Tuesday, September 14, 2010

raya beach trip


assalamualaikum, salam 5 syawal..wow, da 5 syawal dah kot! sekejap je kan kan? urmm..sekarang still ada kat kuantan..huhu..dari raya ketiga aritu lagi dok kat sini..ni namanya 'ad-hock planning'..hehe..elok-elok kononnya tahun ni raya kat KL je, at last dusshh pergi kuantan..hehe..bagosla tuu..jumpa makcik pakcik sepupu sepapat kan..=)

what so special about kuantan? haha..xde pe la..East Cost Mall la kot..or ak panggil sebagai 'Mid Valley Megamall Kuantan Version'..haha..pasal dia ala-ala mid la..tapi tak pon..haha..so semalam dok bawak semua sepupu sepapat yang kecik dan besar..aah, semua yang ikot dalam 17 orang..naseb baek parents aku ada jaga kecik-kecik ni..wuu~




then after asar, ke pantai cempaka kat kempadang..haa~aku suka pantai..tapi xsuka mandi ponnn..hoho..kanak-kanak ni je riang ria dok berendam kat pantai tu..wawa..ouh, kalau yang kecik dok mandi, yang besar buat apa? yeah pe lagi..amek gambar la..haha..dan inilah time menguji tahap ke'DSLR'an kamera phone aku..wow, not bad la..kih2


"lepok kak pata denge spupu sepapak"..tau pe maknanye?? hehe..

hah, yang belakang tu adik aku..yang depan tu ak la! haha..

urmm..haa, ni! aku nak merafakkan kesyukuran tahap gunung everest pasal semalam dok timbang-timbang berat kat rumah pakcik aku ni, and the result is: normal body, berat seimbang and paling penting maintain maa..haha..*ok2, dah2, takde kena mengena pon dengan tajuk ni..heheh..*

daannn..hari khamis ni nak pegi raya dengan kengkawan kampus aku yang duduk dekat dengan kawasan Selayang ni..yang sedihnyer, semua perempuan..haha..whatever la, aku da biasa sangat dah dengan makhluk-makhluk tu..hihihi..

Thursday, September 9, 2010

it's aidilfitri!

allahuakbar allahuakbar allahuakbar..lailahaillallahuwallahuakbar..allahuakbar walillah ilham..takbir syawal bergema thats mean dah raya! yeay! huargh..tension aku, time nak update blog je mesti de internet problem, and harap-harap kali ni ok ler..hehe..banyak benda nak citer sebenarnya tapi problem sana sini, so sume pun suda lupa..hihi..so dah alang-alang sekarang ni tengah hangat cerita pasal musim raya, so tak payah la aku nak cerita benda-benda basi kan??




okay, so first of all, di lebaran mulia ini, saya ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada keluarga, semua kawan-kawan daripada Tadika Amal Taman Jasa, SK (1) Taman Selayang, SRA Sungai Tua, SK Sinaran Budi, SAR Al-Hidayah (sekarang SRA Al-Hidayah), SMK Rawang, SMKA Sultan Muhammad, Kem PLKN Tangkas Kendiri, student-student Microbiology, ahli-ahli Kelab Pelancongan, Badan PEERs Kaunselor, adik-adik di SK Ampang Tinggi, SMK Juasseh, Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejahtera and semua warga and staff-staff UiTM Negeri Sembilan and UiTM seluruh Malaysia..err sapa lagi ek? aha, to all my blog readers, yang memuji, yang mengeji, silent readers, followers, stalkers, commentators, and seluruh umat islam seluruh dunia juga, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...kalau ada entry-entry dalam ni yang membuatkan anda tersentap, i'm sorry! heheh..

maka, rajin-rajin la komen yer..and minta maaf sangat kepada kawan-kawan blog yang lain, aku tak sempat nak menjengah blog-blog lain pasal connection internet kebelakangan ni amatlah menyakitkan hati..hehe..nanti saya terjah blog anda ye!

haaa, ni ada sikit-sikit gambar my 1st syawal..saja je gedik nak share..hehe..yaa, tarikan utama raya kali ini is, hehe..my homemade chocolate cupcakes..hehe...100% buatan afiq naufal yer..kih3...



sapa nak? tempahan dibuka sekarang..hahaha


ni ha my 2nd bro...aah adik lagi besa..bese r tu..hihi


hehehe..umi n adik2 ak sume kale oren, ak suke ati aku je an nak purple? hihi


last skali ni, untuk sape-sape je yang rase lapar and nak makan macam-macam kuih and juadah raya, pakat mai la rumah cek naaa...nak datang bagitau dulu, takut takde kat rumah..hihihi...

Wednesday, September 1, 2010

fireworks in pilah!

hadoy..berkurun la pulak entry ni aku perap dalam draft..haha..gambar dah lama da upload, tapi sumpah no idea pe nak tulis..or to be more spesific, time aku nak blogging jek, ada je benda lain dok sibuk-sibuk..haha..

so alang-alang dah terperuk dekat draft tuh, aku post kan je la ye! hehe..ini cerita pasal Sambutan Malam Ambang Merdeka and Malam Penutupan Festival Kemerdekaan UiTM Negeri Sembilan. Untuk memendekkan cerita, malam tu kira ok la, agak havoc, acara-acara pun tak klise sangat, ada fashion show, violin performance, wei aku suka gila violin lah! dulu kecik-kecik (sampai besar ni pun) berangan nak belajar main violin..but what to do kan, aku tak berpeluang lagi..(a.k.a. takkan berpeluang pun..haha)..then Marlene kasi gegar pulak Kuala Pilah menyanyi lagu Standing In The Eyes Of The World..woo..macam Katy Perry aku tengok..tapi version pakai kebaya..haha..

dah dah, tengok gambar yang dah basi ni..huhu..dengan geng-geng dalam gambar ni la aku dok lepak lepas tuh sampai pukul 2 lebey kot..gelak-gelak macam orang giler time sahur..haha..







ok, esok mau balik rumah dah..wah sebulan tak jejak rawang taw..baru nak merasa bukak puasa with family..waa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails