Tuesday, December 14, 2010

train story #3 | malu tapi mahu

assalamualaikum dan salam hari selasa semua! okay, tolong jangan terkejut dengan title entry ni yang tiba-tiba dah ‘train story #3’. tak pasal-pasal dah siri ke-3 ye? mana siri 1 and 2? haha, oke macam ni sebenarnya. oleh kerana entri-entri aku yang berkaitan dengan candid-candid photo yang aku snap dalam komuter and LRT agak mendapat sambutan, so aku decide untuk jadikan benda ni satu segmen khas dalam blog ni. heheh. (ayat tak boleh blah). orait, gambar-gambar yang aku snap secara curi-curi ni (adakah aku boleh dilabel as ‘pencuri’ ek) bukan la memang saja nak aib orang dalam gambar or saja nak malukan orang, tapi aku harap melalui gambar-gambar yang aku penat snap tu dapat memberi pengajaran kepada yang lain-lain tentang apa yang berlaku sekeliling, semoga kita dapat elak dan kalau mampu, cegah benda macam tu. macam aku ni, ini antara inisiatif yang aku boleh buat untuk buka mata dan minda korang semua. hehe.

err..ada yang tak paham ea apa aku dok membebel-bebel kat atas tuh? okey boleh check entry Train Story siri-siri yang lepas untuk pahamkan apa yang korang tak paham..selamat membaca! (tapi aku rasa gambar lagi banyak kot! haha)

train story #1 | happy arms

train story #2 | mak tak kuasa nyah!

okay, dah usha dah dua siri yang kat atas tu? kalau dah, jom tengok kisah seterusnya..jeng jeng jeng~

urmm..apa spesel gambar manusia-manusia atas ni?

ada sapa-sapa buat salah ke? eh tak la, gambar atas ni mukaddimah je baru..sabar-sabar. ada 4 orang dalam gambar ni. cuba korang teka siapa watak utama dalam entri ni? haha.

ok gambar ni saja nak bagi klu sikit. cepat teka sape watak utama? and siapa pelakon extra buat semak sesi shooting je? kih2. still blur? ok ok, klik bawah laju laju, kita tengok apa yang terjadi…



yeaaa…tu dia. sudah tentu pelakon extra (a.k.a. orang yang langsung xde kena mengena dalam gambar ni) is orang yang tidur…hahaha. kesian yang tidur tu, tak pasal-pasal terlibat. okeh okeh! back to topic, yang aku cuba nak boldkan is dua orang ‘couple’ kat tengah tu. couple yang ni ok la sikit dari couple yang dalam entry train story #1 | happy arms tu, yang perempuan tu ok la, yang laki rambut ala-ala justin bieber..sweet la tu. eh menyimpang pulak aku ni. tapikan, yang perempuan tu bertudung, awak Islam, automatically dua-dua kena la jaga tingkah laku sebagai seorang muslim tu.

sweet sweet jugak but hukum haram halal tak bergantung kepada ke’sweet’an couple tu. kalau time tren penuh korang boleh la bagi alasan “eh terpeluk!’, “alamak terpegang”. yela, kononnye tren penuh la kan..tapi yang ni tren kosong pun boleh macam-macam, pegang itu pegang ini, laga itu laga ini, kalau penuh? nauzubillahimin zalik..

*pasal tren kosong la aku boleh snap gambar..haha

so apa pendapat korang? sweet? haram? harus? or boleh dihalalkan? tepuk dada tanya iman. semoga kita dapat hias tahun baru hijrah dan tahun baru 2011 yang akan datang dengan perilaku yang baik dan lebih baik. Insyaallah…

nota train story: aku bukan ustaz tau, tapi tak salahkan kalau nak ingat mengingati?

nota anonymous: err..kalau gambar diatas ni adalah anda dan nak mintak delete, sila bagitau kat komen ye..

17 comments:

miss Fyqa said...

yeahh,sangat setuju dgn entry afiq naufal. =))

Mohd Shazwan Bin Mokhtar said...

aii afiq.... tuuuuutttt keh3

asyfiqaz said...

@fyqa
time kaseh time kaseh..hehe

asyfiqaz said...

@shazwan
ui ui..kenapakah?

mie said...

kumpul koleksi entry ni banyak banyak , nanti boleh buat buku ni . HAHA !

wawa said...

sweett la kalau dah kawen... hemm,,,

fesyendisaster said...

best2 suka entry lam train nie..mmg agak tak senonoh remaja sekarang ishhh ..insaf2 lerrr!

Afiq Bukhari said...

haha orang tertido rupenye yg dihighlightkan zzzz :D
couple tu boleh je..tapi kalau sampai bersentuhan sebelum kawin, tu namnye couple sekali dengan syaitan huhu

FH said...

takde keje ambik gamba orang. hahaha. mesti da bosan sgt en dlm ktm. huuu

Fiqah Alias said...

huhu...zaman skrg..yang haram dihalalkan...yg halal diharamkan...

Lieya said...

Pada pandangan akak.. better blurkan sikit wajah tuan punya diri..

misz sheyla said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam.
hmmm macam mana leh ada gambar pertama,kedua n seterusnya.. macam tau2 je ada babak seterusnya. hehehe
btw, betul jgk komen kt atas tu,baik blurkan skit.. hehe. nice entry. ^___^

asyfiqaz said...

@ kak lieya
owh ok2, len kali saya blurkan ye..macam mana boleh terlepas pandang pulak benda tu..hehe

nadzirah razalli said...

humm..mcm2 kan..
kdg2 depan org tua pun nak "mcm"..kite pulak yg naik segan ...haha

HonEyBuNNy said...

bagus2.....beri kesedaran untuk org ramai..lau terjumpa ila lam train tegur2 la...heheheh

asyfiqaz said...

@Lieya
okay akak! da blurkan da =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails