Wednesday, December 22, 2010

kanak-kanak : jom kenang balik!!

cak! assalamualaikum dan salam sejahtera semua! okay kali ni nak buat segmen comel dari blog bila kala berbicara milik ayie or abang hairi, my senior time high school dulu. ini bukan contest or giveaway, tapi macam lebih macam story sharing kot. kot la kan..heheh. tajuknye is, ‘Kanak-Kanak : Jom Kenang Balik!!’. well, more to sejarah la ni. jom sama-sama kenang zaman hingus meleleh kita semua! siapa nak join, klik dekat link-link atas tu. klik banner pon boleyy..

1. Apa perasaan jadi kanak-kanak?

owh suka tak hengat dunia! nama pun kanak-kanak kan, kureng perasaan sikit. hihi. tapi aku tengok budak sekarang ni time tadika pun dah bercinta. agak-agak ada yang sampai ke jinjang pelamin tak? kalau ada, bagitau aku, aku nak pergi interview siket..haha

2. Time kecik dulu, permainan apa korang selalu main?

main lawan pemadam, then bila menang boleh rampas pemadam orang yang kalah tu. aku de berplastik-plastik pemadam dulu tapi at last kena rampas dengan pengawas sekolah time spotcheck. ceh, ko miskin eh takde pemadam sampai nak rampas aku punya? huh!

3. Dulu time kecik-kecik apa cita-cita korang?

dulu doktor! mesti doktor maa..tapi aku nak jadi doktor yang ada title ‘Dr.’ and bukan ‘dR.’. haha, ada sorang je manusia yang ada title ‘dR’ tu kat malaysia ni. kah3. tapi lepas dah berakal sikit, aku taknak jadi doktor dah..kos susah sangat!

4. Apa barangan korang sayang time kecik-kecik dulu?

urmm..apa ek? pernah la pulak aku kesah nak sayang-sayang barang time tu. takde maknanyer. sume parents beli kot, means kalau barang tu rosak, bagus la, nanti dapat yang baru. heheh.

5. Waktu raya, paling tinggi korang dapat duit raya berapa?

mana la ceq ingat hal ni. (nampak sangat aku bukan mata duitan kan? haha). tapi yang penting kalau aku raya kat singapore, masyuk la sikit, eh banyak! tapi kalau kat KL or pahang or kelantan tu boleh boleh laa..banyak kan kampung aku?

6. Kartun apa yang korang minat time kecik dulu.

aku suka Dexter Laboratory dengan Tom and Jerry pasal dulu rumah nenek aku ada MegaTV so boleh tengok channel Cartoon Network. time tu mana ada lagi Astro, MegaTV tu kira paling havoc la. korang ingat lagi tak kewujudan MegaTV ni? google sendiri ye =)

7. Perkara paling baik korang buat waktu kecik dulu?

of course, semua benda yang aku buat time kecik adalah baik-baik belaka. oh riak sangat tu. haha.

8. Perkara paling jahat/nakal yang korang pernah buat time kecik dulu.

ni je satu-satunya benda jahat yang aku buat. poyo kan? sapa pernah minum air aji-no-moto? yeah, aku pernah pedajal orang, aku letak sepaket ajinomoto yang paket 50sen tu dalam botol air mamat ni. bukan saja suka-suka nak buat ye, tu nama dia amaran jangan ko berani cari pasal dengan aku. heheh.

9. Time kecik dulu korang suka nyanyi lagu apa?

selalunya lagu maher zain macam insyaallah, awaken, hold my hand and the choosen one. baik kan? nampak sangat menipu, tang mana maher zain menyanyi time aku kecik (90an)? haha

10. Korang rasa korang cute tak time kecik dulu?

tak! seriously tak! macam anak bangla mana tah (padahal keturunan aku mix arab-melayu), selekeh. eee..sekarang rasa macam way more cuter kot. kah2. lempang aku kalau perlu. hihi.

11. Pernah tak ada GF/BF? kalau ada siapa?

takde! skandal ada la..hebat kan? walaupun selekeh, skandal penting. sekolah rendah dah pandai skandal-skandal. ceh. bukan aku yang buat skandal, orang lain yang sebok skandal menyekendalkan orang. pheww~

12. Kalau korang jadi kanak-kanak balik nak tak?

sekali fikir macam nak. tapi bila fikir balik terima kasih jela. aku dah nak masuk sem 4 da ni. kalau aku jadi kanak-kanak balik means nanti aku kena repeat balik la sem 1-3 aku kan? hisy taknak!

13. Apa pesanan korang kat kanak-kanak zaman sekarang nih?

hey! *nada tegas* korang da hidup zaman senang lenang, so sila hargai! jangan dok asik main game jek, patot la ramai budak-budak sekarang baru masuk darjah 1 dah pakai spec tebal besar gedabak! haisyy~

fullamak…boleh tahan banyak jugak soalannya. haha. oke-oke, nak tag orang lain pulak.

honeybunny

miss fyqa

cikgu rashid

boleh? pelan-pelan la buat yer..boleh rujuk kat blog penganjur, bila kala berbicara untuk maklumat lanjut ye =)

 

 

5 comments:

KaLeD diDi said...

down to memory lane ek ? ? ?

HonEyBuNNy said...

he2....amoi sekolah rendah dah berskandel..ihiih...nti ila free, ila buat k...

miss Fyqa said...

hehe,dah wat gak.

=)

Ain Zulaikha said...

hehehe funny, time kecik dulu sy suka dengar lagu ni femenin " angin bayu membawa diriku , sepintas lalu ku terkenangkanmu " hehehe best

nadzirah razalli said...

yg bab mega TV tu xleh blah..dah tergelak aku ingat balik..yela..dulu xmain la astro2 ni..mega tv dah kira terbaik tgk cartoon network !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails