Tuesday, November 30, 2010

let the photos speak! #2

111

1. pelik muka zikri ni cermin komuter retak tak berganti =.=”

112

2. Umi dia kena pow belikan patung bear krismas tuh..

113

3. susah woo jaga budak baru reti jalan ni pegi mid..haha

114

4. ni uminyer..my makcik muda..hehehe

now I know

huwaa~followers da 101 orang da. haha..dah dah la mengira nombor tu naufal..kau benci math kan? kan? haha. ingatkan blog aku ni memang takde sape hingin nak baca. well, ni namanya blog tanpa hala tuju, suka hati je aku nak tulis apa-apa pon..hehe.. kalau time tengah-tengah bajet tuh, aku post la entry yang agak ilmiah sikit kat sini, tapi kalau tang tengah happy, sedih, marah pon, kat sini la tempat lepas geramnya =p

semalam aku baru terhegeh-hegeh dok letak SEO crawler la, breadcrumb la untuk blog aku ni. kononnya untuk jadikan blog ni ‘Google Search Friendly’ so orang senang nak search anything dari blog ni dari Google Search. Aku pun tak tau la benda tu menjadi ke tak, pakat main hentam je tepek-tepek coding baru kat template blogger. haha.

potpet3

then lepas dah pening main-main html coding tuh, aku saja la pergi test power search blog aku dalam Google Search. tup tap tup tap, wah! not bad la apa yang aku jumpa! meh sini aku nak share hasil penemuan aku..hehehe..okay, mostly yang paling senang jumpa of course la, pasal UiTM Negeri Sembilan. Aku appreciate jugakla banyak blog-blog yang letak link blog aku just in case visitor blog dorang nak tau lebih pasal blog dorang. And tak kurang jugak blog lain (especially juniors) yang amek gambar-gambar dari blog aku untuk reference readers dorang dan di’backlink’kan balik ke blog aku..hehe..terima kasih =) tapi aku still sedikit kecewa dengan some bloggers yang amek content dari blog aku tapi tak backlink balik. no no no. jangan jadi plagiat yer..and lagi sedih bila tengok ada yang copy gambar dari blog aku tapi dengan bangga buat watermark nama blog dia. wah, sajak muka kau? hehe..penat-penat aku keliling kampus snap gambar sendiri tau. mentang-mentang la angle gambar aku amek baik *perasan =p. salah aku jugak la kot pasal dulu memang aku cukup malas nak letak watermark kat gambar-gambar yang aku upload. so to bloggers out there, kalau amek apa-apa sila backlink balik ye =)

then aku google dan google aku jumpa benda yang buat aku gelak..hahaha..nak tengok?

potpet1

1. oke, ni daripada website TranungKite.net. aku rasa ni website hal-hal politik kot..kot la, pasal aku penah bukak dulu cari maklumat pasal apa ntah. Berita dorang yang aku jumpa ni pasal lalat kat Kuala Pilah and what make me surprise is, blog aku jadi reference kot! haha..kelakar pasal bukan jadi reference pasal UiTM, tapi reference cerita lalat kat UiTM Kuala Pilah. haha. macam mana dorang boleh jejak blog aku pon aku tak tau. Anyway aku bangga kejap..haha..(walaupun cerita pasal lalat).

potpet2

2. hah, yang second ni lagi kelakar, bila entry ‘Gay Day’ aku tu ada dalam infokedokteran.com. hahaha..artikel-artikel lain semua cerita pasal perubatan and kesihatan and tiba-tiba thepotpetking ni pulak masuk. haha..aku rasa ni mesti pasal keyword ‘macam macam peringatan’ tu nampak macam tips kesihatan kot. hahaha..

Monday, November 29, 2010

thanks for making it happen

100th

haha. tak sampai berapa jam 99 followers, now it become 100! Fathirah junaidi, thanx for making it happen..haha..jadilah Setiausaha JPK yang baik ye! ahaha..tak pasal-pasal je aku ni =p

*p/s: siapa yang belum jenguk my Ryeoqidz Phone Boutique, aku paksa korang pergi jenguk sekarang or paling tak pun pergi tekan butang like kat sidebar blog aku ni..hehe..

hey its 99th!

assalamualaikum. Lama dah tak ‘jumpa’ kan? aah, ni la namanya symptom ‘TERLALU BANYAK IDEA’ dan berakhir dengan ‘LANGSUNG TAK TAU NAK TULIS APA’. hahaha. serious doe, tiap-tiap hari macam-macam aku nak kongsi, macam-macam aku nak tulis, tapi at last, “eh, malas la..banyak pulak nak taip, nak edit gambar bla bla bla..ehe”. takpe-takpe, insyaallah aku habiskan sisa-sisa november ni dengan blogging..hehe..kasi penuh arkib aku tuh nanti =)

oh ya, sila kata aku gayat sekarang, pasal aku tengah riang gila bila followers (potpet members) aku dah 99 oang! yeay! nombor yang cantik. nice. yela kan, entri aku pon pakat main merapu je pon, nak kata rajin sangat blogwalking pon takla sangat, comment orang lain punya blog..err..ada jugakla lagi-lagi bila orang tu komen blog aku, confirm aku komen balik..insyaallah.. Nuffnang? owh tak de la benda tu, pasal aku blogging untuk sharing and tak terfikir amek duit dengan Nuffnang tu..hehe..

followers

aku rasa blog ni banyak keluar kat Google Search bila orang cari maklumat pasal UiTM Negeri Sembilan kot..kan? tak pon pasal Diploma in Microbiology. thanks ya to all followers, commentors, readers, stalkers and blogwalkers! tapi tula, aku ni bukannya malas nak usha blog orang lain, tapi masa tak mengizinkan sangat; too much family commitment la..hehe.

rajin-rajin la ye komen-komen kat sini! aku rasa macam bebel ssorang-sorang pulak bila aku merepek kat sini takde feedback..hehe..THANKS SEMUA! THEPOTPETKING RAWKS! =p

Tuesday, November 23, 2010

Ryeoqidz Phone Boutique

assalamualaikum, salam sejahtera! haa..entry kali ni aku nak promote my new business yaw.. eh jangan risau, bukan MLM, bukan jual karpet atau jual badan. Aku nak introduce kat korang semua readers-readers yang ku sayang tentang Ryeoqidz Phone Boutique or Ryeophones for short.

Okay, Ryeophones ni adalah ala-ala blogshop yang jual original handset and accessories secara online pada harga yang MURAH! haa..korang mesti suka kan dengar murah-murah ni.. I’m serious ok, aku jual handset ni semua yaang ori yg diambil dari pengedar-pengedar yang sah seperti AVAXX, Zitron dan Midland. Jangan risau pasal Ryeophones ni adalah milik penuh Adlimas Ressources (Reg. No. : 001630806-D).

Senang je, untuk nak tengok-tengok handphone and price dia, simply korang boleh pergi jenguk-jenguk kami punya Facebook Page ataupun Blog kami..lepas tu sila isi Order Form yang ada kat Facebook or Blog untuk proceed..nanti lepas tu kami bagitau next step nak bayar kat account mana and so all.. kami menawarkan penghantaran menggunakan servis kurier, so selamat la penghantaran tu nanti.

so kalau ada apa-apa boleh la intai-intai:

Our Facebook Page : facebook.com/ryeophones

Our Blog : ryeophones.blogspot.com

selamat membeli! and terima kasih kerana menyokong Ryeoqidz Phone Boutique dan thepotpetking! aha! sekarang ni tengah promotion, silalah usha-usha..hehe..dan kalau siapa-siapa yang baik tu, plizz plizz plizz nak mintak tolong ‘suggest to friends’ page kitorang tu or promote-promotekan dekat blog or status FB korang yer! terbaiklah korang! hee~

ryeoFB

Our Facebook Page

ryeoBLOG

Our Blog

award from miss fyqa

ooo yeah terbaik busy minggu ni..haha.. okay okay, masa terhad so jom langsaikan benda ni. aku dah lama dapat award ni tapi memang serious tak sempat-sempat nak ameknyer..hehe..sori yer si pemberi (>.<)v

so this award is from miss fyqa, tuan kepada blog ‘Belog Sayalah’. okay, award ni siap de mamat korea lagi yer dalam tu..haha..aku sukaa…

AWARD dr eyca

oh alamak, ada soalan la pulak nak amek award ni..macam kastam la kot..hehe

1. Berikan 1 nama untuk saya (pemberi tu kot)

selalunya aku komen panggil cik fyqa..hehe

2. ucapan untuk si pemberi award

time kaseh bebanyak..sila jangan berhenti jengok and comment blog ni! haha

3. Listkan 6 artis’band/group yang korang minat

Super Junior, Girls’ Generation, Paramore, BEAST, 4minute, Britney Spears.

4. Bagi award ni kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun.

oohh..semua blogger2 ni ada blog yang cun hensem meletup..so sila siapa nak amek boleh amek je..hehe..

eh soalan dah habis, tahniah! haha..akhir sekali, teruskan menyokong thepotpetking ya! bye2! assalamualaikum =)

Saturday, November 20, 2010

let the photos speak! #1

001

1. UNIQLO Malaysia

pheww~lepas berkurun lamanya store UNIQLO ni dibuka kat Malaysia (baru buka 2 minggu laa), aku ni baru berkesempatan terhegeh-hegeh datang sana. Time grand opening dia awal bulan November haritu aku tengah final exam laa..haha. Sebenarnya aku datang pun pasal ada sale, yeah ada ‘introductory price’..and pasal aku ada dapat voucher RM40, so macam rugi kalau tak pergi redeem kan? Lagi lagi lagi buat aku excited nak datang bila ramai bagi review kat internet cakap yang pakaian brand UNIQLO ni kualitinya tinggi and selesa dipakai..and ramai jugak cakap dekat UNIQLO Malaysia FB fan page yang staff-staff dekat sini semua bagus-bagus..haha, yeah korang memang tak boleh sangkal benda tu pasal dari langkah pertama korang masuk store ni sampai ke cashier korang takkan berhenti dengar, “Welcome to UNIQLO (yu-ni-ku-ro)”, walaupun aku dah dua jam dalam tu tapi still staff dia welcomekan lagi..pening aku dengar..haha. Then agak damn jugak pasal aku tak dapat UJ (jeans) yang aku nak. Yang ada untuk laki is jeans colour merah menyala. Oh, terima kasih..haha..dan nak bagitau, sale untuk UT (t-shirt) and fleece dah tamat yer..(selamat aku sempat).



002

2. Pavilion KL Christmas Village

wooh, lepas je pergi UNIQLO kat Fahrenheit 88 (former KL Plaza), saja-saja pergi Pavilion KL dengan harapan nak tengok macam mana sambutan filem 2 Alam kat GSC situ..bukan nak pergi tengok pun, tapi saja nak tengok sambutan..yela, kononnya sebar sana sini filem tu akan jadi box-office kan? haha. malangnya, aku sampai je GSC Paviloon, “eik? poster filem pun takde? kata kat paper now showing?”. haha,,apalah aku dengki sangat dengan dR R**mey tu kan? kih3.. suka hati dia la..

eh tersalah cerita pulak, tak pasal-pasal cerita pasal 2 Alam ek..haha..okay ni gambar deko terbaru pavi sempena krismas..aku pun tak paham macam mana loceng krismas tu boleh hampir sama besar dengan pokok krismas..haha..yang penting cantik. Kat dalam pulak penuh dengan sangkar-sangkar emas and bunga ros..fuhh..classy~

ni ada lagi beberapa pic deko-deko dia..

005


004


ok..aku ada jugak bergambar kat situ..saja buat semak tapi segan nak upload. haha..and lupa nak bagitau sekarang The Body Shop tengah sale..(eh, takde kena mengena pun dengan Pavilion kan? hahaha).



003

3. My Umi’s Birthday :)

ahaha…happy birthday my lovely mother! may Allah bless you. oh harini 20 November is my mum birthday yer..yang gambar kat atas ni tengah menyambut birthday la tu..huhu.. sorry la yer umi, Naufal taktau nak bagi hadiah apa..haha..sebenarnya tujuan nak pergi Bukit Bintang tu pasal nak beli hadiah la (selain nak pergi UNIQLO and habiskan duit..haha). malang tidak berbau, aku balik dengan tangan kosong pasal serius otak aku cramp taktau nak beli apa..haha.



propic

last but not least, “I’m proud to be Kuala Lumpurian!”..walaupun aku duduk kat Selangor tapi MyKad aku kod 14 ok..KL la tu..haha..

Wednesday, November 17, 2010

entry edisi lembu korban

salam aidiladha, selamat hari raya korban dan selamat hari raya haji! (sama je kan?). Entry kali special pasal aku nak tunjuk hasil photoshoot dengan  lembu-lembu korban lepas solat sunat aidiladha tadi..(erkk, lembu pun photoshoot ka?). semua muka cuak..ngeh2..aku ni kalau boleh nak letak lens camera aku ni betol-betol kat depan hidung lembu tuh, cantik sikit gambar. Malangnya lembu ni akan mara kedepan once aku try nak close up lembu-lembu ni..haha. Budak-budak yang tengah main dengan lembu pon macam heran jek tengok aku yang agak excited dok tangkap gambar lembu ni. Mesti dorang ingat aku ni dari National Geographic Channel kan? hahah, perasan..

005

salam aidiladha daripada thepotpetking Smile

0041

haih budak-budak ni..lembu tu mengamuk baru tau..huhu

004

muka pasrah oke =p

0048

tak tau kenapa, tapi aku nampak lembu ni macam kuda..heheh

knock out

1st day cuti:

6.30 pagi dah siap-siap pasal nak teman my mom pegi hantar adik aku yang 3 orang tu pergi hari orientasi kat sekolah baru kat kawasan rumah aku, SK Taman Tun Teja. Seriously sangat penat dan mengantuk pasal aku baru je sampai rumah pukul 4.30 pagi tu (maknanya aku dapat tidur 2 jam je!). Sekolah ni pun macam dah tak sabar sangat nak sambut student baru walaupun hari persekolahan de tinggal lagi berapa hari je lagi and the fact is sebenarnya sekolah ni akan mula beroperasi by next year.


002

pembahagian kelas whatsoever..


Tapi cantik jugakla sekolah ni, baru la katakan. Pejabat Am dia pun macam jauh lebih cantik dari Pejabat Am kampus aku..haha. Then tak sampai setengah jam duduk kat sekolah tu, semua parents and guardians diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah. Kurang asam tol, aku baru je nak snap-snap gambar. Pukul 1 tu aku pergi amek 3 orang adik aku kat sekolah and nyaris nak terlanggar 2 moto. Tahniah. Bukan salah aku pun, jalan depan sekolah tu yang sempit sangat, haha. Aku pemandu berhemah kot..hehehe..



003

front view of the school


petang tu pulak aku kena paksa pergi Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah agama adik aku pasal dia excited giler nak amek hadiah. Parents aku mana? Oh tak, dorang tak dapat pergi pasal ada hal penting (a.k.a pergi Parkson dengan adik-adik aku yang lain). So, aku ni terkedek-kedek la pergi ‘majlis anugerah’ tu dengan adik aku yang darjah 5 ni pasal dia sorang je pon yang dapat anugerah. Aku ni punya lah semangat siap gosok baju kemeja lagi pasal nak datang ‘majlis’ ni, last skali, ceh, hampeh giler majlis. Seriously annoying. Protokol memang takde langsung. Rasa macam datang mesyuarat PIBG pun ada pasal Guru Besar dia punya ucapan siap panjang lebar, ayat tunggang terbalik, then siap bentang-bentang bajet sikit..dah la aku ni wakil je, so sumpah boring. haha, tapi aku tersenyum balik bila tengok budak-budak ni buat persembahan nasyid and sajak (sajak la sangat). Paham-paham je la bila budak-budak ni nasyid, mau sampai nak pecah speaker tu pasal suara nyaring sangat and perasan sedap..haha..



004



Lepas habis je majlis, aku stret balik dengan adik aku and tak makan pun jamuan dia pasal aku takut aku mati kebosanan kat sana. hehehe..

right after maghrib, semua bertolak pergi Gombak pulak pasal adik-adik aku ada training Taekwondo kat sana. nyamuk banyak, dem! Macam biasa, kalau dah lepak dengan parents committee taekwondo tu memang tak sah kalau tak balik pukul 12 malam ke atas. So dengan bangganya kitorang balik pukul 1 kot.


2nd day cuti :

harini kena tolong ayah aku kat kedai pasal pekerja ayah aku semua dah balik kampung pasal nak Raya Haji. Baikkan ayah aku? Bagi pekerja cuti then majikan yang kene kerja..muahaha..and yes, aku menyedari math aku amat-amat teruk! sampai nak kira RM1.80 x 2 pun terkial-kial..mana tak nya, baru habis final exam kot..my brain need some rest..haha..

harini hari raya aildiladha so hopefully I got enough rest today..haha..

kepada semua muslimin dan muslimat, selamat hari raya aidiladha! jom tumbangkan lembu lepas solat nanti..hehe *jakun*

Saturday, November 13, 2010

double happiness

salam semua. sejak semalam projek ‘Cabaran 6 Hari Bersama Maggie’ aku terencat. 2 hari dah tak sentuh maggie..rindu.. ok tipu, takde keje aku nak rindu maggie yang buat aku kenyang sejam dua tu. hari ni lunch and dinner (termasuk air) budak-budak rumah aku ni ditanggung halal penuh oleh Ammar. Baik kan? aha, asal orang support memang aku akan kata baik. hahaha. haih, masuk entry yang ni rasanya dah 3 kali berturut-turut aku post entry yang ada kena mengena dekat makanan, makan dan mencekik. eh sume sama je tu. tak senonoh betul..hahaha.. ntah la, housemate aku ni macam faham-faham je kan bila time kawan-kawan dia di tahap fakir miskin untuk dia belanja. Thank you thank you! jasamu dikenang =)

001

lunch menu

0010

dinner menu

sampai sekarang aku stil tak berhenti-henti countdown untuk balik. entah pehal sem ni aku rasa nak sangat balik rumah. kalah budak part 1 la pulak…hehe.. looking forward for my last paper for this sem, Biochemistry 2 yang dikatakan sebagai ‘killer subject’ but harap-harap aku takkan arwah pasal paper ni. hehehe..

nota hepi: din dah kuar banyak duit kelmarin, ammar pulak dah balik, means dah takde orang lagi dah hingin nak support kau. esok macam boleh start balik kot cabaran maggi aku..haha..before ammar balik tadi de tinggalkan 4 paket lagi Mee Sedap. memang saja nak suruh aku teruskan cabaran aku kla tu. hahaha…

Friday, November 12, 2010

maggie alfredo

benvenuti nel mio blog! come stai oggi? auguro a tutti voi sono in buone condizioni. in questo blog, mi presento a voi una ricetta che ho trovato sulla base di tagliatelle Maggie. Si tratta di congiunzione con la mia sfida 6 giorni con Maggie.

fuhh~berbelit-belit lidah aku. tak sia-sia aku bertungkus lumus amek subjek Bahasa Itali time sekolah menengah dulu (ada ke sekolah yang tawarkan subjek Bahasa Itali?). secara jujurnya, of course la Google Translate kan..okay hari ni kita akan bincang ‘Bagaimana Menjadikan Maggie Sebagai Sajian Yang Sihat’. Aku post entry ni pasal aku sendiri menyahut ‘Cabaran 6 Hari Bersama Maggie’ (sila klik). Maggie tak de pulak cabar aku apa-apa pun sebenarnya tapi aku yang terpaksa sumbat Maggie dalam perut pasal poket kering giler time akhir-akhir sem ni. Oleh kerana aku sendiri tau bahawa makan Maggie (atau apa-apa mi segera) boleh bawa mudarat kepada badan kita dalam jangka panjang, so aku pun buat R&D (pergh bajet nak mampos ayat) untuk jadikan Maggie tu agak ‘sihat’ – maknanya taklah berbahaya sangat kot..haha.

Ok, caranya mudah. Korang tau kan yang sebenarnya benda paling berbahaya dalam mi segera ni is of course seasoning dia or dalam bahasa melayunya, ‘perasa’. Pasal dalam paket yang ada serbuk-serbuk tu la yang mengandungi garam dan MSG di tahap paling gaban. Mee tu bahaya tak? urmm..aku tak kata la pulak tak bahaya tapi benda tu boleh jugak jadi carbohydrate source (kot) haha.. so the solution is, aku tukarkan seasoning tu dengan Campbell soup. heheh. *Campbell soup tu bahaya tak?* tapi aku rasa ke’bahaya’an dia tu tak la macam seasoning tu kot! (actually aku senang-senag terpedaya dengan apa yang tertulis dekat packet soup tu: contains iron, calcium, vitamin bla bla bla). and hasilnya, korang akan dapat macam Fettuccine Alfredo (something macam spaghetti la, tapi guna kuah cheese + garlic + butter) pasal kuah dia pekat dan ada rasa lemak-lemak sikit. Beza dia Fettuccine Alfredo guna fettuccine and yang ni guna mee maggi. Selamat mencuba!


10112010365


*aku tak rasa pencinta makanan pedas akan suka benda ni pasal dia just rasa lemak-lemak and langsung tak pedas.

**tertakluk jugak dekat flavour soup campbell mana yang korang guna. kalau beli mushroom rasa mushroom la, kalau cheese rasa la cheese kan. haih tu pun kena bagitau ka? haha…

gay day

PERINGATAN: blog ini masih sesuai untuk semua lapisan umur tak kira budak tadika, sekolah rendah tak kisah lah semalam dapat 5A atau tak, sekolah menengah, pelajar kolej, universiti, para pendidik, pakcik makcik, atok nenek dan semua-semualah.

DISCLAIMER: entry ini tidak mengandungi sebarang unsur GAY yang bermasud homoseksual ataupun mempromosi sebarang hubungan terlarang. GAY yang dimaksudkan adalah ‘happy and full of fun’ (New Oxford Dictionary). haa..baguskan baca blog aku ni? kan dah dapat 1 vocab english baru harini..hehe..(bagi sape yang tak tau la kan).

hadoy, tu la rajin lagi nak buat tajuk entry hot hot, kan dah kena letak macam-macam peringatan and penafian kat atas tu..haha. okay hari keluar result UPSR and siapa yang dapat 5A, amat-amat tahniah. wuu~teringat time aku dapat 5A time UPSR dulu, bajet bangga, padahal UPSR je gempak yang lain stret hancus..haha (ok taknak citer lebih-lebih pasal UPSR aku, nanti korang kata aku meriak..haha..). Ada status FB sorang budak kampus aku ni kata “siang tadi ramai gila parents bawak anak makan KFC, dapat 5A la tu”. haha. I guess so la. Biasalah parents ni kan, budak-budak ni dapat 5A susah payah sumbatkan je KFC tu senyap la kot. Tak payah ngada-ngada sangat nak bagi handphone la semua tu. Nanti mulalah merepek sibuk SMS awek pakwe padahal baru nak masuk sekolah menengah. ok, tu nasihat tulus ikhlas dari afiq naufal..haha..

eh lari tajuk la pulak, tak pasal-pasal cerita pasal budak UPSR. sebenarnya nak citer aku tinggal lagi 1 paper tapi bajet macam dah habis settle semua paper. heran giler pasal kawan aku kat UIA yang start paper lambat dari aku, tapi sekarang dia dah habis exam pon. Ini maknanya? UiTM amat baik kasi gap panjang-panjang suruh student dia khatamkan movie yang ada dalam hard disk. Housemate aku student microbe part 1 baru je balik petang semalam. Dah kosong da ruang tamu ni..psiko giler..haha.

so oleh kerana kitorang (student part 3) ni ada lagi 2 hari gap sebelum next paper dan rasa macam pra-merdeka dah, dengan bangganya kitorang pergi berfoya-foya dekat Bandar Metropolitan Kuala Pilah. ok tipu, mana ada berfoya-foya, pergi makan je taw. yela, bajet last gather-gather dengan housemates la tu..hehe..tapi bukan benda ni yang buat aku gay (lucah siot ayat) maksud aku seronok, tapi yang best giler pasal housemate aku, Din belanja 1 rumah makan kat luar..alhamdulillah, poket aku tengah kering-kering ni ada pulak orang nak belanja kan. Aiman, kau dah chow balik awal-awal so takde rezeki la untuk kau eh..haha.. Plan nak makan dekat Pilah Street je, saja nak makan masakan makcik-pakcik pilah ni, tapi pasal hujan stret pergi KFC (as I said before, this is the only one fast food restaurant in Pilah). Makanya free free semua dapat dinner plate sorang satu. tenkiu! ala, tak luak pun duit elaun kau belanja 5 orang je pon..heheh..tak sangka housemate aku ni baik (dah2 la tu bodek..haha)

this what we call GAY DAY:


001


002


003


004


ok, KFC Pilah je pun (nak buat macam mana kan, tu je yang ada) tapi yang penting ikatan ukhwah tu penting atau lebih spesific, kita mestilah menyayangi rakan yang belanja kita. ahaha ajaran sesat tu semua, jangan ikut. haha.. ok yang bawah ni, bukan housemate aku (of course la bukan kan) tapi pasal aku dah kena paksa amek gambar dorang tadi, so aku tepekkanlah sekali kat blog ni. hahaha..kesian student UiTM Pilah ni, KFC ni jela tempat paling ‘eksklusif’ untuk kitorang..haha..


005


nota gay: weh, aku ulang lagi nih, gay gay ni makna yang aku maksudkan happy taw! hahahaha..wish me luck for my last paper this sunday!

Thursday, November 11, 2010

Diploma Dua Landasan

hambik kau Diploma Dua Landasan? Pebende yang dua landasannye? tren terbaru lepas tren ETS ke? *weh aku tak berpeluang lagi naik tren tu weh..jakun gilerr..* haha..tak tak tak, apa yang aku nak habaq dengan ampa suma ni takde kene mengena pon dengan Keretapi Tanah Melayu ke, RapidKL ke, KL Monorail, ERL mahupun aerorail Melaka. Sebenarnya ni adalah satu sistem baru yang nak diperkenalkan kepada mahasiswa mahasiswi UiTM. Tadi belek-belek fesbuk (yela, baru habis paper la katakan an), then ternampak Dato' Sahol (VC UiTM) post status kat fanpage dia pasal Diploma Dua Landasan ni..or bahasa orang putihnye, Dual-track Diploma..haa..baru sedap sikit kot namanya kan? hehe..



so oleh kerana aku ni salah seorang dari student yang amek diploma dekat UiTM, aku jadi tertanya-tanya la jugak kan, "pekejadahnye Dual-track Diploma ni?"...laju-laju la aku search dengan gigih pasal benda ni and akhirnya aku jumpa jugak..rupa-rupanya benda ni baru je keluar paper semalam (ok, aku memang kedekut giler nak beli paper..haha). Meh aku terangkan apa benda Dual-track Dipoma ni so korang tak de la terhegeh-hegeh tanya orang sana sini once dia dah buat program ni nanti..hehe..


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata menerusi pendekatan baru dikenali ‘diploma dua landasan’, pelajar semester tiga bagi program diploma akan diberikan pendedahan latihan teknikal dan keusahawanan.
Katanya, pelajar yang mendapat keputusan bawah Purata Nilaian Gred Keseluruhan (CGPA) 2.75 pada semester tiga akan diserapkan kepada pendekatan baru itu bagi menggalakkan mereka mendapat pendedahan latihan kemahiran dan teknikal berbanding akademik.

“Pendekatan baru ini selari hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran kerja,” katanya selepas merasmikan Galeri Inovasi dan Kreativiti UiTM, di sini, semalam.

full article kat sini:


ok, dah tau dah? bagus..tapi bila dia nak laksanakan benda ni, tu aku tak tau..tunggu jela..aku nampak program ni macam bagus (as long aku ni bukanlah pelajar excellent mana pun kan *sedih*) tapi tak tau la cara perlaksanaan dia macam mana nanti. Hurmm..banyak pulak kan perubahan kat UiTM ni semenjak Dato' Sahol jadi VC? Bagus..bagus..

Last but not least, 'UiTM Sentiasa Di Hatiku'
(jangan kata aku bodek UiTM, dah ni memang tagline dia..huhu)

Wednesday, November 10, 2010

according to you




According to you I'm stupid, I'm useless
I can't do anything right
According to you I'm difficult, hard to please
Forever changing my mind

I'm a mess in a dress, can't show up on time
Even if it would save my life
According to you, according to you

But according to him I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted

Everything is opposite, I don't feel like stopping it
So baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you

According to you I'm boring, I'm moody
And you can't take me any place
According to you I suck at telling jokes
'Cause I always give it away

I'm the girl with the worst attention span
You're the boy who puts up with that
According to you, according to you

But according to him I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted

Everything is opposite, I don't feel like stopping it
So baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you

I need to feel appreciated
Like I'm not hated, oh no
Why can't you see me through his eyes?
It's too bad, you're making me dizzy

But according to me you're stupid, you're useless
You can't do anything right

But according to him I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted

Everything is opposite, I don't feel like stopping it
Baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you, you
According to you, you

According to you I'm stupid, I'm useless
I can't do anything right

Monday, November 8, 2010

cabaran 6 hari bersama maggi

tadi SMS mama (Puan Sadiah aka Penolong Pengurus Asrama) tanya pasal insentif makanan untuk bulan November ni ada ke tak, yela, mana la tau kan, bulan November ni kitorang dok kolej setengah bulan ingatkan dapatlah RM60 kan. Tapi jawapan mendukacitakan dari mama “bulan ni dah takde, sem depan pulak”.. huwaaa…seyes sedey giler doe. Aku sekarang ni da boleh dapat status papa kedana, fakir miskin, rakyat miskin dan apa-apalah..kalau mohon zakat dapat kot..hehe..so lepas aku dah tahu secara officially yang bulan ni takde elaun makan, aku pun terus melancarkan ‘CABARAN 6 HARI BERSAMA MAGGI’. muahahaha..berkuatkuasa mulai HARI INI! yeah! *cantik tak bekas spongebob aku? hausmate aku lagi sorang suka patrick, bagosla tuu..haha


081120103641


mampus kurus keding la kau 6 hari baki sebelum nak balik rumah ni..whoaa cepatlah cuti. takpe, Allah takkan memberikan ujian kepada orang yang tak mampu menempuhinya. So aku mampu! Maggi 6 hari! Biarlah orang kata makan mggi nanti jadi bodoh ke, bengap ke, pending ke, aku sanggup bodoh dari mati kelaparan..erkk? tak la jugak kot..hehe. Takpe, effect bodoh tu jangka masa panjang, so macam tak effectkan lagi 3 paper aku ni..huhuh..

Time ni la kan nak merasa macam mana penderitaan saudara-saudara kita dekat Palestin, Iraq semua tu kan. Dan pada masa yang sama boleh la berkongsi rasa dengan mangsa-mangsa banjir kat bahagian utara sekarang ni..kesian dorang..dan kesian jugak dekat kawan-kawan aku yang dok at Kedah and Perlis ni masing-masing tak boleh concentrate exam pasal dok risau ka rumah and family dorang kat sana. Semoga banjir tu cepat-cepat surut naa..(eh tetiba masuk cerita banjir la pulak). Bayangkan 6 hari dok pulun maggi kari ni, then balik-balik dapat rasa masakan mak kan..nyum nyum..mesti semua benda jadi sedap! (jangan balik-balik ni mak aku masak maggi kari dah la..haha)

nota maggi kari: nak beli maggi sup tulang tadi pun tak cukup 20 sen..haha

makin glamour

aku hidup dalam dunia blogging ni baru 2 tahun..post pon tak menjangkau pun 200++ entry lagi..masih mentah..haha.. tapi dari mula aku buat blog ni ramai dok tanya aku macam-macam pasal blog, tanya itu, tanya ini, ala-ala aku memang dari tadika dah ada blog (eh time aku tadika orang macam takde nak heran pon pasal blog..haha). Tapi so far ok la kan, pasal aku ni belajar benda-benda IT ni banyak melalui explore sendiri,tak de nye aku dok pergi mana-mana class. So as long aku dah explore benda yang korang tanya tu, boleh la aku tolong..hehe..ramai jugak kawan-kawan aku start blogging lepas tengok ‘eh, naufal ada blog’ *bajet..haha* pasal bila tengok orang blogging, dorang akan kata “macam best je ada blog ni kan?”, or kalau ayat dari kawan yang lebih gayat “pergh! afiq blogger siot!”. Palotak ko, sape-sape pon boleh jadi blogger, bukan kena amek sijil kelayakan pon. muahaha..tapi yang selalu gayat tu budak laki la (tak dapat dinafikan), pasal dorang selalu tau on laptop/pc stret bukak DOTA, COD, CS tak pun dok flirting-flirting dengan minah kampung mana ntah dekat fesbuk..haha..tapi kalau perempuan senang je, kalau dorang tanya “wei, blog tu apa?”, stret je lah jawab “ala, dia macam diary la..kau tulis je apa-apa kau nak,berapa panjang pun boleh siap boleh letak gambar bla bla bla…”. Dan secara automatiknya dia akan stret buat blog dan mulalah eisod dok bersajak syair bagai kat situ..haha..lagi-lagi yang tengah bercinta…

so buat waktu ni, ramai jugak la kawan-kawan aku yang berblogging especially bila mak ayah dorang dah bagi laptop sorang sebijik kan..dan akan lebih seronok update blog bila mak ayah buat tawaran hebat unutk bagi dorang broadband..haha..

1st tengok si Akram ni ha, buat blog pasal ‘rasa-macam-interesting’, tapi malang, malas menyelubungi diri dan terkandas di tengah jalan..

2nd, Syarif..pun sama kes macam Akram, tapi de la kot update 2-3 bulan sekali..fuh~parah weh nak tunggu new entry!

3rd, Din pasal dia memang nak buat blog dari sebelum dia pindah ke IPG lagi..so de la dia usha-usha camne aku meraban kat blog ni kan, then lepas dia pindah IPG katanya lecturer dia de bagi assignment suruh buat blog (apehal macam best semacam je kan assignment dia?). Dan apa yang berlaku kat Syarif, turut merebak kat Din, adela update 2 bulan sekali..ngeh3..

yang blog 3 orang kat atas ni de la aku tolong ciput-ciput sebelum dorang berblogging tu..(bukan tolong pe pon, bagitau sikit-sikit je tentang kepejadahnye blog ni)..dan sekarang, aku nak reviewkan sikit pulak blog lagi 2 orang kawan aku yang semakin hangat hangat dan glamour (rajin update mengalahkan aku daa..haha) :

ni Loji Emosi, hasil tangan artistik Adrina (bukan nama sebenar) haha.. aku pun taktau sejak bila dia ada blog (pasal selama ni kejenye usha blog orang je) tapi alih-alih aku jumpa dia ada blog..haha..congratz~ macam aku cakap kat atas tadi la kan, perempuan ni memang suka menulis, so asal de benda tak puas hati, dia update la blog dia..hipotesisnya, ‘semakin banyak benda tak puas hati, semakin banyaklah entry yang akan dipost’..heheh

lagi sorang adalah ceQ Diana..ni pon kemunculan dia kat dunia blogging ala-ala macam Adrina ni..tetiba je dah muncul blog dia..haha..cuma yang ni lain sikit, asal happy je maka terupdatelah blog. Nama blog ni HitamCoklet tapi yang aku nampak kat blog tu hanya warna hitam..haha.mana colour cokletnye hilang, aku tak tau =p

dua-dua orang ni, makin exam makin glamour post entry baru..haha..kenapa? Tanya tuan punya blog la kan..makin happy ke? makin tak pus hati? apa-apa lah..

aku ni dok mengata orang mengalahkan blog aku bagus sangat pulak la kan..haha..banyak sangat silent readers..(yeke?) aku hargai gila sapa bace blog aku ni..hehe..so blog yang aku reviewkan ni adalah beberapa blog yang muncul lepas aku muncul dalam blogging. Yang dah muncul sebelum aku tuh tak payahnye aku nak sebok-sebok nak review, korang dah hebat kot..hehe

akhirulkalam, selamat berblogging =)

nota glamour: haritu try buat wordpress, haram satu hapak pon tak reti guna, so setia dengan blogspot..haha

Saturday, November 6, 2010

wah ada peningkatan!

sekarang aku nak tunjuk kat korang peningkatan cemerlang oleh pelajar UiTM Negeri Sembilan…

on9

haaa…tengok bahagian atas gambar tu dia tulis apa, ‘UiTM’..dan online friends? 93..wow..haha..tolak tolak kawan aku yang selain dalam category UiTM, aku rase adalah lebih kurang 80 orang rajin-rajin online time-time paper gemilang ni…haha..tu je, bye, salam =)

*sila check nama anda ada ke tak..haha..selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails