Monday, August 30, 2010

4 teruna berhari raya

allahuakbar! hehe..actually semalam ada program Earth Cries, Heart Weeps sempena Festival Kemerdekaan untuk memperinganti penderitaan yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin..hurmm..menarik jugak la program ni pasal dia jemput Tn Hj Norazaman, Ketua Misi LL4G Malaysia yang turut pergi hantar bantuan ke Palestin naik kapal Mavi Marvara tu..

tapi...wei, aku datang lambat sikit so then aku kena duduk belakang! haha..den tak dapat dengar apa-apa pun pe yang penceramah tu cakapkan..time awal majlis tu je aku dengar sikit, "kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab al-fatihah"..lepas fatihah tuh satu apa pun tak dapat dengar..PA System slow r..adey..baru nak dengar pengalaman dia time berhadapan dengan komandi Israel tu..hurmm.

takpe lah, dapat tengok muka tu pun ok la kot..jumpa la jugak orang yang berani untuk pergi ke misi tu kan..i wish i could be there if i'm strong enough..but i'm not laa..so support dari jauh je la..save Palestin =)

haa..ni paling best, semalam budak-budak junior blok aku dok hias-hias blok nak ksi naik mood raya kot..hehe..siap letak lampu-lampu lagi..so dorang cucuk suis kat mana? hah, bilik depan blok le..bilik aku..cet..berlingkar-lingkar wayar dalam ni..kang tak pasal-pasal bangun pagi esok tengok aku dah keras kena kejutan elektrik..hehe..over jek aku nih..haha

by the way bagus la jugak budak-budak ni, walaupun time penilaian keceriaan blok haritu takde pulak korang sibuk-sibuk nak hias, tapi takpe la, kasi naik vibe aidilfitri..heheh..so bila junior dah hias-hias? hah, yang senior ni yang stret naik sengal..haha..selamat hari raya!



nape raya ada tanglung ek? cantik takpe..=p


evil giler..


nasib ko tak terjerut je leher tu din..haha


kanak-kanak ni first time tengok pelita..


hah, tu la roommate housemate aku..semua giler..hahaha..yela, kitorang baru balik dari dengar ceramah gaza tu an, dah la tak dengar apa-apa..so menggila jap kat sini..haha..ok, after this ada Majlis Penutupan FESKEM (Festival Kemerdekaan) and countdown merdeka! heheh..kami warga SP2-21 mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan dan selamat beramal di hari-hari terakhir ramadhan ini (^_^)v



p/s: siang tadi bahang giler and malam ni sejuk giler pulak..grr..den demam la macam ni..huhu

Sunday, August 29, 2010

rentetan kepenatan..ouh~

just like what i have said on my previous post, 'puasa bukan bulan rehat-rehat',
tengok gambar ni, apa kitorang buat waktu bulan puasa?



yaa..eh naik lori je..apa yang penat kan? hah, yela tuh tak penat..ramai-ramai naik lori UiTM tu pulak buat apa? ok tengok next picture ni pulak..



ok, nampak? nampak? haha..hehe, sepah sepah itulah hasil kerja kami semalam..di bulan ramadhan barakah ni..actually semalam de operasi pemindahan pelajar-pelajar pra diploma (siswi) dari kampus melang ke kampus beting..huih, menguji keimanan jugak la bila kena angkat katil, almari, meja bagai masuk dalam lori, hangkut balik keluar benda-benda alah tu masuk tor pulak..haha..luckily semua berjalan dengan lancar dengan bantuan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) UiTM Negeri Sembilan..tak lupa jugak, Timbalan Pengarah HEP pun sekali sama-sama turun padang angkat-angkat baju budak-budak ni yang sepah-sepah..hehe..bagus Pn Dalila ni..hihi..

so paham-paham je la kan..aku ni da la jenis sahur awal..pukul 2 pagi da sahur da..bila angkat katil bagai ni, fuhhh~haus maa! takpe takpe, kuatkan iman dan hasilnya, aku berjaya la pertahankan puasa aku ni..haha..ala, bukannya aku sorang pon yang mengangkut katil-katil tu an..hehe..*clap clap*

kononnya semua settle pukul 1 petang, last sekali, pukul 3.45 petang baru sampai kampus beting..eerrgghh penat der..kalau ikut perancangannya aku nak mengekor abg ayub and wan ni pergi seremban hari ni..baju raya maa..dah tu kena settlekan budak-budak melang ni pulak an..so dalam penat-penat tuh, dok golek sana, golek sini last sekali vibe nak pergi seremban tuh datang balik la pulak an..hehe..so dalam penat-penat tu pun, gagah kan jugak la ramai-ramai pergi seremban..hehe..tenkiu la yer fiza kasi wan pinjam myvi oren kiut tuh..haisy, da la orang nak bayar tak kasi..arigato!

oleh kerana kepenatan melampau, kitorang pergi bukak puasa kat secret recipe..haha takde kena mengena pun penat dengan secret recipe an? eh, kene mengena tau! bila penat, rasa nak habiskan duit and makan banyak-banyak and pelik-pelik! haha..conclusion: baik jangan stress atau penat..kering poket aku habis sem ni..haha..



gambar aku xde..lumrah photographer..haha

main menu ak: lasagne


appetizer: hazel cheese =)


fuh kenyang..lepas olat semua, baru gerak pergi seremban..aha, then masing-masing nafsu meningkat pergi makan McD pulak..adey..tarak kenyang lagi kaa? haha..aku tak makan pasal aku pergi beli baju..hehe..

tup tap tup tap pukul 9 lebih pergi hantar abg ayub kat terminal 2 pasal bas dia pukul 11 malam..dan kitowg sampai kampus around pukul 11:30 malam and luckily pak guard tu buat dunno je..selamat~balik-balik je makan pulak nasi goreng ayam berempah yang pihak kolej sediakan untuk manusia-manusia yang tolong settlekan student kat melang siang tadi..hehe..gemok den..sihat dan kuat..kih3..

conclusion for yesterday: penat, kenyang, fun. tido, gemok! haha

Friday, August 27, 2010

ramadhan bukan bulan rehat rehat

sestengah orang anggap, ramadhan ni bulan memenatkan, bulan lapar, bulan tidur, bulan lesu, bulan rehat rehat..haha..walhal, bulan ramadhan ni bulan berkat, bulan istimewa, orang islam perang bulan ramadhan menang ok..takde der lapar penat lesu dahaga bagai time umat zaman rasulullah dulu..see?

dan ya, prinsip 'ramadhan bukan bulan rehat rehat' tu la yang aku kena pegang ramadhan kali nih..hihi..yela, tang mana nak rehatnya? program sana sini sepanjang bulan puasa ni..eh tak tak..aku bukan orang besar pun..tapi banyak la jugak commit untuk program kampus and kelab-kelab aku an..hehe..tapi ntah pape jugak aku ni pun, tugas hakiki aku belajar, tapi macam terbalik pulak sekarang..haha takpe takpe, aku tengah buat benda yang aku suka..ngeh3~

ramadhan ni aku rasa antara ramadhan yang special untuk aku kot..alah, kalau ikutkan takde maknanya special pon..aku ni dari 1 ramadhan tak dapat balik rumah lagi ni..next week ni insyaallah baru la dapat merasa nak buka puasa dengan family aku kat rumah..hehe..but its worth untuk tak balik rumah bila aku dapat peluang lagi sekali dan sekali lagi untuk jadi fasilitator..apa yang menjadikan ianya lebih special? yeah, coz aku jadi ketua fasi untuk program ni..LIKE!



ouh, program yang dimaksudkan is Senyuman Ramadhan anjuran Badan PEERs Kaunselor..yeah, kelab aku la tu..tapi aku bukan presiden la kan..kih3..and time tu jugak gabung sekali dengan Program Mencari Barakah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM N9 (JPKK)..

tapi sorry la yer, aku tak boleh cerita banyak-banyak sangat pasal program buka puasa ni pasal peserta-peserta proram kami tu di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak berapa ntah, 104 kot kalau tak silap..so takde la gambar adik-adik aku tu yang aku boleh share dengan korang semua pasal gambar-gambar mereka hanya boleh digunakan untuk buat laporan program sahaja..yang penting, diorang cute! hahaha..

then bila program, paham-paham je lah yer, bilik yang kemas jadi bersepah, assignment yang berbukit akan digunungkan, lepas tu terpaksa pulak skip kelas sana sini..hadoy..bukti?



bilik kemas sebelum program

time program: dah macam kedai runcit da..


tengok la tuh, dengan sejadah VIP dok penuh bilik nya, beras, air kotak, milo, tepung, kurma semua ada kat sini..haha..penuh sesak..but im having fun with that..kih2..

dan lagi? aku jadi editor untuk Buletin Ramadhan tolong Cik Fara under CITU..
*Centre For Islamic Thought and Understanding*
nak tengok? ala, malas la nak upload..hahah..sila ke Pusat Islam UiTM N9 kalau nak tengok eh! oh oh lagi lagi! berkat bulan ramadhan ni, aku terpilih untuk jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM N9 (JPK)..takde der aku nak meriak, ni semua ikhtiar aku untuk taknak jadi pelajar Non-Resident! haha..and i'm lucky to be Exco Informasi dan Publisiti..yeah, my favourite! thanx to interviewer yang letak aku situ..haha..so first task? aha, ni la, carta organisasi..dan berita gembira, aku dah pandai guna Photoshop! CS5 lagi tu..hehe..and this is my first trial la..hehe..



[click to enlarge]


hurmm..dah la tu ek, nak prepare buka puasa pulak..lapar pulak rasa post blog ni..*ok ok, takde kene mengena pon..* ha! baju raya tak beli lagi ni! kepada semua rakyat malaysia, tak payah la habiskan semua baju size M and S ea! aku tak beli baju lagi ni..hihi..

Sunday, August 15, 2010

kalau dulu..puasa..

haish..tengah tengah dok belek-belek facebook tu, tetibe dekat home tu keluar gambar kawan-kawan aku bukak puasa ramai-ramai dekat mid valley semalam..ala..ruginya rasa tak dapat ikut..huhu~eh eh, bukannya dorang tak ajak la, aku yang tak dapat join..tengok kat gambar tuh kira ramai la jugak yang join..ermm..harap-harap time raya nanti ley gather camtu lagik eh?

bila cakap pasal kawan-kawan ni, teringat aku time puasa kat hostel dulu..urrgghh rindunyaa..macam-macam kot kenangan puasa kat hostel!
teringat kalau dulu, nanti satu geng dok sepanjang-panjang kat meja dewan makan pasal nak buka puasa sama-sama,
teringat kalau dulu, ada turn sape nak pergi sejukkan air kat fridge dewan makan,
teringat kalau dulu kutip duit ramai-ramai pasal nak share beli jus kurma kat cikgu rozaili,
teringat bila masing-masing excited biler ustaz kata upper form akan bukak puasa kat dewan makan blok C (dewan makan form 1 & 2),
lepas tu teringat jugak nanti ada turn gilir-gilir ikut kelas untuk ke bazaar ramadhan,
kadang-kadang bergaduh pasal ada kelas tak ikut turn..haha
rindu jugak kat makcik yang jual karipap kat bazaar Taman Cempaka kat depan Melaka Sentral tuh,
sapa je la yang tak ingat "karipap panas..karipap sardin..karipap daging.."..makcik tu punya marketing style la..menyanyi produk yang dia jual..
lepas balik je dari bazaar ramadhan, rindu sangat-sangat meja yang amat-amat penuh dengan macam-macam makanan and air..fuhh~aah, pasal geng aku memang pelahap..haha..
rindu jugak dekat geng makan macam pengantin, epul and alep, pasal nanti orang yang paling last keluar dari dewan makan adalah...KAMI..hehe..
hah, menu wajib jugak, rindu dekat kek batik mak hazim..haha..

sampai kat part solat terawikh, semua dah full..nak rukuk sujud pun tak mampu..haha..
kalau time lower form tu, teringat lagi sembunyi kat tandas guru pasal malas nak solat tarawih..kat sekolah aku, solat tarawih tu wajib! tapi malas tu time lower form je la..hati memberontak la katakan..haha..
then datang kat surau, masing-masing nak cop cop tempat bawah kipas sampai gaduh-gaduh..ada sampai yang sampai bermasam muka lagi..huhu
lepas tu lepas je rakaat keempat masing-masing keluar surau pegi kat beg masing-masing pasal nak makan kuih-kuih yang tak larat makan time bukak puasa tadi..sweet gila..

bila sampai time prep malam..takde maknanya nak study..heheh..pasal tu la result SPM ciput jek..kah3..masa prep tu dihabiskan dengan second round punya berbuka..haha..yela, kalau sorang bawak 2-3 jenis makanan, kalau campur-campur 5-6 orang? haha..tambah-tambah pulak time prep curi-curi keluar pergi kantin beli murtabak..haha..i miss that =)

tapi apakan daya kan..sekarang masa dah berubah..dah duduk kat u..jauh dengan kawan-kawan da..takde lagi rebut-rebut meja, sahur sama-sama, 'window shopping' kat bazaar..haha..tapi apa-apapun aku anggap pengalaman puasa dari form 1 sampai form 5 kat asrama memberi 1000000000001 pengalaman pahit manis dan benda tu lah merapatkan dan menguatkan bonding aku dan kawan-kawan aku till now..hope korang ingat semua ni..sukanya!!!



p/s: tadi adik aku IM aku kat facebook tanya bila nak balik..huhu..mau baliiikk..tapi tak boleh..haha..aku kena jadi fasi time majlis bukak puasa dengan anak-anak yatim tuu~

Saturday, August 14, 2010

imagination power

harinie bangun pukul 8 hampir ke 9..ya, satu lagi pencapaian terbaik aku..hahaha..lupa pulak harinie sepatutnya pukul 8 aku da kena ada kat Bilik Seminar pasal kena jaga pendaftaran peserta untuk Program Destini Anak Bangsa..nak buat macam mana kan? dah terlajak la..haha..sorry la yer ayu, tutie, reena, mus..tapi tadi aku takde pun tak effect pun kan..haha..baik lah korang..=)

alaa..harinie segala housemate roomate aku balik la pulak..sebaek la ada din and aiman kat rumah nih..tapi mana ntah dorang pergi an..de kat kolej tapi tak nampak batang hidung pun..hehe..waaaa...mana adil..orang lain syok syok balik rumah makan makan buka puasa dengan family, aku dok melanguk kat pilah ni..haha..cabaran dan dugaan betul la..huu~

hurmm..lupakan lah dulu cerita roommate housemate aku yang telah meninggalkan aku guling guling sorang-sorang kat pilah ni..haha..tadi time celik je mata dari tidur, belek-belek facebook kejap tengok salahuddin tag picture banner Program Hearts Of Islam kat aku..aduhh..baru aku teringat! poster program tuh aku tak start buat apa-apa pun lagi!

huhh~dah la terbangun lambat, pastu de meeting PEERS lak..aku ni dok fikir-fikir la bila aku nak curi-curi masa buat benda alah ni..da la aku dah janji nak submit design poster tu hari ni! fuhh~

so lepas je meeting tuh, balik jer bilik stret terjah laptop..buat apa? dengar lagu dulu..haha..then baru test test design poster tuh..urmm..hasil lebih kurang sejam lebey mengadap laptop sampai pedih-pedih mata siap menangis, haha, akhirnya siap jugak poster tuh..lega..last minute punya keje..haha..mau tengok? ni haa...




hurmm..ni la namanya 'the power of imagination'..aku tak la kata imagination aku ni kuat sangat..haha..tapi ntah la..alhamdulillah la allah jadikan aku ni boleh imagine pelik-pelik sikit..hehe..bukannya selalu leh jumpa orang aliran sains yang berfikiran seni ni..haha..pasal tu aku tak suka bila orang kata "budak sains skema.."..haha..tu dulu laa..sekarang ni student scince punya style ley kalah student arts..hahaha...jangan marah yer arts students..just joking..*takut aku...huhu* aha! jangan susah-susah nak tanya aku buat poster or whatsoever guna software pe..photoshop? illustrator? in design? tak de der..microsoft word malii tau..aku ne mana la menelaah lagi adobe2 semua tuh..haha..tapi hasilnya macaamm?? adobe kan? haha..tula imagination hyper namanya..haha..pandai-pandaila aku buat fakta psikologi aku sendiri ek? haha..

tik tok tik tok..sekarang sudah petang, yeah! dah boleh start countdown untuk berbuka yer..nak pergi bazaar la lepas nih..*bazaar lagi?*..so untuk semua readers, selamat melakukan ibadah puasa dan selamat berbuka puasa! jaga-jaga nafsu time berbuka tu ye! takut kang sape-sape yang dah tempah baju raya tuh, kang time raya tak muat nak pakai la pulak..paham-paham je la maksudnya yee..hehe..salam..

sweet sleepy rainy day

seronok yeah seronok..hari ni hujan mendung dan hujan..skip kelas BEL pagi dengan jayanya..yippie! so maknanya telah berjaya dengan jayanya jugak extend time tido sampai pukul 9.30 pagi..ya aku amat suka..pasal dah berapa malam da aku tidur tak cukup..heaven..haha..lebih terbaek lagi bila miss auni yang baik cancelkan pulak lab after solat jumaat tuh..yeah, miss, anda terbaik..hehehe..bila cancel kelas maknanya? hehehe..maknanya extendkan lagi la time tido sampai pukul 6..hehe..tak tau la pebenda yang aku penatkan..haha..

dan pukul 5.30 petang bangun..eeh, kenapa jalan raya tu basah? oh, rupanya hujan time aku tidur tadi..bak kata anhar, no wonder la lena je tido tadi kan..haha..agak-agak hujan da berhenti tuh, kami ke bazaar..yeye..okay okay, aku tak nak cerita pasal bazaar dah..berbuih mulut tiap-tiap entry bulan puasa nak cerita pasal bazaar je..haha..tapi nak bagitau kalau semalam aku ke bazaar dengan 4 dara pinggitan, harini pulak dengan 3 teruna macho nih ha..hahaha..pun sama kes macam 4 dara semalam, mereka 'xpernah' ke bazaar..hahaha..jangan marah yer..*padahal aku yang nak tangkap gambar dorang..haha* then for the 1st time berbuka dengan housemate2 tersayang..kah3..



p/s: baru lepas habis interview untuk Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)..terbaik kan interview pukul 11 malam? orang lain dah pakai baju tidur, aku dok sarung baju formal malam-malam nih..haha..tak pe, interview ethic la katakan..hehe..

Thursday, August 12, 2010

a place called bazaar..

hoyeh! nak citer pasal bazaar lagi..lagi..dan lagi...*grrr..nafsu..nafsu..syuh2..*
nasib baik sem ni betul-betul ada bazaar..haha..pasal dulu ada cakap kononnya ada bazaar..but at the end of the day...haprak tak ada..hehe..but luckily, sem ni benda tuh dah jadi realiti! like! hehehe..semalam dengan penuh kepoyoan makan itu dan ini, dengan harapan hari second puasa ni aku tak lapar laa...huh~xde der..hari ni rasa macam nak pitam la pulak time petang sebelum aktiviti ko tuh..menggigil-gigil badan aku..urmm..strategi makan banyak-banyak hari 1st tak berjaya..huhu~tapi tu laa...masalahnya aku ni adehh..liat sikit nak bangun sahur nih..selalu pun minum air jek..=)

yah, tadi bukak puasa dengan ahli pertubuhan haram cawangan beting..hahaha..macam biol..heheh..start dari pukul 6.40 camtu, kitorang pergi bazaar sama-sama macam orang tak pernah jumpa bazaar..wakaka..ya, gambar ni amat membuktikan..heheh..









okeyh, aku berjaya lawan nafsu harinie..heheh..dapat rembat ayam percik jek..thanks yer tutie kasi rembat cekodok and air..heheh..owh ya ayu, air soya..bak kata tutie, rezeki ramadhan..ye ea? alhamdulillah laa...

urmm..semalam berbuka dengan wan and nad, harinie berbuka dengan ahli RSA pulak *RSA adalah pertubuhan haram yer..haha* so esok dengan siapa pulak ea? hehe..nak sorang-sorang la pulak =)

k la, seronok blogging and berblogwalking, aku punya lab report pun jadi la bertimbun-timbun..seronok kan tangguh-tangguh? terbaek la afiq naufal! wakakaka =p

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

hooraayyy..alhamdulillah, hari nih telah masuknya bulan Ramadhan bagi tahun 1431 hijrah nih..dan alhamdulillah jugak pasal aku berjaya menempuhi hari pertama puasa ni dengan baik..hehe..walaupun just sahur air mineral jek semalam..*sahur ak pukul 2.30 pagi ye! hehe..*

apa benda menarik ramadhan ni? yaeh yeah, ingin dimaklumkan bahawa UiTM Negeri Sembilan sudah ada bazaar yaa...hehehe..best giler..ak dah bosan giler makan kat cafe yang 'murah' tuh..hahaha..its time untuk tukar angin la kan..fuhh~seyes tadi nafsu memuncak-muncak nak beli semua makanan-makanan kat bazaar tuh..nasib baik setan-setan dah kena ikat semalam..so, resultnya? nafsu kalah and ak berjaya mengawalnya! weee~heheh..

so lepas pusing-pusing bazaar tuh, last sekali ak beli la nasi briyani and twisted potato..nyum3! sedap betol lauk hari first berbuka ak! hehehe...
tak pe la, arinie menu ni, esok menu lain pulak..bak kata reena tadi, "kat sini de 32 gerai, so sehari satu gerai, then dua gerai lagi tu tak payah la..haha"..urmm bagus jugak tuh, belajar untuk mengawal nafsu dan berjimat yea afiq naufal..jangan nanti nak raya elok-elok boleh pakai seluar saiz 28-29, kang kena beli 32-33 lak..hahahaha

hurmm..now i'm looking forward for the next PEERs programme, Senyuman Ramadhan with the orphans..yeay! jumpa budak-budak lagi..sukaaa :D
tapii..ala, still terkilan pasal ak macam tak dapat puasa dengan family ak langsung jek ramadhan tahun ni..=(
nevermind, mesti ada hikmah tersendiri benda-benda macam ni..umi, abi, naufal buat khidmat masyarakat tak pe kan kan? raya nanti balik..huwaaaa....

dan dan dan..tolong tolong dan tolong doa-doakan la eh semua paperwork-paperwork Kelab Pelancongan diluluskan untuk dapat bajet Tabung Amanah..i need that! haha..yela, bila ak pegang kelab yang mempunyai ahli teramai kat kampus nih, ya, i need something to show to them that i can handle the club..hahah..no no, bukan nak riak la, tapi nanti ahli akan tanya, apa je aktiviti kelab ni sem ni? duit keahlian tu buat apa? so ya, HEP, please approve my proposal yea! ala, bukan high budget sangat pon..hehe..

dan ya! to all followers, readers, kawan-kawan GA, sultans, UiTMians and my family, selamat berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan bulan mulia nih..semoga kita dapat mempertingkatkan amalan-amalan kita kepada-Nya..amiiinn...


p/s: puasa baru sehari, tapi ak pergi sana sini dah dengar lagu raya..haha

Tuesday, August 3, 2010

Minggu Mesra Pelanggan PTAR UiTM Negeri Sembilan 2010

akhirnya, Minggu Mesra Pelanggan PTAR (MMP PTAR) yang dah dirancang punya rancang akhirnya dah berlangsung..alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik sekali..kalau ada cacat cela sikit-sikit tu biasa la kan..first try kot..majulah perpustakaan untuk kampus! hahaha...


lanyard MMP PTAR


door gift untuk pengunjung =)


exclusive merchandise MMP PTAR (design sendiri maa..)


lawatan Campus Director


majlis perasmian penuh buih-buihan..hehe


gerai jualan buku


kempen derma darah


scrabble challenge


pertandingan catur bestrari


pertandingan menyusun buku


PTARN9 Frenz registration



roda ilmu


URUSETIA! cak! =p


banyak lagi aktivitinya sebenarnya, tapi tak sompek la den nak mengupload semua gambar-gambar tu ye! nak tengok, sialah ke album fb saya yer..haha..okeh, minggu ni banyak test..uurrgghh..esok test genetics, wish me luck =D


Sunday, August 1, 2010

ooo macam tu ea?

dulu time mula-mula ak nak buat blog an, ak terfikir,
"eh, ada ke orang hingin nak baca blog ak ni??"..hehehe..
yela, siapalah ak ni kan sampai orang nak baca entry-entry merepek ak ni..hahaha..
tapi lepas fikir punya fikir, ak redah jela buat blog..well, lepas SPM kan da macam takde hala tuju je hidup ni..
tu pasal buat blog nih..boleh merepek bagai...

tapi.......semua sangkaan ak time baru nak buat blog tuh salah semuanya..muahahaha..
kenapa ek? pasal i realize that blogging is more than 'merepek'..
lepas da setahun lebih ak hidup dalam dunia blogging ni, a big big change happen to my life laa..serius ak cakap..
bayangkanlah, tetiba tengah jalan-jalan ada orang tegur,
"eh, macam pernah nampak la..thepotpetking kan?"
fuh~time tu ak rasa macam "oh, kau baca blog ak ke?"..rasa macam nak peluk-peluk cium je..haha..seriously ak hargai giler siapa-siapa je yang baca blog ak..=)

lagi best bila de sorang budak ni bagitau kawan ak yang makcik dia is pengikut setia blog ni..ya allah..terima kasih makcik..terima ksih pakcik..ingatkan orang muda je yang baca..hehehe..rupa-rupanya dah melepasi sasaran pembaca dah..tahniah thepotpetking!

walaupun followers takde la beribu-ribu lemon, tapi i think blog ni ramai silent reader..(kott)..haha..
sometimes ak rasa bahagia bila ada yang jadikan blog ak ni tempat untuk dia cari benda untuk gelak-gelak bila dia boring (hoi, ingat life ak ni kelakar ke? haha), blog ni jugaklah yang pernah jadi kontroversi pasal ada orang yang comment post tanpa insurans, aah la, memangla ak hargai sape-sape yang comment entry ak, tapi janganlah 'hot' kan sangat blog ak ni kan..hehe..

lagi-lagi, ak rasa gembira dapat share information dengan readers-readers ak..ak rasa information paling laku sekali kat blog ni pasal UiTM Negeri Sembilan and Diploma Mikrobiologi la kot..pasal kat internet tuh kalau google pun, tak jumpa sangat pun info pasal benda-benda ni..

and melalui blogging ni la jugak ak tau macam-macam benda, itu dan ini..yela, bila blogwalking tu, kita mesti jumpa macam jenis blog an, de yang cerita pasal kesihatan, computing, life, motivational dan macam-macam la! so tak la membazir masa sangat pun berblogging ni..hihi..lepas tu bila da blogwalking hulu hilir tu, dapatlah kawan-kawan blogger nanti =)

finally, thanx to all readers, followers, stalkers, or apers2 yang dah jadikan thepotpetking ni 'hidup' (^_^)v

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails