Thursday, December 16, 2010

saving money : generasi lama vs generasi baru

hahaha..ceh awal-awal entri dah gelak, nanti orang kata aku buang tebiat pulak. okay bagi salam dulu, assalamualaikum semua! dah makan? oo dah..asyik makan jek korangnih, mana tak gemuk! ooppss sensitif ye? sorry sorry..ingat ye, kira-kira 50% dari rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti tau! so adakah anda salah seorang daripadanya? kalau ya, baik jaga pemakanan dan cara hidup korang, kalau tak nanti banyak penyakit muncul, susah nak manage. siapa yang kurus meleding macam lidi tu pulak jangan ingat korang sihat sangat, pergila check cholestrol rate dalam badan pasal kadang-kadang kadar kolestrol orang yang kurus lagi banyak dari orang yang ‘plus-size’ tau! hehe.

okay mukaddimah aku jauh pulak menyimpangnye. takpela, tu namanya khidmat nasihat masyarakat. hahaha. untuk entri yang kali ni, kita nak cakap pasal saving money kita or bahasa jawanya, wang simpanan. ok mula-mula aku nak bahagikan korang kepada 2 kumpulan. siapa yang sebelum tahun 1980 kita masukkan dalam kategori ‘generasi lama’ and siapa yang lahir selepas 1980 dikira ‘generasi baru’. frankly said, confirm la majoriti dari anda-anda semua ni adalah ‘generasi baru’ dan ‘generasi lama’ tu maybe ayah, mak, pakcik, makcik, opah atok nenek korang kan? hehe.

kalau kita perhati, orang-orang yang tergolong dalam ‘generasi lama’ ni mesti mempunyai aset or wang simpanan yang lebih banyak dari ‘generasi baru’. eh aku tak kata semua la, tapi majoriti memang macam tu kan? kalau tengok atok2 kita punya akaun bank, mesti dalam tu de beriban-riban duit. tu belum campur dengan tanah and rumah dia lagi. tapi akaun bank anak-anak muda macam aku ni ha, cuba check sikit berapa je ada? paling banyak pun ada la RM500 kot. tu pun duit PTPTN. kahkahkah..

so nak tau kenapa orang-orang lama ni boleh simpan duit lagi banyak dari budak zaman sekarang? lets check it out!

1. dulu semua pakat-pakat naik basikal jek. paling hebat habis pun naik motor kapcai. kalau ko anak dato’ baru ada kereta kot. so kat situ dorang dah jimat duit minyak, servis dan bla bla bla…

2. dulu semua guna telefon rumah je. no handphone. time tu handphone gedabak baling anjing tu pun mahal! then mak ayah yang bayar bil telefon, so tak payah fikir nak topup, or asyik nak tukar handset yang paling latest dan canggih manggih! jadinya duit yang save tu, masuk bank lagi..

3. dating dengan awek tak sehebat sekarang! ni pun point yang penting! generasi lama ni rilek je dengan awek tak main SMS pun and takde pun gayut-gayut tengah malam sampai tiap-tiap hari kena topup (yela, handphone takde la katakan..). nak berhubung pun guna surat kiriman tak rasmi ikut format SPM. hahaha. setem baru 10 sen time tu, jimat kan? lain pulak dengan budak zaman sekarang, SMS and call bf/gf tak hengat dunia, then nak dating tempat grand jek, tiket wayang lagik, pasal tu la duit budak sekarang cepat habis! tapikan, yang herannya walaupun orang-orang dulu ni bercinta takde pon kene pegi tengok wayang, SMS n call tak hengat dunia, tapi dorang punya rumahtangga lagi kuat dari rumahtangga budak sekarang kan? baru sehari bercinta esok clash. baru cinta tuu..belum kawen..hehe..joking jek =p

4. dulu shopping mall pun tak berapa nak ada. kalau ada pun jual barang2 rumah je kot. so macam takde point jela kan nak melepak kat situ. ala-ala ko melepak kat pasar pulak nanti..hehe. tapi sekarang ni semua heboh tiap-tiap hari nak pergi Pavilion, Times Square, Mid Valley, One Utama and macam-macam la..tambah tolak naik bas, monorail, LRT, then makan McD la, Kenny Rogers la. tapi yang best nye pegi sana tu nak beli baju yang harga RM15 jek, tapi kos transport + makan lagi banyak..haha. nampak tak mana hilang duit budak ‘generasi baru’? hehehe.

5. fashion. ni pun punca jugak ni. sekarang ni seminggu sekali ada keluar fesyen baru (ceh over pulak kan seminggu sekali..haha). so budak sekarang pun mestilah hegeh-hegeh nak turut ikut trend kan? makanya habis la duit masing-masing pasal dok beli baju/seluar/kasut sampai beriban-riban pasal nak ikut trend. ada orang dulu kesah? ada la jugak kot, yang pesen-pesen rambut afro seluar boot cut tu. tapi kalau yang dok kat kampung tu dulu, kain pelikat and baju kurung suda..fesyen sepanjang zaman. haha.

pheww~eh 5 dulu pon cukup kot. so sekarang dah nampak tak kenapa duit dalam akaun bank kita sikit? yang ada banyak tu bagus la, nanti senang-senang boleh belanja kan..hehe. kesimpulannya peredaran zaman bawak banyak perubahan dari segi lifestyle kita semua. dari dulu atok-atok dok berjimat, sekarang rajin pulak generasi cucu-cucu habiskan duit. haisyy..bak kata Maher Zain dalam lagu Awaken,

“we were told what to buy and we’d bought,

we went to London, Paris and Costa Delso,

we made show we were seen in most exclusive shop,

yes we felt so very satisfied.

we felt money give us infinite power,

we forgot to teach our children about history and honour,

we didn’t have any time to lose,

when we were so busy feeling so satisfied.”

pernah dengar tak lagu ni? kalau tak pernah, pergi cari sendiri, jangan nak manja sangat semua orang nak suap..hehe.

okay, tu je untuk entri kali ni, kepada sape-sape yang nak join kempen ‘Cover Your Aurat | Show Your Support!’, tekan link ni. ajak ramai-ramai join, moga usaha kita diberkati Allah. kalau nak baca apa pandangan blogger-blogger lain pasal aurat, boleh klik kat link-link di bloglist ‘We Support Cover Your Aurat Campaign’ kat sidebar belah kanan ni. macam-macam info ada. tata! wassalam =)

7 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro, yang 5 tu tuan blog macam dah lalui ja kan.hehe. terbaik lah entri ni.

asyfiqaz said...

ehehe..kantoi pulak..haha..
yup! amat xdapat dinafikan, knapa tak boleh elak benda tu..haha

miss Fyqa said...

betul tue,jadi mari lah sama-sama kita menabung. Aha!.contohi generasi lama.. Hehe~

dhilla nazli said...

ahahaha btol3~~ setuju 160 percent..
insaf2 kan lah diri tu kan..

nadzirah razalli said...

haha..kajian yg bagus :D
org dulu xtau nak blanje duet kemana..zaman kite skang ni mcm2..duet simpanan mak ayah pulak yg habis :D

anamizu said...

ha tu la psl..cian mak ayah kan?kan? hihi~~


cover your aurat campaign=saya sokong awak! ^^!

HonEyBuNNy said...

he2...sgt2 lah betul...ila neh sokmo sengkek....hahhaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails