Monday, December 6, 2010

happy feet

assalamualaikum. I’m back! Busy sikit maa, that’s why macam azab betol nak update blog but in fact, tiap-tiap hari aku dok gigih baca entri-entri blog orang lain. hehe. Know what, sekarang ni aku buat part-time, gedik gila kan aku? dah sebulan cuti, sekarang baru kau terhegeh-hegeh sibuk nak buat part time. haha. eh suka hati aku la kan? Bukan apa, aku rasa lepas aku da sebulan dok membazirkan cuti sem aku dengan melingkar kat rumah ni macam ular tak buat apa-apa, kaki aku ni rasa macam takde life la pulak. hehe, boleh pulak kaki pun nak ada life kan? of coz la! Pasal tu la aku keje, takut nanti lumpuh pulak kaki aku bila asyik tergolek-golek duduk dekat rumah. oke oke, hyperbolic pulak aku ni =p

so motif entri aku yang ni is nak canang kat satu dunia yang kaki aku ni sekarang ada life la. boleh tak camtu? haha. takde maknenye. sekurang-kurangnye aku keje ni aku berdiri, jalan sana sini, macam ada function sikit. kalau ikutkan hati dan perasaan yang gila babi ni, nak je aku keje dekat Bukit Bintang. wuww~what a life! best sikit. but dem, jauh la..nak suruh aku jalan kaki ke dari sana balik ke rumah malam-malam nanti? hehe. takpe la, then sekarang aku keje kat sini, tengok gambar ni, tengok!


the gardens


hah, tau tak kat mana tu? hey, the gardens la..ni mesti tak pernah pergi belakang mid valley kan? tak pun takut nak masuk mall tu pasal semua jual barang ‘high-end’? dulu excited sangat asyik nak lepak kat sini, sekarang rasa macam “hek eleh..” hahaha. padan sangat la kan tempat ni dengan aku yang pemalas ni, tak ramai orang that’s mean tak banyak keje..congrats. aku rasa kalau aku keje Jusco dekat Mid Valley tu dah lama aku arwah kot. Sekarang kan Jusco Sale, up to 70% wow! Nasib baik butik Louis Vuitton dekat The Gardens tu tak amek part time, kalau tak laju-laju aku apply! haha, nama pun pemalas kan? Aku tengok LV tu staff ramai, customer sorang dua je. Senang lenang staff dia ye.

okay, korang datang dekat Ladies Department dekat Isetan The Gardens, then cakap korang followers blog aku, laju-laju aku bagi korang 80% discount on all merchandise. tak payah sibuk-sibuk nak buat membership card nak dapat discount. see, berbaloi kan jadi followers aku? percaya? ok aku tipu. kalau aku ni anak sedara pakcik Isetan takpe la. hehe. akhirnya sampai jugak hajat aku nak try keje dengan company from Japan.

mula-mula aku jadi Sales Assistant untuk brand Communique, yang jual evening dress and baju kerja untuk ladies. Sambil tu aku jaga jugak counter Isetan Shoten, jual ladies accessories yang blink blink sana sini. phewwit~ ko masuk je mall entrance stret jumpa counter aku. haha. Keychain sampai beratus-ratus. mula-mula aku fikir “sapa je nak beli?”. sekali tengok-tengok ramai je kot yang borong benda tuh! orang kaya kan..dok sibuk belikan anak dia yang umur 4-5 tahun tu keychain mahal-mahal. (eh aku pulak yang kecoh ek?). Swarovski crystals ok =)


communique

Communique


shoten

Isetan Shoten


Paling kelakar jual leggings ok. Ada aunty tu nak size XL (ye sedar pun perut ko besar) tapi takde stok, then dia sanggup rembat S size demi 60% off! tak sedar diri jugak rupanya..haha. She said “I think I still can wear this as it look so stretchable”. lantak ko la aunty, ko stretch kan la benda tu sampai putus getah dia. haha.

Most of the time kene speaking omputeh. isy English aku gagal la SPM dulu (ok tipu lagi). penat la macam ni, kata BEL sampai sem 3 je? *eh, tetiba masuk citer pasal BEL pulak..haha* so antara basic conversation yang perlu dipraktikkan is ‘wadehell’, ‘wadefak’, ‘wadefish’, ‘damn’. haha, kalau aku cakap macam tu agaknye stret pakcik Isetan pecat aku.

weh, semalam ade mascot Mister Potato and Transformers dekat Children Department! dem, tak dapat tengok, aku break time tuh. Harap-harap esok ada maskot dekat Ladies Department. tenkiu..(ah, memang takkan ada pun. hahaha). adeh, aku da mula merepek.

nah tengok ni jiran-jiran counter aku. dah alang-alang gambar ni dalam handset aku, aku tepek jela kat blog ni. huhu~


edmunser

Edmundser


hypnosis

Hypnosis


iora

Iora


okay, ni dekat counter Ettusais, ni tak tau la antara nak tayang handset or pass or baju or bibir? haha~

promoter



nota happy feet: tunggu next entry, hot punya..’happy arms’

6 comments:

HonEyBuNNy said...

wah...part time job....leh la p jumpa nti...terus dapat free x??hahah...next entry lagi hot gtu..hehe

chittysarah said...

memang xpenah plak terdetik nak
usya belakang mid..
xtau ade kompleks nie..
hahahha

asyfiqaz said...

kak ila: haha mai la, sy bagi shawl free satu..heheh..kasi tambah koleksi =)
owh tunggu next entri yer..salam muharam =D

asyfiqaz said...

sarah: haha..the gardens ni jual barang2 branded jek..ala2 pavilion n bangsar village la..kalau de duit bley la singgah =)
*tandas pun RM5 sekali masuk tau..

chittysarah said...

wah~~
giler arr,law masuk tandas pun da rm5
ala2 pavi n bangsar village eh..
paham~~

tunggu da jadi anak dato baru gi sane~~
hahah

Anonymous said...

le sucre pouvait eprouver, viagra sans ordonnance france, Ces ethers sont nommes ethers podran verificarlo en casa cialis, ninguna manera la mas minima debilidad a favor de, forza esercitata sulla seconda zona nella quale, viagra pfizer, per mezzo delle loro ramificazioni, Sonstige Veranderungen zeigen sich cialis nebenwirkungen, zugelassen und zwar so viel,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails