah, pengalaman bagaimana tergerak hati nak menutup aurat, panduan menutup aurat dan macam-macam lagilah!

paling aku terharu bila ada beberapa blogger yang baca entri pasal kempen ni mula pasang niat nak kurangkan pakai baju ketat, nak jauh-jauh dari pakai baju nipis, nak berusaha pakai hijab secara konsisten dan lain-lain. tak sangka kempen ni mampu bagi impak besar kepada yang lain-lain. memang serious tak sangka usaha kecik ni mampu bagi perubahan besar kepada individu lain. kalau betul macam tu, cayalah! teruskan sebar kempen ni! aku yakin, kalau kita sesama Islam saling nasihat-menasihati macam ni, insyaalah, niat kita buat benda ni mesti tercapai!

untuk siapa yang nak join kempen ni, boleh klik sini!

*thanks sangat sangat sangat kepada semua yang join! hanya Allah dapat membalas jasa baik korang semua!

 

Tuesday, December 14, 2010

cover your aurat campaign | show your support!

assalamualaikum readers! korang sihat tak? kalau sihat alhamdulillah..kalau tak sihat tu, harap bersabar ye. asik aku je yang tanya korang sihat kan, tak pena korang tanye aku pulak..heheh. tetiba nak touching lebih. heh. okay kita straight to the point ye. kebelakangan ni kalau kita sama-sama perhati manusia sekeliling, cuba kita tengok cara pemakaian mereka lebih-lebih lagi orang Melayu or to be specific, umat Islam sekarang. still blur? perlukan contoh? tak payah susah-susah, pergi je jalan-jalan kat Bukit Bintang ataupun Mid Valley pasal kat situ tempat orang berkumpul. kadang-kadang aku pun keliru “erkk, aku kat Hollywood ke ni?”. ketat sana ketat sini. tak cukup dengan ketat, rasa nak dedah sana dedah sini pulak. tapi bila kita tegur, so kita akan dikatakan ‘out-dated’. dan bila tanya boleh ke orang Islam pakai macam tu? then korang boleh dengar jawapan “common la, jangan la kolot sangat, normal la tu budak zaman sekarang. bukan aku buat benda jahat pun”. so rasa macam esok aku nak pegi Mid Valley pakai boxer je la untuk menjadikan diri aku ‘up-to-date’ dan membuktikan aku ‘budak zaman sekarang’. *sarcastic*

hal mengenai aurat ni sekarang makin serious. ya, amat serious. dulu, kalau orang tu sekolah agama, mesti orang hormat dan pandang tinggi. tapi sekarang? nama je pelajar SMA, SAM, SAMT, SMAT, SMKA, maahad, pondok dan segala yang ada ‘A’ (agama), tapi bila bukak profile facebook, “eh, rambut kuning rupanya dia ni! kat sekolah tudung labuh kot!”. haih, yang perempuan kat sekolah jubah siap tudung labuh, habis kat sekolah tudung hilang then sumbat baju adik. yang laki pun 2x5 je pegi sumbat gambar pusat masing-masing sambil pakai boxer dalam facebook (I mean tak pakai baju la). okay tapi nak bagitau bukan semua tapi segelintir je. just nak bagi korang view, kalau budak sekolah agama yang dapat pendidikan agama yang lebih tu pun macam tu, macam mana yang lain? kan?

COVER UR AURAT

so sekarang korang rasa isu aurat ni something yang serious tak? kalau ya, jom sama-sama support ‘COVER YOUR AURAT CAMPAIGN’ anjuran blog thepotpetking ni. lagi ramai join, makin senang apa yang kita nak sampaikan ni tersebar, so do show your support guys!

ok cara-caranya :

1. Buat satu entri baru yang bertajuk : COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula.

3. Tuliskan pandangan anda tentang menutup aurat.

4. Letakkan link entri anda mengenai kempen ini di ruangan komen entri ini.

5. Kalau boleh tagkan 3 kawan anda untuk menyokong kempen ini. The more the merrier.

semua penyokong-penyokong kempen ini akan diletakkan di sidebar ‘WE SUPPORT COVR YOUR AURAT CAMPAIGN!’. selamat berdakwah, sekurang-kurangnya kita dapat mainkan sedikit peranan kita sebagai bloggers! tiada paksaan untuk join kempen ni, tapi kalau join lagi bagus =)

sebelum tu tengok gambar ni:

baaghi_aurat

hah, amek kau ‘Baaghi Aurat’! maknanya ‘tak tutup aurat kau masuk neraka’ siap de background api-api lagi..heheh..gurau jek =p

thanks to siapa yang join, ikhlaskan hati kita untuk berdakwah demi Allah taala. insyaallah kita dapat balasannya kelak. assalamualaikum.

 

train story #3 | malu tapi mahu

assalamualaikum dan salam hari selasa semua! okay, tolong jangan terkejut dengan title entry ni yang tiba-tiba dah ‘train story #3’. tak pasal-pasal dah siri ke-3 ye? mana siri 1 and 2? haha, oke macam ni sebenarnya. oleh kerana entri-entri aku yang berkaitan dengan candid-candid photo yang aku snap dalam komuter and LRT agak mendapat sambutan, so aku decide untuk jadikan benda ni satu segmen khas dalam blog ni. heheh. (ayat tak boleh blah). orait, gambar-gambar yang aku snap secara curi-curi ni (adakah aku boleh dilabel as ‘pencuri’ ek) bukan la memang saja nak aib orang dalam gambar or saja nak malukan orang, tapi aku harap melalui gambar-gambar yang aku penat snap tu dapat memberi pengajaran kepada yang lain-lain tentang apa yang berlaku sekeliling, semoga kita dapat elak dan kalau mampu, cegah benda macam tu. macam aku ni, ini antara inisiatif yang aku boleh buat untuk buka mata dan minda korang semua. hehe.

err..ada yang tak paham ea apa aku dok membebel-bebel kat atas tuh? okey boleh check entry Train Story siri-siri yang lepas untuk pahamkan apa yang korang tak paham..selamat membaca! (tapi aku rasa gambar lagi banyak kot! haha)

train story #1 | happy arms

train story #2 | mak tak kuasa nyah!

okay, dah usha dah dua siri yang kat atas tu? kalau dah, jom tengok kisah seterusnya..jeng jeng jeng~

urmm..apa spesel gambar manusia-manusia atas ni?

ada sapa-sapa buat salah ke? eh tak la, gambar atas ni mukaddimah je baru..sabar-sabar. ada 4 orang dalam gambar ni. cuba korang teka siapa watak utama dalam entri ni? haha.

ok gambar ni saja nak bagi klu sikit. cepat teka sape watak utama? and siapa pelakon extra buat semak sesi shooting je? kih2. still blur? ok ok, klik bawah laju laju, kita tengok apa yang terjadi…



yeaaa…tu dia. sudah tentu pelakon extra (a.k.a. orang yang langsung xde kena mengena dalam gambar ni) is orang yang tidur…hahaha. kesian yang tidur tu, tak pasal-pasal terlibat. okeh okeh! back to topic, yang aku cuba nak boldkan is dua orang ‘couple’ kat tengah tu. couple yang ni ok la sikit dari couple yang dalam entry train story #1 | happy arms tu, yang perempuan tu ok la, yang laki rambut ala-ala justin bieber..sweet la tu. eh menyimpang pulak aku ni. tapikan, yang perempuan tu bertudung, awak Islam, automatically dua-dua kena la jaga tingkah laku sebagai seorang muslim tu.

sweet sweet jugak but hukum haram halal tak bergantung kepada ke’sweet’an couple tu. kalau time tren penuh korang boleh la bagi alasan “eh terpeluk!’, “alamak terpegang”. yela, kononnye tren penuh la kan..tapi yang ni tren kosong pun boleh macam-macam, pegang itu pegang ini, laga itu laga ini, kalau penuh? nauzubillahimin zalik..

*pasal tren kosong la aku boleh snap gambar..haha

so apa pendapat korang? sweet? haram? harus? or boleh dihalalkan? tepuk dada tanya iman. semoga kita dapat hias tahun baru hijrah dan tahun baru 2011 yang akan datang dengan perilaku yang baik dan lebih baik. Insyaallah…

nota train story: aku bukan ustaz tau, tapi tak salahkan kalau nak ingat mengingati?

nota anonymous: err..kalau gambar diatas ni adalah anda dan nak mintak delete, sila bagitau kat komen ye..

Saturday, December 11, 2010

pelik sangat ke nama blog aku nih?

 

ben ashari

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?

okay, ni first time aku menjoin segmen yang dibuat oleh blog Ben Ashaari pasal nampak yang ni macam interesting. selama ni aku dok mengusha je segmen-segmen yang ben ni buat..hehe..kalau korang pun rasa nak join, klik link kat atas tuh. okay, jom jawab soalannya step by step.

1. Sila ceritakan macam mana korang boleh dapat nama blog tu.

hurmm..thepotpetking tu la ye? haha..segan lak aku nak reveal kat semua dari mana nama ni muncul. hehe. actually ni nama de sorang budak chinese panggil aku time aku kat PLKN dulu. aah, memangla mulut aku ni bising. manjang je ada benda nak cakap! tapi kalau kau campakkan aku dengan orang yang aku tak kenal, mesti ko kata aku ni pemalu..heheh. budak chinese tu kata dengan aku “you ni banyak sangat benda nak cakap maa, boleh jadi Tangkas Kendiri Potpet King!” (Tangkas Kendiri tu nama kem PLKN aku la..). mula-mula aku fikir dak ni macam nak menganjing aku jek tapi bila aku tengah nak ‘rebranding’ balik blog aku lepas PLKN tuh, nama thepotpetking tu la yang muncul..hahaha

2. Apakah maksud disebalik nama blog korang.

urmm..maksudnya is aku lah raja membebel..kah3. taklah, means dekat blog ni la aku boleh nak jadi ‘raja’ membebel, potpet sana sini cerita apa yang aku nampak, kongsi pandangan aku and bla bla bla…hahaha.

3. Siapa orang kuat blog korang tu?

of course aku la kan. tapi kalau ikutkan tak la kuat sangat. haha. kadang kadang rasa nak pecah kepala otak fikir idea nak tulis entry baru mengalahkan tengah jawab soalan final exam. haha.

4. Angan-angan terhadap blog tu?

takde la nak berangan sangat untuk blog ni tapi harap sangat orang rajin singgah and komen entry dalam blog ni. bukan apa, kalau takde orang komen then aku rasa macam aku ni dok membebel sorang-sorang kat sini. haha.

5. Kalau nak tukar nama blog, korang nak tukar nama apa?

rasanya dah tak nak tukar kot. pasal blog ni dah familiar dengan nama thepotpetking. so kalau tukar nama nanti takut orang keliru so biar je lah. lagi best bila hari tu tengah jalan-jalan tetiba ada sape ntah tegur “eh, thepotpetking kan?”. fuhh~hangkot kau, walaupun blog tak la bagus sangat tapi ada orang recognize, ok la tu. (nampak sangat suka mencapap an? eh tak tak..haha)

6. Kalau berkemampuan, korang nak iklankan blog korang tu kat mana?

haha. kalau boleh nak iklan macam website gua.com or murai.com tu. time buletin utama ke kan, mesti berjaya punya strategi pengiklanan tu. letak billboard besar-besar kat highway sampai orang naik meluat, then kompem orang datang blog aku..kah3..just kidding =)

7. Blog yang wajib korang singgah tiap-tiap hari..satu je yer..

ok, terus terang nak bagitau blog yang paling aku suka lagi cinta is blog aku sendiri! syok sendiri je kan? aah, memang pun, kadang kadang suka baca balik entri-entri lama blog aku..yela, kata pun blog ni macam diari kan? so nak jugak recall balik apa yang aku post dulu-dulu =p

8. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA…aku bebas nak tulis apa aku rasa nak kongsi sekali dengan all my readers and ada blog is satu benda yang cool! sirius!

 

let the photos speak! #3

counter

yeah! macam-macam betul aku boleh jaga semenjak part-time dekat ladies department Isetan The Gardens nih. Kalau ikutkan, counter tetap aku is brand Communique (ladies office wear), tapi tak ramai nak beli baju pejabat sekarang ni pasal orang nak krismas banyak dok heboh nak beli baju  ala-ala evening dress. so kalau rasa boring aku pegila jaga couter Isetan Shoten (ladies accessories), tiap-tiap hari aku reserve barang, necklace, bracelet, brooch (konon nak beli untuk adik aku la kan..ntah bila aku nak beli ntah..yang penting reserve..takut customer amek. haha). Sekarang pulak boleh menyemak dekat counter Perlini’s Silver. hehe. makin lama makin mahal pulak brand aku dapat. yang ni plak aku nak reserve de sebijik cincin aku suka. baru boleh poyo plus riak sikit pakai original silver (made in italy lagi), asyik dok pakai cincin 10 hengget je kan. astaghfirullah..oke2 betolkan balik niat tu, just untuk kepuasan diri =)  haha (habisla semua barang aku pakat nak reserve..haha).

perlinis

yeah~tu cincinnya. tapi aku tak nak yang bulat macam tu je. bosan bosan..(padahal dah takde size, tinggal untuk perempuan jek). sape nak silver ring, neclace, pendant, earrings, bracelet meh datang kat Perlini’s Silver kat Isetan The Gardens. Ada discount up to 70%. kat sini je still sale, kalau dekat cawangan Lot 10 dan KLCC dah habis da sale dia.

ladies

haa..ni geng-geng part time kat ladies department. most of the time kami main handphone, online, borak dan jalan-jalan. so kalau korang rasa nak dengki bagi kitorang busy, kumpul satu kampung then pergi serang ramai-ramai kat Isetan ni. jangan harap aku nak layan customer ramai-ramai, layan facebook lagi bagus. muahaha~

 

award berkurun lamanya..

ok, ni award yang aku dah perap sampai jadi pekasam sampai seminggu. hahaha. nasib baik aku pergi blogjogging, penat betul then baru tau aku dapat award ni. huk3. thank you je wawa, bagitau le len kali kalau nak tag pape..haha.(banyak songeh lak aku ye?)

award1

macam biasa, award tak pernah nak bagi free, mesti ada je sesi soal siasat la..soalan-soalannya adalah :

1. Berikan 1 nickname untuk pemberi award.

wawa

2. Berikan ucapan kepada pemberi award.

Thank you! lain kali nak tag bagitau..hahaha..gurau jek =p

3. Listkan 6 artis / band / group yang korang minat.

err..kenapa mesti 6? sorry, aku tak minat hiburan..oke tipu =p

Super Junior, Beast, SNSD, Paramore, Britney Spears, Linkin Park.

4. Bagi award ni kat 10 blogger yang ada blog yang cantik dan cun.

amek amek..siapa-siapa yang follow aku semua aku bagi award ni..peace (^_^)v

Friday, December 10, 2010

7th Kuala Lumpur International Motor Show 2010

*entry ni ada banyak gambar, so kepada yang internet connection lembab, pelahan-lahan la korang tengok ye! hehe. thanx for visiting thepotpetking! jangan lupa dropkan comment ea =)

assalamualaikum and salam sejahtera to all my lovely readers! mak harap uolss semua dalam keadaan sihat and always gojes! eh eh, aku terbawak bawak pulak gaya cakap macam manusia dalam entri semalam. haha. oh tidak! aku tetap aku, aku bukan dia. ya, tu yang penting. hehe. hari ni aku off so sebagai manusia yang tak boleh lekat lama-lama sangat dekat rumah, aku pon pegi jalan-jalan cari pasal dekat PWTC, tengok Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS) yang ke-7. Rugi tau sape ak pergi ni pasal exhibition ni 5 tahun sekali je dia buat. 5 tahun lepas aku meleleh je tengok gambar-gambar yang pakcik aku tangkap time dia pergi sana. haha. Well, dulu kan aku duduk hostel, so tang mana aku nak merayap sana sini kan? so bila da de peluang sekarang ni, pergi jela. Siapa manusia yang kedekut macam aku ni, sila bawa kad pelajar korang kalau nak tiket harga student yer (RM5 je..) or sapa yang takde student card, pakailah baju sekolah, pun RM5 jugak. Kalau tak, melayang la RM15 beli tiket dewasa biasa. Tapi kalau korang pergi time weekend, ko pakai la school uniform siap dengan tie and name tag pon, tetap kene RM20. padan muka, hahaha.

okay, sekarang korang tanya lah kat aku anything about automotive. ko ingat aku tau? hahaha. Aku ni minat pergi sini bukan nak tengok enjin ke, sport rim ke, yang penting aku suka tengok design and model-model (gadis kereta =p)  je. Lagi-lagi kalau kereta konsep or prototype. phewwitt..mantap. dah takde rupe kereta da. macam kapal angkasa pun ada. Paling best tahun ni pasal Proton and Perodua pun buat kereta konsep dorang. Not bad la..especially Perodua Bezza and Proton Lekir. fuhh~cool gila. cayalah malaysia! Malaysia boleh! Terkejut and terkesima maa semua orang tengok model dalam kereta tu. Oke oke, korang pun mesti nak tengok pe yang aku tengok tadikan? hah nah amek ni aku kasikan. hehe. check it out =)

022

main entrance

002

ni Perodua Bezza tu..

001

gempak an? tapi kalau parking tempat sempit mesti susah nak bukak pintu..haha

005

Chevrolet Camaro (Bumblebee)

006

Proton Lekir! smart kan?

021

tengok logo proton tu..cool..

007

Lotus Esprit

008

Ferrari

009

ni motor 3 roda, so kena amek lesen C ar camni (lesen kenderaan roda 3).

010

ni Hyundai In Metro..sopan kan model dia. hehe

011

Hyundai In Metro concept car

012

inside view

013

Mitsubishi Concept Car

014

Toyota FT-HS..pheww~

015

back view~

016

Lexus IS 250

018

Honda Isight (Eco Car)..gambar ni macam dalam majalah tak? hehe..

019

Lexus RX 450h

017

Mitsubishi Concept Car

020

erk ni model apa? ni mai kawan kampus aku, keje jual hot dog 5 hengget kat PWTC (sebenarnya part time kat hotel PWTC)..keh3..tak dapat free pon utk aku. sadis tak? hehe. gurau jek =p

004

okay, hadiah untuk korang, gambar aku..hahaha

puas tak tengok gambar-gambar ni? puas puas puas? eh ada banyak lagi sebenarnya, tapi yang aku tepek kat blog ni semua kereta-kereta yang agak masyuk dengan model yang agak sopan je. (eh sopan ke? haha). kalau kalau la korang rasa nak tengok gambar-gambar yang lain dengan model-model yang kurang sopan sikit, pergi la kat album facebook aku. klik sini. Jangan risau la, still sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Kerajaan tak pernah labelkan blog or album facebook aku sebagai 18SX or 18SG pun. haha. so, sila la usha-usha ye.

overall KLIMS 2010 ni memuaskan and berbaloi la aku bawak student card untuk dapat tiket 5 hengget (sama harga dengan roti hot dog yang mai jual tuh..huk2). siapa rasa-rasa nak pergi, sila datang laju-laju pasal benda ni sampai 13 Disember je ye! and kepada sape-sape yang pergi PC Fair kat KLCC weekend ni or yang pergi Jom Heboh Bukit Jalil, selamat bergembira ye! Aku jeles pasal aku kerja time tuu..cess..tak pela, duit pon bukan berapa nak ada =p

babai semua! assalamualaikum =)

Thursday, December 9, 2010

train story #2 | mak tak kuasa nyah!

hah, hamek kau! mak tak kuasa la nak taip banyak-banyak, korang layan la gambar dua ketul ni x_x

0812201063208122010633

haa..motif letak gambar ‘perempuan’ dua orang ni? hey, jangan suka hati tepek muka mak kat blog kau la! weyh seyes annoying gila mak nyah dua orang ni tadi weh. paham-paham la kan, orang baru balik dari penat lelah kerja mencari rezeki (over je ko punya penat..haha), masuk-masuk komuter nampak pulak wanita plastik ni dok gosip-gosip macam mak joyah kampung nak bagi satu gerabak tren dengar cerita diorang. Isy isy isy..apa la ko ni, harap je mak nyah tapi perangai kampung. (eh, nak jadi mak nyah kena jadi orang bandar ke? hahaha). okay, yang penting rambut jantan yang blaus merah tu sanggul bukan kemain tinggi mengalahkan nak pergi dinner and kawan dia yang pakai baju hitam tuh suara dia seriously lagi garau dari aku..wow~

okay, stret to the conclusion, aku ni bukan la nak aibkan or pandang hina kat orang, tapi aku nak nasihatkan semua-semua harap kita menjaga batas agama kita dalam apa jua perbuatan. kalau jadi mak nyah cantik takpe, tapi ni tak. so still sempena tahun baru hijrah ni, there’s still a chance untuk kita sama-sama melakukan penghijrahan untuk menjadi manusia yang lebih baik di sisi Allah SWT.

nota mak: aku ni padahal nak post pasal benda lain, tapi bila aku da terjumpa dua ‘mak’ ni dalam komuter tadi, stret rasa excited nak post pasal dorang pulak sampai gambar pun tak sempat edit n letak watermark. huhu~

BlogLarian

okeh, walaupun balik keje ntah pukul bape and esok pagi buta keje lagi, tapi oleh kerana saya telah ditag oleh kak ila (pemilik Honeybunny) dan telah diugut untuk mengajuk kalau aku tak buat tag ni (hahahah), so penat tak penat, paham tak paham aku usahakan buat ye! cayalah!

tag ni is untuk join BlogLarian, ramai blogger-blogger lain dah sibuk-sibuk join benda ni untuk tingkatkan traffic blog dorang sampai jam so alang-alang dah kena tag ni, aku pon try la join jugak, aku pon nak jugak blog aku jam pasal traffic sesak! heheh..

a little bit info on BlogLarian: kita boleh blogwalking 5x faster than normal blogwalking pasal boleh papar up to 5 blogs in 1 windows. paham? kalau tak paham boleh baca dengan lebih lanjut dekat sini.

 

bl

okay, saya suka blogwalking kerana saya suka tengok design-design hebat blog orang lain and boleh tau macam-macam cerita daripada macam-macam orang disamping dapat menambah pengetahuan =) ok tak?

hurm, then nak tag 3 orang :

cik mira glam

faris

wan

*ni sume pakat hentam tag je..haha

and sapa nak buat, buat jela, dia suruh tag 3 je..keh3..

jom ber’BlogLarian’!

Monday, December 6, 2010

train story #1 | happy arms

salam maal hijrah to all readers. seperti yang aku janjikan, entry yang ni cerita pasal ‘happy arms’ pulak. langsung takde kena mengena dengan entri sebelum ni yer. tajuk je lebih kurang, tapi isinya lain. seriously lain. heheh. okay rasanya entri ni ada la kot kena mengena dengan maal hijrah yang baru masuk ni. Ni aku nak habaq mai pasal anak-anak muda melayu Islam kita neh. hah, aku cakap orang lain muda ni mengalahkan la aku da tua pulak kan? eh tak la, belasan lagi. tengah amek SPM lagi tau. Muda kan? Sila percaya. Terima kasih. hehehe. okay sebelum apa-apa, korang tengok gambar ni dulu, sila sila sila, jangan segan…

peluk

okay da tengok? tau tak gambar apa tu? isy korang ni, tu gambar laki melayu Islam peluk peluk dalam komuter dengan peempuan melayu Islam ko tau! bukan suami isteri, budak baru baligh lagi kot. aha, apalah aku ni kan? gambar macam ni pon nak kecoh, bukannya gambar laki perempuan bogel dalam tren pon (oke, melampau sangat tu..haha). memangla biasa tapi tak halal kan? haisy ni la susah nak ajar budak-budak baru baligh (kot la kan..haha) ni pasal akhlak, adab dan budaya kita as orang Melayu lagi lagi as orang Islam. Ni just antara contoh la, siapa yang duduk area KL and Selangor tu dah naik lali da kot tengok benda ni. Takat-takat cium-cium dalam monorel, tangan masuk sana sini time peak hour dalam LRT da biasa sangat da. Cuma so far yang buat pole dance dekat tiang komuter takde lagi la buat waktu ni. So siapa yang rasa nak tengok, datang je la stesen-stesen LRT, monorel dan komuter berdekatan untuk tengok. Kalau nasib baik adalah..(eh dapat tengok benda-benda camni kira nasib baik ke? haha). lagi memalukan dan mencemarkan nama melayu dan Islam bila….

peluk2

nampak nampak? berurat lagi tangan laki tu kene peluk. eh tak de kene mengena. haha. oke nampak pe perempuan tu pakai? tudung ye..bagus tutup aurat. congrats congrats. trend kot sekarang ni, ko pakai tudung then peluk cium sana sini. hey, hollywood pun takde camtu tau. harap sangat la korang amek kesempatan maal hijrah ni untuk buat satu penghijrahan dari buat perkara-perkara zina yang orang dah anggap “normal la tu, kata couple”. no no no. bersama-sama la kita berhijrah menjadi manusia, khalifah dan hamba yang lebih baik (nasihat untuk diri sendiri jugak). yang couple tu pun, tangan tu tak payah la nak merenyam sangat nak peluk sana sini, bajet awek/pakwe ko sejuk r dok dalam tren tu sampai ko kene ‘wrap’ dia punya badan dengan lengan ko. tu la makna aku ‘happy arms’. yerk.

so sekarang ni, siapa yang terasa sila la comment guna nama ‘anonymous’ untuk caci maki aku pasal aku tegur korang yang terasa dalam entri ni. haha..pasal sekarang ni semacam jadi satu fenomena baru untuk hentam orang guna nama anonymous..heheh. silakan~

salam maal hijrah =)

happy feet

assalamualaikum. I’m back! Busy sikit maa, that’s why macam azab betol nak update blog but in fact, tiap-tiap hari aku dok gigih baca entri-entri blog orang lain. hehe. Know what, sekarang ni aku buat part-time, gedik gila kan aku? dah sebulan cuti, sekarang baru kau terhegeh-hegeh sibuk nak buat part time. haha. eh suka hati aku la kan? Bukan apa, aku rasa lepas aku da sebulan dok membazirkan cuti sem aku dengan melingkar kat rumah ni macam ular tak buat apa-apa, kaki aku ni rasa macam takde life la pulak. hehe, boleh pulak kaki pun nak ada life kan? of coz la! Pasal tu la aku keje, takut nanti lumpuh pulak kaki aku bila asyik tergolek-golek duduk dekat rumah. oke oke, hyperbolic pulak aku ni =p

so motif entri aku yang ni is nak canang kat satu dunia yang kaki aku ni sekarang ada life la. boleh tak camtu? haha. takde maknenye. sekurang-kurangnye aku keje ni aku berdiri, jalan sana sini, macam ada function sikit. kalau ikutkan hati dan perasaan yang gila babi ni, nak je aku keje dekat Bukit Bintang. wuww~what a life! best sikit. but dem, jauh la..nak suruh aku jalan kaki ke dari sana balik ke rumah malam-malam nanti? hehe. takpe la, then sekarang aku keje kat sini, tengok gambar ni, tengok!


the gardens


hah, tau tak kat mana tu? hey, the gardens la..ni mesti tak pernah pergi belakang mid valley kan? tak pun takut nak masuk mall tu pasal semua jual barang ‘high-end’? dulu excited sangat asyik nak lepak kat sini, sekarang rasa macam “hek eleh..” hahaha. padan sangat la kan tempat ni dengan aku yang pemalas ni, tak ramai orang that’s mean tak banyak keje..congrats. aku rasa kalau aku keje Jusco dekat Mid Valley tu dah lama aku arwah kot. Sekarang kan Jusco Sale, up to 70% wow! Nasib baik butik Louis Vuitton dekat The Gardens tu tak amek part time, kalau tak laju-laju aku apply! haha, nama pun pemalas kan? Aku tengok LV tu staff ramai, customer sorang dua je. Senang lenang staff dia ye.

okay, korang datang dekat Ladies Department dekat Isetan The Gardens, then cakap korang followers blog aku, laju-laju aku bagi korang 80% discount on all merchandise. tak payah sibuk-sibuk nak buat membership card nak dapat discount. see, berbaloi kan jadi followers aku? percaya? ok aku tipu. kalau aku ni anak sedara pakcik Isetan takpe la. hehe. akhirnya sampai jugak hajat aku nak try keje dengan company from Japan.

mula-mula aku jadi Sales Assistant untuk brand Communique, yang jual evening dress and baju kerja untuk ladies. Sambil tu aku jaga jugak counter Isetan Shoten, jual ladies accessories yang blink blink sana sini. phewwit~ ko masuk je mall entrance stret jumpa counter aku. haha. Keychain sampai beratus-ratus. mula-mula aku fikir “sapa je nak beli?”. sekali tengok-tengok ramai je kot yang borong benda tuh! orang kaya kan..dok sibuk belikan anak dia yang umur 4-5 tahun tu keychain mahal-mahal. (eh aku pulak yang kecoh ek?). Swarovski crystals ok =)


communique

Communique


shoten

Isetan Shoten


Paling kelakar jual leggings ok. Ada aunty tu nak size XL (ye sedar pun perut ko besar) tapi takde stok, then dia sanggup rembat S size demi 60% off! tak sedar diri jugak rupanya..haha. She said “I think I still can wear this as it look so stretchable”. lantak ko la aunty, ko stretch kan la benda tu sampai putus getah dia. haha.

Most of the time kene speaking omputeh. isy English aku gagal la SPM dulu (ok tipu lagi). penat la macam ni, kata BEL sampai sem 3 je? *eh, tetiba masuk citer pasal BEL pulak..haha* so antara basic conversation yang perlu dipraktikkan is ‘wadehell’, ‘wadefak’, ‘wadefish’, ‘damn’. haha, kalau aku cakap macam tu agaknye stret pakcik Isetan pecat aku.

weh, semalam ade mascot Mister Potato and Transformers dekat Children Department! dem, tak dapat tengok, aku break time tuh. Harap-harap esok ada maskot dekat Ladies Department. tenkiu..(ah, memang takkan ada pun. hahaha). adeh, aku da mula merepek.

nah tengok ni jiran-jiran counter aku. dah alang-alang gambar ni dalam handset aku, aku tepek jela kat blog ni. huhu~


edmunser

Edmundser


hypnosis

Hypnosis


iora

Iora


okay, ni dekat counter Ettusais, ni tak tau la antara nak tayang handset or pass or baju or bibir? haha~

promoter



nota happy feet: tunggu next entry, hot punya..’happy arms’

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails